Oscar Wilde
Oscar Wilde | |
---|---|
Pekerjaan | Dramawan, novelis, penyajak |
Warganegara | Ireland |
Oscar Fingal O'Flahertie Wills Wilde ialah seorang novelis, dramawan, penyair, dan cerpenis Ireland. Dikenali dengan lawaknya yang cerdas, beliau merupakan salah satu penulis drama yang paling berjaya pada akhir Era Victoria di London.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Ayah Oscar Wilde, William Wilde, ialah seorang doktor pakar mata dan telinga yang ternama. Beliau dianugerahkan gelaran Sir pada tahun 1864 atas jasanya dalam penyusunan bancian statistik perubatan di tahun 1841 hingga 1861, dan namanya menjadi Sir William Wilde.
Pada tahun 1844, William Wilde mendirikan Hospital Mata, St. Mark yang dibiayainya sendiri. Sebelum berkahwin dengan ibu Oscar Wilde, Jane Francesca Elgee, William Wilde telah mempunyai tiga orang anak. Anak pertama Henry Wilson yang lahir tahun 1838, Emily pada tahun 1847, dan Mary pada tahun 1849. William bertanggungjawab membiayai seluruh anaknya. Saudara perempuan tiri Oscar, Emily dan Mary, kedua-duanya meninggal pada umur 22 dan 24 dalam kemalangan kebakaran.
Ibu Oscar, Jane Francesca Elgee, ialah penulis puisi terkenal dengan nama samaran "Speranza". Puisi-puisinya dimuat di akhbar mingguan The Nation. Beliau juga seorang ahli bahasa berbakat yang menguasai beberapa bahasa Eropah utama. Ketika akhbar mingguan tersebut tutup, Jane mulai menerjemahkan novel horor gothic karya Wilhelm Meinhold yang berjudul Sidunia Sang Penyihir. Oscar gemar membaca karya terjemahan tersebut yang akhirnya mempengaruhi sisi gelap karya-karyanya.
Anak pertama Jane, William "Willie" Charles Kingsbury, lahir pada 26 September 1852. Anak keduanya, Oscar Fingal O'Flahertie, lahir pada tarikh 16 Oktober 1854. Anak perempuan yang sangat beliau inginkan, Isola Emily Francesca lahir pada 2 April 1857
Kerjaya awal
[sunting | sunting sumber]Willie dan Oscar belajar di Sekolah Portora Royal di Enniskillen. Oscar unggul dalam pelajaran klasik dan mendapat tempat pertama selama dua tahun berturut-turut di sekolahnya, selain menjadi juara kedua dalam pertandingan menggambar.
Pada tahun 1867, adik perempuannya, Emily, meninggal dunia. Oscar yang sedih akan pemergian adiknya membawa seikat rambut Emily yang dibungkus dalam sampul berhias sepanjang hidupnya.
Oscar mendapatkan Biasiswa Royal School untuk mendapatkan pendidikan di Trinity College di Dublin. Beliau menunjukkan keunggulannya dalam kelas klasik dan mendapat peringkat terbaik pada ujian pertamanya di tahun 1872 dan dianugerahi Biasiswa Yayasan (Foundation Scholarship), penghargaan tertinggi yang diberikan sekolah tersebut kepada mahasiswa S1. Pada tahun 1874, Oscar mencapai kejayaan di Trinity College dengan dua pencapaian terbaik. Beliau memenangi Pingat Emas Berkeley untuk pembelajaran Yunani dan dianugerahi Biasiswa Demyship untuk belajar di Magdalen College, Oxford.
Pada 19 April 1876, ayahnya, William, meninggal dunia. Kematiannya mengakibatkan keluarga Oscar kehilangan sumber pendapatan. Henry, anak sulung, mengambil alih kewajiban membayar pajak rumah dan membiayai keluarga Oscar. Pada tahun 1877, Henry meninggal dunia secara tiba-tiba.
