Pergi ke kandungan

Mesir Purba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mesir kuno)
Peta Mesir Silam

Zaman Purba Mesir merujuk kepada kebudayaan di Hulu Lembah sungai Nil menganjur dari ke selatan sehingga Jebel Barkal, Napata [1], keutara sehingga Laut Mediterranean, walaupun mempunyai saiz berbeza sepanjang sejarahnya sekitar 3200 SM hingga 332 SM, dengan penaklukan oleh Alexander Agung. Sebagai kebudayaan yang berasaskan pengairan ia merupakan contoh jelas empayar hidrolik.

Kebanyakan daripada geografi Mesir terletak di Afrika Utara, walaupun Semenanjung Sinai adalah dalam Asia barat daya. Negara ini mempunyai persisiran pantai Laut Mediterranean dan Laut Merah; ia bersempadan dengan Libya di barat, Sudan di selatan, dan Semenanjung Gaza, Palestin dan Israel ke timur. Mesir Purba terbahagi kepada dua kerajaan, dikenali sebagai Mesir Hulu dan Hilir. Berlainan dengan kebiasaan, Mesir Hulu (Upper Egypt) terletak di selatan dan Mesir Hilir (Lower Egypt) di utara, dinamakan menurut aliran sungai Nil. Sungai Nil mengalir ke utara dari titik selatan ke Mediterranean bukannya kebahagian selatan daripada titik utara. Sungai Nil, yang merupakan tumpuan penduduk negara tersebut telah menjadi sumber kehidupan bagi kebudayaan Mesir semenjak kebudayaan Naqada dan Zaman Batu.

Kedua kerajaan membentuk Kemet ("tanah hitam"), nama bagi tanah hitam yang dimendak oleh air bah sungai nil. Gurun pula dikenali sebagai Deshret ("tanah merah"), menurut Herodotus: "Mesir merupakan negara tanah hitam.... Kita ketahui bahawa Libya mempunyai tanah lebih merah." (Histories, 2:12). Tetapi Herodotus turut menyatakan "Colchians adalah penduduk Mesir...berdasarkan fakta bahawa mereka berkulit hitam dan mempunyai rambut kerinting." (Histories Book 2:104), dan Champollion yang lebih muda (yang mendikripsi Batu Rosetta) dalam Expressions et Termes Particuliers (Pernyataan dan Syarat Khusus) mendakwa bahawa Kemet sebenarnya tidak merujuk kepada tanah, tetapi kepada penduduk negro dalam ertikata "Negara Hitam)".

Mereka memanggil sphinx agung Giza ialah nabi

Penduduk Mesir purba sendiri menjejak asal keturunan mereka kepada tanah yang mereka kenali sebagai Punt, atau "Ta Nteru" ("Tanah Dewa-dewa"). Suatu suatu masa dahulu, ia biasanya diagak sebagai terletak di apa yang sekarang ini dikenali sebagai persisiran Somalia, Punt sekarang ini dipercayai sebagai terletak samaada di selatan Sudan atau Eritrea. Sejarah Mesir purba sebenar bermula dengan Mesir sebagai negara bersatu, yang berlaku pada satu ketika sekitar 3000 SM, walaupun bukti arkeologi menunjukkan bahawa masyarakat Mesir maju mungkin telah wujud untuk tempoh yang lebih lama.

Sphinx Agung Giza, dipercayai menyerupai Khafre, kk. 2600 SM. Ciri-ciri muka dijumpai di Timur laut Afrika. Ukiran batu tunggal terbesar di dunia.

Sepanjang Sungai Nil, pada milenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan peralatan batu. Bukti turut menunjukkan kehadiran manusia di barat daya Mesir, berhampiran sempadan Sudan, sebelum 8000 SM. Pertukaran cuaca dan/atau terlebih ragut sekitar 8000 SM mula mengeringkan padang ragut di Mesir, yang akhirnya mendorong kepada pembentukan Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat. Terdapat bukti ternakan dan penanaman bijirin di Timur Sahara pada alaf ke-7 SM. Sehingga 6000 SM penduduk Mesir purba di sudut baratdaya Mesir telahpun mengembala lembu dan membina bangunan besar. Mortar dalam pembinaan bangunan telah digunakan menjelang 4000 SM. Tempoh Pradinasti Mesir berterusan sepanjang tempoh masa ini, sebelumnya dipegang pelbagai oleh kebudayaan Naqada. Sesetengah pakar bagaimanapun memulakan Predinasti Mesir lebih awal, di Paleolithik Bawah (lihat Pradinasti Mesir).

