Iraq
Rencana ini perlu dikemas kini.(Apr 2024) |
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Arab. (April 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Republik Demokratik Rakyat Iraq جمهورية العراق الديمقراطية الشعبية الديمقراطية الشعبية جمهورية العراق | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "أيها البروليتاريون في جميع البلدان، اتحدوا!"، 'Proletariat semua negara, bersatulah!', | |||||
Lagu kebangsaan: Internationale | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Baghdad | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Arab | ||||
Kerajaan | Negara sosialis satu parti Marxis–Leninis | ||||
Raid Jahid Fahmi | |||||
Kemerdekaan | |||||
• daripada Kerajaan Turki Uthmaniyah | 1 Oktober 1919 | ||||
• daripada United Kingdom | 3 Oktober 1932 | ||||
1.1 | |||||
Penduduk | |||||
• Perkiraan 2023 | 43,324,000[1] (35th) | ||||
82.7/km2 (214.2/sq mi) (ke-125) | |||||
KDNK (PPP) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ USD508.973 bilion[2] (ke-48) | ||||
▼ USD11,742[2] (ke-114) | |||||
KDNK (nominal) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▼ USD254.993 bilion[2] (ke-47) | ||||
▼ USD5,882[2] (ke-111) | |||||
Gini (2012) | 29.5[3] rendah | ||||
HDI (2021) | ▲ 0.686[4] sederhana · ke-121 | ||||
Mata wang | Dinar Iraq ( IQD ) | ||||
Zon waktu | UTC+3 (AST) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+4 (ADT) | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | 964 | ||||
Kod ISO 3166 | IQ | ||||
DPT internet | .iq |
Iraq (|Arab: ٱلْعِرَاق (bantuan·maklumat), rumi: al-ʿIrāq ; Bahasa Kurdi: عێراق , Aramia Diraja: ܥܝܪܐܩ ) atau secara rasminya Republik Iraq (Arab: جُمْهُورِيَّة ٱلْعِرَاق, rumi: Jumhūriyya al-ʿIrāq ; Bahasa Kurdi: کۆماری عێراق ) adalah negara Timur Tengah di Asia Barat-Daya merangkumi kebanyakan Mesopotamia, juga merangkumi barat laut pergunungan Zagros dan bahagian timur daripada Padang Pasir Syria. Ia berkongsi sempadan dengan Kuwait dan Arab Saudi hingga ke selatan, Jordan di barat, Syria di barat laut, Turki di utara, dan Iran (Kurdistan wilayah) (Parsi) di timur. Ia mempunyai bahagian sempit pada tepi pantai di Umm Qasr pada Teluk Parsi.
Nama
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa cadangan mengenai asal nama Iraq; satu datangnya daripada bandar Sumeria Uruk (atau Erech). Cadangan lain adalah perkataan Iraq datangnya daripada bahasa Aramaic, bermaksud "tanah di sepanjang muara-muara sungai."
Di bawah dinasti Sassanid , terdapat satu kawasan dipangil "Iraq Arabi" yang mana merujuk kepada bahagian selatan Iraq. Al-Iraq adalah nama yang telah digunakan oleh orang-orang Arab sendiri kepada tanah tersebut sejak abad ke-6.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah kuno/purba
[sunting | sunting sumber]Mengikut sejarah, Iraq dikenali sebagai Mesopotamia, yang secara harfiahnya bererti "di antara sungai-sungai" dalam bahasa Yunani. Tanah ini menjadi tempat kelahiran peradaban pertama dunia yang dikenali dengan budaya Sumeria, diikuti dengan budaya Akkadia, Babilonia dan Asyur yang pengaruhnya meluas ke daerah-daerah tetangganya sejak sekitar 5000 SM. Peradaban-peradaban ini menghasilkan tulisan tertua dan sebagian dari ilmu pengetahuan, matematik, perundangan/hukum-hakam dan falsafah yang pertama di dunia, sehingga menjadikan wilayah ini sebagai pusat yang popular dan dikenali umum sebagai "Buaian Peradaban". Peradaban Mesopotamia kuno mendominasi peradaban-peradaban yang lain pada zamannya.
