Adnan Abu Hassan
Adnan Abu Hassan | |
---|---|
Kelahiran | Adnan bin Abu Hassan 6 Januari 1959 |
Meninggal dunia | 18 Mac 2016 | (umur 57)
Sebab kematian | Serangan angin ahmar, buah pinggang dan beberapa komplikasi |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal, Kajang, Selangor |
Nama lain | Abang Dee |
Pekerjaan | Penerbit rakaman, penggubah lagu, penulis lirik, penyanyi, pemuzik |
Pasangan |
|
Anak-anak | 3 |
Saudara | Azman Abu Hassan (adik) Azlan Abu Hassan (abang) Azlina Abu Hassan (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B, Jazz |
Instrumen | Vokal, Gitar akustik |
Tahun aktif | 1980–2016 |
Syarikat rakaman | WEA Records Suria Records GP Records EMI Records Blackboard Indonesia Musica Studio's |
Pengkarya berkait | Azlina Aziz, Sheila Majid, Jamal Abdillah, Aishah, Fauziah Latiff, Nora, Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Akademi Fantasia |
Dato' Adnan bin Abu Hassan (6 Januari 1959 – 18 Mac 2016)[1] merupakan seorang penerbit rakaman, penggubah lagu, penulis lirik, penyanyi dan pemuzik Malaysia. Beliau juga mempunyai tiga orang adik iaitu Azlan Abu Hassan, Azman Abu Hassan dan Azlina (Nina) Abu Hassan. Sebagai penerbit rakaman, beliau telah banyak menerbitkan lagu-lagu hit seperti "Sinaran" nyanyian Sheila Majid dan "Janji Manismu" nyanyian Aishah. Lagu ciptaan beliau yang cukup popular antaranya "Jerat Percintaan" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.[2] ,"Bunga-bunga Cinta" (Misha Omar), "Camar Yang Pulang" (Aishah) dan "Di Persimpangan Dilema" ( Nora Ariffin)[3]
Beliau telah memenangi Anugerah Wirama pada tahun 2010 pada Anugerah Industri Muzik ke-17 atas kejayaannya dalam bidang rakaman. Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi 18 Mac 2016.
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 6 Januari 1959 di Alor Star, Kedah dan merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Saudara lelakinya ialah Azlan Abu Hassan, Azman Abu Hassan dan adik perempuannya, Azlina Abu Hassan, juga bergiat aktif dalam industri muzik Malaysia. Beliau memegang ijazah sarjana muda dari Berklee College of Music di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA.
Kerjaya muzik
[sunting | sunting sumber]Tidak lama selepas tamat pengajian, Adnan mula bekerja sebagai pemuzik dan penggubah susunan muzik untuk penerbitan album artis tempatan. Produksi pertama menampilkan beliau adalah untuk album Mata oleh Noor Kumalasari pada 1982. Setelah bekerjasama mencipta lagu untuk penyanyi yang telah mempunyai nama seperti Sudirman Arshad, Jay Jay, Aman Shah, Jamal Abdillah, Sheila Majid, Rahim Maarof,Azlina Aziz dan Aishah, beliau dilantik sebagai Pengarah A&R (CBS Records - kini Sony Music Entertainment Malaysia). Setelah itu beliau dilantik Pengarah Urusan di Happy Records (1991-1995) dan Suria Records (1995-1998). Ketika itu juga Adnan bertanggungjawab menjenamakan semula penyanyi pop Fauziah Latiff dibawah Happy Records, dan kemudian menaikkan nama penyanyi baharu seperti Nora Ariffin, Siti Nurhaliza, Camelia, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar pernah menjadi perantisnya sebelum melanjutkan kerjaya mereka sebagai penyanyi profesional.
Tidak lama kemudian dia menjadi Pengarah A&R BMG Music dan Delima Records sebelum dilantik sebagai Pengetua dan Pengarah Jam Music Centre, Penerbit Album dan Komposer yang juga Pengarah Kreatif bagi Jam / Treeman Corporation. Setelah terkenal sebagai komposer ternama, khidmat Adnan pernah digunakan oleh penyanyi terkenal seperti Ziana Zain, Ramlah Ram, Mas Idayu, Noraniza Idris, Erra Fazira dan bintang-bintang program TV realiti pada era 2000an. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai pengarah di saluran Dunia Hiburan TV atau DHTV, milik MiTV selain bergelar tenaga pengajar di dalam program realiti Akademi Fantasia dan Kilauan Emas.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Adnan mendirikan rumah tangga dengan Sitti Aminah Datu Bachtiyal, seorang gadis berketurunan Suluk dari Malaysia Timur pada tahun 1994. Beliau berjumpa isteri beliau melalui sahabat dan artis baru ketika itu iaitu Hasnol yang popular dengan lagu Sudi Katakan Sudi. Isteri beliau adalah anak kepada ahli politik dan ahli perniagaan Datu Hj. Bachtiyal Datu Tambuyong dari Sandakan, Sabah dan mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Aiman Zamir[1] [4][5][6], Aina Zamira Adnan[7] serta Adrian Zahir.
