Yayasan Nurjiwa
Yayasan Nurjiwa | |
---|---|
Maklumat am | |
Jenis | pertubuhan bukan untung |
No. pendaftaran | 0745009-T |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Penubuhan | |
Pengasas | YBhg. Dato' Sri Khalid Muhammad Jiwa dan Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin |
Diasaskan | 21 Ogos 2006 |
Identiti | |
Kawasan berkhidmat | Seluruh negara |
Pemilik | Siti Nurhaliza Tarudin Khalid Mohamad Jiwa |
sunting |
Yayasan Nurjiwa ialah sebuah pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan di Malaysia yang ditubuhkan pada 21 Ogos 2006[1] oleh penyanyi Malaysia, Siti Nurhaliza dan suaminya, Khalid Mohamad Jiwa dengan matlamat untuk membantu insan-insan yang memerlukan dan kurang bernasib baik[2].
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Yayasan Nurjiwa ialah sebuah badan kebajikan yang telah diwujudkan sebagai platform untuk membantu mereka yang memerlukan melalui konsert amal dan acara makan malam dimana wang akan didermakan kepada organisasi terpilih.[2] Matlamat utama yayasan ini adalah untuk membantu insan-insan yang memerlukan termasuk golongan miskin/daif, gelandangan, ibu tunggal, warga emas dan anak-anak yatim serta mangsa bencana alam termasuk banjir, dan turut membiayai pendidikan untuk kanak-kanak yang memerlukan.
Aktiviti
[sunting | sunting sumber]Antara aktiviti yang dijalankan oleh Yayasan Nurjiwa ialah menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan sejadah, telekung, kain pelikat dan Al-Quran kepada mangsa banjir bernilai RM310,000 di Terengganu.[3][4] Pada 2014, yayasan ini turut menganjurkan konsert amal Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCC: Where The Heart Is yang diadakan pada 7 dan 8 Februari[5][6] serta pameran seni SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza yang diadakan selama sebulan.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Siti Bina Sekolah Di Gaza, Bakal Adakan Konsert Kumpul Dana". Getaran. 2022-07-22. Dicapai pada 2023-08-04.
- ^ a b "DCHL lancar program kumpul dana bersama Yayasan Nurjiwa". SimplySiti. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2008. Dicapai pada 4 Ogos 2023.
- ^ http://www.astroawani.com/berita-hiburan/yayasan-nurjiwa-serah-sumbangan-rm310-000-kepada-mangsa-banjir-52230
- ^ http://berita.mediacorp.sg/mobilem/entertainment/yayasan-siti-nurhaliza/1818952.html
- ^ "Dato' Siti Nurhaliza Live in KLCC- Where the Heart Is". Galaksi Media. 2014-01-10. Dicapai pada 2017-02-10.
- ^ ""WHERE THE HEART IS" Kerja Amal DATO' SITI NURHALIZA". Galaksi Media. 2014-02-09. Dicapai pada 2017-02-10.
- ^ Siti As Icon: Art Exhibition Contributes To Charity Muhammad Zaini Mohd Zin (21 March 2014). BERNAMA. Accessed on 19 April 2014.