Terima Ku Seadanya (lagu 2015)
"Terima Ku Seadanya" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Misha Omar & Hafiz Suip | ||||
Dilancarkan | 16 Januari 2016 | |||
Format | Digital | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 4:04 | |||
Syarikat | Sony BMG Music Malaysia Astro Music Entertainment | |||
Penulis | Ajai | |||
Penerbit | M. Nasir | |||
Kronologi single Misha Omar & Hafiz Suip | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Lagu Terima Ku Seadanya (Inggeris: "Accept Me For What I Am") adalah single ketiga album keempat penyanyi pop handalan Misha Omar yang diterbitkan terlebih dahulu secara digital sebelum dimuatkan dalam pek fizikal album keempat beliau yang bakal diterbitkan oleh M. Nasir. Lagu ini diterbitkan oleh Sony Music Malaysia dengan kerjasama promosi oleh Astro Entertainment. Ia menampilkan kerjasama Misha bersama penyanyi popular Hafiz Suip.
Rakaman
[sunting | sunting sumber]Lagu ini dirakam di Wake The Baby Studio di bawah penerbitan M. Nasir dan komposer Ajai. Pada bulan November 2014, Misha memuatnaik pradengar lagu ini di laman Instagram namun rakaman vokal yang diterbitkan tidak sama dengan lagu yang dimuatnaik tersebut. Misha kemudian mengumumkan lagu ini bakal menyaksikan kolaborasinya bersama rakan duet baharu iaitu Hafiz Suip setelah mereka pernah menjayakan program Aidilfitri di TV1 beberapa bulan sebelum itu.
Muzik Video
[sunting | sunting sumber]Video Muzik lagu ini dilancarkan serentak dengan pelancaran single di i-tunes pada 16 Januari 2016 setelah beberapa bulan lagu ini ditunda pelancarannya. Video muzik berkonsep pop-edgy ini dibikin oleh CS Production. Ia menampilkan kisah dua sahabat yang intim namun tidak pernah menyuarakan hasrat hati namun tiba-tiba mendapat peluang kedua untuk meneruskan perhubungan. Ia mengambil lokasi di sebuah kedai kopi hipster dan selebihnya di dalam studio. Imej Misha ditatarias oleh Sheng Shaw dengan rambut pendek boy-cut dan gaun belahan dada. Ia menampilkan sisi segar buat Misha. Hafiz dan Misha sama-sama memakai persalinan berwarna hitam.
Penerimaan
[sunting | sunting sumber]Lagu ini menerima reaksi positif daripada pendengar dan berjaya menduduki tangga ketiga pada hari pertama pelancarannya di Carta Itunes.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Tempat Kedua dalam Anugerah Juara Lagu ke-31