Pergi ke kandungan

Kebudayaan United Kingdom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Budaya United Kingdom dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuklah bentuk kepulauan negara ini serta sejarahnya sebagai sebuah negara demokrasi liberal barat, kuasa besar, dan kesatuan siasah empat negeri yang masing-masing memelihara unsur-unsur tradisi, adat resam dan perlambangan yang tersendiri. Kesan peninggalan Empayar British, pengaruh British nyata dalam pengamalan bahasa, budaya dan sistem undang-undang di kebanyakan bekas tanah jajahannya, termasuklah Australia, Kanada, India, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat.

Perfileman

[sunting | sunting sumber]
Alfred Hitchcock

United Kingdom banyak mempengaruhi sejarah perfileman dunia. Antara pengarah-pengarah yang paling disanjung tinggi sepanjang zaman termasuklah Alfred Hitchcock dan David Lean yang datang dari UK.[1] Ramai pelakon British mengecapi kemasyhuran antarabangsa dan kejayaan besar, contohnya Julie Andrews, Richard Burton, Michael Caine, Charlie Chaplin, Sean Connery, Vivien Leigh, David Niven, Laurence Olivier, Peter Sellers dan Kate Winslet.[2][3][4][5][6][7][8][9][10][11] United Kingdom juga menghasilkan antara filem-filem yang paling disambut hangat sepanjang zaman, termasuklah dua francais filem yang paling tinggi kutipan kasarnya (Harry Potter and James Bond).[12] Ealing Studios berhak digelar studio filem tertua yang masih beroperasi di dunia.[13]

Walaupun bermegah dengan hasil penerbitan yang terkemuka dan berjaya, namun industri perfileman UK berhadapan dengan pertikaian mengenai identitinya dan tahap pengaruh Amerika dan Eropah yang diserapnya. Sebilangan besar filem British merupakan penerbitan bersama penerbit Amerika Syarikat, malah sering menggunakan tenaga pelakon British dan Amerika, apalagi ramai pelakon British yang membintangi filem Hollywood. Banyak juga filem Hollywood yang berkisarkan tokoh, sastera atau peristiwa British, antaranya Titanic, The Lord of the Rings dan Pirates of the Caribbean. Begitu juga, pengaruh British juga terlihat dalam filem animasi Disney, seperti Alice in Wonderland, Robin Hood dan One Hundred and One Dalmatians.[14]

Pada tahun 2009, filem British memperoleh sekitar $2 bilion di seluruh dunia, mencapai bahagian pasaram sekitar 7% sedunia dan 17% di United Kingdom.[15]

Potret Chandos yang dipercayai menggambarkan William Shakespeare

Kesusasteraan British bukan sahaja merujuk kepada karya sastera yang berasal dari United Kingdom, bahkan juga Isle of Man dan Kepulauan Selat dan juga karya-karya dari England, Wales dan Scotland sebelum pembentukan United Kingdom. Kebanyakan karya sastera British sudah tentu berbahasa Inggeris. UK menerbitkan kira-kira 206,000 buah buku setahun, menjadikannya salah sebuah negara penerbit buku terbesar di dunia.[16]

Penulis drama dan penyajak Inggeris, William Shakespeare disanjungi sebagai dramatis terhebat sepanjang zaman.[17][18][19] Seni sastera drama Inggeris dirancakkan lagi oleh Christopher Marlowe dan Ben Jonson, tokoh-tokoh yang sezaman dengan Shakespeare, dan juga seniman-seniman zaman kemudian seperti Alan Ayckbourn, Harold Pinter, Michael Frayn, Tom Stoppard dan David Edgar yang menggabungkan unsur-unsur surealisme, realisme dan radikalisme.

Antara pengarang-pengarang Inggeris terkenal dari zaman pra-moden dan moden awal termasuk Geoffrey Chaucer (abad ke-14), Thomas Malory (abad ke-15), Sir Thomas More (abad ke-16), dan John Milton (abad ke-17). Pada abad ke-18, Daniel Defoe (pengarang Robinson Crusoe) dan Samuel Richardson mempelopori novel moden. Abad ke-19 menyaksikan lanjutan inovasi oleh Jane Austen, Mary Shelley si novelis gothik, Lewis Carroll si pencerita kanak-kanak, Brontë bersaudari, Charles Dickens yang berkempen sosial, Thomas Hardy yang naturalis, George Eliot yang realis, William Blake si pemuisi berwawasan dan William Wordsworth si pemuisi romantis. Pada abad ke-20 lahirnya bakat-bakat ternama seperti novelis cereka sains, H. G. Wells, para pencerita kanak-kanak, Rudyard Kipling, A. A. Milne (pencipta Winnie-the-Pooh) dan Enid Blyton, D. H. Lawrence yang penuh kontroversi, Virginia Woolf si modenis, Evelyn Waugh si tukang satira, George Orwell si novelis ramalan, novelis popular W. Somerset Maugham dan Graham Greene, Agatha Christie novelis terlaris sepanjang zaman),[20] Ian Fleming (pencipta James Bond), para pemuisi T. S. Eliot, Philip Larkin dan Ted Hughes, J. R. R. Tolkien, C. S. Lewis dan J. K. Rowling dari bidang fantasi.