Isteri beliau yang lebih dikenali dikalangan artis sebagai Kak Min atau Sharmin Datu Bachtiyal bersama beliau telah menubuhkan syarikat rakaman SRD VILLA RECORDS SDN.BHD. yang beroperasi di alamat No.3, Jalan Teratai, Persiaran Teratai 2, Studio SRD Villa, 43000, Sg.Ramal Dalam, Kajang, Selangor, Malaysia. Artis pertama yang diterbitkan di Studio SRD Villa Records(studio peribadi milik Datuk Adnan) dan bernaung dibawah BMG Music ialah Misha Omar (Album Bunga - Bunga Cinta) dan ramai lagi.
Syarikat rakaman SRD Villa Records adalah syarikat ulung beliau bersama isteri beliau (Sharmin Datu Bachtiyal). Dia bertanggungjawab sebagai Pengurus Artis- Artis keluaran SRD Villa Records antaranya Misha Omar, Arnieza Amir, Sheila Abdul dan banyak lagi. Album pertama yang diterbitkan dibawah label SRD VILLA RECORDS ialah SEHATI SEJIWA edaran FMC Records ″[8] Album ini menampilkan Datuk Adnan Abu Hassan bersama gabungan artis popular Aishah [9] dan artis-artis baru didikan Dato' Adnan Abu Hassan.
Sharmin adalah Pengurus Promosi dan Pemasaran untuk album keluaran SRD Villa Records. Setelah album penuh terbitan Datuk Adnan siap untuk artis - artis SRD Villa Records, album artis - artis ini akan dipasarkan dibawah naungan syarikat rakaman utama seperti BMG Music. Sony Music, EMI Music dan lain- lain. Sebagai Pengurus Artis[10] , beliau banyak menyumbang kepada kejayaan artis SRD Villa Records, antaranya Arnieza Amir telah berjaya merakamkan Lagu duet bersama Jeff Timmons (salah seorang anggota kumpulan 98 Degrees) di Studio rakaman American Studio,Los Angeles pada tahun 2004. Arnieza Amir yang ditemani oleh Pengurusnya Sitti Aminah Datu Bachtiyal dan Encik Firhad Ahmad (Pengarah urusan Zezz Entertainment) merakamkan 2 buah lagu duet iaitu "Be The One" dan "Over And Over". Kedua-dua buah lagu ini telah dimuatkan dalam album solo Jeff Timmons bertajuk "Whisper That Way"[11] Selaku Pengurus Pemasaran SRD Villa Records, beliau telah berjaya membawa artis rakaman mereka Arnieza Amir untuk persembahan dan kolaborasi dengan artis antarabangsa. Beliau (Sitti Aminah Datu Bachtiyal) mendapat persetujuan untuk Arnieza Amir tampil di showcase di Jim Brickman di Arena of Stars, Genting Highland, Malaysia. Arnieza Amir menjayakan showcase bersama pemain piano terkemuka Amerika Syarikat, Jim Brickman, dengan menyanyikan lagu Destiny bersama Jim Birckman.[11]
Perkahwinan hanya bertahan selama 13 tahun dan mereka bercerai pada tahun 2010.[2] Datuk Adnan telah berkahwin dengan janda anak dua iaitu Rozinorhafiza Bte Mohd. Fauzi. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan sebarang anak. Mereka hidup bersama dengan dua orang anak tiri beliau di kondominium terletak di Gombak. Perkahwinan mereka hanya berlangsung selama 7 tahun kerana Datuk Adnan menghembuskan nafas pada 18hb Mac 2016 . Sebelum itu, jenazah Adnan dimandi, dikafankan dan disembahyangkan di Masjid Al-Falah Sungai Ramal Dalam.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Lagu-lagu Yang Terkenal
Lagu | Tahun | Penyanyi | Penulis lirik |
---|---|---|---|
"Aku Di Sini" | 1984 | Noor Kumalasari | Saadah |
"Suasana Hari Raya" | 1985 | Anuar Zain & Ellina Razak | Habsah Hassan |
"Perjalananku" | 1986 | Jamal Abdillah | Seri Bayu |
"Hitam Putih Kehidupan" | 1987 | Sheila Majid | Habsah Hassan |
"Kasihku" | 1988 | Rahim Maarof | dicipta bersama Johan Nawawi |
