Anugerah Juara Lagu Pertama
Penampilan
Anugerah Juara Lagu Pertama | |
---|---|
Tarikh | 30 Disember 1986 |
Tempat | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur |
Tajaan | Dynamo (Colgate-Palmolive) & Mesiniaga |
Pengacara | Zainal Abas Habibah Yusof |
Penerbit | Frank Tian |
Ketua Juri | Dato' Johari Salleh |
Pengarah | Dato' Ooi Eow Jin |
Tempoh Tayangan | 80 minit |
Juara Lagu | "Sekadar di Pinggiran" Nyanyian: Francissca Peter Muzik: Manan Ngah Lirik: Lukhman S. |
Sorotan | |
Persembahan Terbaik | Alleycats ("Sampaikan Salam Cintaku") |
Penulis Lirik Terbaik | Lukhman S. ("Sekadar di Pinggiran") |
Anugerah Juara Lagu Pertama atau nama lamanya yang dikenali sebagai (Peringkat Akhir Muzik-Muzik Juara Lagu 1986) adalah pertandingan pertama yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu". Juga dinamakan "Peringkat Akhir Muzik-Muzik", ia membariskan lagu-lagu yang berjaya menjuarai carta bulanan dalam rancangan Muzik-Muzik. JL '86 telah diadakan pada 30 Disember 1986 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan diacarakan oleh Zainal Abas dan Habibah Yusof.
Persembahan Selingan
[sunting | sunting sumber]Artis | Lagu |
---|---|
Matahari Dancers (kelolaan: Jaafar Onn, muzik: Ooi Eow Jin) | Tarian montage: "Muzik Muzik" |
Bangkit Dance Company/Fauzi Marzuki | Instrumental Pop: "Jejaka Idaman" |
Federal Ballet Academy/Kumpulan Kenny, Remy & Martin | Instrumental Balada: "Demi Seorang Kawan" |
Kumpulan Antara/Abbas Bakar | Instrumental Etnik: "Telah Kau Lukai" |
Senarai Finalis
[sunting | sunting sumber]Gil. | Tajuk Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi |
---|---|---|---|---|
1 | "Aku Kehilanganmu" | Manan Ngah | Habsah Hassan | Francissca Peter |
2 | "Sampaikan Salam Cintaku" | A. Ali | Mama Juwie | Alleycats |
3 | "Perjalananku" | Adnan Abu Hassan | Seri Bayu | Azman Abu Hassan[a] |
4 | "Wajah Siapa di Hatimu" | Omar Taib | Lukhman S. | Azlina Aziz |
5 | "Suatu Waktu Dahulu" | Fauzi Marzuki | Habsah Hassan | Dwen |
6 | "Usah Bertanya Lagi" | Ahmad Nawab | Habsah Hassan | Siti Fairuz |
7 | "Derita Seorang Insan" | Othman Muhammad | Adam Ahmad | Alleycats |
8 | "Cinta yang Terbiar" | S. Sahlan | Mama Juwie | Rohana Jalil[b] |
9 | "Sekadar di Pinggiran" | Manan Ngah | Lukhman S. | Francissca Peter |
Keputusan
[sunting | sunting sumber]Menandakan Anugerah Sampingan |
Anugerah | Kedudukan | Judul Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi | Ganjaran |
---|---|---|---|---|---|---|
Juara Lagu | Juara Lagu | "Sekadar di Pinggiran" | Manan Ngah | Lukhman S. | Francissca Peter | RM 10,000, Gold Disk dan trofi |
Naib Juara | "Aku Kehilanganmu" | Manan Ngah | Habsah Hassan | Francissca Peter | RM 3,000, Gold Disk dan trofi | |
Tempat Ketiga | "Sampaikan Salam Cintaku" | A. Ali | Alleycats | RM 3,000, Gold Disk dan trofi | ||
Persembahan Terbaik | Tempat Pertama | "Sampaikan Salam Cintaku" | Alleycats | RM 3,000 | ||
Tempat Kedua | "Sekadar di Pinggiran" | Francissca Peter | RM 2,000 | |||
Tempat Ketiga | "Cinta Yang Terbiar" | Rohana Jalil | RM 1,000 | |||
Penulis Lirik Terbaik | Lukhman S. | — | ||||
Pencipta Lagu | Manan Ngah, Ahmad Nawab, S. Sahlan, Othman Muhammad, Fauzi Marzuki, Omar Taib, Adnan Abu Hassan dan A. Ali | Gold Disk |
Jemaah Juri
[sunting | sunting sumber]- Johari Salleh (Ketua Juri)
- Sudirman Arshad
- Fauziah Samad
- Ali Bakar
- Ku Seman Ku Hussein
- Freddie Fernandes
- Danial Chan
- Christina Teo
- Nordin Selat
- Abdullah Chik
- Mohamad Zain Hamzah
- Ahmad Daud
- Sabar Nor
- Tengku Anisah Tengku Ismail
- T. Raganathan
- Noreati Abdul Razak
- Bob Khalil
- Chong Euw Loke
- Rehana Yassin
- S.L. Emaran
Trivia
[sunting | sunting sumber]- Kumpulan Alleycats merupakan kugiran/band pertama berjaya melangkah masuk ke Juara Lagu dan satu-satunya kugiran bukan melayu yang berjaya masuk ke Juara Lagu dengan 2 buah lagu, Sampaikan Salam Cintaku & Derita Seorang Insan, lalu melayakkan mereka meraih Persembahan Terbaik & Lagu ke-3 Terbaik menerusi Sampaikan Salam Cintaku.
- Jamal Abdillah tidak dapat menghadiri ke Juara Lagu ini, dan 2 lagu beliau dinyanyikan oleh penyanyi gantian iaitu oleh Rohana Jalil ("Cinta Yang Terbiar") & Azman Abu Hassan ("Perjalananku").
- Seramai 3 Penyanyi melayakkan diri ke Juara Lagu ini dengan 2 buah lagu, Francissca Peter, Kumpulan Alleycats & Jamal Abdillah.
- Kedengaran Lagu Tema Asal Juara Lagu/Muzik-Muzik VOL I pada edisi ini.
- Pada edisi ini, Pihak Produksi Juara Lagu 1986 masih menggunakan mikrofon berwayar.
- Hadiah Wang Tunai untuk Pemenang Juara Lagu ketika ini berjumlah RM10,000.disertakan bersama replika trofi Juara Lagu & Gold Disk.
- Setiap Pencipta Lagu/Komposer diberi Gold Disk sebagai hadiah cenderamata.
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Menggantikan Jamal Abdillah.
- ^ Menggantikan Jamal Abdillah.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- [FULL] #AJL1 1986 (MP4). TV3MALAYSIA Official.