Sementara itu, Oscar terus menunjukkan prestasi cemerlang di Oxford. Beliau dianugerahi penghargaan Newdigate untuk puisinya Ravenna dan mendapat Peringkat Tertinggi (First Class) untuk karyanya Mods dan Greats oleh dua belas orang pengujinya. Setelah lulus, Oscar berpindah ke London dan tinggal bersama kawannya, Frank Miles, pelukis potret terkenal di kalangan masyarakat pada masa itu.
Pada tahun 1881, beliau menerbitkan kumpulan puisi pertamanya. Poems menerima penilaian yang beragam daripada banyak pengkritik, tetapi kritik dan pujian ini jelas membantu kelanjutan kerjaya menulis Oscar. Pada bulan Disember 1881, Oscar berlayar ke New York dalam rangka keliling Amerika untuk memberikan ceramah mengenai estetik. Jelajah keliling di 50 tempat ini pada awalnya hanya dijadualkan selama empat bulan, tetapi sebenarnya dipanjangkan dan berlangsung selama hampir satu tahun, dengan lebih daripada 140 ceramah diberikan dalam 260 hari.
Di celah jadual ceramahnya, beliau menyempatkan diri untuk bertemu Henry W. Longfellow, Oliver Wendell Holmes, dan Walt Whitman. Beliau juga menyusun naskhah teaternya, Vera, untuk dipentaskan di New York pada tahun berikutnya. Ketika beliau kembali dari Amerika, Oscar melanjutkan perjalanannya ke Paris dan tinggal di sana selama tiga bulan untuk menulis drama tragedi yang telah dipesan oleh artis Mary Anderson. Namun ketika Oscar mengirim naskhah tersebut, sang artis menolaknya. Oscar lalu melanjutkan perjalanan jelajah ceramahnya ke Ireland dan England.
Pernikahan dan puncak kreativiti
[sunting | sunting sumber]Pada tanggal 29 Mei 1884, Oscar berkahwin dengan Constance Lloyd. Contance berumur empat tahun lebih muda daripada Oscar dan merupakan anak kepada mendiang Kaunsel Ratu terkenal, Horace Lloyd, yang meninggal dunia ketika Constance berumur 16 tahun. Sebagai wanita terpelajar, Constance juga menguasai beberapa bahasa Eropah dan mempunyai pemikiran mandiri, serta tidak takut untuk mengungkapkannya.
Oscar dan Constance memperoleh dua anak dalam waktu singkat, Cyrill lahir dalam tahun 1885 dan Vyvyan dalam tahun 1886. Untuk menyara keluarga, Oscar menerima pekerjaan sebagai penulis muda untuk majalah Woman's World (Dunia Wanita) pada tahun 1887–1889. Enam tahun selanjutnya ialah detik puncak kreativiti Oscar Wilde. Beliau menerbitkan dua koleksi cerita kanak-kanak, The Happy Prince and Other Tales (Putera Bahagia dan Cerita Lainnya) pada tahun 1888, dan The House of Pomegranates (Rumah Delima) pada tahun 1892.
Novel pertamanya dan satu-satunya novel beliau, The Picture of Dorian Gray, diterbitkan di sebuah majalah Amerika pada tahun 1890 dan mendapat protes hebat. Oscar lalu mengembangkan ceritanya dan menerbitkannya dalam bentuk novel pada tahun berikutnya. Tema novel tersebut yang berbau homoseks dianggap tidak bermoral oleh masyarakat era Victoria ketika itu. Hal inilah yang kemudiannya memainkan peranan besar dalam kesnya di pengadilan.
Pementasan naskhah teaternya yang pertama, Lady Windemere's Fan, pada tahun 1892 mendapat pujian dan mendatangkan banyak wang. Hal ini meyakinkan Oscar untuk terus menulis naskhah sandiwara teater.
Naskhah lainnya yang juga penting ialah:
- A Woman of No Importance (Wanita yang Tidak Penting) tahun 1893
- An Ideal Husband (Suami Yang Unggul) tahun 1895
- The Importance of Being Earnest (Pentingnya Menjadi si Jujur) pada tahun 1895.