Gambar foto novelis zaman Victoria, Charles Dickens

Sumbangan Scotland dalam bidang sastera terdiri, antara lainnya, daripada cerita penyiasatan Arthur Conan Doyle (pencipta Sherlock Holmes), kisah romantis Sir Walter Scott, cereka kanak-kanak J. M. Barrie, pengembaraan epik Robert Louis Stevenson dan rangkap-rangkap puisi Robert Burns. Pada awal abad ke-20, tercetusnya pergerakan Scottish Renaissance yang diterajui oleh sasterawan modenis dan nasionalis, Hugh MacDiarmid dan Neil M. Gunn. Ian Rankin mengemukakan cerita-cerita yang lebih menggerunkan dengan komedi seram Iain Banks. Ibu negeri Scotland, Edinburgh, menjadi Kota Sastera UNESCO yang pertama di dunia.[21]

Karya puisi tertua yang dikenali dari Britain, Y Gododdin, mungkin dikarang dalam bahasa bahasa Cumbric atau Wales Lama pada akhir abad ke-6 dan mungkin mengandungi sebutan terawal mengenai Raja Arthur.[22] Geoffrey dari Monmouth mengembangkan legenda Arthur dengan mengarang kisah sejarah palsu British, iaitu Historia Regum Britanniae.[23] Pemuisi Wales tersohor zaman pertengahan, Dafydd ap Gwilym (fl 1320-1370), dikenang kerana mengarang puisi yang bertemakan alam semula jadi, agama dan khususnya, cinta, dalam bahasa Wales. Oleh itu, beliau dipuji sebagai salah seorang pemuisi Eropah yang terunggul pada zamannya.[24] Sehingga akhir abad ke-19, majoriti karya sastera Wales berbahasa Wales, dan kebanyakan prosanya bersifat keagamaan. Daniel Owen dikenang sebagai novelis berbahasa Wales yang pertama apabila menerbitkan Rhys Lewis pada tahun 1885. Wales juga tidak ketinggalan menghasilkan karya sastera dan puisi dalam bahasa Inggeris. Dylan Thomas menjadi terkenal di benua Amerika dan Eropah pada pertengahan abad ke-20. Karyawan dari Swansea ini diperingati kerana syairnya – “Do not go gentle into that good night; Rage, rage against the dying of the light.” (Janganlah berjinak dengan malam buta; Lawan, lawanlah kepudaran cahaya) is one of the most quoted couplets of English language verse – dan juga drama radio Under Milk Wood. ‘Paderi penyair’ Gereja di Wales dan nasionalis Wales yang berpengaruh, R. S. Thomas, dinamakan sebagai penerima Hadiah Nobel untuk Kesusasteraan pada tahun 1996. Antara novelis Wales terkemuka termasuk Richard Llewellyn dan Kate Roberts.

UK juga menyambut kedatangan para pengarang dari bangsa-bangsa lain, khususnya negara-negara Komanwel, Republik Ireland dan Amerika Syarikat, seperti Jonathan Swift, Oscar Wilde, Bram Stoker, George Bernard Shaw, Joseph Conrad, T. S. Eliot, Ezra Pound, Kazuo Ishiguro dan Sir Salman Rushdie.[25][26]

Pusat Televisyen BBC. BBC ialah badan penyiaran terbesar dan terlama di dunia.[27]