Pada abad ke-6 SM, wilayah ini menjadi sebahagian dari Kekaisaran Parsi di bawah Koresy Agung selama hampir 4 abad, sebelum ditakluk oleh Iskandar Agung dan tetap berada di bawah kekuasaan Yunani selama hampir dua abad. Sebuah suku bangsa Iran dari Asia Tengah yang bernama Parthia kemudian merebut wilayah ini, diikuti dengan Dinasti Sassanid Persia selama 9 abad, hingga abad ke-7.
Di awal abad ke-7, Islam menyebar ke daerah yang sekarang bernama Iraq. Sepupu sekaligus menantu Nabi Muhammad iaitu Saidina Ali memindahkan ibukota di Kufah "fi al-Iraq" di mana ia menjadi Khulafa ar-Rasyidin yang ke-4. Bani Umayyah yang berkuasa dari Damsyik di abad ke-7 menguasai Provinsi Iraq.
Baghdad, ibukota Khilafah Abbasiyah, adalah kota utama bagi dunia Arab dan Islam selama 5 abad.
Turki Ottoman
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1258, Baghdad dihancurkan oleh bangsa Mongol. Turki Ottoman mengambil alih Baghdad dari Parsi pada tahun 1535. Uthmani kehilangan Baghdad ke Dinasti Safavid Parsi pada tahun 1509, dan mengambilnya kembali pada tahun 1632. Kekuasaan Uthmani atas Iraq berlangsung hingga Perang Dunia I saat Khilafah Turki Ottoman berada bersama Kekaisaran Jerman dan Blok Sentral.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Geografi Iraq adalah pelbagai dan terbahagi kepada lima kawasan utama: padang pasir (barat Euphrates), Mesopotamia Atas (antara hulu sungai Tigris dan Euphrates), tanah tinggi utara Iraq, Mesopotamia Hilir, dan dataran aluvium yang memanjang dari sekeliling Tikrit ke Teluk Parsi.
Pergunungan di timur laut adalah lanjutan sistem alpine yang membentang ke timur dari Balkan melalui selatan Turki, utara Iraq, Iran, dan Afghanistan, akhirnya sampai ke Himalaya di Pakistan. Gurun terletak di wilayah barat daya di sepanjang sempadan dengan Arab Saudi dan Jordan dan secara geografinya terletak di Semenanjung Arab.
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Ekonomi Iraq dikuasai oleh sektor minyak, yang telah menyediakan kira-kira 99.7% daripada pendapatan pertukaran asing semasa sejarah modennya.[5] Sehingga 2021, sektor minyak menyediakan kira-kira 92% daripada pendapatan pertukaran asing.[6] Ekonomi agraria Iraq sehingga kini mengalami perkembangan pesat berikutan Revolusi 14 Julai (1958) yang menggulingkan pemerintahan beraja Iraq Hasyimiah. Ia telah menjadi ekonomi ketiga terbesar di Timur Tengah menjelang 1980. Ini berlaku sebahagiannya kerana inisiatif perindustrian dan pembangunan infrastruktur kerajaan Iraq yang berjaya pada tahun 1970-an, termasuk projek pengairan, pembinaan kereta api dan lebuh raya, dan elektrifikasi luar bandar.[7]
Pada 1980-an, masalah kewangan yang disebabkan oleh perbelanjaan besar-besaran dalam Perang Iran-Iraq dan kerosakan kemudahan eksport minyak oleh Iran menyebabkan kerajaan Ba'ath melaksanakan langkah-langkah penjimatan, meminjam banyak, dan kemudian menjadualkan semula pembayaran hutang asing. Iraq mengalami kerugian ekonomi sekurang-kurangnya $80 bilion daripada perang.[8] Pada tahun 1988, permusuhan berakhir. Eksport minyak secara beransur-ansur meningkat dengan pembinaan saluran paip baru dan pemulihan kemudahan yang rosak, tetapi sekali lagi mengalami penurunan mendadak selepas Perang Teluk Parsi. KDNK menurun kepada satu perempat daripada keluaran dalam negara kasar 1980 dan terus menurun di bawah sekatan antarabangsa selepas perang, sehingga menerima bantuan daripada Program Minyak untuk Makanan PBB pada tahun 1997.[9][7]
Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Politik
[sunting | sunting sumber]Kebijaksanaan etnik minoriti
[sunting | sunting sumber]Pembagian administrasi
[sunting | sunting sumber]- Lihat pula: Distrik di Iraq
Iraq dibagi ke dalam 18 governorat (atau provinsi) (bahasa Arab: muhafadhat, tunggal - muhafadhah, bahasa Kurdish: پاریزگه Pârizgah). Pemerintahan dibahagi lagi ke dalam sejumlah qadhas (atau distrik).
