Abad ke-4 SM
Penampilan
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Garis masa: | |
Ketua negara: |
|
Dekad: | |
Kategori: | Kelahiran – Kematian Penubuhan – Pembubaran |
Abad ke-4 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 400 SM hingga 31 Disember 301 SM dalam kalendar Gregory.
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Abad ini menandakan kemuncak peradaban Yunani klasik dalam segala aspeknya. Dengan penaklukan-penaklukan Alexander Agung dan perang saudara jeneral-jeneralnya selepas kemangkatan beliau, zaman Keyunanian bermula.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- Pertengahan abad ke-4 SM – Priene, Turki barat dibina semula.
- Abad ke-4 SM – Pektoral, dari kubur seorang penduduk Scythia di Ordzhonikidze, Rusia dicipta, dan kini berada di Muzium Sejarah, Kiev.
- Akhir abad ke-4 SM – Diadem yang dikatakan didapati di dalam sebuah kubur yang berhampiran dengan Hellespont kini berada di Muzium Seni Metropolitan, New York.
- 383 SM – Majlis Buddhisme Kedua di Vesali, 100 tahun selepas Parimirvana.
- 323 SM – Alexander Agung menaklukkan Empayar Parsi. Kemerosotan dan pengurangan penduduk Yunani, dengan penghijrahan secara besar-besaran ke tanah-tanah taklukan.
- 312 SM – Seleucus I Nicator memantapkan kedudukannya di Babylon, dan mengasaskan Empayar Seleucid.
- Serangan Celt terhadap Ireland.
- Perang Allia dan penjarahan Rom yang kemudian oleh tentera Gaul.
- Masyarakat Scythia mula diserap ke dalam masyarakat Sarmatia.
- Rom menaklukkan kawasan Abruzzi. Kemerosotan peradaban Etruska.
Tokoh-tokoh
[sunting | sunting sumber]- Marcus Furius Camillus, diktator Rom (k.k. 446–365 SM).
- Plato, ahli falsafah (k.k. 427–347 SM).
- Lelaki Tollund, mangsa pengorbanan manusia di Semenanjung Jutland di Denmark, merupakan bukti terawal yang diketahui tentang penyembahan Odin.
- Aristotle, ahli falsafah dan ahli sains (384–322 SM).
- Philip II dari Macedon (lahir 382, memerintah antara 359–336 SM).
- Demosthenes (384–322 SM), negarawan dan pemidato Athens yang terkenal yang menjadi penentang ganas kepada Philip II dan Alexander dari Macedon.
- Darius III dari Parsi, raja terakhir Dinasti Achaemenid (lahir 380, memerintah antara 359–330 SM).
- Mencius, ahli sejarah dan tokoh bijaksana Cina (371–289 SM).
- Yang Zhu (juga dikenali sebagai Yang Chu), ahli falsafah Cina yang dikenali kerana keakuan serta sebagai pesaing intelektual kepada Mencius.
- Ptolemy I Soter, pengasas dinasti Ptolemy (k.k. 367–283 SM).
- Shang Yang, perdana menteri Qin, yang pembaharuannya membantu Qin menjadi sebuah negara yang paling kuat, dan yang kemudian menyatukan China (tempoh antara 361–338 SM).
- Seleucus I Nicator, pengasas Empayar Seleucid (k.k. 358–281 SM).
- Alexander Agung, raja Macedon, yang menyerang Asia Minor, Parsi dan tiba di India (lahir 356, memerintah antara 336–323 SM).
- Brennus, ketua suku kaum Gaul.
- Zhuangzi.
- Arkon Pella, satrap (iaitu gabenor provinsi) Babylonia.
Perekaan, penemuan, dan pengenalan
[sunting | sunting sumber]- Skrip Brahmi yang tertua berasal dari zaman ini (Brahmi ialah leluhur skrip-skrip Indik).
- Rom membina akueduk yang pertama.
- Orang Cina menggunakan kantung.
- Gastraphetes, busur silang pertama, direka di Syracuse.
- Bata bakar digunakan buat pertama kali di Greece.
- Keldai digunakan buat pertama kali untuk membekalkan kuasa kepada kilang di Greece.
- Tork dengan pangkalan-pangkalan kepala singa, dicipta di Susa (Shush moden, Iran), dan kini berada di Musee du Louvre, Paris.
- Daric, sekeping duit syling yang ditempah buat pertama kali di bawah Darius I dari Parsi, dikeluarkan dan contohnya boleh didapati di bilik Syiling Heberden, Muzium Ashmolean, Oxford.