UK mempunyai lima saluran televisyen yang utama, iaitu BBC One, BBC Two, ITV1, Channel 4 dan Five, yang kini dipancarkan melalui isyarat terestrial analog dan digital; BBC One dan BBC Two dibiayai oleh dana awam, manakala tiga yang lain itu adalah penyiar swasta yang dibiayai oleh pengiklanan. Penonton TV di UK menerima banyak sekali saluran terestrial digital tambahan, termasuk 10 dari BBC, lima dari ITV, tiga dari Channel 4, satu dari S4C yang hanya berbahasa Wales, dan lain-lain. Kebanyakan khidmat televisyen kabel digital disediakan oleh Virgin Media, manakala televisyen satelit dipancarkan oleh Freesat dan British Sky Broadcasting, dan televisyen terestrial digital percuma pula oleh Freeview. Seluruh UK beranjak ke penyiaran TV digital pada tahun 2012.[28]

BBC yang diasaskan pada tahun 1922 ialah perbadanan radio, televisyen dan internet yang dibiayai awam di UK, dan juga penyiar tertua dan terbesar di dunia.[29][30] Ia mengendali saluran televisyen dan radio di dalam dan luar UK. Perkhidmatan berita televisyen antarabangsa BBC, BBC World News, disiarkan ke seluruh dunia, manakala rangkaian radio BBC World Service disiarkan dalam 33 bahasa di seluruh dunia, tidak lupa juga khidmat bahasa Wales di BBC Radio Cymru, bahasa Gaelik di BBC Radio nan Gàidheal di Scotland, dan bahasa Ireland di Ireland Utara.[31] Perkhidmatan domestik BBC dibiayai oleh bayaran dari pemegang lesen televisyen.[32] Khidmat radio antarabangsa, BBC World Service dibiayai oleh Jabatan Luar Negara dan Komanwel, tetapi mulai 2014 ia akan dibiayai oleh lesen televisyen.[33] Perkhidmatan penyiaran televisyen antarabangsa dikendali oleh BBC Worldwide berasaskan langganan berbayar menerusi khidmat kabel dan satelit. BBC Worldwide juga menubuhkan UKTV bersama Virgin Media.[34]

The Channel 4 building.

Siaran radio di UK dikuasai oleh BBC Radio, yang mengendali 10 rangkaian kebangsaan dan lebih 40 stesen radio tempatan. Stesen radio paling popular dari segi jumlah pendengar ialah BBC Radio 2, diikuti oleh BBC Radio 1. Di UK juga ada ratusan stesen radio swasta yang menawarkan beraneka format muzik atau bual bicara, kebanyakannya bersiaran di peringkat setempat.

Mengikut resam, surat khabar British terbahagi kepada akhbar yang “kualiti” dan mengetengahkan berita serius (iaitu "broadsheet" kerana saiznya yang besar) dan tabloid yang lebih sensasi kandungannya. Demi kemudahan pembaca, banyak akhbar broadsheet yang beralih ke format padat yang selama ini dikaitkan dengan tabloid. The Sun merupakan akhbar harian yang paling tinggi edarannya di UK, iaitu 3.1 juta, lebih kurang satu perempat pasaran senegara.[35] Akhbar saudaranya, News of the World menikmati peredaran tertinggi dalam pasaran surat khabar Ahad, dan banyak tertumpu kepada berita golongan ternama.[35] The Daily Telegraph yang berhaluan kanan tengah pula merupakan akhbar “bermutu” yang paling laris.[35] The Guardian pula akhbar “bermutu” yang liberal, manakala Financial Times ialah akhbar berita niaga utama yang dicetak pada surat khabar lebar yang berwarna merah salmon.[36] Selain surat khabar, majalah dan jurnal British turut menikmati peredaran seluruh dunia, misalnya The Economist, Nature, dan "New Scientist". Scotland pula menerbitkan akhbar-akhbar sendiri untuk pasaran negeri. Akhbar tabloid Daily Record merupakan akhbar harian paling laris, mengatasi The Scottish Sun empat lawan satu, manakala akhbar saudaranya, Sunday Mail juga menerajui pasaran akhbar Ahad. Akhbar harian “kualiti” utama di Scotland ialah The Herald, tetapi pasaran akhbar Ahad pula diungguli oleh Scotland on Sunday, saudara kepada The Scotsman.[37]

Domain peringkat tinggi kod negara (ccTLD) untuk Internet di United Kingdom ialah .uk. Laman web “.uk” yang paling popular ialah Google versi British, diikuti oleh BBC Online.[38]

The Beatles merupakan salah sebuah kugiran yang paling berjaya dan disanjung tinggi dalam sejarah muzik, kerana menjual lebih satu bilion naskhah rakaman di seluruh dunia.[39][40][41]

