Noorkumalasari
Noorkumalasari | |
---|---|
Kelahiran | Noor Kumalasari binti Mohamed Taib 11 April 1956 |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, peragawati |
Tahun aktif | 1960–1998, 2016–kini |
Pasangan |
|
Anak-anak | 4 |
Ibu | Datin Umi Kalthum |
Bapa | Datuk S. Roomai Noor |
Saudara |
|
NoorKumalasari (lahir Noor Kumalasari binti Mohamed Taib; 11 April 1956) merupakan salah seorang peragawati dari Malaysia sejak 1960-an, yang kemudian bergelar pelakon dan penyanyi yang terkenal pada 1970-an[nota 1] hingga 1990-an. Beliau juga merupakan anak kepada Datuk S. Roomai Noor dan Datin Umi Kalthum.[1] Beliau juga merupakan adik sebapa kepada Anita Sarawak yang juga seorang penyanyi popular.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau telah berkahwin dengan Roslan Onn dan dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Abdul Qayyum.[2] Tetapi, perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka bercerai 10 tahun kemudian. Pada tahun 1990 pula, beliau telah bertemu dengan Wan Mohamad Yusof dan mereka telah bernikah walaupun timbul sedikit kontroversi ketika itu.[3] Mereka juga telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Amin Nurrashid, Wan Amni Nuruddin dan Wan Irfan Nurul Atiq.[4]
Selain berlakon dan menyanyi, beliau juga turut menjadi seorang pengacara seperti di Anugerah Juara Lagu 1987.
Kehidupan awal dan kerjaya
[sunting | sunting sumber]Ibu beliau, Datin Umi Kalthum telah mendapat ilham untuk menamakannya sebagai "Noor Kumalasari" selepas memegang watak dengan nama tersebut dalam filem "Tangisan Ibu" pada tahun 1954. Sebenarnya, Noor telah berlakon sewaktu usianya masih kecil dalam filem "Tunang Pak Dukun" pada tahun 1960 sebagai watak sampingan. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling. Beliau juga bersifat pendiam tetapi amat suka bersolek. Perkara itu juga yang menyebabkan beliau menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang peragawati. Ketika di sekolah, beliau amat gemar untuk menyertai pertandingan ratu cantik dan pernah memenangi gelaran "Teen Princess" pada tahun 1974 bagi seluruh sekolah di Petaling Jaya serta gelaran "Ratu" bagi Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling. Beliau juga secara rahsia telah menjadi peragawati sambilan tanpa memberitahu ibu bapanya. Akhirnya, perkara itu diketahui oleh ibu dan bapanya serta telah diberi kata putus samada mahu meneruskan kerjayanya di bank atau menjadi seorang peragawati secara serius.
Ternyata keputusannya tetap untuk menjadi seorang peragawati. Beliau juga telah mendapat tawaran untuk memegang watak utama sebagai "Rohayu" dalam filem Menanti Hari Esok (OST dipopularkan oleh rakan seperjuangannya, Uji Rashid yang turut membuat penampilan istimewa dalam filem yang sama). Ini merupakan satu-satunya filem di mana Noor dan Uji berkongsi skrin yang sama di zaman kegemilangan mereka- era 70an; satu kenangan manis buat peminat-peminat kedua-dua bintang lagenda bermata galak dan cantik ini. [5]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album Studio
[sunting | sunting sumber]- Kau Dalam Ingatanku (1978)
- Noor (1979)
- Aku Dan Dunia Seni (1980)
- Ke Mana Kubawa Diri (1981)
- Jangan Kau Kembali (1981)
- Mata (1982)
- Aku Di Sini ! (1984)
- Wajah (1985)
- Inilah Noor (1988)
Album Pelbagai
[sunting | sunting sumber]- Album Hari Raya (1981)
- Anita & Noor (2000)
- Anita & Noor Tiada Tandingan (2010)
- 4 Lagenda Terunggul (2011)
- Sudirman & Noorkumalasari (2012)
Album Kompilasi
[sunting | sunting sumber]- Koleksi Terbaik Noorkumalasari (1988)
- Memori Hit (2007)
- Bintang Pujaan (2014)
Lagu-lagu Popular
[sunting | sunting sumber]- Mata
- Selamat Pagi Sayang
- Aku Di Sini
- Terpikat
- Terpedaya
- Biarlah Ku Sendiri
- Melangkah Seiringan
- Bimbang Terluka Lagi
- Aku Dan Perasaan
- Ke Mana Ku Bawa Diri
- Istilah Cinta
- Lagu Dari Kamar
- Hati Seorang Kekasih
- Pulang Di Hari Raya
Selain menyanyi secara solo, Noor sering berduet dengan pasangan duetnya yang serasi iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Mereka juga sering muncul bersama dalam rancangan hiburan seperti Puspawarna RTM di sekitar 1980-an. Antara lagu duet mereka yang popular ialah Bimbang Terluka Lagi, Melangkah Seiringan dan sebuah lagu Inggeris bertajuk Eat It. Menariknya, lagu Eat It merupakan lagu saduran daripada lagu Beat It oleh Michael Jackson. Selain itu, liriknya diubah sedikit dan berunsur komedi.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]- Tunang Pak Dukun (1960)