"Cintamu Muzik Di Hatiku" | 1989 | Anita Sarawak | Seri Bayu |
"Camar Yang Pulang" | 1990 | Aishah | Amran Omar |
"Gubahan Rindu Puisi Syahdu" | 1992 | Fauziah Latiff | Fauziah Latiff |
"Di Persimpangan Dilema" | 1994 | Nora Ariffin | Elyna Abdullah / Amran Omar |
"Jerat Percintaan" | 1996 | Siti Nurhaliza | Othman Zainuddin/Hani MJ |
"Puncak Kasih" | 1997 | Ziana Zain | Maya Sari |
"Getaran Cinta Di Jiwa" | 1997 | Liza Hanim | Hani MJ |
"Samar Bayangan" | 2000 | Nicky Astria | Hani MJ |
"Bunga-bunga Cinta" | 2002 | Misha Omar | Adnan Abu Hassan |
"Dambaan Pilu" | 2003 | Khai Wahi | Mohariz Yaakup |
"Memori Cinta Luka" | 2004 | Nassier Wahab | Mohariz Yaakup |
Anugerah dan pencapaian
[sunting | sunting sumber]Penganugerahan Nasional dan Lain-lain
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1986 | Muzik untuk filem "Ali Setan" | Menang | ||
1987 | Muzik untuk filem "Rahsia" | Menang | ||
1989 | Muzik untuk filem "Ujang" | Tercalon | ||
1993 | Komposer untuk lagu "Sudi Katakan Sudi" oleh Hasnol | Menang | ||
Penerbit untuk album "Epilog Memori Gelita" oleh Fauziah Latiff | Tercalon | |||
Komposer untuk lagu "Laguku Untukmu" oleh Hasnol | Tercalon | |||
1994 | Penerbit untuk album "Zapin Panglima" oleh M. Daud Kilau | Tercalon | ||
1996 | Komposer untuk lagu "Jerat Percintaan" oleh Siti Nurhaliza | Menang | ||
Menang | ||||
1997 | Menang | |||
Muzik untuk filem "Iman Alone" | Tercalon | |||
1998 | Penerbit untuk album "Puncak Kasih" oleh Ziana Zain | Tercalon | ||
Menang | ||||
Penerbit untuk album "Siti Nurhaliza" oleh Siti Nurhaliza | Tercalon | |||
Komposer untuk lagu "Puncak Kasih" oleh Ziana Zain | Tercalon | |||
Menang | ||||
1999 | Penerbit untuk album "Adiwarna" oleh Siti Nurhaliza | Menang | ||
Menang | ||||
2000 | Penerbit untuk album "Pancawarna" oleh Siti Nurhaliza | Tercalon | ||
2001 | Penerbit untuk album "Kirana" oleh Nora Ariffin | Menang | ||
Penerbit untuk album "Istimewa" oleh Liza Hanim | Tercalon | |||
Penerbit untuk album "Kembali" oleh Intan Sarafina | Tercalon | |||
2002 | Penerbit untuk album "Aku Cintakan Mu" oleh Ziana Zain | Tercalon | ||
Penerbit untuk album "Safa" oleh Siti Nurhaliza | Tercalon | |||
2003 | Komposer untuk lagu "Bunga-bunga Cinta" oleh Misha Omar | Tercalon | ||
Menang | ||||
Menang | ||||
2004 | Menang | |||
Komposer untuk lagu "Dambaan Pilu" oleh Khai Wahi | Menang | |||
2005 | Penerbit untuk album "Aksara" oleh Misha Omar | Tercalon | ||
Komposer untuk lagu "Tiada Lagi Tangisan" oleh Aishah | Tercalon | |||
2007 | Penerbit untuk album "Kurnia" oleh Aishah | Tercalon | ||
2008 | Pencapaian Sepanjang Hayat | Menang | ||
2009 | Penerbit untuk album "Lantera Timur" oleh Siti Nurhaliza | Menang | ||
Menang |
Anugerah Juara Lagu
[sunting | sunting sumber]Penyertaan sebagai Pencipta Lagu
[sunting | sunting sumber]Menang juara keseluruhan |
Tahun | Kategori | Judul Lagu | Keputusan | Lirik | Penyanyi |
---|---|---|---|---|---|
1986 | Terbuka | "Perjalananku" | Tercalon | Seri Bayu | Jamal Abdillah digantikan oleh Azman Abu Hassan |
1993 | Pop Rock | "Sudi Katakan Sudi" | Menang | Anoe | Hasnol |
1995 | Balada | "Di Persimpangan Dilema" | Tercalon | Elyna | Nora Ariffin |
1996 | Balada | "Jerat Percintaan" | Menang | Hani MJ & Othman Zainuddin | Siti Nurhaliza |
1998 | Balada | "Wajah Kekasih" | Tercalon | Hani MJ | Siti Nurhaliza |
"Puncak Kasih" | Menang | Maya Sari | Ziana Zain | ||
