348 SM
Penampilan
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Mengikut tempat
[sunting | sunting sumber]Yunani
[sunting | sunting sumber]- Bantuan Athens kepada kota-kotanya di Macedon dialihkan untuk mematahkan pemberontakan di Euboea yang ditimbulkan oleh Philip II dari Macedon. Philip II menaklukkan kota Olynthus di Chalcidice dan mengilhakkan Chalcidice.
- Kota Eretria di pulau Euboea berjaya memberontak terhadap pemerintahan Athens, dan kemerdekaan diisytiharkan. Kemahiran taktikal Phocion, negarawan dan jeneral Athens, menyelamatkan angkatan tentera Athens yang dihantar untuk bertempur dengan penyokong-penyokong Philip II di Euboea.
Empayar Parsi
[sunting | sunting sumber]- Selepas dikepung oleh tentera Raja Artaxerxes III dari Parsi, Sidon ditawan dan penduduk-penduduknya dihukum dengan begitu kejam.
Republik Rom
[sunting | sunting sumber]- Rom dan Carthage memeterai perjanjian perdagangan yang menyebabkan Carthage berjanji tidak akan menyerang negara-negara Latin yang setia kepada Rom. Perjanjian ini membayangkan bahawa Rom kini merupakan kuasa utama di dalam Liga Latin.