M

Nomes merupakan separa kebangsaan division pentadbir Mesir Atas dan Bawah (Upper and Lower Egypt). Firaun merupakan pemerintah kedua kerajaan ini dan mengetuai struktur negara Mesir silam. Firaun bertindak sebagai raja, pemimpin kerohanian dan panglima besar bagi kedua-dia tentera dan tentera laut. Firaun dianggap dewa, hubungan antara manusia dan para dewata. Di bawahnya adalah kerajaan, adalah 2 wazir (satu bagi Mesir Atas dan satu lagi bagi Mesir Bawah) dan pelbagai pegawai. Di bawahnya di sebelah keugamaan adalah paderi besar dan pelbagai paderi lain. Secara umumnya, kedudukan ini diwarisi dari bapa kepada anak lelaki sulung. Kadang-kala aturan ini terbantut, dan kadang-kala wanita memegang kuasa. [2]

Mesir silam bertutur bahasa Afro-Asiatik berkait dengan bahasa Chadic, Berber dan Semitik. Rekod bahasa Mesir silam telah ditarikh sekitar 3200 SM. Para sarjana meletakkan bahasa Mesir kepada enam pembahagian mengikut kronologi:

Penulisan

[sunting | sunting sumber]

Pengkaji Mesir Purba merujuk kepada tulisan Mesir sebagai hieroglif, bersama dengan skrip baji Mesopotamia menjadi sistem penulisan tertua di dunia. Skrip hieroglif sebahagiannya silabik, sebahagiannya ideografik.

Hieratik adalah bentuk hieroglif Mesir bersambung yang pertama sekali digunakan semasa Dinasti Pertama (kk. 2925 SM - kk. 2775 SM). Istilah Demotik dari sudut Mesir, iaitu, "asal" dari sudut pandangan Hellenistik, berubah menjadi merujuk kepada kedua-dua skrip dan bahasa yang selepas tahap Mesir Silam Akhir daripada Nubian dinasti ke-25 sehingga ia dipinggirkan oleh Yunani Koine pada awal abad AD. Selepas penaklukan oleh Umar ibn al-Khattab, bahasa Qibti kekal sehingga Zaman Pertengahan sebagai bahasa keagamaan dalam kalangan minoriti yang beragama Kristian.

Skrip hieroplif akhirnya tidak lagi digunakan sekitar abad ke-4, dan mulai dijumpai kembali semenjak abad ke-15 (lihat Hieroglifik).

Abjad terawal juga dicipta di Mesir Purba, sebagai hasilan dari silabus hieroglif.

Kebudayaan

[sunting | sunting sumber]

Agama rasmi kolossus memnon

Kolossus Memnon

Asas tamadun maju Mesir

[sunting | sunting sumber]

Mesir purba telah banyak dipengaruhi oleh sungai Nil, yang telah membolehkan negara Mesir didiami manusia. Sungai Nil yang banjir secara berkala dengan tetap pada musim panas membawa bersamanya lumpur yang subur, dan surut tepat pada masanya pada musim menanam, memberikan penduduk Mesir satu perasaan bahawa alam semulajadi adalah tenang dan memberi banyak kebajikan.

Negara Mesir yang dikelilingi oleh gurun dan Laut Merah menjadikannya agak bebas daripada ancaman negara luar. Kepentingan sungai Nil pada penduduk Mesir dapat dilihat melalui perkataan mengembara bagi orang Mesir, iaitu khed menghilir atau khent mudik ke hulu. Malah pakar sejarah Yunani, Herodotus menggelarkan Mesir sebagai hadiah daripada sungai Nil.

Walaupun sebelum Zaman Kuno, penduduk Mesir telahpun mengorak langkah kearah membina tamadun yang maju. Terutama sekali mereka telah mulai bercucuk tanam; menggunakan perkakasan tembaga menggantikan perkakasan batu dan , tidak lama sebelum 3100 SM, mereka telah membangunkan tulisan yang dikenali sebagai hieroglif (dari perkataan Yunani bagi Ukiran Pendita). Pakar kaji purba tidak pasti sama ada penulisan ini dimajukan oleh orang Mesir sendiri ataupun datangnya daripada penduduk Mesopotamia. Ini berdasarkan tulisan hieroglif jauh berbeza dengan pepaku Mesopotamia, tetapi kemunculan hieroglif secara tiba-tiba membayangkan Pendita/pentadbir Mesir telah memulakan sistem penyimpanan rekod berasaskan pengaruh asing yang lebih awal. Walau apapun puncanya, penulisan memberikan peluang bagi kemunculan kerajaan yang berkesan dan syarat awal dalam sejarah politik Mesir, penyatuan daerah utara dan selatan.

