2022 di Malaysia
Penampilan
| |||||
Dekad: | |||||
---|---|---|---|---|---|
Lihat juga: |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan 2022 di Malaysia |
2022 di Malaysia, 65 tahun kemerdekaan.
2022 akan menjadi ulang tahun ke-59 penubuhan Malaysia.
Perjawatan
[sunting | sunting sumber]Peringkat Persekutuan
[sunting | sunting sumber]- Yang di-Pertuan Agong:
- Raja Permaisuri Agong
- Timbalan Yang di-Pertuan Agong:
- Perdana Menteri:
- Ismail Sabri Yaakob (sehingga 24 November)
- Anwar Ibrahim (dari 24 November)
- Timbalan Perdana Menteri:
- Ahmad Zahidi Hamidi (mulai 3 Disember)
- Fadillah Yusof (mulai 3 Disember)
Peringkat Negeri
[sunting | sunting sumber]- Johor:
- Sultan Johor: Sultan Ibrahim
- Menteri Besar Johor:
- Hasni Mohammad (sehingga 22 Januari)
- Onn Hafiz Ghazi (mulai 15 Mac)
- Kedah:
- Kelantan:
- Perlis:
- Raja Perlis: Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
- Menteri Besar Perlis:
- Azlan Man (sehingga 14 Oktober)
- Mohd Shukri Ramli (mulai 22 November)
- Perak:
- Pahang:
- Selangor :
- Terengganu :
- Negeri Sembilan :
- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan: Tuanku Muhriz
- Undang Luak Sungai Ujong: Dato' Mubarak Dohak
- Undang Luak Rembau: Dato' Muhamad Sharip Othman
- Undang Luak Johol: Dato' Muhammad Abdullah
- Undang Luak Jelebu: Dato' Maarof Mat Rashad
- Tunku Besar Tampin: Tunku Syed Razman
- Menteri Besar Negeri Sembilan: Aminuddin Harun
- Pulau Pinang :
- Melaka :
- Sarawak :
- Sabah :
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Januari
[sunting | sunting sumber]- 1 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan luruan monsun berterusan sehingga 4 Januari.[1]
- 2 Januari
- Molek FM memulakan siaran percubaan sebelum 8 hari bagi pendengar negeri pantai timur Semenanjung Malaysia di Kelantan dan Terengganu.
- Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay menamatkan tugas beliau di Johor setelah mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.[2]
- 3 Januari – Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai pesuruhjaya JSJ Narkotik Bukit Aman.[3]
- 8 Januari - 8TV meraikan ulangtahunnya yang ke-18.
- 9 Januari
- Molek FM disiarkan secara rasmi buat kali pertama hari ini bagi pendengar negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia, menggantikan frekuensi Hot FM di Kelantan dan Buletin FM di Terengganu.[4]
- Satu kejadian kereta api tidak berhenti berlaku di Kuala Krai, Kelantan, menyebabkan semua 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong untuk ke sekolah pada hari pertama penggal ketiga 2021/2022 tidak dapat ke sekolah dan pulang ke rumah masing-masing.[5]
- 15 Januari - Pandemik COVID-19 di Malaysia:
- Varian Omicron COVID-19 dikesan di empat bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sibu dan Kapit dengan jumlah terkumpul setakat ini sebanyak 36.[6]
- 19 Januari - Pemain badminton, Lee Zii Jia meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai pemain bebas.[7]
- 21 Januari - Zii Jia telah diharamkan selama dua tahun daripada menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa yang memerlukan kelulusan BAM serta mana-mana kejohanan yang dibenarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).[8]
- 22 Januari - Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dirawat di unit rawatan koronari Institut Jantung Negara.[9]
- 25 Januari - Lima kenderaan rosak akibat kejadian tanah mendap di Lestari Perdana, Seri Kembangan. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.[10]
- 26 Januari – Puting beliung melanda Bukit Kayu Hitam, Kedah dan menyebabkan kerosakan.[11]
- 27 Januari - Astro Arena telah berpindah secara rasmi dari Petaling Jaya, Selangor hingga ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
- 28 Januari - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia telah bertukar nama kepada Capital A.[12][13]
- 30 Januari – Puting beliung melanda Ipoh, Perak dan menyebabkan kerosakan.[14][15][16]
Februari
[sunting | sunting sumber]- 1 Februari
- Berita liputan Awesome TV, Berita 7:57 mula disiarkan secara langsung dari 33, Jalan Rakyat, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur bagi kawasan metropolitan Lembah Klang.[17]
- Kuala Lumpur meraikan 50 tahun status sebagai bandar raya.[18]
- 9 Februari - Harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 16 Februari ini.[19]
- 11 Februari
- Ikatan Demokratik Malaysia dilancarkan sebagai parti politik.[20]
- Pindaan perlembagaan yang memulihkan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama dengan Tanah Melayu kini berkuat kuasa.[21]
- 15 Februari
- Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan.[22]
- Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan RUU untuk menamakan semula gelaran ketua cabang eksekutif negeri daripada 'Ketua Menteri' kepada 'Premier'.[23]
- 23 Februari – Saksi dalam perbicaraan rasuah bekas jurubank Goldman Sachs Group Inc Roger Ng memberi keterangan bahawa bekas ketua Goldman Lloyd Blankfein bertemu pada 2009 dengan perdana menteri Malaysia ketika itu Najib Razak mendahului AS$6.5 bilion (RM27.2bil) dalam urus niaga bon untuk dana kekayaan negara - dan mesyuarat itu datang dengan agenda. Sebagai balasan untuk perniagaan yang menguntungkan itu, Goldman adalah untuk mendapatkan pekerjaan tiga anak Najib di bank.[24]
- 24 Februari – Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Najib telah mengesahkan bahawa dia cuba memohon pekerjaan di Goldman Sachs. Dia berkata dia pernah bertemu dengan dua bekas pekerja Goldman Sachs, Roger Ng dan Tim Leissner sebagai sebahagian daripada usaha rangkaiannya untuk mendapatkan "pekerjaan yang kompetitif".[25]
- 26 Februari - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan perintah pembekuan aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO), Rohana Rozhan. Ia berikutan siasatan oleh SPRM selepas bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner mendakwa diperas ugut dalam pembelian sebuah rumah di London menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).[26]