Masyarakat UK menyambut baik beraneka gaya muzik, baik muzik rakyat tradisional kenegerian, klasikal, pop-rock mahupun heavy metal. Antara seniman muzik klasikal tersohor dari United Kingdom termasuk William Byrd, Henry Purcell, Sir Edward Elgar, Gustav Holst, Sir Arthur Sullivan (paling terkenal kerana bekerja bersama penggubah libreto, Sir W. S. Gilbert), Ralph Vaughan Williams, dan Benjamin Britten, pelopor opera British moden. Di UK juga terletaknya orkestra simfoni dan koir terkenal seperti BBC Symphony Orchestra dan London Symphony Chorus. Konduktor terkenal pula termasuk Sir Simon Rattle, John Barbirolli dan Sir Malcolm Sargent. Penggubah skor filem terkenal dari UK termasuk John Barry, Clint Mansell, Mike Oldfield, John Powell, Craig Armstrong, David Arnold, John Murphy, Monty Norman dan Harry Gregson-Williams. Sungguhpun lahir di Jerman, namun George Frideric Handel menjadi warganegara British[42] dan antara karya-karya terhebatnya digubah dalam bahasa Inggeris, misalnya Messiah.[43] Andrew Lloyd Webber, seorang komposer teater muzikal terkenal yang menguasai persada West End dengan karya-karyanya dan turut menambat hati peminat Broadway di New York, turut mengecapi kejayaan besar.[44]

Antara tokoh-tokoh seni British yang mempengaruhi bidang muzik pop pada abad ke-20 termasuk The Beatles, Queen, Cliff Richard, Bee Gees, Elton John, Led Zeppelin, Pink Floyd dan The Rolling Stones, kesemua mereka masing-masing mencapai jumlah jualan rakaman 200 juta unit ke atas sedunia.[45][46][47][48] [49][50][51] Kumpulan Beatles sahaja mencapai jualan rakaman antarabangsa melebihi satu bilion.[39][40][41] Menurut Guinness World Records, lapan daripada sepuluh artis yang paling banyak single dalam carta UK adalah berbangsa British: Status Quo, Queen, The Rolling Stones, UB40, Depeche Mode, Bee Gees, Pet Shop Boys dan Manic Street Preachers.[52][53] Artis UK terkini yang tidak ketinggalan merasai kemasyhuran antarabangsa termasuk Coldplay, Radiohead, Oasis, Spice Girls, Amy Winehouse, Muse dan Gorillaz.

Sebilangan bandaraya di UK terkenal kerana persada muziknya. Artis-artis dari Liverpool mencatat jumlah single nombor satu per capita terbanyak dalam carta UK (54) berbanding kota-kota lain sedunia.[54] Sumbangan Glasgow kepada bidang muzik diiktiraf pada tahun 2008, ketika bandaraya itu mendapat gelaran Kota Muzik UNESCO yang hanya diterima oleh dua lagi bandaraya lain.[55]

United Kingdom terkenal kerana tradisi “British Empiricism”, satu cabang falsafah ilmu yang menyatakan bahawa pengetahuan yang diperoleh daripada pengalaman sahaja adalah besar, dan juga “Falsafah Scotland” ataupun ‘Mazhab Akal Budi Scotland’ (Scottish School of Common Sense).[56] Antara ahli-ahli falsafah terkenal yang mengamalkan British Empiricism ialah John Locke, George Berkeley dan David Hume, manakala Dugald Stewart, Thomas Reid dan William Hamilton merupakan pengamal utama aliran “akal budi” Scotland. Dua orang British terkenal kerana menggunakan teori falsafah moral Utilitarianisme, mula-mulanya oleh Jeremy Bentham diikuti oleh John Stuart Mill dalam karangannya, Utilitarianism.[57][58] Antara ramai lagi ahli falsafah dari bumi UK termasuk Duns Scotus, John Lilburne, Mary Wollstonecraft, Sir Francis Bacon, Adam Smith, Thomas Hobbes, William of Ockham, Bertrand Russell dan Alfred Jules Ayer; tidak lupa juga ahli falsafah kelahiran luar negara yang bermastautin di UK seperti Isaiah Berlin, Karl Marx, Karl Popper, dan Ludwig Wittgenstein.

Seni tampak

[sunting | sunting sumber]

Antara pelukis-pelukis British yang masyhur termasuk Sir Joshua Reynolds, Thomas Gainsborough, John Constable, William Blake, J. M. W. Turner, William Morris, L. S. Lowry, Francis Bacon, Lucian Freud, David Hockney, Gilbert and George, Richard Hamilton, Peter Blake, Howard Hodgkin, Antony Gormley, dan Anish Kapoor.

