2010 di Malaysia
Penampilan
| |||||
Dekad: | |||||
---|---|---|---|---|---|
Lihat juga: |
2010 di Malaysia merupakan ulang tahun ke-53 kemerdekaan Malaysia.
Perjawatan
[sunting | sunting sumber]Peringkat persekutuan
[sunting | sunting sumber]- Yang di-Pertuan Agong: Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu
- Raja Permaisuri Agong: Sultanah Nur Zahirah dari Terengganu
- Perdana Menteri: Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak
- Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Peringkat negeri
[sunting | sunting sumber]- Sultan Johor:
- Sultan Iskandar (hingga 22 Januari)
- Sultan Ibrahim (dari 23 Januari)
- Menteri Besar Johor: Datuk Seri Abdul Ghani Othman
- Sultan Kedah: Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Timbalan Yang di-Pertuan Agong)
- Menteri Besar Kedah: Datuk Seri Azizan Abdul Razak
- Sultan Kelantan:
- Sultan Ismail Petra (hingga 13 September)
- Sultan Muhammad V (dari 13 September)
- Menteri Besar Kelantan: Nik Aziz Nik Mat
- Sultan Terengganu: Tengku Muhammad Ismail (Pemangku)
- Menteri Besar Terengganu: Datuk Seri Ahmad Said
- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan: Tuanku Muhriz
- Menteri Besar Negeri Sembilan: Datuk Seri Mohammad Hasan
- Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Pulau Pinang: Tun Abdul Rahman Abbas
- Ketua Menteri Pulau Pinang: Lim Guan Eng
- Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Melaka: Tun Mohd Khalil Yaakob
- Ketua Menteri Melaka: Datuk Seri Mohd Ali Rustam
- Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Sarawak: Tun Abang Muhammad Salahuddin
- Ketua Menteri Sarawak: Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud
- Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Sabah: Tun Ahmad Shah Abdullah (hingga 31 Disember)
- Ketua Menteri Sabah: Datuk Seri Musa Aman
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Januari
[sunting | sunting sumber]- 1 Januari – Hang Tuah Jaya dirasmikan sebagai pusat pentadbiran baru bagi kerajaan negeri Melaka.[1]
- 4 Januari – Datuk Abu Kassim Mohammad mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
- 8 Januari – Tiga gereja di sekitar Lembah Klang telah dibakar menyusuli peristiwa penggunaan kalimah "Allah" sebagai Tuhan dalam penerbitan mingguan The Herald yang dibawa ke mahkamah.[2][3][4]
- 10 Januari – Sebuah gereja dan pondok kawalan keselamatan di Taiping, Perak dilempar dengan bom api. Tiada kerosakan terhadap gereja All Saints di Jalan Taming Sari, tetapi pondok kawalan keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Taiping mengalami kerosakan kecil.
- 10 Januari – "Pergi" nyanyian Aizat Amdan menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-24.
- 17 Januari – Seorang guru dan pelajar dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Chung Ling mati lemas manakala empat yang lain hilang dalam tragedi kemalangan bot naga di Pulau Pinang.[5][6][7]
- 18 Januari – Pelancaran MyID sebagai rujukan dalam mana-mana urusniaga elektronik dengan agensi-agensi kerajaan Malaysia.[8]
- 20 Januari – Polis menahan lapan orang yang disyaki terlibat dalam serangan kemusnahan terhadap gereja dengan bom api di Lembah Klang.
- 20 Januari – Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja ke India untuk bersemuka dengan Perdana Menteri India, Manmohan Singh.
- 21 Januari – Serangan bakar terhadap sebuah surau di Kampung Sabak Aur dan Kampung Parit Beting di Muar, Johor.
- 22 Januari – Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, Yang di-Pertuan Agong kelapan (1984–1989), mangkat pada usia 77 tahun.[9] Keesokkan harinya, baginda disemadikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.[10] Putera baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail ditabalkan sebagai Sultan Johor Moden yang ke-5.[11]
- 24 Januari – Sebuah pesawat ringan terhempas di rimba berhampiran Kampung Sungai Ladong, Simunjan, di Samarahan, Sarawak. Juruterbangnya terkorban manakala seorang pakar bedah yang turut berada dalam pesawat mengalami kecederaan.
- 28 Januari – Program Transformasi Kerajaan (PTK/GTP) dilancarkan.[12][13]
- 29 Januari – Jawatankuasa Disiplin PAS menggantung semua jawatan yang dipangku oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad.
Februari
[sunting | sunting sumber]- 2 Februari – Versi ICAO bagi pasport Malaysia dilancarkan.