Mac
[sunting | sunting sumber]- 1 Mac - Jawatan Ketua Menteri Sarawak telah dinamakan semula sebagai Premier Sarawak.[27][28]
- 2 Mac - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk menangguhkan prosiding rayuan berkaitan bukti baru dalam usahanya untuk mengetepikan sabitan kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd, yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mac ini.[29]
- 3 Mac - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah, untuk dilepaskan tanpa dibebaskan daripada enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion membabitkan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang dihadapi mereka.[30]
- 8 Mac:
- 9 Mac – Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad mengesahkan beliau tidak akan bertanding atau mempertahankan kerusinya untuk parlimen Langkawi pada pilihan raya umum akan datang.[33]
- 10 Mac - Seorang selamat, 3 tertimbus dan 15 rumah rosak akibat tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, Selangor.[34]
- 12 Mac – Pilihan raya negeri Johor ke-15
- Barisan Nasional menang pilihan raya negeri dengan memperoleh 40 kerusi.[35]
- 15 Mac
- Onn Hafiz Ghazi dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-19, menggantikan Hasni Mohammad.[36]
- Ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang bertugas bagi kes 1MDB memberi keterangan di mahkamah bahawa bekas perdana menteri Najib Razak menerima AS$756 juta (RM3.18 bilion) dana 1MDB yang diselewengkan.[37]
- 16 Mac – Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, telah sebulat suara menolak rayuan bekas perdana menteri Najib Razak untuk mengemukakan lebih banyak bukti kepada kes rasuah SRC International Sdn Bhd dalam usaha untuk membatalkan sabitan dan hukuman terhadapnya.[38]
- 20 Mac:
- Presiden Pas, Abdul Hadi Awang disahkan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin di rumah.[39]
- Bekas Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan beliau bersara dalam politik selepas hampir 60 tahun dan tidak akan mempertahan kerusinya di Parlimen Iskandar Puteri pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.[40]
- 26 Mac - Dua lelaki ditangkap polis selepas berlagak samseng tahan ambulans di Jalan Tepi Sungai ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital di Klang, Selangor.[41]
- 31 Mac - Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan menanam 17 pokok disyaki ganja dan mengedar dadah jenis sama.[42]
April
[sunting | sunting sumber]- 1 April - Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyambut ulangtahunnya yang ke-76.
- 3 April - Pandemik COVID-19 di Malaysia:
- Seramai 52,449 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah mendapatkan suntikan vaksin di Pahang menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) sehingga 30 Mac.[43]
- 4 April - Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) mengumumkan akan mengambil alih empat konsesi lebuh raya Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP).[44]
- 6 April - Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza, sohor kini di Twitter apabila namanya tersenarai Top 100 Most Awarded Musicians of All-Time oleh The Artist Museum, dengan berjaya menduduki tempat ke-27 dengan jumlah 329 anugerah yang pernah diterimanya sepanjang berada dalam industri muzik tanah air.[45]
- 18 April - Kerani, Sam Ke Ting dibenar oleh Mahkamah Rayuan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu yang menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal lajak pada 2017.[46]
- 20 April - Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah memfailkan saman fitnah terhadap bekas perdana menteri Mahathir Mohamad.[47][48][49]
- 23 April - Seramai 709 bekas kakitangan Perwaja Steel menerima pampasan secara keseluruhan sebanyak RM8.645 juta selepas ditamatkan perkhidmatan pada November 2014.[50]
- 25 April - Bekas perdana menteri Najib Razak telah mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuannya tentang mengapa beliau harus dibebaskan daripada tuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.[51]
- 29 April – Bank Negara Malaysia menganugerahkan lesen bank digital kepada lima konsortia, iaitu Boost Holdings dan RHB Bank, GXS Bank dan Kuok Brothers, Sea Limited dan YTL Digital Capital untuk bank utama, dan AEON Financial Service, AEON Credit Service and MoneyLion, KAF Investment Bank untuk bank-bank Islam.[52][53]
- 30 April - Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-juara Asia (ACL) setelah menewaskan juara dua kali, Ulsan Hyundai 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim.[54]
Mei
[sunting | sunting sumber]- 1 Mei - Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang semakin pulih selepas menjalani pembedahan jantung terbuka.[55]
- 6 Mei - Hujan lebat berterusan menyebabkan sembilan kawasan sekitar daerah Melaka Tengah dinaiki air.[56]
- 8 Mei - Atlet terjun wanita elit negara, Nur Dhabitah Sabri menjadi penyumbang pertama pingat emas buat negara di Sukan Asia Tenggara 2021 dengan pungutan mata keseluruhan 290.45 mata jauh meninggalkan peserta lain.[57]
- 9 Mei - Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 hari pada bulan Ogos untuk mendengar bidaan terakhir bekas perdana menteri Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dalam dana SRC International Sdn Bhd.[58][59][60]
- 10 Mei - Bekas perdana menteri Najib Razak dan anaknya Nazifuddin Najib membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung penghakiman ringkas yang dibuat terhadap mereka berhubung pembayaran cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta masing-masing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).[61]
- 26 Mei - Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mengumumkan keputusannya meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan turut mengumumkan keputusannya meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).[62]
Jun
[sunting | sunting sumber]- 1 Jun
- TV3 menyambut ulang tahun yang ke-38.