Di London letaknya Royal Academy, sebuah pertubuhan terkemuka yang mempromosikan seni tampak. Maktab-maktab kesenian utama di UK termasuk Slade School of Fine Art (sebahagian University College London); University of the Arts London yang terbahagi kepada enam maktab, termasuk Central Saint Martins College of Art and Design dan Chelsea College of Art and Design; Sekolah Kesenian Glasgow; dan Goldsmiths, Universiti London.

Pada akhir 1980-an dan 1990-an, Saatchi Gallery di London membantu mengemukakan kumpulan pelukis pelbagai genre yang dikenali sebagai “Young British Artists” kepada umum. Antara mereka yang dilihat menganggotai pergerakan ini termasuk Damien Hirst, Chris Ofili, Rachel Whiteread, Tracey Emin, Mark Wallinger, Steve McQueen, Sam Taylor-Wood, dan Chapman Bersaudara. Galeri Tate Modern di London ialah pusat seni moden yang paling ramai pelawatnya di dunia, dengan sekitar 4.7 juta pelawat setiap tahun.[59]

Stadium Wembley di England merupakan salah sebuah stadium termahal yang pernah dibina.[60]

Bumi United Kingdom merupakan tempat kelahiran atau mekarnya pelbagai jenis sukan, termasuk bola sepak, ragbi, lumba dayung, tinju, badminton, kriket, tenis dan golf. Dalam pertandingan antarabangsa, England, Scotland, Wales, dan Ireland Utara diwakili oleh pasukan-pasukan berasingan dalam kebanyakan sukan berpasukan dan juga Sukan Komanwel. (Dalam konteks kesukanan, pasukan-pasukan negeri ini bersama-sama digelar sebagai Home Nations.) Akan tetapi, terdapat sesetengah acara yang mana seluruh United Kingdom diwakili oleh sebuah pasukan, khususnya Sukan Olimpik apabila UK diwakili oleh pasukan Great Britain. London merupakan tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1908, 1948 dan 2012, menjadikannya bandaraya pertama yang menganjurkan temasya Olimpik sebanyak tiga kali.

Setiap pasukan Home Nations mempunyai persatuan, pasukan dan sistem liga bola sepak masing-masing, tetapi ada sebilangan kecil kelab yang beraksi di luar sistem negeri masing-masing atas sebab-sebab sejarah dan logistik. England, Scotland, Wales dan Ireland Utara bertanding sebagai negara-negara berasingan dalam kejohanan antarabangsa. Natijahnya, tiada pasukan UK yang bersatu untuk acara bola sepak di Sukan Olimpik.[61] Pernah diusulkan supaya sebuah pasukan UK dibentuk semula untuk menyertai Sukan Olimpik 2012 tetapi persatuan bola sepak Scotland, Wales dan Ireland Utara enggan mengambil bahagian kerana bimbang bahawa ini boleh menjejaskan status bebas mereka, seperti yang ditegaskan oleh presiden FIFA, Sepp Blatter.[62]

Fail:Milleniumstadiumcardiff2.jpg
Millennium Stadium di Cardiff dibuka sempena Piala Dunia Ragbi 1999

Kriket dipercayai dicipta di England, dan pasukan kriket England yang diselia oleh Lembaga Kriket England dan Wales[63] ialah satu-satunya pasukan negeri di UK yang berstatus Test. Pasukan ini menyatukan pemain-pemain dari England dan Wales, berbeza dengan bola sepak dan ragbi di mana Wales dan England menurunkan pasukan berasingan, namun Wales pernah menurunkan pasukan kriket sendiri suatu ketika dahulu. Pemain Ireland dan Scotland pernah berkhidmat untuk England kerana negeri-negeri tersebut tidak memegang status Test dan baru sahaja mula beraksi di perlawanan One Day International.[64][65] Scotland, England (dan Wales), dan Ireland (termasuk Ireland Utara) turut beraksi di Piala Dunia Kriket, yang mana England pernah mencapai peringkat akhir tiga kali. Terdapat sebuah acara kejohanan liga kriket profesional tahunan yang dipertanding oleh kelab-kelab yang mewakili 17 kaunti England dan satu kaunti Wales.[66]

