Pergi ke kandungan

Peratusan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam ilmu matematik, peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100. Ia sering ditandai dengan tanda peratus (%) - tanda ini boleh dibaca menggunakan ungkapan peratus (bermaksud per seratus) atau persen[1] [pĕr-sén] (pinjaman bahasa Inggeris: percent akar Latin: per centum, atau singkatan persentase dipakai di Indonesia[2][3]). Sebagai contoh, 45% (dibaca sebagai "empat puluh lima peratus") sama dengan 45/100 atau 0.45.

Peratusan juga digunakan untuk menjelaskan sebesar mana sesebuah kuantiti dibandingkan dengan kuantiti yang lain. Kuantiti pertama seringkali mewakili sesebuah bahagian atau satu perubahan pada kuantiti kedua, yang sepatutnya lebih besar daripada sifar. Sebagai contoh, pertambahan $0.15 pada satu barangan yang harga asalnya bernilai $2.50 ialah peningkatan sebanyak Nilai ini dinyatakan di dalam bentuk peratusan sebagai peningkatan sebanyak 6%.

Walaupun peratusan selalunya digunakan untuk menyatakan nombor-nombor di antara sifar dan satu, apa jua perkadaran tanpa matra boleh dinyatalkan dengan menggunakan peratusan. Sebagai contoh 111% ialah 1.11 dan -0.35% ialah -0.0035.

Dahulu pada saat zaman Rom Kuno, jauh sebelum munculnya sistem desimal yang memungkinkan menuliskan angka dengan ada angka di belakang koma, perhitungan untuk angka-angka tertentu sering di buat dalam fraksi-fraksi kelipatan 1/100. Pada zaman ini dikenal adanya pajak lelang yang dihitung sebesar 1/100 dari nilai lelang yang dikenal dengan nama centesima rerum venalium. Perhitungan ini mirip dengan istilah persen yang kita kenal pada komputasi moden.

Pada abad-abad berikutnya, istilah pembagi 1/100 ini kemudian sering digunkan dalam berbagai-bagai bentuk penghitungan. Ia digunakan untuk mencari bahagian dari sebuah bagian besar. Di akhir abad ke-15 persen sudah umum digunakan pada berbagai laporan seperti laporan laba rugi, suku bunga, penjualan, dan lain-lain. Pada abad ini pula penulisan persen mengalami perubahan. Ungkapan percento [pĕr sén-to] diolah sebagai sebuah kependekan di mana kata per digantikan oleh tanda miring "/" manakal cento digantikan oleh dua tanda sifar atau nol (0); kependekan kemudiannya dikenal luas sebagai simbol "%".

Penggunaan

[sunting | sunting sumber]

Peratusan amat berguna kerana memudahkan pmbandingan hal yang tidak sama angkanya. Sebagai contoh, nilai ujian sering menggunakan peratus sehingga orang dapat membandingkan nilai tersebut meskipun jumlah pertanyaannya berbeza-beza.

  1. ^ 'persen' - Maklumat Kata (rujuk takrifan I) Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai 26 Oktober 2019
  2. ^ "'persentase' - Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 26 Oktober 2019.
  3. ^ "Arti kata persentase". Kamus Besar Bahasa Indonesia Dalam Jaring. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan. Dicapai pada 26 Oktober 2019.