- 8 Jun - Pasukan peguam bekas perdana menteri Najib Razak telah memfailkan bidaan baharu untuk membatalkan perbicaraan SRC International. Pemfailan kepada Mahkamah Persekutuan bertujuan untuk membatalkan kelayakan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berhubung konflik kepentingan.[63]
- 3–12 Jun - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur selepas 2 tahun tidak dianjurkan akibat COVID-19.
- 17 Jun - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo mengalami kecederaan selepas didakwa diserang seorang lelaki dalam kejadian jam 8:30 malam.[64]
- 19 Jun - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meluluskan penggabungan Celcom dan DiGi.[65]
- 21 Jun - Samirah Muzaffar dan dua remaja berusia 16 dan 19 tahun dibebaskan daripada pertuduhan membunuh bekas CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan pada tahun 2018.[66]
- 22 Jun
- Presiden Persatuan Penyair Malaysia, Rahman Shaari diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-15.[67]
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen kepada paras RM4.84 berbanding RM4.83 seliter bagi tempoh bermula 23 sehingga 29 Jun.[68]
- 23 Jun
- Roket satelit Measat-3d selamat berlepas tepat pada jam 5.50 pagi waktu Malaysia.[69]
- Pemain perseorangan lelaki badminton profesional negara, Lee Zii Jia membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan untuk tidak mewakili Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham yang berlangsung 28 Julai hingga 8 Ogos.[70]
Julai
[sunting | sunting sumber]- 1 Julai - Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram dimansuhkan.[71]
- 6 Julai - Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman terlepas hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis seberat 214 gram di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.[72]
- 7 Julai - Rakyat Malaysia, Kalwant Singh, dikenakan hukuman gantung di Penjara Changi, Singapura.[73]
- 8 Julai - Perdana Menteri Ke-9, Ismail Sabri Yaakob mengucap takziah atas pemergian Shinzo Abe. [74]
- 9 Julai - Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kali terpilih menduduki kerusi dalam Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).[75]
- 10 Julai - Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad meraikan ulang tahun kelahirannya ke-97.[76]
- 15 Julai - Pandemik COVID-19 di Malaysia:
- Angka kes harian baharu Covid-19 mencecah 5,230 yang tertinggi sepanjang tempoh seminggu ini (9 Julai - 15 Julai).[77]
- 27 Julai - Beberapa kawasan di Lembah Klang dan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia mengalami gangguan bekalan elektrik.[78]
- 29 Julai - Dewan Rakyat meluluskan undang-undang anti-lompat parti dengan majoriti 2/3.[79]
Ogos
[sunting | sunting sumber]- 1 Ogos - Seramai 99 penerima dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.[80]
- 2 Ogos - Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi dan delegasi kongresnya tiba di Malaysia sebagai sebahagian daripada pusingan kedua jelajah Indo-Pasifik mereka.[81]
- 5 Ogos - Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan bahawa lanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.[82]
- 9 Ogos
- Beberapa kawasan di Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air.[83][84]
- Pelancaran Apple Pay di Malaysia.[85]
- 10 Ogos - Pandemik COVID-19 di Malaysia:
- Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan kes positif COVID-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,083 kes berbanding kelmarin, 2,863 kes sekali gus diatasi 4,229 kes sembuh.[86]
- 30 Ogos - Azalina Othman Said melepaskan jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri.[87]
- 31 Ogos - Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad disahkan positif COVID-19. Beliau telah dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemerhatian untuk beberapa hari akan datang seperti yang dinasihatkan oleh pasukan perubatan.[88][89][90]
September
[sunting | sunting sumber]- 1 September - Rosmah Mansor, isteri bekas pedana menteri Najib Razak, telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta selepas didapati bersalah melakukan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.[91][92]
- 2 September - Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Ezette Abdul Samad telah diarah membela diri atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah.[93][94]
- 4 September:
- Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari IJN.[95][96][97]
- Bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.[98][99]
- 5 September - Mahkamah Rayuan menolak rayuan bekas pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membatalkan tiga tuduhan rasuah dan enam tuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya.[100]
- 7 September - Jabatan Penjara telah menafikan dakwaan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak ditempatkan di sebuah rumah dalam kawasan penjara.[101][102]
- 23 September - Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebas daripada 40 pertuduhan rasuah Sistem Visa Luar Negara.[103][104]
- 26 September - Pandemik COVID-19 di Malaysia:
- Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,608 kes berbanding kelmarin, 1,924 kes sekali gus diatasi 2,352 kes sembuh.[105]
- 29 September - Ejen jualan produk kosmetik wanita Rosnazirah Mohd Naim, yang diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Tumpat, Kelantan berjaya diselamatkan.[106]
Oktober
[sunting | sunting sumber]- 2 Oktober - Molek FM mula bersiaran di Kuantan, Pahang melalui frekuensi 100.4 MHz yang dipancar dari Bukit Pelindung bagi menggantikan slot stesen radio berbahasa Cina di bawah Media Prima Audio iaitu 8FM (dahulunya One FM).
