Pergi ke kandungan

Konsert Mega Siti Nurhaliza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konsert Mega Siti Nurhaliza
Konsert oleh Siti Nurhaliza
LokasiKuala Lumpur
TempatStadium Putra, Bukit Jalil
Album berkaitanSiti Nurhaliza, Siti Nurhaliza II, Cindai, Adiwarna, Pancawarna, Sahmura, Safa
Tarikh30 Jun 2001
Jumlah persembahan1
Artis jemputanTarudin Ismail, SM Salim
Kehadiran10,000[1]
Kronologi konsert Siti Nurhaliza

Konsert Mega Siti Nurhaliza merupakan konsert solo kedua oleh penyanyi rakaman Malaysia, Siti Nurhaliza, ia diadakan enam bulan selepas beliau melancarkan album studio ketujuhnya, Safa. Ia juga merupakan konsert berskala besar Siti yang pertama.[2][3][4]

Siti Nurhaliza di Pembukaan Konsert

Berlangsung pada 30 Jun 2001, Siti Nurhaliza sekali lagi menjayakan konsert mega beliau, selepas konsert pertama dua tahun yang lalu.[5] Bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Siti mempersembahkan 32 buah lagu. Konsert ini mendapat liputan media, dan mendapat kritikan positif dari pelbagai pihak. Jualan tiket juga dikatakan amat laku, sekaligus membuktikan bahawa konsert Siti merupakan antara konsert yang paling berjaya di Malaysia.[6][7]

Bagi memuaskan hati semua penonton di setiap sudut stadium, pentas persembahan direka dengan bentuk heksagon, diletakkan di tengah stadium, dan dipancarkan ke skrin di setiap sudut stadium. Pentas direka dengan dua paras, paras bawah digunakan untuk penari,dan paras atas direka untuk persembahan Siti. Pemuzik-pemuzik dan penyanyi latar diletakkan di antara dua paras tersebut. Di bawah pentas (paras atas), merupakan tempat dimana bilik persalinan.

Siti Nurhaliza bersama Tan Sri Dato' SM Salim

Di sekeliling pentas, merupakan tempat untuk persembahan para gimrama, ahli-ahli kawad, dan juga trek untuk perarakan kereta klasik Cobra, tajaan En. Alias. Siti diarak masuk menggunakan kereta Cobra untuk segment lagu-lagu klasik (era 1950-an hingga 1990-an). Siti turut menyelitkan beberapa kejutan, termasuklah di segmen pembukaan, stadium dikejutkan dengan bunyi helikopter, dan kemudian Siti muncul di arena dengan gimik khas, terbang dari hujung stadium ke arah pentas.

Siti Nurhaliza diarak keluar

Antara lain, Siti turut menghiburkan penonton dengan membuat pertunjukan magis, hasil tunjuk ajar Alex. Bagi mengimbas kembali kenangan zaman sekolah, Siti membuat segmen gimrama di bawah bimbingan Petrina Low, kerana ketika di usia persekolahan, Siti terlibat dalam aktiviti gimrama. Di segmen itu, Siti turut mempraktikkan bakat beliau menggunakan gelung hula hoops, sebelum menghilangkan diri di sebalik tabir hitam.

Bagi segmen irama Malaysia, pasukan gendang rebana melaungkan nama "SITI" ketika di puncak paluan, diketuai oleh Siti sendiri. Di dalam segmen yang sama, Siti turut mempersembahkan tarian tradisional, menggunakan buluh-buluh, sebelum dijunjung oleh empat jejaka.

Selain itu, Siti turut menjemput Tan Sri Dato' SM Salim untuk berduet bersama beliau bagi lagu Pandang-Pandang Jeling-Jeling. Lagu tersebut dinyanyikan ketika mereka diarak menaiki beca, mengelilingi pentas utama.

Konsert Mega ini mendapat kerjasama dari pelbagai pihak termasuk Pasukan Kawad Senyap TLDM, ahli-ahli gimrama, Persatuan Masyarakat Vespa Selangor dan sebagainya.