- Puteri Gunong Ledang (1961)
- Tuah Badan (1970)
- Putus Sudah Kaseh Sayang (1971)
- Paper Tiger (1975 - Filem Hollywood bersama David Niven)
- Menanti Hari Esok (1977)
- Tuan Badul (1979)
- Tiada Esok Bagimu (1979)
- Adik Manja (1980)
- Abang (1981)
- Mangsa (1981)
- Esok Untuk Siapa (1982)
- Penentuan (1982)
- Matinya Seorang Patriot (1984)
- Misteri Rumah Tua (1987 - Filem Indonesia)
- Rahsia (1987)
- Mira Edora (1990)
- Bayangan Maut (1991)
- Penghujung Malam (1992)
- Silat Legenda (1998)
- Arjana (2018 - Filem pendek)
- Wow+ (2023 - Filem pendek)
Drama
[sunting | sunting sumber]- Insaf (1974)
- Anjung Batu (1983)
- Berlindung Di Ufuk Timur (1986)
- Primadona (1988)
- Menara Kaca (1989)
- Meniti Buih Cinta (1990)
- Tabir Malam (1991)
- Terbang Bangau (1991)
- Pak Din K.K (1992)
- Ratna Dewi (1992)
- Cintaku Terlerai Di Kaki Pelamin (1992)
- Tanah Manisah (1993)
- Di Tebing Khatulistiwa (1993)
- Orang Baru (1997)
- Rumi & Jawi (2016)
- Kisah Dari Mekah (2017; episod: "Pintu No. 9")
Telefilem
[sunting | sunting sumber]- Berteduh Di Sebalik Wajahmu (1984)
- Cinta Marlissa Putri (1990)
- Anugerah (1990)
- Zainon (1990)
- Duri-duri Bahagia (1991)
- Perkahwinan (1992)
- Keranamu Kekasih (1992)
- Sayang Masih Ada (1992)
- Antara Dua Bayang (1993)
- Anna Carolina (1993)
- Ratu (1993)
- Pintu No. 9 Masjid Nabawi (2017)
Televisyen
[sunting | sunting sumber]- Dwi Puspa: Sudirman & Noor Kumalasari (1979)
- Puspawarna: Noor Kumalasari (1984)
- Puspawarna: Dari Sebuah Bilik (1984)
- Varia Aidil Fitri duet Sudirman (Hari Raya - 1985)
- Istimewa Bersama Sudirman duet Sudirman (Hari Raya - 1986)
- Video Pop (1986)
- Anugerah Juara Lagu ke-2 (1987)
- Istimewa Bersama Datok Shake (1987 - artis jemputan; bersama Khadijah Ibrahim)
- Sagaria (1987)
- Persona Bintang (1987)
- Hiburan Minggu Ini: Noorkumalasari (1987)
- Penghibur: Noorkumalasari (1988)
- Kembara Tiga Juwita untuk rancangan Deepavali (1988)
- Muzik Muzik (1988)
- TV Muzik (1988)
- AEROBACK duet bersama Khadijah Ibrahim (1988)
- Fesyen & Lagu (Hari Raya - 1991)
- Irasuria: Noorkumalasari (1992)
- Mikroskop (1994)
- Cerita Artis Malaysia: Noorkumalasari (2008)
- Fenomena Seni (2010)
- Primadona 13: Noorkumalasari (2015)
- JoMovie (2017)
- Tanya Cik Man (2019)
- Next To Neelofa (musim 1) (2020)
- Pung Pang Rizalman (musim 2) (2021)
- Melodi (2021)
Anugerah dan penghargaan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kategori | Karya | Hasil |
---|---|---|---|
1974 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama TV) | Insaf | Menang |
1984 | Pelakon Wanita Terbaik (Drama TV) | Berteduh Di Sebalik Wajahmu | Menang |
1991 | Duri-duri Bahagia | Menang |
Pra - Festival Filem Malaysia
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kategori | Karya | Hasil |
---|---|---|---|
1977/78 | Pelakon Wanita Terbaik | ||
Menanti Hari Esok | Menang |
Tahun | Kategori | Karya | Hasil |
---|---|---|---|
1980 | Pelakon Wanita Terbaik | ||
Adik Manja | Tercalon | ||
1981 | Abang | Tercalon | |
1982 | Penentuan | Tercalon | |
1984 | Matinya Seorang Patriot | Tercalon | |
1987 | Rahsia | Tercalon | |
1991 | Bayangan Maut | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kategori | Keputusan |
---|---|---|
1987 | Pelakon Filem Wanita Popular | Tercalon |
1988 | Tercalon | |
1991 | Tercalon | |
1992 | Pelakon Filem Pembantu Wanita Popular | Tercalon |
2017 | Anugerah Sepanjang Hayat | Menang |
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Beliau mula aktif pada tahun 1960 sejak berlakon dalam filem Tunang Pak Dukun.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Miraks (19 Julai 2007). "Noorkumalasari - Suka Bergaya Sejak Kecil". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 13 September 2012.
- ^ Miraks (19 Julai 2007). "Noorkumalasari - Memang Berbakat". Dicapai pada 29 September 2012.[pautan mati kekal]
- ^ Miraks (19 Julai 2007). "Noorkumalasari - Cinta Sejati". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 29 September 2012.
- ^ Wahida Asrani (28 Mac 2008). "Noor Kumalasari: Saya bukan Ustazah..." mStar Online. Dicapai pada 29 September 2012.
- ^ Miraks (19 Julai 2007). "Noorkumalasari - Derita Hati Ku Tanggung Sendiri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 29 September 2012.