- 4 Oktober - Pelakon, Zul Ariffin mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM30 ribu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia oleh pihak mahkamah kerana "memuat naik kandungan bersifat sumbang".[107]
- 11 Oktober - Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad mengisytiharkan akan mempertahankan kerusi Langkawi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.[108][109]
- 13 Oktober:
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dinaiktaraf sebagai universiti penuh, dikenali sebagai Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS).[110]
- Usahawan kosmetik, Aliff Syukri Kamarzaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, terhadap empat pertuduhan membuat dan menghasilkan video bersifat sumbang pada April 2022.[111]
- 20 Oktober - Seorang remaja lelaki maut dibaling pisau oleh kakaknya di Kampung Ulu Pulai, Ulu Chou. Kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham di antara mangsa yang berusia 16 tahun dan kakaknya yang berusia 18 tahun gara-gara berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.[112]
November
[sunting | sunting sumber]- 1 November - Kuala Terengganu Bypass mula beroperasi.[113]
- 2 November - Pilihan raya umum Malaysia ke-15:
- Pendakwah bebas, Mohd. Kazim Elias menarik diri daripada bertanding di Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum (PRU15).[114]
- 7 November - Perkhidmatan LRT antara laluan stesen Kelana Jaya dan KLCC dilaporkan tergendala, menyebabkan ribuan pengguna terkandas di stesen masing-masing.[115]
- 14 November - LRT Laluan Kelana Jaya akan beroperasi sepenuhnya kepada pengguna mulai 6 pagi, iaitu dua hari lebih awal daripada yang dijadualkan.[116]
- 15 November - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 30 Januari 2023 untuk memutuskan sama ada bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy akan dibebaskan atau diperintah membela diri berhubung kes gangguan audit.[117][118]
- 19 November - Pilihan raya umum Malaysia ke-15 (PRU15) telah diadakan, menyaksikan parlimen yang tergantung di mana Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional memenangi hampir kerusi yang sama.[119]
- 24 November - Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 menggantikan Ismail Sabri Yaakob.[120]
- 29 November - Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im Mazlam berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol, melakukan amang seksual dan hubungan seks dengan objek pada 2021 dan 2022.[121]
Disember
[sunting | sunting sumber]- 2 Disember - Kabinet Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dibentuk.[122]
- 9 Disember - Bekas Ahli Parlimen UMNO Abdul Azeez Abdul Rahim dibebaskan daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah. Ini merupakan kes rasuah pertama digugurkan selepas Anwar bekerjasama dengan UMNO.[123]
- 12 Disember - Mohd Shafiq Abdullah telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.[124]
- 15 Disember - Satu kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor, mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang dan 15 lagi hilang.[125]
- 17 Disember - Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).[126]
- 25 Disember - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan sebuah restoran di Pandan Indah, Kuala Lumpur, ditutup 14 hari selepas tular video menunjukkan seekor tikus menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di premis berkenaan.[127]
- 29 Disember - Seorang tukang masak maut akibat letupan bungkusan diletak di atas keretanya di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam.[128]
Hari Kebangsaan
[sunting | sunting sumber]Tema utama
[sunting | sunting sumber]Keluarga Malaysia Teguh Bersama
Perarakan hari kebangsaan
Dataran merdeka
Hari malaysia
dataran memorial pengisytiharan melaka
Sukan
[sunting | sunting sumber]- 11–18 Oktober - Tour de Langkawi 2022
Kematian
[sunting | sunting sumber]Januari
[sunting | sunting sumber]- 5 Januari – Hamid Ramli, penjaga gol
- 10 Januari – M. Sani, penyanyi
- 12 Januari – Shebby Singh, bekas pemain Kuala Lumpur FA
- 26 Januari – Mohd Rafik Abdul Rahman (Pian Cecupak), pelawak dan pelakon
- 28 Januari – Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.[129]
Februari
[sunting | sunting sumber]- 12 Februari – Jit Murad, pelakon, pengarah, aktivis teater
Mac
[sunting | sunting sumber]- 28 Mac – Raja Izuddin Chulan Raja Zainal Azman Shah - Raja Kechil Bongsu Perak
- 31 Mac – Rudy Imran Shamsudin - wartawan, penulis lirik[130]
April
[sunting | sunting sumber]- 17 April - Osman Dol - penulis
