350 SM
Penampilan
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Mengikut tempat
[sunting | sunting sumber]Yunani
[sunting | sunting sumber]- Alexander I menjadi raja Epirus selepas abang (atau adik) iparnya, Philip II of Macedon, menggulingkan Arymbas, sepupu Alexander.
Empayar Parsi
[sunting | sunting sumber]- Sidon, pusat pemberontakan terhadap Parsi, meminta bantuan daripada Tyre, kota kembarnya, dan Mesir, tetapi tidak berjaya mendapat banyak bantuan.
- Idrieus, anak lelaki kedua Hecatomnus, mewarisi takhta Caria pada kemangkatan Artemisia, balu abangnya, Mausolus. Tidak lama selepas naik takhta dan atas permintaan Raja Artaxerxes III dari Parsi, Idrieus melengkapi sebuah armada yang terdiri daripada 40 buah kapal trirem dan mengumpulkan sebuah angkatan tentera yang terdiri daripada 8,000 orang askar upahan untuk bertempur dengan tentera Cyprus di bawah Phocion, jeneral Athens.
Republik Rom
[sunting | sunting sumber]- Tentera Gaul yang sekali lagi mengancam Rom ditewaskan dengan muktamad oleh gabungan tentera Rom dan sekutu-sekutunya.
Mengikut topik
[sunting | sunting sumber]Sains
[sunting | sunting sumber]- Aristotle mengemukakan alasan untuk sebuah Bumi sfera dengan menggunakan gerhana qamari dan pencerapan-pencerapan yang lain. Beliau juga membincangkan pentaakulan logik dalam karyanya, Organon.
- Plato mencadangkan sebuah model geopusat alam semesta, dengan bintang-bintang berputar pada sebuah sfera cakerawala yang tetap.
Seni
[sunting | sunting sumber]- Praxiteles mencipta arca marmar Aphrodite Knidos (tarikh anggaran). Komposit yang terdiri daripada dua buah salinan Rom yang serupa kini berada di Musei Vaticani, Museo Pio Clementino, Gabinetto delle Maschere, Rom.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- Dicaearchus, ahli falsafah, kartografi, geografi, matematik, dan poligraf Yunani (maut k.k. 285 SM)
- Cassander, raja Macedon dan pengasas Dinasti Antipatrid (tarikh anggaran) (maut k.k. 297 SM)
- Shen Dao, ahli falsafah Cina yang dikenali untuk falsafah paduannya yang terdiri daripada ultrakeundangan dan Taoisme (tarikh anggaran) (maut k.k. 275 SM)
Kematian
[sunting | sunting sumber]- Lelaki Tollund, mangsa pengorbanan manusia di Semenanjung Jutland, Denmark, yang mungkin merupakan bukti terawal yang diketahui tentang penyembahan kepada Odin, ketua dewa Norse (tarikh anggaran)
- Artemisia, permaisuri Caria dan adik perempuan serta isteri kepada Raja Mausolus dari Caria.