Sukan ragbi liga juga digemari ramai di UK. Ia berasal dari Huddersfield, dan biasanya dimainkan di England Utara.[67] Sebuah pasukan ‘Great Britain Lions’ pernah bertanding dalam perlawanan Piala Dunia Liga Ragbi dan Test, tetapi mulai tahun 2008, England, Scotland dan Ireland bertanding secara berasingan.[68] Pasukan bersatu Great Britain masih dikekalkan untuk kejohanan Ashes melawan Australia, New Zealand dan Perancis. Bentuk liga ragbi profesional yang tertinggi di UK dan Eropah ialah Super League yang disertai oleh 11 pasukan dari England Utara, 1 dari London, 1 dari Wales dan 1 dari Perancis. Ragbi kesatuan dianjurkan secara berasingan untuk England, Scotland, Wales dan Ireland, maka setiap negeri tersebut mempunyai pasukan antarabangsa bertaraf dunia dan juga dikenali bersama-sama sebagai Home Nations. Kejohanan Enam Negara yang dipertanding oleh Home Nations, Itali dan Perancis merupakan kejohanan ragbi liga antarabangsa terunggul di negara-negara utara.[69] Triple Crown dihadiahkan kepada mana satu Home Nation yang mengalahkan tiga yang lain dalam perlawanan ini.[70]

Kejohanan Grand Slam Wimbledon diadakan di Wimbledon, London pada setiap bulan Jun/Julai

Permainan tenis padang mulai berasal dari bandaraya Birmingham sekitar tahun 1859 hingga 1865.[71] Kejohanan Wimbledon merupakan acara tenis antarabangsa yang dilangsungkan di Wimbledon di kawasan selatan London setiap musim panas, sebagai salah sebuah acara paling berprestij dalam kalendar tenis sedunia. Snuker juga diperkenalkan kepada dunia oleh UK, dan sebuah kejohanan snuker sedunia tahunan dilangsungkan di Sheffield.[72] Di Ireland Utara dan masyarakat bangsa Ireland di UK, bola sepak Gaelik dan hurling merupakan sukan berpasukan yang amat ramai pemain dan penontonnya. Permainan Shinty (atau camanachd) menjadi aktiviti kegemaran di Tanah Tinggi Scotland.[73]

Lumba kuda belima yang berasal dari zaman pemerintahan Charles II dari England sebagai “sukan para raja”, digemari ramai di seluruh UK yang mengadakan acara perlumbaan bertaraf dunia seperti Grand National, Epsom Derby dan Royal Ascot. UK membuktikan kecemerlanganya dalam arena kesukanan antarabangsa menerusi sukan lumba dayung. Golf juga tidak ketinggalan mencuri perhatian sebagai sukan asal UK. Walaupun The Royal and Ancient Golf Club of St Andrews, di Scotland, merupakan tempat kelahiran sukan golf,[74] namun padang golf tertua di dunia sebenarnya Musselburgh Links' Old Golf Course.[75]

UK juga tidak asing dengan sukan bermotor. Ramai pasukan dan pemandu Formula Satu (F1) bertapak di UK, dan Britain berbangga kerana para pelumbanya menjulang bilangan kejuaraan dunia terbanyak di dunia. Pada tahun 1950, UK mengadakan perlumbaan Grand Prix F1 yang paling sulung di Silverstone, tempat berlangsungnya acara Grand Prix British tahunan. Negara ini juga menjadi tuan rumah kepada beberapa pusingan World Rally Championship di samping menganjurkan kejohanan perlumbaan kereta berjelajah sendiri, iaitu British Touring Car Championship (BTCC).[76]