- 21 April – Ali Hamsa, mantan Ketua Setiausaha Negara.[131]
- 22 April - Jamaludin Alias - pengulas sukan, penyanyi[132]
- 29 April – Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, bekas Menteri Pertahanan dan Menteri Luar Negeri.[133]
Mei
[sunting | sunting sumber]- 25 Mei - Muhammad Husni bin Idrus - pemain bola sepak selangor fc
- 31 Mei - Zaharah Nawawi - sasterawan
Jun
[sunting | sunting sumber]- 14 Jun - Arshad Ayub - tokoh pendidikan negara dan bapa pengasas Universiti Teknologi MARA
- 14 Jun - Sabree Salleh - bekas Presiden Persekutuan Taekwon-Do Global Malaysia
- 14 Jun - Hamid Gurkha - Pelakon dan pelawak
- 18 Jun - Adibah Noor - penyanyi, pelakon dan pengacara
Julai
[sunting | sunting sumber]- 9 Julai - Ahmad Lutfi Othman - bekas Pengarang Harakah
- 16 Julai - Sieh Kok Chi - tokoh sukan negara [134]
- 19 Julai - Zulkifly Ibrahim - Pengarah Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
- 20 Julai - Mohamad Kamil Abdul Majid - pendakwah
- 25 Julai - Mustapha Kamal Abu Bakar - tokoh korporat, pengasas Kumpulan EMKAY
- 29 Julai - Mohd Noor Kadir - penerbit drama Kuasatek Pictures
- 29 Julai - Zainon Hussein, adik Tun Abdul Razak Hussein, balu Hamzah Abu Samah
- 31 Julai - Abdul Khalid Ibrahim - mantan Menteri Besar Selangor
Ogos
[sunting | sunting sumber]- 3 Ogos - Ng Boon Bee - bekas juara Piala Thomas 1967
- 15 Ogos - Gan Boon Leong - bekas Mr Universe dan EXCO Melaka
- 16 Ogos - Tunku Khadijah - anak sulung Tunku Abdul Rahman
- 17 Ogos - Chen Man Hin - bekas Ahli Parlimen Seremban
- 18 Ogos - Zurina Kassim - isteri mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob
- 22 Ogos - Abdul Halim Abdul Rahman - bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan
September
[sunting | sunting sumber]- 14 September - Aman Shah - bekas pelakon dan penyanyi
- 15 September - Samy Vellu - bekas Menteri Kerja Raya Malaysia
- 18 September - Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin - bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
- 21 September - Mohd Adib Mohamad Adam - bekas Ketua Menteri Melaka
- 23 September - Bob Lokman - Pelakon dan penulis lirik terkenal
Oktober
[sunting | sunting sumber]- 12 Oktober - Hisham Ahmad Tajuddin - pelakon
- 20 Oktober - Samsuddin Yahya, bekas ADUN Sekong, Sabah
November
[sunting | sunting sumber]- 10 November - Syazlin Zainal - pelakon, model, pempengaruh media sosial
- 16 November - Karupaiya Mutusami - bekas Ahli Parlimen Padang Serai
- 24 November - Azhari Zain - pengarah, pelakon
- 25 November - Sidek Baba - tokoh akademik
- 28 November - Ir Nawawi Ahmad - bekas Ahli Parlimen Langkawi
Disember
[sunting | sunting sumber]- 1 Disember - Abdul Hamid Pawanteh - bekas Yang di-Pertua Dewan Negara ke-14
- 6 Disember - Abdul Aziz Yassin - bekas Ahli Parlimen Muar
- 10 Disember - Monte Zain - pegawai tentera
- 12 Disember - Teh Hong Piow - bekas pengasas Public Bank
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ahmad Fadhlullah Adnan (1 Januari 2022). "Luruan monsun dijangka berterusan hingga Selasa". Utusan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
- ^ Mohamad Faizal Hashim (2022-01-02). "Ayob Khan akhiri tugas di Johor, sempat titip pesanan kepada kontinjen negeri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2022-03-02.
- ^ Zolkepli, Farik (3 Januari 2022). "Ayob Khan officially takes over as Bukit Aman's top drug buster". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2022.
- ^ "#Showbiz: Molek FM to serve East Coast radio listeners". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 5 Januari 2022. Dicapai pada 6 Januari 2022.
- ^ Nor Fazlina Abdul Rahim (2022-01-09). "Kereta api tak berhenti, pelajar tidak pergi sekolah". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2022-03-02.
- ^ Mohd Roji Kawi (15 Januari 2022). "36 kes Omicron dikesan di Sarawak". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2 Mac 2022.
- ^ Lee, Seng Foo. "Malaysia No.1 men's singles shuttler Zii Jia to leave BAM". Stadium Astro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 January 2022.
- ^ "Badminton: Malaysia's top star Lee Zii Jia banned after quitting national team". The Straits Times. 21 January 2022. Dicapai pada 21 January 2022.
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/914456/dr-mahathir-dirawat-di-unit-rawatan-koronari-ijn
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/915659/5-kereta-rosak-akibat-tanah-mendap
- ^ Leong, Adeline. "[Watch] Tornado Rips Through Kedah Town, Leaves Behind A Dusty Mess". The Rakyat Post. Dicapai pada 28 January 2022.