Sandiwara-sandiwara ini mendapat banyak pengakuan daripada pengkritik dan semakin mengukuhkan nama Oscar sebagai penulis drama berbakat.
Orientasi seks
[sunting | sunting sumber]Orientasi seks Wilde dipercayai biseksual, homoseksual dan paederastik. Wilde sendiri percaya beliau tergolong dalam golongan yang mencintai kaum sejenis seperti dalam tradisi paederastik Greek. Dalam menerangkan identiti seksualnya, Wilde menggunakan istilah Socratik. Beliau mempunyai hubungan seksual dengan Frank Miles, Constance Lloyd (isterinya), Robert Baldwin Ross, dan Lord Alfred Douglas. Wilde juga mempunyai banyak hubungan dengan golongan pekerja lelaki muda dan selalu mengupah pelacur lelaki.
Dipercayai Wilde sedar tentang orientasi seksnya pada tahun 1885 (setahun selepas perkahwinannya) apabila menjalinkan hubungan dengan Robert Baldwin Ross yang berumur 17 tahun. Neil McKenna dalam bukunya The Secret Life of Oscar Wilde (2003) pula berpendapat Wilde sedar tentang identiti seksualnya lebih awal ketika berusia 16 tahun. Bagaimanapun, Neil berpendapat Wilde tidak menyenangi sifatnya sendiri dan berharap perkahwinannya akan menyembuhkan dirinya lalu berkahwin dengan Constance Lloyd pada tahun 1884.
Skandal seks dan masa tahanan
[sunting | sunting sumber]Pada musim panas tahun 1891, Oscar bertemu dengan Lord Alfred Douglas ("Bosie"), anak ketiga daripada Bangsawan Quinsberry. Bossie yang menggemari novel Oscar, Picture of Dorian Gray, dan juga merupakan lulusan Oxford, dalam waktu yang singkat menjadi kekasih Oscar yang begitu rapat dan tidak renggang sehinggalah penahanan Oscar empat tahun kemudian.
Pada bulan April 1895, Oscar menuntut wang ayah Bosie kerana mencemarkan nama baik beliau apabila ayah Bosie menuduh mereka sebagai pasangan homoseksual. Akhirnya, Oscar menarik tuntutannya, tetapi pada pemeriksaan silang banyak terungkap fakta yang membuka aib Oscar.
Walaupun tuntutan kepada ayah Bosie ditarik kembali, namun Oscar sendiri kemudian ditahan dengan tuduhan perilaku yang tidak senonoh dan dihukum dua tahun kerja paksa.
Pada zaman Victoria, perilaku homoseksual tidak diperkenankan dan akan dihukum. Isterinya, Constance, membawa kedua-dua anaknya berpindah ke Switzerland dan mengubah nama keluarga mereka menjadi "Holland".
Menjelang kematian
[sunting | sunting sumber]Ketika beliau dibebaskan, Oscar menulis The Ballad of Reading Gaol, sebagai ungkapan penderitaan yang beliau alami ketika dipenjara. Tulisan ini diterbitkan sebelum Constance meninggal dunia dalam tahun 1898 susulan pembedahan tulang belakang dan dikebumikan di Genoa, Itali.
Oscar dan Bosie sempat bertemu kembali walaupun pertemuan tersebut tidak lama. Tiga tahun terakhir masa kehidupan Oscar dihabiskan dengan berkelana di Eropah, tinggal bersama kawan, atau menginap di hotel-hotel murah.
Ketika jangkitan kupingnya melarat dan menjadi parah, Oscar diserang meningitis. Beberapa detik sebelum meninggal beliau dianggap berkata:
Kertas pelapis dindingku dan aku sedang bertarung sehingga mati. Satu daripada kita harus pergi..
Beliau tidak pernah memperoleh kembali api kreativitinya yang hilang.
Oscar Wilde meninggal pada tanggal 30 November 1900 di Paris, Perancis.