  1. ^ "The Directors' Top Ten Directors". British Film Institute. Dicapai pada 2 November 2010.
  2. ^ "Andrews, Julie (1935-)". British Film Institute. Dicapai pada 11 Disember 2010.
  3. ^ "Burton, Richard (1925-1984)". British Film Institute. Dicapai pada 11 Disember 2010.
  4. ^ "Caine, Michael (1933-)". British Film Institute. Dicapai pada 11 Disember 2010.
  5. ^ "Chaplin, Charles (1889-1977)". British Film Institute. Dicapai pada 11 Disember 2010.
  6. ^ "Connery, Sean (1930-)". British Film Institute. Dicapai pada 11 Disember 2010.
  7. ^ "Leigh, Vivien (1913-1967)". British Film Institute. Dicapai pada 11 Disember 2010.
  8. ^ "Niven, David (1910-1983)". British Film Institute. Dicapai pada 11 Disember 2010.
  9. ^ "Olivier, Laurence (1907-1989)". British Film Institute. Dicapai pada 11 Disember 2010.
  10. ^ "Sellers, Peter (1925-1980)". British Film Institute. Dicapai pada 11 Disember 2010.
  11. ^ "Winslet, Kate (1975-)". British Film Institute. Dicapai pada 11 Disember 2010.
  12. ^ "Harry Potter becomes highest-grossing film franchise". London: The Guardian. 11 September 2007. Dicapai pada 2 November 2010.
  13. ^ "History of Ealing Studios". Ealing Studios. Dicapai pada 5 Jun 2010.
  14. ^ Barry Ronge's Classic DVD : Alice in Wonderland, The Times'.' Retrieved 20 Ogos 2010.
  15. ^ "UK film - the vital statistics". UK Film Council. Dicapai pada 22 Oktober 2010.
  16. ^ Goldfarb, Jeff. "Bookish Britain overtakes America as top publisher", Reuters Entertainment, 10 Mei 2006
  17. ^ "William Shakespeare (English author)". Britannica Online encyclopedia. Dicapai pada 26 Februari 2006.
  18. ^ MSN Encarta Encyclopedia article on Shakespeare. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-09. Dicapai pada 26 Februari 2006.
  19. ^ "William Shakespeare". Columbia Electronic Encyclopedia. Dicapai pada 26 Februari 2006.
  20. ^ "Mystery of Christie's success is solved". London: The Telegraph. 19 Disember 2005. Dicapai pada 14 November 2010.
  21. ^ Edinburgh, UK appointed first UNESCO City of Literature UNESCO. Retrieved 20 Ogos 2008.
  22. ^ "Early Welsh poetry". BBC Wales. Dicapai pada 29 Disember 2010.
  23. ^ Andrew Lang (2003). History of English Literature from Beowulf to Swinburne. m/s. 42. Dicapai pada 29 Disember 2010.
  24. ^ "Dafydd ap Gwilym". tapak sesawang Academi. Academi. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-27. Dicapai pada 3 Januari 2011. Dafydd ap Gwilym is widely regarded as one of the greatest Welsh poets of all time, and amongst the leading European poets of the Middle Ages. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  25. ^ Jonathan Swift, Christopher Fox. Gulliver's travels: complete, authoritive text with biographical... Macmillan Press. m/s. 10. Dicapai pada 1 Januari 2011.
  26. ^ "Bram Stoker". New York Times. Dicapai pada 1 Januari 2011. Text "year-1912" ignored (bantuan)
  27. ^ "About the BBC - What is the BBC". BBC. Dicapai pada 14 Jun 2008.
  28. ^ "What is digital switchover". Directgov. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-05. Dicapai pada 30 Disember 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  29. ^ "The history of BBC News: 1920s". BBC News. Dicapai pada 29 November 2009.
  30. ^ Discussion of BBC Empire Service history in Analysis: BBC's voice in Europe Jan Repa, BBC News Online: 25 Oktober 2005
  31. ^ "News and Analysis in your language". BBC. Dicapai pada 30 Disember 2010.
  32. ^ "TV Licence Fee: facts & figures". BBC Press Office. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-01. Dicapai pada 30 Disember 2010.
  33. ^ "BBC Funding Settlements: the details". OFCOMWATCH. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-28. Dicapai pada 30 Disember 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  34. ^ "CHANNELS". BBC Worldwide. Dicapai pada 30 Disember 2010.
  35. ^ a b c "ABCs: National daily newspaper circulation September 2008". London: guardian.co.uk. 10 Oktober 2008. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  36. ^ Lyall, Sarah (24 Februari 2010). "British Panel Condemns Media Group in Phone Hacking Case". The New York Times. Dicapai pada 30 Disember 2010.
  37. ^ Scottish newspaper readership falls Business7, 11 Februari 2008
  38. ^ Popular Websites. "Most Popular Websites on the Internet". Most Popular Websites. Dicapai pada 15 April 2010.
  39. ^ a b "1960–1969". EMI Group Ltd. Dicapai pada 31 Mei 2008.
