Televisyen di United Kingdom
Penyiaran televisyen di Britain yang bermula pada tahun 1936, kini bermegah dengan beraneka perkhidmatan percuma dan berbayar melalui pelbagai media pengedaran, mencecah 600 saluran untuk pengguna di samping juga kandungan video atas permintaan. Terdapat enam pemilik saluran utama yang meawarkan perkhidmatan kepada penonton. Setiap tahun dihasilkan 27,000 jam kandungan buatan tempatan yang menelan belanja £2.6 bilion. Penutupan sistem terestrial analog sedang dijalankan satu demi satu dan bakal disiapkan pada tahun 2012.
Penyedia perkhidmatan televisyen
[sunting | sunting sumber]Perlbagai penyedia TV disediakan baik percuma mahupun langganan, menawarkan bermacam-macam saluran, kemudahan seperti panduan rancangan (EPG), video atas permintaan (VOD), definisi tinggi (HD), televisyen interaktif dengan butang merah, tidak lupa juga liputan seluruh UK. Selalunya, kotak atas set disediakan untuk menerima perkhidmatan ini; tetapi juga adanya Televisyen Digital Bersepadu (IDTV) untuk menerima perkhidmatan Freeview atau Freesat. Perkhidmatn Top Up TV dan BT Vision menggunakan kotak hibrid yang menerima Freeview dan juga saluran berbayar tambahan. Isi rumah yang menerima TV dari internet (YouTube, Joost, muat turun dsb.) tidak dijejaki oleh Ofcom. Lima saluran paling ramai penonton di UK, iaitu BBC One, BBC Two, ITV, Channel 4 dan Five, disediakan oleh semua penyedia (tetapi saluran Five tidak boleh diterima melalui siaran terestrial analog di sesetengah tempat, termasuk hampir seluruh Wales).
Penyedia | Percuma atau berbayar | Bilangan saluran | VOD | HD | Butang merah | Isirumah | Pancaran |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Terestrial analog | Percuma | Tidak lebih 6 | Tidak | Tidak | Tidak | 2,700,000[1] | Terestrial analog |
Freesat | Percuma | 79 (TV), 36 (radio) | Tidak | Ya | Ya | 350,000[1][nb 1] | Satelit digital |
Freesat from Sky | Percuma + PPV | Lebih 240[2] | Tidak | Tidak | Ya | 153,000[1][nb 2] | Satelit digital |
Freeview | Percuma | Tidak lebih 44 (TV), 24 (radio) | Tidak | Tidak | Ya | 9,700,000[1] | Terestrial digital |
Freewire | Percuma dan berbayar | 25 percuma[3], 19 berbayar[4] | Tidak | Tidak | Tidak | 40,000[5] | IPTV |
Internet | Pelbagai | Tidak diketahui | Ya | Ya | Tidak | 17,275,660[6] | Televisyen Internet |
BT Vision | Tidak-percumaBerbayar | Seperti Freeview | Ya | Ya | Tidak | 423,000[7] | IPTV dan terestrial digital |
Orange | Tidak-percumaBerbayar | Tidak diketahui | Tidak diketahui | Tidak | Tidak | Tidak diketahui | Televisyen mudah alih |
Sky TV | Tidak-percumaBerbayar | Kira-kira 600 (TV and radio) | Push | Ya | Ya | 8,900,000[1] | Satelit digital |
Smallworld | Tidak-percumaBerbayar | 99[8] | Tidak | Tidak | Tidak | [nb 3] | Kabel digital |
T-Mobile | Tidak-percumaBerbayar | Tidak diketahui | Tidak diketahui | Tidak | Tidak | Tidak diketahui | Televisyen mudah alih |
Tiscali TV | Tidak-percumaBerbayar | 73 | Ya | Tidak | Tidak | 100,000[1] | IPTV |
Top Up TV | Tidak-percumaBerbayar | Seperti Freeview | Push | Tidak | Tidak | 200,000[1] | Terestrial digital |
Virgin [analog] | Tidak-percumaBerbayar | 35[9] | Tidak | Tidak | Tidak | 90,000[1] | Kabel analog |
Virgin [digital] | Tidak-percumaBerbayar | Kira-kira 318 (tv & radio) (TV)[10] | Ya | Ya | Ya | 3,510,400[1][nb 4][nb 3] | Kabel digital |