Konstitusi Iraq yang baru mempersiapkan pembentukan sejumlah wilayah dengan menggabungkan 1 governorat atau lebih. Kini hanya mempunyai 1 wilayah - Kurdistan Iraq - dan ada usulan agar lebih banyak lagi wilayah yang dibentuk di selatan. Templat:Meso Labelled Map
Demografi
[sunting | sunting sumber]Anggaran pada bulan Julai 2006 jumlah semua penduduk Iraq ialah sebanya 26,783,383 orang.
75-80% penduduk Iraq adalah bangsa Arab; kelompok etnik utama yang lain adalah Kurdi (15-20%), Asyria, Turkmen Iraq dll (5%), yang kebanyakan tinggal di utara dan timur laut negeri. Kelompok yang lain adalah orang Parsi dan Armenia (kemungkinan keturunan budaya Mesopotamia kuno). ±25.000–60.000 orang Arab Marsh tinggal di selatan Iraq.
Bahasa Arab dan Kurdi adalah bahasa rasmi. Bahasa Asyria dan Turkmen adalah bahasa rasmi di daerah-daerah yang berturut-turut ditinggali oleh orang Asyria dan Turkmen. Bahasa Armenia dan Parsi juga dituturkan namun jarang sekali. Bahasa Inggeris adalah bahasa barat yang umum dituturkan.
Komposisi etnik:
- Kelompok etnik: Arab, 75–80%; suku Kurdish, 15-20%; Turkoman, Assyria atau lainnya 5%.
- Agama: Islam, 97%; Kristian atau agama lain hanya sebanyak 3%.
Proporsi: Tidak ada angka rasmi yang tersedia, terutama kerana sifatnya yang sangat politik. Sumber: Britannica: Syiah 60%, Sunni 40% Sumber: CIA World Fact Book: Syiah 60%-65%, Sunni 32%-37%
- Syiah: umumnya Arab dengan sebagian Turkmen dan Kurdi Faili hampir semuanya adalah pengikut aliran Dua Belas Imam
- Sunni: terdiri dari orang-orang Arab, Turkmen yang menganut Mazhab Hanafi dan orang-orang Kurdi yang memeluk Mazhab Syafie
Menurut kebanyakan sumber-sumber barat, majoriti bangsa Iraq adalah orang Arab Muslim Syiah (sekitar 60%), dan Sunni yang mewakili sekitar 40% dari seluruh populasi yang terdiri dari suku Arab, Kurdi dan Turkmen. Orang-orang Sunni menyangkal keras angka-angka ini, termasuk seorang bekas duta besar Iraq [10], yang mengacu ke sumber-sumber Amerika [11]. Mereka mengklaim bahwa banyak laporan atau sumber hanya mencantumkan Sunni Arab hanya sebagai 'Sunni', dan tidak memperhitungkan orang-orang Sunni Kurdi dan Sunni Turkmen. Sebagian berpendapat bahwa Sensus Irak 2003 memperlihatkan bahawa orang-orang Sunni sedikit lebih banyak[12]. Etnik Assyria (kebanyakan daripadanya adalah pemeluk Gereja Katolik Khaldea dan Gereja Assyria di Timur) mewakili sebagian terbesar penduduk Kristen Irak yang cukup besar, bersama-sama dengan orang Armenia. Pemeluk Baháí, Mandeanisme, Sabak, dan Yezidi juga ada. Kebanyakan orang Kurdi adalah pemeluk Muslim Sunni, meskipun kaum Kurdi Faili (Feyli) umumnya adalah Syiah.