  40. ^ a b "Paul At Fifty". Time (majalah). 8 Jun 1992. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-18. Dicapai pada 2011-02-01.
  41. ^ a b "In This Month: Jun". UKTV. Dicapai pada 15 Ogos 2008.
  42. ^ "British Citizen by Act of Parliament: George Frideric Handel". UK Parliament. 20 Julai 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-27. Dicapai pada 11 September 2009.
  43. ^ Andrews, John (14 April 2006). "Handel all'inglese". Playbill. Dicapai pada 11 September 2009.
  44. ^ Sondheim and Lloyd-Webber: the new musical. Retrieved 20 Ogos 2010.
  45. ^ "British rock legends get their own music title for PLAYSTATION3 and PlayStation2". EMI.
  46. ^ Resurrecting Church will be greatest miracle Times Online, 9 Mei 2008
  47. ^ Sir Elton John honoured in Ben and Jerry ice cream Diarkibkan 2008-08-01 di Wayback Machine The Telegraph, 17 Julai 2008
  48. ^ Alleyne, Richard (19 April 2008). "Rock group Led Zeppelin to reunite". The Daily Telegraph. London. Dicapai pada 31 Mac 2010.
  49. ^ Fresco, Adam (11 Julai 2006). "Pink Floyd founder Syd Barrett dies at home". Times Online. London. Dicapai pada 31 Mac 2010.
  50. ^ Holton, Kate (17 Januari 2008). "Rolling Stones sign Universal album deal". Reuters.com. Reuters. Dicapai pada 26 Oktober 2008.
  51. ^ Walker, Tim (12 Mei 2008). "Jive talkin': Why Robin Gibb wants more respect for the Bee Gees". The Independent. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-13. Dicapai pada 26 Oktober 2008.
  52. ^ "Status Quo hold UK singles record". BBC News. 19 September 2005. Dicapai pada 2 Ogos 2009.
  53. ^ Encyclopædia Britannica. "the Bee Gees (British-Australian pop-rock group)". Britannica Online Encyclopedia. Dicapai pada 12 Januari 2010.
  54. ^ Hughes, Mark (14 Januari 2008). "A tale of two cities of culture: Liverpool vs Stavanger". The Independent. London. Dicapai pada 2 Ogos 2009.
  55. ^ "Glasgow gets city of music honour". BBC News. 20 Ogos 2008. Dicapai pada 2 Ogos 2009.
  56. ^ Scottish School of Common Sense rrbltd.co.uk, dicapai pada 17 Disember 2010
  57. ^ Michael Palmer (2005). Moral Problems in Medicine:A Practical Coursebook. The Lutterworth Press, Cambridge. m/s. 66. Dicapai pada 30 Disember 2010.
  58. ^ Geoffrey Scarre (1996). Utilitarianism. Routledge, London. m/s. 82. Dicapai pada 30 Disember 2010.
  59. ^ "The startling success of Tate Modern". The Times. 24 April 2010. Dicapai pada 19 Januari 2011.
  60. ^ "Wembley kick-off: Stadium is ready and England play first game in fortnight". Daily Mail. London. 9 Mac 2007. Dicapai pada 19 Mac 2007.
  61. ^ "Why is there no GB Olympics football team". BBC Sport. 2008. Dicapai pada 31 Disember 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Unknown parameter |day= ignored (bantuan)
  62. ^ "Blatter against British 2012 team". BBC News. 9 Mac 2008. Dicapai pada 2 April 2008.
  63. ^ About ECB England and Wales Cricket Board. Retrieved 4 Ogos 2008.
  64. ^ "Howzat happen? England fields a Gaelic-speaking Scotsman in Ashes". scotsman.com. 2009. Dicapai pada 30 Disember 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Unknown parameter |day= ignored (bantuan)
  65. ^ "Uncapped Joyce wins Ashes call up". BBC Sport. Dicapai pada 30 Disember 2010.
  66. ^ "Glamorgan". BBC South East Wales. 2009. Dicapai pada 30 Disember 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  67. ^ Shirley Ardener (2007). Professional identities: policy and practice. Berghahn Books. m/s. 27. Dicapai pada 30 Disember 2010.
  68. ^ "Official Website of Rugby League World Cup 2008".
  69. ^ Jaco Louw (2008). The Girlfriends Guide to Rugby. South Publishers (Pty) Ltd, Johannesburg. Dicapai pada 31 Disember 2010.
  70. ^ Webster's Quotations, Facts and Phrases. Inc Icon Group International, California. 2008. m/s. 412. Dicapai pada 31 Disember 2010.
  71. ^ "Lawn Tennis and Major T.Gem". The Birmingham Civic Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-18. Dicapai pada 31 Disember 2010.
  72. ^ "China in Ding's hands". BBC Sport. Dicapai pada 2 Januari 2011.
  73. ^ Shinty Scottish Sport. Diterima pada 2 Oktober 2008.
  74. ^ "Tracking the Field" (PDF). Ipsos MORI. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-02-05. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  75. ^ Links plays into the record books BBC News, 17 Mac 2009
  76. ^ "Wales Rally GB, Rally Guide 1" (PDF). walesrallygb.com. Dicapai pada 2 Januari 2011.