Vodafone | Tidak-percumaBerbayar | Tidak diketahui | Tidak diketahui | Tidak | Tidak | Tidak diketahui | Televisyen mudah alih |
WightCable | Tidak-percumaBerbayar | 120[11] | Tidak | Tidak | Tidak | [nb 3] | Kabel digital |
Jenis | Peratusan | Isirumah | Penyedia | |
---|---|---|---|---|
Percuma | 50.5% | 12,864,803 | Freesat, Freesat from Sky, Freeview, TV terestrial analog | |
Berbayar | 49.5% | 12,625,197 | Sky TV, Smallworld Media, Tiscali TV, Top Up TV, Virgin Media, Wightcable |
Penyedia | TV atau IDTV | STB | Komputer | Telefon bimbit |
---|---|---|---|---|
Terestrial analog | Ya | — | Ya | Tidak |
Freesat | Ya | Ya | Tidak | Tidak |
Freesat from Sky | Tidak | Ya | Tidak | Tidak |
Freeview | Ya | Ya | Ya | Tidak |
Freewire | Tidak | Tidak | Ya | Tidak |
The Internet | Tidak | Ya | Ya | Ya |
BT Vision | Tidak | Ya | Tidak | Tidak |
Orange | Tidak | Tidak | Tidak | Ya |
Sky TV | Tidak | Ya | Tidak | Tidak |
Smallworld | Tidak | Ya | Tidak | Tidak |
T-Mobile | Tidak | Tidak | Tidak | Ya |
Tiscali TV | Tidak | Ya | Tidak | Tidak |
Top Up TV | Tidak | Ya | Tidak | Tidak |
Virgin [analog] | Tidak | Ya | Tidak | Tidak |
Virgin [digital] | Tidak | Ya | Tidak | Tidak |
Vodafone | Tidak | Tidak | Tidak | Ya |
WightCable | Tidak | Ya | Tidak | Tidak |
Lesen
[sunting | sunting sumber]Di United Kingdom dan tanah-tanah naungannya, penonton wajib memegang lesen televisyen berbayar untuk menerima mana-mana perkhidmatan penyiaran televisyen awam dari mana-mana penyedi, termasuk saluran swasta, siaran kabel dan satelit. Pendapatan dari yuran lesen televisyen digunakan untuk membiayai perkhidmatan dan penerbitan kandungan radio, televisyen dan Internet oleh Perbadanan Penyiaran British (BBC), dan kandungan berbahasa Wales oleh S4C. BBC[12] memberikan perangkaan perbelanjaan hasil yuran lesen yang berikut:
- 50% - BBC One dan BBC Two
- 15% - TV dan radio tempatan
- 12% - radio rangkaian
- 10% - digital (BBC Three, BBC Four, BBC News 24, BBC Parliament, CBBC, CBeebies)
- 10% - kos pemancaran dan kutipan yuran lesen
- 3% - BBC Online, Ceefax, dan perkhidmatan interaktif (termasuk bbc.co.uk dan BBC Red Button)
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Freesat sales figures, as quoted in §3.13 of Ofcom report
- ^ Derived from total free satellite households (figure 12) and Freesat sales figures (§3.13) in Ofcom report
- ^ a b c Smallworld, Virgin and Wightcable have 3,300,000 subscribers combined according to Ofcom figures
- ^ This figure is from Virgin Q1 2009 results as quoted in Ofcom report
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i "The Communications Market: Digital Progress Report - Digital TV, Q1 2009" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-07-10. Dicapai pada 2009-09-27.
- ^ Pay Once Watch Forever > What's on TV
- ^ Freewire - Freewire
- ^ Freewire - Freewire Extra!
- ^ Broadcasting - News - We've doubled IPTV viewers, says provider - Digital Spy
- ^ 1c. Total broadband subscribers by country (December 2008), OECD, dicapai pada 2009-07-05
- ^ [1]
- ^ Digital TV
- ^ Non-digital postcode
- ^ TV Size: XL - Channel Listing
- ^ Wightcable Telephone Broadband and Cable Television on the Isle of Wight
- ^ BBC News (2005-03-02). "BBC governors set to be scrapped". Dicapai pada 2006-06-18.