Permulaan Zaman Kuno

[sunting | sunting sumber]

Penyatuan Mesir yang menandakan permulaan Zaman Kuno bermula sekitar 3100 SM Sebelum itu kuasa di Mesir Atas (Selatan) dan Mesir Bawah (Utara) dikuasai oleh pemerintah yang berlainan. Dengan penyatuan kedua jajahan ini, ia membenarkan sistem saliran pusat dan pengaliran perdagangan sepanjang sungai Nil. Dalam riwayat tradisi, penyatuan Mesir dikatakan dilakukan oleh pahlawan dari selatan yang bernama Narmer, firaun pertama yang berjaya menguasai seluruh Mesir utara sehingga ke delta Mediterranean. Kemungkinannya proses penyatuan tersebut berlaku secara perlahan-lahan, tetapi tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa kedua dinasti firaun berikutnya telah menguasai keseluruhan Mesir.ميمسمءخسخي

Kerajaan Lama

[sunting | sunting sumber]

Kedua dinasti firaun Mesir kemudiannya digantikan oleh Zoser perkasa sekitar 2770 SM, firaun pertama bagi Dinasti Ketiga dan pengasas kepada Kerajaan Lama. Walaupun perbezaan antara sistem kerajaan Kerajaan Lama dengan sebelumnya tidak diketahui dengan jelas, ianya pasti bahawa pemerintahan Zoser memulakan tempoh pemerintahan raja mutlak dan kuasa negara yang lebih kukuh. Ini dapat dilihat dengan bukti bahawa Zoser memulakan pembinaa piramid pertama. Di bawah pemerintahan Zoser dan penggantinya Kerajaan Lama, kuasa firaun tidak terbatas. Firaun dianggap anak Dewa Matahari, dan secara adat akan mengahwini saudara perempuannya bagi mengekalkan darah keturunannya tulen. Tiada perbezaan antara politik an keagamaan wujud. Orang bawahan utama firaun adalah paderi, dan firaun sendiri merupakan ketua paderi.

Corak Kerajaan Lama adalah berasaskan polisi keamanan. Dari segi ini, ia adalah unik dikalangan negara silam. Firaun tidak memiliki askar sepenuh masa, dan tidak memiliki pasukan bersenjata kebangsaan. Setiap kawasan memiliki pasukan bersenjata sendiri tetapi ia diperintah oleh pegawai am, dan sekiranya dipangil bertugas, ia kebiasaannya bagi kerja awam. Bagi menangani ancaman serangan, unit tempatan berlainan akan digabungkan dibawah pemerintahan pegawai am firaun. Pada masa lain ketua kerajaan tidak mempunyai penguasaan diatas pasukan bersenjata.

Kerajaan Lama Mesir berpuas hati memerintah negara mereka sendiri. Keadaan ini wujud akibat negara Mesir yang terlindung dan terasing daripada pengaruh luar, memiliki tanah yang subur, dan pentadbiran kerajaan secara kerjasama dan bukannya secara peras-ugut .

Zaman Perantaraan Pertama

[sunting | sunting sumber]

Setelah beberapa abad tenteram dan aman, Kerajaan Lama berakhir dengan kejatuhan Dinasti Keenam sekitar 2200 SM Ini disebabkan oleh beberapa sebab antaranya:-

  • Perbendaharaan negara muflis akibat projek besar-besaran firaun seperti pembinaan piramid.
  • Perubahan cuaca mengakibatkan kegagalan tanaman.
  • Bangsawan daerah yang mengambil kuasa semakin banyak sehinggakan kuasa pemerintahan pusat hampir lenyap.

Tempoh yang berikutnya dikenali sebagai Zaman Perantaraan Pertama. Keadaan huru-hara berleluasa dan keadaan anarki wujud. Kaum bangsawan membina pemerintahan mereka sendiri dan kekecohan politik diburukkan lagi oleh perompakan dari dalam dan oleh puak gurun. Zaman Peralihan pertama tidak berakhir sehingga kebangkitan Dinasti Kesebelas yang mengembalikan pemerintahan pusat sekitar 2050 SM dari pengkalannya di Thebes (Mesir Atas). Kebangkitan ini menandakan permulaan Kerajaan Pertengahan.