Ulasan kritis

[sunting | sunting sumber]

Konsert mega ini mendapat ulasan positif dari pengkritik.[8] Zubir Mohd Yunus dari Berita Harian memuji sistem audio kerana muzik dan vokal beliau yang kedengaran seperti rakaman CD.[8] Seorang pengulas dari Utusan Malaysia memuji stamina Siti kerana mampu menyampaikan 30 lagu sambil melakukan pelbagai aksi.[1] Abie Abdullah dari Harian Metro mengulas, "Malam itu Siti membuktikan yang dia tetap hebat dalam industri muzik tanah air. Bukan setakat ‘pose cantik’, tetapi seorang penghibur yang makin disegani".[9]

Susunan lagu

[sunting | sunting sumber]
Persembahan 1

Medley 1:


Medley 2:


  • "Gelora Kasih"

Medley 3:


  • "Kau Ku Sayang"

Medley 4:


Medley 5:


Persembahan 2

Medley 6:

  • "Serentak Dua Rentak"
  • "Syurga Idaman"
  • "Hari Ini dan Semalam"
  • "Sekadar di Pinggiran"
  • "Kemaafan Dendam"

  • "Percayalah"
  • "Kudus Sinarmu"
  • "Don’t Put My Heart On Hold"
  • "Joget Kasih Tak Sudah"
  • "Ya Maulai"

Medley 7:

  • "Mahligai Permata"
  • "Keroncong Si Endang Endong"
  • "Masri Manis"

  • "Pandang-Pandang, Jeling-Jeling"
  • "Balqis"


Tarikh konsert

[sunting | sunting sumber]
Tarikh Bandar Negara Tempat Kehadiran
30 Jun 2001 Kuala Lumpur Malaysia Stadium Putra, Bukit Jalil Habis Dijual

Tenaga kerja

[sunting | sunting sumber]
  • Penganjur Konsert/Penaja: Kompleks Sukan Negara, Pepsi
  • Penerbit Konsert: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd
  • Pengarah Persembahan: Pak Ngah
  • Pengarah Muzik: Ramli MS
  • Penyunting Audio: Pro Recording Studio (Cheras Perdana)
  • Pemuzik: Kamikaze (Gitar), Yusoff Ibrahim (Gitar), Zailan Abdul Razak (Bass), Zulkipli Derus (Drum), Steve Thornton (Perkusi), Ramli MS (Keyboard), Aubrey Suwito (Keyboard 2), S.Atan (Akordian) & Lepih Band.
  • Pemuzik Traditional: SWAKARYA
  • Suara Latar: SWARA
  • Penari: JAY Dancers, penari Yayasan Warisan Johor, SWATARI
  • Jurusolek: Nurul Shukor
  • Pereka Pakaian: Michael Ong
  • Penyiar Rasmi: ERA.fm
  • Edaran: Suwah Enterprise (M) Sdn.Bhd
  • Label: SRC
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2002[10][11] Anugerah Industri Muzik Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Wanita) Menang

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Siti Nurhaliza-Ratu Gimik! Diarkibkan 2017-12-30 di Wayback Machine Utusan Malaysia (8 July 2001). Diperoleh pada 30 Disember 2017.
  2. ^ Siti Nurhaliza -- Konsert Mega ketiga Jun Diarkibkan 2016-08-21 di Wayback Machine Utusan Malaysia (19 April 2001). Diperoleh pada 7 Julai 2016.
  3. ^ Zubir Mohd Yunus (8 Julai 2001). "Di sebalik konsert Siti". Berita Minggu. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  4. ^ Hartati Hassan Basri (18 Mei 2001). "Siti janji konsert hebat". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  5. ^ Zul Husni Abdul Hamid (20 April 2001). "Konsert Siti cecah RM1 juta". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  6. ^ Zul Husni Abdul Hamid (21 Mei 2001). "PSM pastikan tiket konsert Siti tidak ditipu". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  7. ^ "Catch Siti live in concert". New Straits Times. 8 Jun 2001. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  8. ^ a b Zubir Mohd Yunus (3 Julai 2001). "Gimik Siti Menjadi". Berita Harian. Dicapai pada 7 Januari 2018.
  9. ^ Abie Abdullah (2 Julai 2001). "Siti kotakan janji". Harian Metro. Dicapai pada 7 Januari 2018.
  10. ^ "AIM 2002 - Pemenang sukar diramal". Utusan Malaysia Online. 11 April 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-29. Dicapai pada 21 September 2010.
  11. ^ "Apa kata pemenang anugerah". Utusan Malaysia Online. 22 April 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-29. Dicapai pada 21 September 2010.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]