"Getaran Cinta Di Jiwa" | Tercalon | Hani MJ | Liza Hanim | ||
2003 | Balada | "Bunga-Bunga Cinta" | Menang | Adnan Abu Hassan | Misha Omar |
Etnik Kreatif | "Hasrat Perindu" | Tercalon | Kumang | Mas Idayu | |
2007 | Etnik Kreatif | "Kasihnya Balqis" | Tercalon | Mohariz Yaakup | Aishah |
Penyertaan sebagai Artis
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kategori | Judul Lagu | Keputusan | Muzik & Lirik | Nota |
---|---|---|---|---|---|
1992 | Etnik Kreatif | "Selasihku Sayang" | Tercalon | Taib Othman / Kasajiza | Adnan Abu Hassan & Syaliaty Wahab |
Penyertaan Peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kategori | Judul Lagu | Muzik & Lirik | Artis (Penyanyi Gantian) | Nota |
---|---|---|---|---|---|
1992 | Pop Kreatif | "Gubahan Rindu Puisi Syahdu" | Adnan Abu Hassan/Fauziah Latif | Fauziah Latif (Zairani) | Fauziah berada di United Kingdom |
1993 | Balada | "Lagu Untukmu" | Adnan Abu Hassan/Hasnol | Hasnol | |
1994 | Balada | "Dalam Gerimis" | Adnan Abu Hassan/Amran Omar | Kumpulan Visa | |
1995 | Irama Malaysia | "Hujan Airmata" | Adnan Abu Hassan/Amran Omar | Siti Musliha | |
1996 | Balada | "Batas Menanti" | Adnan Abu Hassan/Amran Omar | Fauziah Latiff | |
1997 | Irama Malaysia | "Kau Kasih, Ku Sayang" | Adnan Abu Hassan/Amir Hasan | Asha Malik | |
2000 | Balada | "Kembali" | Adnan Abu Hassan/Abot | Intan Sarafina | |
"Kesuma Hati" | Adnan Abu Hassan/Maya Sari | Ziana Zain | Menarik Diri Dari Penyertaan | ||
"Samar Bayangan" | Adnan Abu Hassan/Hani MJ | Nicky Astria | Menarik Diri Dari Penyertaan | ||
2003 | Balada | "Halaman Cinta" | Adnan Abu Hassan/Mohariz Yaakup | Misha Omar | |
"Selamanya Takkan Berakhir" | Adnan Abu Hassan/Nurkhalina | Ashira Aziz | |||
2004 | Balada | "Dambaan Pilu" | Adnan Abu Hassan/Mohariz Yaakup | Khai Wahi | |
"Memori Cinta Luka" | Adnan Abu Hassan/Mohariz Yaakup | Nassier Wahab | |||
2005 | Balada | "Tangisan Dalam Kerinduan" | Adnan Abu Hassan | Farah Anuar | Memenangi hadiah Lagu Popular Pilihan SMS |
"Tiada Lagi Tangisan" | Adnan Abu Hassan/Mohariz Yaakup | Aishah | Lagu asal pernah dirakam oleh Misha Omar | ||
"Cinta Seorang Teman" | Adnan Abu Hassan/Faris Zailani | Bob Yusrizan | Lagu ini dipilih secara wildcard ke Separuh Akhir | ||
"Memori Bahagia" | Adnan Abu Hassan/Faris Zailani | Sahri | |||
Etnik Kreatif | "Nurul Ain" | Adnan Abu Hassan/ Faris Zailani | Rayna Hairina | ||
2008 | Etnik Kreatif | "Puteri Tarian Kasih" | Adnan Abu Hassan/ Faris Zailani | Anis Anessa |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Adnan Abu Hassan". Murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-04. Dicapai pada 5 Februari 2013.
- ^ “Saya masih sihat” – Adnan Abu Hassan Diarkibkan 2015-12-25 di Wayback Machine The Rakyat Post (21 Mei 2015). Dicapai pada 21 Mei 2015.
- ^ Nor Atieyah Yusoff (16 April 2013). Adnan Abu Hassan masih punya magis Sinar Harian. Diperoleh pada 29 Mac 2014.
- ^ https://www.instagram.com/aimanzamir.wav/
- ^ https://www.linkedin.com/in/aiman-zamir-adnan-9b172b111/?originalSubdomain=my
- ^ http://www.macp.com.my/membership-listing.asp
- ^ "Instagram". www.instagram.com. Dicapai pada 2023-12-20.
- ^ http://fmcmusic.com.my/store/group/sehati-sejiwa/
- ^ Wan Aishah binti Wan Ariffin
- ^ https://www.linkedin.com/in/sharmin-bachtiyal-dhbasia16/?originalSubdomain=my
- ^ a b http://dutagemilang.blogspot.com/