Agama
[sunting | sunting sumber]Agama di Iraq bermula sejak Mesopotamia Purba, khususnya Sumer, Akkad, Assyria dan Babylonia antara sekitar 3500 SM dan 400 AD, selepas itu sebahagian besarnya memberi laluan kepada Kristian Syria dan kemudiannya kepada Islam.[14][15]
Banci kebangsaan tidak diadakan sejak 1987.[16] Pada tahun 2020-an, negara ini adalah sebahagian besar Muslim, yang berpecah kepada dua mazhab berbeza, Syiah dan Sunni. Kira-kira 95% hingga 98% penduduk adalah Muslim, dengan Syiah Muslim membentuk majoriti sedikit.[17][18]
Selebihnya mengikuti agama Kristian, Yazidisme, Mandaeisme dan Yarsanisme.
Prasarana
[sunting | sunting sumber]Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Pendidikan di Iraq ditadbir oleh Kementerian Pendidikan.
UNESCO melaporkan bahawa Iraq sebelum ini mempunyai salah satu persembahan pendidikan terbaik di rantau Timur Tengah/Asia Barat.[19] Di sekolah rendah, kadar enrolmen kasar dahulu adalah 100%, dan tahap celik huruf adalah tinggi. Kadar buta huruf ialah 20% pada tahun 1987.[20] Walau bagaimanapun, pendidikan telah menderita sejak 1980-an dan terutamanya 1990-an berikutan perang Teluk, sekatan antarabangsa, pendudukan Amerika, dan ketidakstabilan umum di negara ini.[perlu rujukan]
Sehingga 2018, 92% kanak-kanak telah mendaftar di sekolah rendah.[21] Walau bagaimanapun, hanya lebih separuh daripada kanak-kanak berpendapatan rendah menamatkan sekolah rendah, dan kurang daripada satu suku tamat sekolah menengah.[21] Kadar celik huruf Iraq dianggarkan 82[20]-85%[22]
Kebudayaan
[sunting | sunting sumber]Dalam era milenium yang paling mutakhir ini, Iraq telah dibahagikan menjadi lima daerah budaya: Kurdi di utara yang berpusat di Arbil, Arab Islam Sunni di tengah sekitar Baghdad, Arab Islam Syiah di selatan yang berpusat di Basra, Assyria, sekelompok orang Kristian yang tinggal di berbagai kota di utara, dan Arab Rawa, sekelompok orang yang berpindah-pindah, yang tinggal di daerah berawa-rawa di sungai tengah. Pasar dan barter adalah bentung perdagangan yang lazim mereka lakukan.
Muzik
[sunting | sunting sumber]Iraq dikenali terutama kerana alatan muziknya yang disebut oud (mirip dengan lute) dan rebab; bintang-bintangnya termasuk Ahmed Mukhtar dan Munir Bashir, seorang Assyria. Hingga kejatuhan Saddam Hussein, stesen radio yang paling popular di Iraq adalah "Suara Pemuda". Stesen ini memainkan campuran muzik rock barat, hip hop dan muzik pop, yang kebanyakannya diimport dari Jordan kerana adanya sanksi ekonomi antarabangsa. Iraq juga memproduksikan seorang bintang pop pan-Arab penting yang hidup di pengasingan iaitu Kazem al Saher, yang lagu-lagunya mencakupi Ladghat E-Hayya, yang dilarang kerana kata-katanya yang terlalu kasar dan kurang menyenangkan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Lihat lagi
[sunting | sunting sumber]- Pembangunan semula Iraq
- Rancangan Renaisanse Baghdad
- Ekonomi: Bursa Saham Iraq, Dinar Iraq, Ekonomi Iraq
- Kejadian: 2005 di Iraq, 2004 di Iraq, pelaburan di Iraq 2003, Iraq pasca-pelaburan, 2003–sekarang, Pemberontakan di Iraq, Perang Iraq
- Geografi: Daftar tempat di Iraq, Komunikasi di Iraq, Pengangkutan di Iraq
- Kelompok: Kurdi, Syiah, Sunni, Asyur, Suku Arab di Iraq, Maslawi
- Politik: Politik Iraq, Iraq dan Demokrasi, Tentera Iraq Baharu, Hubungan luar negeri Iraq, Pelanggaran hak asasi manusia di Iraq, Pemberontakan di Iraq, Perang saudara di Iraq, M. Ismail Marcinkowski, Religion and Politik in Iraq. Shiite Clerics between Quietism dan Resistance, dengan pengantar oleh Profesor Hamid Algar of the University of California at Berkeley. Singapore: Pustaka Nasional, 2004 (ISBN 9971-77-513-1)
- Sejarah: Daftar raja Iraq, Daftar presiden Iraq, Daftar perdana menteri Iraq, Mandat Britania atas Iraq, Sejarah Yahudi di Iraq, Perang Iran-Iraq, Sejarah astrologi, Bulan sabit baru, Mesopotamia, Babilonia
- Literatur: Epos Gilgames, Enuma Elish, Atra-Hasis
- Lainnya: Perangko dan sejarah pos di Iraq, Hak kaum homoseksual di Iraq, Mitologi Mesopotamia
- Kuburan massal di Iraq
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "وزارة التخطيط، تُصدر بيانا لمناسبة اليوم العالمي للسكان" [Pernyataan Kementerian Perancangan Sempena Hari Kependudukan Sedunia]. Kementerian Perancangan Iraq (dalam bahasa Arab). 7 July 2023. Dicapai pada 27 February 2024.
- ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2023 Edition. (Iraq)". Tabung Kewangan Antarabangsa. 10 October 2023. Dicapai pada 12 October 2023.
- ^ "Gini Index - Iraq". World Bank. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2015. Dicapai pada 9 October 2022.
- ^ "Human Development Report 2021/2022" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 8 September 2022. Dicapai pada 9 October 2022.
- ^ "OPEC : Iraq". www.opec.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2018.
- ^ "مستشار الكاظمي يؤكد تراجع دين العراق إلى 20 مليار دولار بفضل انتعاش أسعار النفط". www.aljazeera.net (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 26 Disember 2021.
- ^ a b "Iraq - Economy". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Januari 2020.
- ^ Christopher Parker & Pete W. Moore. "MER 243 - The War Economy of Iraq". Middle East Research and Information Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 April 2018.
- ^ "What We Do". Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2009. Dicapai pada 3 Mac 2015.
- ^ "Iraqis By the Numbers" oleh FARUQ ZIADA [1] Diarkibkan 2011-08-06 di Wayback Machine
- ^ Peta tentang distribusi kelompok-kelompok agama, dari laporan Komisi Baker-Hamilton, hlm. 102
- ^ "Iraq 2003 Census: Sunnis 59%, -----es 40%" oleh Mohammed Alomari (faair.org) [2]
- ^ "CIA data for Iraq". 25 Mei 2022.
- ^ "Mesopotamian religion | Facts, Names, Gods, Temples, & Practices". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Oktober 2021.
- ^ L. Sandler, Stanley (2002). Ground Warfare: An International Encyclopedia 3 volume set (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. ISBN 978-1576073445.
- ^ "Iraq: Freedom in the World 2021 Country Report". Freedom House (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Januari 2022.
- ^ "CIA World Fact Book". 21 April 2021. Dicapai pada 2 September 2023.
- ^ Michael Lipka (18 Jun 2014). "The Sunni-Shia divide: Where they live, what they believe and how they view each other". Pew Research Center. Dicapai pada 15 April 2021.
- ^ "Iraq: Education in transition, needs and challenges 2004 - Iraq | ReliefWeb". reliefweb.int (dalam bahasa Inggeris). 31 Disember 2004. Dicapai pada 8 Ogos 2023.
- ^ a b "Why has illiteracy rate gone up in Iraq?". al-monitor. 5 Disember 2018. Dicapai pada 21 Jun 2023.
- ^ a b "Deep inequality continues to shape the lives of children in Iraq". unicef. Dicapai pada 21 Jun 2023.
- ^ "Iraq Literacy Rate 2000-2023". Macrotrends. Dicapai pada 21 Jun 2023.