- 2 Februari – Pembicaran kes liwat Anwar Ibrahim bermula buat kali kedua sejak 1998.[14][15][16][17]
- 9 Februari – Mahkamah Persekutuan mengumumkan yang Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir merupakan Menteri Besar Perak yang sah.[18][19]
- 12 Februari – MP Bayan Baru Zahrain Mohamed Hashim keluar daripada parti Parti Keadilan Rakyat (PKR).[20]
- 20 Februari – Kereta api funikular Bukit Bendera membuat perjalanan terakhirnya selepas 87 tahun dan akan digantikan dengan sistem yang lebih canggih bernilai RM63 juta, yang dijangka siap dalam tempoh tujuh bulan.[21][22][23]
- 23 Februari – Sebahagian besar tokon Ho Ann Kiong, di Chinatown Kuala Terengganu, Terengganu telah musnah dalam sebuah kebakaran. Hampir 60% bangunan tersebut musnah dalam kebakaran pukul 9.30 malam Isnin itu. Tiada sebarang kematian dilaporkan.
- 23 Februari – Seorang kaki tangan konsul Malaysia telah ditikam sehingga mati dalam satu "serangan ganas" di luar rumahnya dalam satu kejadian amuk di Sydney, Australia.
- 27 Februari – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun Syafia Humairah Sahari telah dibunuh selepas dicabul.[24]
Mac
[sunting | sunting sumber]- 2 Mac – MP Nibong Tebal Tan Tee Beng keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).[25]
- 8 Mac – Mahkamah Persekutuan Malaysia memutuskan bahawa pemecatan Anwar Ibrahim di tahun 1998 sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menteri kewangan sebagai sah.
- 8 Mac – Putera Mahkota Haakon Magnus dan Puteri Mahkota Mette-Merit dari Norway datang melawat Malaysia.
- 9 Mac – Tiga beradik rentung dalam sebuah kebakaran yang melibatkan rumah kayu dua tingkat mereka serta empat lagi rumah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
- 10 Mac – Seorang guru, tiga kanak-kanak cedera dalam satu serangan di sebuah tadika di Muar, Johor.
- 14 Mac – Pemain badminton no.1 Dunia Malaysia, Lee Chong Wei memenangi Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England.[26]
- 25 Mac – Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbunuh selepas pesawat Pilatus PC-7 MK2nya terhempas ke sebuah hutan simpan di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.
- 28 Mac – Bekas timbalan presiden MCA Chua Soi Lek telah dilantik menjadi presiden baru selepas mengalahkan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting.[27][28]
- 30 Mac – Dasar Ekonomi Baru (DEB) Malaysia didedahkan.
- 30 Mac – Datuk Siti Nurhaliza melancarkan jenama kosmetik beliau, SimplySiti.[29][30][31]
April
[sunting | sunting sumber]- 3 April – Hari ulang tahun pelantikan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.
- 12 April – Najib Tun Razak bertemu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama buat pertama kalinya semasa Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington DC.
- 15 April – Bakar Arang, ADUN Kedah Tan Wei Shu keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
- 17 April – Achik Spin, penyanyi kumpulan Spin meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya Kajang–Seremban berhampiran Pajam, Negeri Sembilan.[32][33]
- 18 April – Najib Tun Razak melawat Jepun dan bertemu dengan Perdana Menteri Jepun Yukio Hatoyama.
- 19 April – bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Halili Rahmat keluar daripada parti tersebut dan menyertai UMNO.[34][35]
- 20 April – Pemimpin wanita PKR Perak Roshanita Mohd Basir dan Soraya Sulaiman keluar parti tersebut dan menyertai UMNO.
- 20 April – Sarawak National Party (SNAP) secara rasminya menjadi ahli Pakatan Rakyat.
- 22 April – Ketua pemuda PKR Kelantan Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad dan setiausaha Ezri Zainal Abidin keluar parti tersebut dan menyertai UMNO.
- 25 April – Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010, calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undian mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zaid Ibrahim.[36][37][38][39]
- 26 April – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun Aminulrasyid Amzah ditembak mati semasa mengundurkan keretanya dalam cubaan melanggar sekumpulan polis di Shah Alam, Selangor.[40][41][42][43]
Mei
[sunting | sunting sumber]- 9 Mei – Najib Tun Razak melawat Kemboja dan bertemu dengan perdana menterinya, Hun Sen.
- 13 Mei – Najib Tun Razak mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan pesat sebanyak 10.1% bagi suku pertama 2010, pertumbuhan suku pertama tertinggi di Malaysia semenjak tahun 2000.