Kerajaan Pertengahan

[sunting | sunting sumber]

Sepanjang tempoh Kerajaan Pertengahan, tanggung jawab masyarakat lebih ditekankan, berbanding Kerajaan Lama. Walaupun Dinasti kesebelas tidak mampu menandingi kuasa bangsawan tempatan, Dinasti ke Duabelas yang berikutnya sekitar 1990 SM dan berakhir sekitar 1786 SM diperintah dengan gabungan dengan golongan pertengahan yang terdiri daripada pegawai, pedagang, seniman, dan petani. Gabungan ini menahan kaum bangsawan dan meletakkan asas bagi keamanan yang tiada tandingnya. Semasa pemerintahan Dinasti kedua belas terdapat perkembangan dalam keadilan masyarakat dan pencapaian pemikiran. Kerja awam yang memberi faedah kepada keseluruh penduduk seperti projek pengairan dan saliran, menggantikan pembinaan piramid yang tidak mempunyai kegunaan pratikal. Terdapat juga perubahan dalam keagamaan di mana orang biasa mampu mencapai keselamatan denganperbuatan moral yang baik dan bukannya melalui upacara yang bergantung kepada kekayaan seseorang. Berasaskan sebab-sebab di atas, zaman Dinasti keduabelas dianggap sebagai Mesir klasik atau zaman kegemilangan.

Zaman Perantaraan Kedua

[sunting | sunting sumber]

Pada zaman berikutnya bagaimanapun, Mesir memasuki Zaman Peralihan kedua. Ini merupakan era kekacauan dan penjajahan asing yang berakhir selama dua abad, atau dari 1786 sehingga sekitar 1560 SM. Rekod semasa dari tempoh itu jarang dijumpai, bagaimanapun ia menunjukkan bahawa pergeseran dalaman merupakan akibat pemberontakan balas kaum bangsawan. Firaun kembali tidak berkuasa, dan kebanyakan kemajuan masyarakat Dinasti ke Duabelas musnah. Sekitar 1750 SM. Mesir dijajah oleh Hyksos, atau Pemerintah Tanah Asing, puak campuran yang berasal dari Asia barat. Keunggulan ketenteraan mereka biasanya dikatakan kerana mereka memiliki kuda dan pedati perang. Tetapi kemenangan mereka turut disumbangkan oleh fakta bahawa Mesir berpecah sesama sendiri. Pemerintahan mereka memberi kesan yang besar kepada sejarah Mesir. Tidak hanya mereka memperkenalkan perperangan kaedah baru kepada Mesir, tetapi ia juga memberikan penduduk Mesir matlamat yang sama dengan pemerintahan yang menindas, mendorong mereka melupakan pertelingkahan sesama mereka dan bergabung bagi mencapai matlamat yang sama, iaitu membebaskan diri daripada pemerintahan asing.

Kerajaan Baru

[sunting | sunting sumber]

Pada akhir abad ketujuh belas SM pemerintah selatan Mesir (Atas) melancarkan pemberontakan terhadap Hyksos, pergerakan yang kemudiannya disertai oleh keseluruhan rakyat Mesir. Menjelang sekitar 1560 SM penjajah terakhir yang tidak dibunuh atau dijadikan hmba telah dihalau keluar daripada Mesir. Horo kejayaan ini, Ahmose merupakan pengasas Dinasti kelapan belas, selepas itu menubuhkan rejim yang lebih padu berbanding yang sebelumnya. Dalam pergerakan patriotik menentang penjajah melawan Hyksos, ketaatan kepada bangsawan tempatan menjadi lemah dengan itu melemahkan kuasa bangsawan tempatan.

Tempoh yang berikut selepas kebangkitan Ahmose dikenali sebagai Kerajaan Baru, dan oleh sesetengah pakar sejarah lain sebagai tempoh Empayar. Ia berkuasa dari sekitar 1560 SM - 1087 SM, ketika mana Mesir diperintah oleh tiga dinasti secara berturutan iaitu Dinasti kelapan belas, kesembilan belas, dan kedua puluh. Dengan kebangkitan Kerajaan Baru, tiada lagi semangat aman dan mengasingkan diri; semangat imperial yang agresif melanda Mesir dan kecenderungan kearah ketenteraan yang berpunca daripada kejayaan dalam perperangan kemerdekaan melawan Hyksos telah menimbulkan keinginan bagi kemenangan lebih lanjut. Tambahan lagi mesin ketenteraan yang dibina bagi menghalau penjajah, ternyata terlalu berharga sebagai menyokong kuasa firaun untuk dihapuskan begitu sahaja.