Bacaan lebih lanjut
[sunting | sunting sumber]- Wawancara dengan Sean Garcia dari Refugees International, tentang penderitaan ratusan ribu pengungsi Iraq [3] Diarkibkan 2007-03-13 di Wayback Machine
- Shadid, Anthony 2005. Night Draws Near. Henry Holt and Co., New York, Amerika Syarikat. ISBN 0-8050-7602-6
- Hanna Batatu, "The Old Social Classes and the Revolutionary Movements of Iraq", Princeton: Princeton University Press, 1978
- Irak adalah salah satu setting utama untuk novel fiksi ilmiah John J. Rust "Epsilon"
- A Dweller in Mesopotamia, petualang seorang seniman rasmi di Taman Eden, oleh Donald Maxwell, 1921. (faksimili yang dapat dicari di Perpustakaan Universitas Georgia; DjVu & layered PDF format)
- By Desert Ways to Baghdad, oleh Louisa Jebb (Mrs. Roland Wilkins) Dengan ilustrasi dan peta, 1908 (edisi 1909). (faksimili yang dapat dicari di Perpustakaan Universitas Georgia; DjVu & layered PDF format)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Ketahui lebih lanjut tentang Iraq di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
Pemerintah
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Iraq |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Iraq. |
- {{{1}}} (Inggeris) Tapak web rasmi
- (Inggeris) Tapak Otoriti Sementara Koalisi (arsip)
- (Inggeris) Iraq Analysis Group
- (Inggeris) Struktur pemerintahan baru Iraq (PDF) Diarkibkan 2006-08-15 di Wayback Machine (sejak 17 Julai 2006)
- (Inggeris) Pemerintahan Wilayah Utama Kurdistan Diarkibkan 2016-05-06 di Wayback Machine
- (Inggeris) Jabatan Perindustrian dan Mineral
Lihat pula
[sunting | sunting sumber]Tinjauan
[sunting | sunting sumber]- Encarta Encyclopedia Diarkibkan 2009-10-28 di Wayback Machine
- al-Bab - Iraq Diarkibkan 2016-06-10 di Wayback Machine
- Encyclopaedia Britannica Iraq Country Page
- BBC News Country Profile - Iraq
- CIA World Factbook - Iraq Diarkibkan 2007-03-14 di Wayback Machine
- US State Department - Iraq termasuk Catatan Latar belakang, Studi negara, dan laporan-laporan penting
- Laporan Congressional Research Service (CRS) tentang Irak Diarkibkan 2008-05-02 di Wayback Machine
- Iraq Country Profile dari Reuters AlertNet
- Country Briefing: Iraq dari The Economist
Berita
[sunting | sunting sumber]- Iraq News and Iraqi views Diarkibkan 2018-02-18 di Wayback Machine from Electronic Iraq
- News in Depth from the Financial Times
- Diplomacy Monitor-Iraq Diarkibkan 2013-04-15 di Wayback Machine
- IPS Inter Press Service Diarkibkan 2008-06-10 di Wayback Machine Independent news about Iraq
- Iraqis react with joy, anger to Hussein death sentence Diarkibkan 2006-11-13 di Wayback Machine CNN story on Hussein's death sentence
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]- Juan Cole, a leading scholar and public intellectual
- The Ground Truth Project Diarkibkan 2006-09-26 di Wayback Machine -- A series of exclusive interviews and other resources capturing the voices of Iraqis, aid workers, military personnel and others who have spent significant time on-the-ground in Iraq.
- Education for Peace in Iraq Center (EPIC) -- A Washington DC-based nonprofit organization promoting a free and secure Iraq
- Amnesty International Report on Iraq
- Coalition Provisional Authority Now-defunct occupation authority; site is archived
- Iraq Law from the University of Pittsburgh’s Jurist project
- 1900 - 2000 a history of Iraq
- US Embassy in Baghdad, Iraq Diarkibkan 2008-08-20 di Wayback Machine
- Iraqi Familiarization Guide Diarkibkan 2007-12-01 di Wayback Machine - (546 kilobyte PDF file)
- Sumber CS1 bahasa Arab (ar)
- Rencana yang memerlukan rujukan tambahan dari April 2024
- Rencana Wikipedia yang memerlukan pengemaskinian dari Apr 2024
- Rencana untuk dikembangkan dari April 2024
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Aramia Diraja (700-300 SM)
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari Jun 2023
- Tunas Timur Tengah
- Iraq
- Republik
- Republik persekutuan
- Negara dan wilayah berbahasa Arab
- Negara dan wilayah berbahasa Turki
- Negara dan wilayah berbahasa Iran
- Negara dan wilayah berbahasa Kurdi
- Anggota Pertubuhan Kerjasama Islam