- ^ https://www.thestar.com.my/business/business-news/2022/01/28/airasia-changes-name-to-capital-a-to-reflect-new-core-business-strategy
- ^ https://www.theedgemarkets.com/article/capital-not-only-aviation-also-investment-holding-company-aviation-logistics-lifestyle-and
- ^ "Ipoh, Perak". Twitter. Jabatan Netizen Malaysia. Dicapai pada 31 January 2022.
- ^ "'Mini tornado' in Ipoh leaves dozens of homes damaged". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-04. Dicapai pada 31 January 2022.
- ^ "Looks like yesterday, we had a tornado went through Ipoh, #Perak in #Malaysia. Many people have reported this likely tornado in the region. Roofs & many structures were blown around. It's unclear if anyone died from this as of now. #severewx". Twitter. Vortix. Dicapai pada 31 January 2022.
- ^ Berita 757 pertama kali bersiaran, 1 Februari 2022 jam 7:57 malam ini hanya di @awesometvmalaysia.
- ^ https://www.sinarharian.com.my/article/168576/BERITA/Nasional/1-Februari-2022-Jubli-Emas-Bandar-Raya-Kuala-Lumpur
- ^ https://www.utusan.com.my/terkini/2022/02/harga-runcit-petrol-ron97-rm3-21-seliter-naik-9-sen/
- ^ Razak, Radzi (11 February 2022). "Syed Saddiq: Muda to announce candidates, 'offerings' to Johor voters next week". Malay Mail. Dicapai pada 11 February 2022.
- ^ "Admendments to Federal Constitution come into force on Feb 11, says Wan Junaidi". The Star. 11 February 2022. Dicapai pada 12 February 2022.
- ^ https://www.utusan.com.my/berita/2022/02/pm-menghadap-sultan-brunei-bincang-pelbagai-isu-teroka-kerjasama-kedua-dua-negara/
- ^ "Sarawak Legislative Assembly passes Bill to re-name 'Chief Minister' as 'Premier'". The Star. 2022-02-15. Dicapai pada 2022-02-19.
- ^ "Meeting was to get Goldman jobs for Najib's children, star witness tells 1MDB jury in the US". The Star (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Nooryana says Leissner helped her get intern job at London firm, but was only PowerPoint, coffee girl". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-24.
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/927227/sprm-beku-aset-rohana-rozhan
- ^ Mohd Roji Kawi (Mac 1, 2022). "Gelaran 'Premier Sarawak' ganti Ketua Menteri, berkuat kuasa hari ini". BHarian. Dicapai pada 1 Mac 2022.
- ^ Astro Awani (Februari 15, 2022). "DUN Sarawak luluskan RUU gantikan Ketua Menteri kepada 'Premier'". Astro Awani. Dicapai pada Februari 16, 2022.
- ^ Kes SRC: Permohonan Najib tangguh rayuan berkaitan bukti baru ditolak
- ^ Mahkamah tolak permohonan Najib, Irwan supaya dilepaskan
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/931668/malaysia-masuk-fasa-peralihan-endemik-covid-19-bermula-1-april
- ^ https://www.sinarharian.com.my/article/191380/BERITA/Nasional/8-tahun-berlalu-Malaysia-teruskan-usaha-kesan-MH370
- ^ Zulkifli, Adie (2022-03-09). "Tun Mahathir not defending Langkawi seat in GE15". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-03-09.
- ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2022/03/10/4-disyaki-tertimbus-15-rumah-rosak-akibat-tanah-runtuh-di-taman-bukit-permai
- ^ Anand, Ram (2022-03-12). "Umno-led BN wins two-thirds majority in Johor polls". The Straits Times. Dicapai pada 2022-03-13.
- ^ Hammim, Rizalman (15 March 2022). "Onn Hafiz sworn in as new Johor MB". New Straits Times. Dicapai pada 15 March 2022.
- ^ FBI: Najib terima AS$756 juta dari dana 1MDB yang diseleweng
- ^ Rashid, Hidir Reduan Abdul (2022-03-16). "Apex court rejects Najib's bid to adduce fresh SRC evidence". Malaysiakini.
- ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/abdul-hadi-positif-covid-19-alami-gejala-ringan/
- ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/l-lim-kit-siang-umum-bersara-daripada-politik/
- ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/dua-lelaki-ditangkap-polis-selepas-berlagak-samseng-tahan-ambulans/
- ^ https://www.sinarharian.com.my/article/195608/BERITA/Semasa/Yasin-Sulaiman-berdepan-hukuman-gantung-sampai-mati
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/941807/52449-kanak-kanak-di-pahang-terima-vaksin
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/942285/alr-ambil-alih-konsesi-4-lebuh-raya
- ^ https://www.utusan.com.my/gaya/2022/04/siti-nurhaliza-gembira-hargai-nama-tersenarai-top-100-most-awarded-musicians-of-all-time/
- ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2022/04/basikal-lajak-ke-ting-dibenar-merayu-bebas-dengan-jaminan-rm10000/
- ^ Lim, Ida (2022-04-27). "Zahid sues Dr Mahathir for defamation, insists never met to discuss court case before latter became PM again". www.malaymail.com (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Zahid sues Dr M for defamation over lobbying claim". Malaysiakini. 2022-04-27.
- ^ "UMNO president Ahmad Zahid sues former Malaysia PM Mahathir for defamation". CNA (dalam bahasa Inggeris). 2022-04-27.