Langkah pertama kearah polisi baru diambil oleh pengganti Ahmose dengan melakukan serangan kilat ke Palestin dan menguasai Syria. Debgan askar yang terkuat pada zaman purba, firaun baru itu dengan pantas mematahkan semua tentangan di Syria dan menjadikan diri mereka tuan kepada jajahan yang terbentang luas dari tebing sungai Euphrates sehingga ke selatan sungai Nil. Tetapi mereka tidak pernah berjaya menjadikan penduduk yang dijajah sebagai rakyat yang taat dan kelemahan ini merupakan punca pemberontakan meluas di Syria. Sungguhpun pengganti mereka menindas pemberontakan tersebut dan berjaya memegang Empayar seketika, malapetaka akhir tidak dapat dielakkan. Lebih banyak jajahan telah ditakluk dari apa yang boleh dikendalikan dengan berkesan. Jumlah kekayaan yang mencurah-curah memasuku Mesir melemahkan asas nasional dengan menggalakkan penyelewengan, dan pemberontakan yang berpanjangan oleh tanah jajahan melemahkan kekuatan negara melebihi apa tahap ia mampu pulih. Menjelang abad ke dua belas kebanyakan tanah jajahan telah kekal bebas.

Corak pemerintahan Kerajaan Baru menyerupai Kerajaan Lama, tetapi lebih mutlak. Kuasa ketenteraan kini menjadi asas pemerintahan firaun. Tentera terlatih sentiasa bersedia bagi mengkagumkan rakyatnya. Kebanyakan bekas kaum bangsawan kini menjadi bangsawan istana atau ahli kepada birokrasi firaun di bawah penguasaan penuh firaun.

Firaun agung terakhir adalah Ramses III yag memerintah dari 1182 - 1151 SM. Dia diganti oleh ramai pemerintah yang mearisi namanya tetapi tanpa keupayaannya. Pada akhir abad ke dua belas, Mesir menjadi mangsa penjajahan pemangsa baru. Pada masa yang sama Mesir kehilangan daya ciptaan. Untuk mendapatkan kehidupan abadi, ilmu sihir menjadi minat utama rakyat seluruh golongan. Proses kejatuhan ini dipercepatkan lagi oleh peningkatan kuasa Paderi, yang mengambil alih keistimewaan firaun dan menentukan pengistiharan firaun.

Kejatuhan politik Mesir Purba

[sunting | sunting sumber]

Dari pertengahan abad ke sepuluh SM sehingga akhir abad kelapan SM, dinasti gasar Libya memegang kuasa. Mereka diikuti oleh penguasaan sementara kaum Nubia yang menjajah Mesir dari gurun barat Nil Atas. Pada 671 SM, Mesir dijajah oleh Assyria, tetapi hanya untuk selama lapan tahun. Selepas keruntuhan pemerintah Assyrian, Mesir mendapat kemerdekaan mereka dan kebangkitan semula tradisi bermula. Bagaimanapun ia terbantut dengan tiba-tiba dengan penjajahan Parsi pada 525 SM apabila tentera Parsi mengalahkan tentera Mesir yang bertahan dalam pertempuran yang sengit. Mesir menjadi sebahagian Empayar Parsi dan kemudiannya ditadbir oleh Yunani dan Rom.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]



Ankh Topik berkenaan Mesir Purba sunting Ankh
Tempat: Sungai Nil | Niwt/Waset/Thebes | Alexandria | Annu/Iunu/Heliopolis | Luxor | Abdju/Abydos | Giza | Ineb Hedj/Memphis | Djanet/Tanis | Rosetta | Akhetaten/Amarna | Atef-Pehu/Fayyum | Abu/Yebu/Elephantine | Saqqara | Dahshur
Ennead Agung Heliopolis: Atum | Shu | Tefnut | Geb | Nuit (Nut) | Osiris | Isis | Set | Nephthys
Dewa-dewi Utama: Amun | Anubis | Apophis | Apis | Bastet | Hathor | Khepri | Khonsu | Maat | Min | Neith | Ptah | | Set | Sobek | Thoth |Wepwawet | Aten
Ogdoad Heliopolis: Amun/Amunet | Huh/Hauhet | Kuk/Kauket | Nun/Naunet
Dewa perang: Bast | Anhur | Maahes | Sekhmet | Pakhet
Konsep kedewaan: Chons | Maàt | Hu | Saa | Shai | Renenutet| Min | Hapy
Dewa lain: Chnum | Taweret | Bes | Seker | Seshat
Kematian: Mumia | Empat anak Horus | Balang bertutup | Ankh | Buku Kematian | KV | Kuil mayat | Ushabti
Bangunan: Piramid | Kuil Karnak | Sphinx | Rumah Api Besar | Perpustakaan Besar | Deir el-Bahri | Patung Memnon | Ramesseum | Abu Simbel
Penulisan: Hieroglif Mesir | Nombor Mesir | Demotik
Kronologi: Mesir Purba | Yunani dan Rom Mesir | Arab Mesir Awal | Uthmaniyyah Mesir | Muhammad Ali dan pengganti | Mesir Moden