Milenium pertama SM
Milenium: | |
---|---|
Abad: |
Milenium Ke-1 SM merangkumi Zaman Besi dan melihat kebangkitan empayar-empayar yang berturut-turut. Empayar Neo-Assyria disusuli oleh Empayar Achaemenid. Di Yunani, Zaman Purba Klasik bermula dengan penjajahan Magna Graecia dan memuncak dengan kebangkitan Hellenisme. Akhir milenium ini melihat kebangkitan Empayar Rom. Di Asia Selatan, peradaban Veda bersepadu dengan Empayar Maurya. Orang-orang Celt awal menguasai Eropah Tengah, sementara Eropah Utara masih berada dalam Zaman Besi Pra-Rom. Orang-orang Scythia menguasai Asia Tengah. Di China, Zaman Musim Luruh dan Musim Bunga melihat kebangkitan Konfusianisme. Menjelang akhir milenium ini, Dinasti Han memperluas kuasa Cina ke Asia Tengah sehingga sempadan negara-negara Indo-Yunani dan Iran. Peradaban Maya bangkit di Amerika Tengah sementara di Afrika, Mesir Kuno mula merosot dan peradaban Ethiopia bangkit. Agama-agama Yahudi, Zoroastrianisme, Hinduisme (agama Veda dan Vedanta), Jainisme dan Buddhisme berkembang. Eropah Yunani-Rom, India dan China melihat kebangkitan kesusasteraan. Jumlah penduduk dunia bertambah secara pesat pada sepanjang milenium dan mencapai 170 hingga 400 juta orang pada akhir milenium ini, bergantung kepada anggaran yang digunakan.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- k.k. 1000 SM - Zaman Heladik tamat di Yunani.
- Zaman Besi tersebar ke Eropah Barat.
- Mesir merosot sebagai sebuah kuasa utama.
- Tanakh ditulis.
- Buddhisme diasaskan oleh Siddharta Gautama, lebih dikenali sebagai Buddha (abad ke-6 SM).
- Jainisme disampaikan oleh Mahavira, Tirthankar (pengkhutbah) ke-24 dan terakhir bagi agama Jainisme (abad ke-6 SM).
- Cyrus Agung menaklukkan Babylon dan mencipta Empayar Parsi (abad ke-6 SM).
- Sparta dan Athens bertempur dalam Perang Peloponnesia.
- Darius Agung memperluas Empayar Parsi sehingga takat yang terbesar yang merangkumi kawasan-kawasan dari Yunani ke Mesir di selatan dan Pakistan di timur (abad ke-5 SM).
- Alexander Agung menaklukkan Empayar Parsi (abad ke-4 SM).
- Kebudayaan Yunani Hellenik tersebar ke seluruh Mediterranean.
- Chandragupta Maurya mengasaskan Empayar Maurya (abad ke-4 SM).
- Ashoka Agung memperluas Empayar Maurya sehingga takat yang terbesar selepas menaklukkan Afghanistan dan kebanyakan subbenua India (abad ke-3 SM).
- China disatukan dibawah Dinasti Qin (abad ke-3 SM).
- Orang Celt menyerang Eropah Barat.
- Republik Rom diasaskan.
- Rom dan Carthage bertempur dalam Perang-perang Punic.
- Peradaban Maya bermula.
Tokoh-tokoh
[sunting | sunting sumber]- David, raja Israel
- Zoroaster, pengasas Zoroastrianisme
- Mahavira, pengkhutbah Jainisme (abad ke-6 SM)
- Gautama Buddha, putera Hindu dan pengasas Buddhisme (abad ke-6 SM)
- Lao Zi, ahli falsafah Cina dan pengasas Taoisme (abad ke-6 SM)
- Confucius, ahli falsafah Cina (abad ke-6 SM)
- Cyrus Agung, pengasas Empayar Parsi (abad ke-6 SM)
- Darius Agung, raja Empayar Parsi (abad ke-5 SM)
- Pānini, ahli nahu Sanskrit India serta ahli linguistik pertama yang diketahui di dunia yang telah dianggap sebagai bapa mesin perhitungan (abad ke-7 SM - abad ke-4 SM)
- Homer, pemuisi Yunani (abad ke-6 SM - abad ke-3 SM)
- Isaiah, nabi Ibrani
- Jeremiah, nabi Ibrani
- Ezekiel, nabi Ibrani
- Pericles, negarawan Athen
- Socrates, ahli falsafah Yunani
- Plato, ahli falsafah Yunani
- Aristotle, ahli falsafah Yunani
- Alexander Agung, penakluk Macedon (abad ke-4 SM)
- Chandragupta Maurya, pengasas Empayar Maurya (abad ke-4 SM), dan penganut Jainisme
- Ashoka Agung, raja Empayar Maurya (abad ke-3 SM)
- Pingala, ahli matematik India serta pereka sistem nombor perduaan dan konsep sifar
- Qin Shihuang, maharaja pertama China (abad ke-3 SM)
- Euclid, ahli matematik Alexandria
- Archimedes, ahli sains Yunani
- Cicero, ahli pidato dan falsafah Latin
- Julius Caesar, penakluk dan diktator Rom (k.k. 100 SM-44 SM)
- Virgil, pemuisi Latin
Perekaan, penemuan, dan pengenalan
[sunting | sunting sumber]- Besi digunakan secara meluas.
- Prinsip keapungan ditemui.
- Geometri diperkembangkan.
- Teorem Pythagorus dibuktikan.
- Eratosthenes membuktikan bahawa Bumi ialah sfera dan menganggarkan diameternya.
- Orang-orang Phoenicia menyebarluaskan abjad fonetik di Mediterranean.
- Banyak sudut pandangan agama dan falsafah yang utama dicipta dan diperiksa dengan lebih teliti atau dikodifikasi.
Peristiwa kebudayaan yang penting
[sunting | sunting sumber]- Zaman Paksi (abad ke-8 SM - abad ke-2 SM), menurut teori Karl Jaspers