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/949044/bekas-pekerja-kilang-perwaja-steel-dibayar-pampasan
- ^ Rashid, Hidir Reduan Abdul (2022-04-26). "SRC case: Najib's full 94-ground petition of appeal". Malaysiakini.
- ^ "Five successful applicants for the digital bank licences". BNM. 29 April 2022. Dicapai pada 3 Mei 2022.
- ^ Seah, Eu Hen (29 April 2022). "BNM awards digital banking licences to Boost-RHB, GXS Bank-Kuok Brothers, YTL-SEA, AEON-MoneyLion, KAF Consortium". The Edge Malaysia. Dicapai pada 3 May 2022.
- ^ https://www.utusan.com.my/sukan/2022/04/jdt-lakar-sejarah-ke-peringkat-kalah-mati-acl/
- ^ https://www.utusan.com.my/sukan/2022/05/azizulhasni-semakin-pulih-selepas-jalani-pembedahan-jantung/
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/952469/hujan-lebat-sejak-awal-pagi-ini-melaka-tengah-mulai-banjir
- ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2022/05/839729/dhabitah-sumbang-emas-pertama-metrotv
- ^ Bernama (2022-05-09). "Apex Court sets 10 days in August for Najib's final SRC appeal". Malaysiakini.
- ^ "Apex court sets 10 days in August to hear Najib's final bid to set aside SRC conviction". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2022-05-09.
- ^ Achariam, Timothy; Palani, Tarani (2022-05-09). "Federal Court fixes Aug 15 to 26 for Najib's final appeal against SRC jail sentence and RM210m fine". The Edge Markets.
- ^ Bernama (2022-05-10). "Najib, son get leave to appeal RM1.7b tax bill". Malaysiakini.
- ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/zuraida-kamaruddin-letak-jawatan-menteri-umum-tinggalkan-bersatu-sertai-pbm-363202
- ^ Tong, Geraldine (2022-06-07). "Najib seeks to nullify SRC trial, cites judge's conflict of interest". Malaysiakini.
- ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/jagdeep-cedera-selepas-didakwa-diserang-seorang-lelaki-dipercayai-mabuk/
- ^ https://www.nst.com.my/business/2022/06/809138/mcmc-approves-digi-celcom-merger
- ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/samirah-dua-remaja-bebas-pertuduhan-bunuh-ceo-cradle-fund/
- ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/rahman-shaari-diumum-penerima-anugerah-sastera-negara-ke-15/
- ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/harga-runcit-petrol-ron97-rm4-84-seliter-naik-1-sen/
- ^ https://www.kosmo.com.my/2022/06/23/measat-3d-selamat-berlepas/
- ^ https://www.utusan.com.my/sukan/2022/06/zii-jia-tarik-diri-sukan-komanwel-2022/
- ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-hapus-subsidi-minyak-masak-tulen-berbotol-mulai-1-julai-367495
- ^ https://www.kosmo.com.my/2022/07/06/yasin-sulaiman-terlepas-pertuduhan-edar-hukuman-gantung-sampai-mati/
- ^ https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/07/rakyat-malaysia-jalani-hukuman-gantung-di-singapura/
- ^ Https://www.malaysiakini.com/news/627685
- ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/malaysia-julung-kali-dipilih-anggotai-jawatankuasa-unesco/
- ^ "Double celebrations as Tun M celebrates 97th birthday and Hari Raya Aidiladha". www.astroawani.com. 2022-07-10.
- ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2022/07/862049/5230-kes-baharu-covid-19-tertinggi-minggu-ini
- ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gangguan-bekalan-elektrik-besarbesaran-di-lembah-klang-beberapa-negeri-373145
- ^ "Malaysia Parliament passes anti-party hopping law: What does it mean?". www.straitstimes.com. 2022-07-28.
- ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/dollah-zainal-abidin-francissca-peter-siti-fairus-terima-anugerah-datuk/
- ^ "US congressional delegation led by Nancy Pelosi, arrives in Malaysia". The Strait Times. 2 August 2022. Dicapai pada 6 Ogos 2022.
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/984721/anak-lahir-di-luar-negara-oleh-wanita-malaysia-tidak-layak-dapat
- ^ https://www.kosmo.com.my/2022/08/05/188-kawasan-di-selangor-bakal-hadapi-gangguan-air/
- ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/09/188-kawasan-di-hulu-selangor-alami-gangguan-bekalan-air/
- ^ Lim, Justin (2022-08-09). "Apple jumps onto Malaysia's mobile payment bandwagon". The Edge Markets. Dicapai pada 2022-08-11.
- ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/covid-19-kes-positif-melebih-3000-kl-negeri-tertinggi/
- ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/877145/azalina-lepas-jawatan-penasihat-undang-undang-pm
- ^ "Dr Mahathir tests positive for Covid-19, admitted to hospital". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2022-08-31.
- ^ "Mahathir, 97, contracts Covid-19". Malaysiakini. 2022-08-31.
- ^ Lim, Ida (2022-08-31). "Dr Mahathir tests positive for Covid-19, admitted to IJN as precautionary measure". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Rosmah verdict: Ex-PM's wife sentenced to 10 years' jail, fined RM970mil". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-01.
- ^ Rashid, Hidir Reduan Abdul (2022-09-01). "Rosmah gets 10 years' jail, RM970m fine for corruption". Malaysiakini.