- 16 Mei – Pilihan raya kecil Sibu 2010, calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Wong Ho Leng memenangi pilihan raya kecil ini dengan majoriti 398 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Robert Lau Hui Yew.[44][45][46]
- 19 Mei – Penjaga istana Kelantan, Ramli Mohamad, yang telah ditembak oleh penyerang yang tidak diketahui pada 1 Mei, meninggal dunia di hospital selepas 19 hari.[47][48][49]
- 24 Mei – Malaysia bersetuju untuk memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar ke Woodlands Train Checkpoint mulai 1 Julai 2011.
- 25 Mei – Sebuah kapal tangki Malaysia bertembung dengan sebuah pengangkut pukal di Selat Singapura, lantas menghasilkan tumpahan minyak yang dianggarkan sebanyak 2,000 tan.[50][51][52]
Jun
[sunting | sunting sumber]- 2 Jun – Kesemua 12 warga Malaysia yang menaiki kapal Turki Mavi Marvara selamat berikutan serangan armada oleh Tentera Laut Israel yang membawa aktivis ke Semenanjung Gaza pada 1 Jun, membunuh sekurang-kurangnya sepuluh orang.[53][54][55]
- 3 Jun – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ditubuhkan.[56]
- 5 Jun – Kesemua enam rakyat Malaysia yang menaiki kapal Kemboja Rachel Corrie selamat.[57]
- 6 Jun – Kesemua enam rakyat Malaysia yang menaiki kapal Kemboja Rachel Corrie pulang.[58]
- 10 Jun – Rancangan Malaysia Kesepuluh dibentangkan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak.
- 15 Jun – Malim Nawar, ADUN Perak Keshvinder Singh keluar daripada parti DAP.
- 20 Jun – Dinding Penjara Pudu berusia 115 tahun antara Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur dirobohkan untuk memberi ruang kepada projek melebarkan jalan, termasuk pembinaan laluan bawah tanah di simpang Jalan Pudu-Hang Tuah.[59][60]
- 22 Jun – Sebuah bot Indonesia karam di Selat Melaka berhampiran Port Dickson, Negeri Sembilan mengakibatkan dua kematian dan tujuh lagi hilang.[61]
- 26 Jun – Sebuah helikopter jenis Sikorsky milik syarikat pembalakan terhempas ke kawasan hutan berhampiran Long Pelutan, Baram, Sarawak, membunuh juruterbang berbangsa Amerika.
Julai
[sunting | sunting sumber]- 2 Julai – Kapal selam kedua KD Tun Abdul Razak tiba di Pangkalan Tentera Laut Lumut, Perak.[62]
- 9 Julai – Kereta-kereta Proton menyambut hari ulang tahunnya yang ke-25. Pelancaran kereta prototaip Proton Emas.[63][64][65]
- 12 Julai – Pendaki Gunung Everest, N. Mohanadas dan M. Magendran dikurniakan darjah kebesaran Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Dato' sempena ulang tahun ke-72 keputeraan Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.[66]
- 16 Julai – Kerajaan pusat mengumumkan pengurangan subsidi terhadap bahan bakar, terutamanya petrol, diesel dan gas petroleum cair (LPG), begitu juga dengan gula. Subsidi bagi RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak lima sen seliter dan LPG sebanyak 10 sen sekilogram.
- 26 Julai – Kenderaan berat akan dilarang menggunakan laluan tertentu PLUS Expressways di Lembah Klang pada waktu puncak di waktu pagi untuk mengurangkan kesesakan bermula 2 Ogos. Laluan yang terlibat termasuklah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) antara Shah Alam dengan Jalan Duta, Lebuh Raya Utara-Selatan Laluan Utara antara Sungai Buloh dengan Bukit Lanjan dan Lebuh Raya Pesekutuan Laluan 2 antara Subang dengan Sungai Rasau.
- 28 Julai – bunga raya menyambut jubli emas ke-50nya.
- 29 Julai – Bekas Menteri Pengangkutan Ling Liong Sik didakwa membuat penipuan dalam skandal berbilion dolar Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) tetapi mengaku tidak bersalah.[67][68][69]
- 31 Julai – Hari Pahlawan disambut buat pertama kalinya di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.[70][71]
Ogos
[sunting | sunting sumber]- 3 Ogos – Bekas DUN Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan setiausaha peribadinya Siti Rohana Ismat, ditemui mati ditembak dalam sebuah kereta di Lebuhraya Utara Selatan Laluan Utara dekat Sungai Buloh.[72][73]
- 12 Ogos – Laluan ekspres perkhidmatan kereta api elektrik Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban (ETS) memulakan operasinya.[74]
- 12 Ogos – Kelantan melancarkan dinar emas Islam dan dirham perak dikenali sebagai dinar Kelantan sebagai matawang alternatif.[75]
- 13 Ogos – Dua orang terbunuh dan dua lagi cedera parah dalam sebuah ribut aneh di bazar Ramadan di Jasin, Melaka.[76]
- 14 Ogos – Seorang lelaki amuk lantas membunuh isterinya di rumah mereka di Langkap dekat Teluk Intan, Perak.