- ^ "Bung Moktar, wife ordered to enter defence on corruption charges involving Felcra's RM150mil investment". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-02.
- ^ Rashid, Hidir Reduan Abdul (2022-09-02). "Court orders Bung Moktar, wife to enter defence over RM2.8m bribe". Malaysiakini.
- ^ "Dr M discharged from IJN, back in home quarantine". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-04.
- ^ "Dr M gets discharged from IJN". Malaysiakini. 2022-09-04.
- ^ "Former Malaysia PM Mahathir, 97, discharged from hospital after COVID-19 treatment". CNA (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-04.
- ^ "Najib hospitalised, in stable condition". Malaysiakini. 2022-09-04.
- ^ Jamie (2022-09-04). "Imprisoned Former PM Najib Razak Admitted To Hospital Kuala Lumpur, In Stable Condition". worldofbuzz.com (dalam bahasa Inggeris).
- ^ https://www.utusan.com.my/nasional/mahkamah/2022/09/azeez-dibicara-bagi-3-tuduhan-rasuah-6-pengubahan-wang-haram/
- ^ "Prisons Dept: Najib not given house on prison grounds". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-07.
- ^ "Former PM Najib not given house during incarceration, says Malaysia prisons department". CNA (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-08.
- ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/zahid-hamidi-lepas-bebas/
- ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/40-pertuduhan-rasuah-sistem-visa-luar-negara-vln-datuk-seri-dr-ahmad-zahid-hamidi-dilepas-dan-dibebaskan/
- ^ https://www.utusan.com.my/covid-19/2022/09/covid-19-kes-positif-terus-menurun-lembah-klang-catat-890-kes/
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1006331/ejen-kosmetik-mangsa-culik-diselamatkan-di-thailand
- ^ Jefri, Najiy (4 Oktober 2022). "'Tindakan Zul Ariffin matang dan bertanggungjawab' - Gayatri". Metro Online. Dicapai pada 4 Oktober 2022.
- ^ Nadia, Alena (2022-10-11). "97-year-old Mahathir to defend Langkawi seat in GE15". Malaysiakini.
- ^ "GE15: Dr M will defend Langkawi seat". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2022-10-11.
- ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/892400/kuis-dinaik-taraf-menjadi-universiti-islam-antarabangsa-selangor
- ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2022/10/891898/aliff-syukri-didakwa-buat-video-sumbang-metrotv
- ^ https://www.buzzkini.com/news/2022/10/20/gara-gara-berebut-tempat-duduk-kakak-baling-pisau-pada-adik-sehingga-maut/
- ^ https://www.kosmo.com.my/2022/11/01/kuala-terengganu-bypass-mula-beroperasi-hari-ini/
- ^ https://www.kosmo.com.my/2022/11/02/pru15-ustaz-kazim-tarik-diri-jadi-calon-bn/
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1022838/stesen-lrt-kelana-jaya-hingga-ampang-park-ditutup
- ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/903328/lrt-laluan-kelana-jaya-beroperasi-semula-esok
- ^ "Decision on Najib, Arul Kanda's 1MDB audit report tampering case on Jan 30". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2022-11-15.
- ^ "Jan 30 decision on Najib, Arul Kanda's 1MDB audit report case". MalaysiaNow (dalam bahasa Inggeris). 2022-11-15.
- ^ Ahmad, Mohamad Rasdan (4 October 2022). "Sah PRU Tahun ini". Kosmo!. Dicapai pada 4 October 2022.
- ^ "Anwar Ibrahim appointed as Malaysia's 10th Prime Minister". Bernama. 24 November 2022. Dicapai pada 24 November 2022.
- ^ https://www.kosmo.com.my/2022/11/29/penceramah-bebas-punyai-tiga-isteri-berdepan-penjara-190-tahun/
- ^ "Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan". Berita Harian. 2022-12-02. Dicapai pada 2022-12-02.
- ^ Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1038765/perkhidmatan-mohd-shafiq-sebagai-kppa-ditamatkan
- ^ "Malaysia campsite landslide kills 18, including children, as they sleep". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2022-12-15. Dicapai pada 2022-12-16.
- ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2022/12/tun-m-letak-jawatan-pengerusi-pejuang/
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1044035/video-tular-tikus-jamah-ayam-goreng-restoran-diarah-tutup
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1045714/bungkusan-di-atas-kereta-meletup-tukang-masak-maut
- ^ "Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin meninggal dunia". BERNAMA. 29 Januari 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
- ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2022/03/826964/bekas-wartawan-harian-metro-dan-penulis-lirik-rudy-imran-shamsudin-meninggal
- ^ "Ex-chief secretary to the government Ali Hamsa passes away" (dalam bahasa Inggeris). The Star. 21 April 2022. Dicapai pada 21 April 2022.
- ^ https://www.sinarharian.com.my/article/199221/berita/nasional/pelantun-lagu-perajurit-tanah-air-jamaludin-alias-meninggal-dunia
- ^ "Tengku Ahmad Rithauddeen dies at 94". The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). 30 April 2022. Dicapai pada 30 April 2022.
- ^ "Bekas Setiausaha Agung MOM Datuk Sieh Kok Chi meninggal dunia". Stadium Astro. Dicapai pada 20 Julai 2022.