- 16 Ogos – Timbalan Ketua RELA Pasir Mas, Harun Abdullah, yang dilaporkan hilang pada Jumaat 13 Ogos, ditemui mati berdekatan sebuah landasan kereta api di Tumpat, Kelantan.
- 17 Ogos – Empat sekeluarga telah terbunuh apabila kereta mereka merempuh sebuah van di Km 22 Jalan Seremban-Simpang Pertang di Bukit Tangga dekat Kuala Klawang di Jelebu, Negeri Sembilan.
- 18 Ogos – Ahli patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand hari ini kekal dengan kenyataan bahawa pembantu politik Teoh Beng Hock bukan membunuh diri.
- 22 Ogos – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun terbunuh dan dua orang lelaki cedera dalam sebuah letupan di sebuah rumah yang digunakan untuk menyimpan mercun dan bunga api di Kampung Seberang Baroh di Cabang Tiga dekat Kuala Terengganu, Terengganu.
- 23 Ogos – Vandal menyimbah cat merah ke sebuah surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, Negeri Sembilan dan meninggalkan sebiji botol bir pecah di situ dalam sebuah serangan pertama yang ditahu ke atas tempat ibadat selepas rentetan insiden yang sama lapan bulan lepas.[77][78][79][80]
- 30 Ogos – Upacara pecah tanah bagi Terminal penerbangan tambang murah (LCCT) dikenali sebagai KLIA 2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.[81]
September
[sunting | sunting sumber]- 1 September – Tan Sri Ismail Omar akan menggantikan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara pada 13 September.[82][83]
- 1 September – Sultan Sharafuddin Idris Shah, sultan Selangor telah menggantung gelaran datuk bagi Tun Dr Ling Liong Sik dan O.C. Phang berikutan dakwaan jenayah difailkan keatas mereka berkenaan isu Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).
- 6 September – Seorang jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi; pemandunya, Kamaruddin Shamsudin; pegawai bank CIMB Kampong Baru, Noorhisham Mohammad; dan peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abdul Karim telah dilaporkan hilang sejak 30 Ogos.[84]
- 11 September – Sebuah kabel berkuasa 132kV terbakar di Jambatan Pulau Pinang, mengakibatkan kesesakan lalu-lintas teruk pada kedua belah hujung jambatan tersebut.
- 12 September – Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, pegawai bank CIMB Kampong Baru Noorhisham Mohammad dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim telah dibunuh, dibakar dan abu mereka dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, di Tanjung Sepat dekat Banting, Selangor.
- 13 September – Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra telah dinobatkan sebagai Sultan Kelantan yang baharu dengan gelaran Sultan Muhammad V.[85][86][87]
- 14 September – Jambatan Pulau Pinang meraikan ulang tahun yang ke-25.[88]
- 16 September – Cuti umum Hari Malaysia yang pertama.
- 16 September – Tiga anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat tercedera selepas helikopter yang mereka naiki terhempas di sebuah ladang getah di Bukit Lada, FELCRA Kuala Kaung, dekat Lanchang, Pahang.
- 19 September – Rakan Datuk Sosilawati Lawiya dan pengasas Kosmetik Aveer, Sarina Jaafar, ditemui tergantung di dalam bilik tidur utama di rumahnya di Taman Pauh Jaya dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang.[89][90]
- 20 September – Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menukar tanah negara kota Singapura sebagai sebahagian daripada Perjanjian Malaysia–Singapura 1990.
Oktober
[sunting | sunting sumber]- 6 Oktober – Seekor monyet membunuh seorang bayi perempuan berusia empat hari yang sedang tidur di ruang tamu rumah keluarganya di Seremban, Negeri Sembilan.[91][92][93]
- 7 Oktober – Enam orang nelayan hilang dan 11 telah terselamat apabila sebuah kapal dagang menghentam bot mereka di Selat Melaka, lebih kuran 10 batu nautika (19 km) persisir Sabak Bernam, Selangor.
- 9 Oktober – Bermula pada tahun 2016, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk pelajar Tingkatan Tiga akan digantikan dengan penilaian peringkat sekolah yang akan dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
- 9 Oktober – Ahli parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah mati dalam sebuah kemalangan motorsikal di Kota Kinabalu, Sabah.[94][95]
- 10 Oktober – Angkasawan Malaysia yang pertama, Sheikh Muszaphar Shukor mengahwini Dr. Halina Mohd Yunos.[96]
- 10 Oktober – 12 orang terbunuh manakala 50 lagi cedera dalam sebuah kemalangan lebuh raya yang melibatkan dua buah bas, tiga buah kereta dan sebuah van di Km 223, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Simpang Ampat, Melaka.
- 15 Oktober – Parlimen Malaysia menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50.
- 15 Oktober – Projek mercu tanda bernial RM5 bilion, Warisan Merdeka, termasuk sebuah menara 100 tingkat di Kuala Lumpur diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2011.[97]
- 16 Oktober – Bermula tahun 2011, semua murid Tahun Satu akan mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia, lebih awal berbanding sasaran pada 2012. Buku-buku teks mereka juga akan berbahasa Malaysia.
- 18 Oktober – Enam orang terbunuh dan sehingga tujuh orang dikhuatiri hilang selepas sebuah feri bertembung dengan sebuah kapal tunda di Sungai Anap, Sarawak.
- 20 Oktober – Melaka menjadi negeri maju di Malaysia.[98]
- 25 Oktober – Sembilah perjanjian bernilai sekurang-kurangnya RM 30 bilion telah ditandatangani antara Kerajaan dan sektor swasta, menggalakkan RM 1.3 trilion Program Transformasi Ekonomi (PTE).
- 27 Oktober – Perdana Menteri India, Manmohan Singh melawat Malaysia dan merasmikan pelancaran Little India di Brickfields, Kuala Lumpur.
- 29 Oktober – Tujuh orang terbunuh manakala 20 cedera apabila bas yang dinaiki mereka kemalangan di jalan susur Lebuh raya Genting Sempah-Genting Highlands Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dekat Genting Sempah.
November
[sunting | sunting sumber]- 1 November – Perdana Menteri Australia, Julia Gillard melawat Malaysia dan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
- 1 November – Beberapa kawasan di utara Semenanjung Malaysia dilanda banjir. Lebih kurang 50,000 penduduk terpaksa dipindahkan dan sekurang-kurangnya empat orang maut.[99][100][101]
- 2 November – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton membuat lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.
- 4 November – Pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi. Barisan Nasional (BN) menang kedua-duanya.[102][103][104]
- 7 November – Enam belas orang, salah satunya kanak-kanak berumur empat tahun, terselamat selepas terapung selama 18 jam di atas laut akibat bot mereka karam di pesisir Pulau Tenggol di Dungun, Terengganu.
- 8 November – Lapan pekerja tercedera dalam kejadian letupan kilang pembuat rim motorsikal di Perai, Pulau Pinang.
- 10 November – Pelancaran sedan baru Proton, Proton Inspira, yang berasaskan Mitsubishi Lancer Evo.[105][106]
- 24 November – Presiden Laos, Choummaly Sayasone membuat lawatan tiga hari ke Malaysia.
- 29 November – Lanun Somalia merampas sebuah kapal berbendera Malaysia dengan 23 anak kapal di Lautan India.
Disember
[sunting | sunting sumber]- 1 Disember – Hujan lebat menyebabkan banjir kilat di pelbagai tempat Lembah Klang. Sesetengah pengguna mengadu keadaan trafik sesak teruk di Persimpangan Bertingkat Subang bagi Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada waktu petang.
- 5 Disember – Piagam Barisan Nasional (BN) dibentangkan semasa konvensyen BN.
- 5 Disember – Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah beberapa 5,000 pembantah diketuai pembangkang yang cuba menghantar sekeping memorandum berkenaan isu air Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong di Kuala Lumpur.[107][108][109]
- 6 Disember – Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo didakwa atas penipuan hartanah membabitkan dua bidang tanah dan sebuah rumah di Shah Alam bernilai jutaan ringgit.
- 6 Disember – Saluran televisyen Islam pertama Malaysia, TV Al-Hijrah, dilancarkan.[110][111]
- 9 Disember – Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak mengadakan lawatan dua hari ke Malaysia bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua negara.
- 16 Disember – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim digantung selama enam bulan dari Dewan Rakyat berikutan kenyataannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.
- 18 Disember – Seorang perempuan 14 tahun, Siti Mazni Abdul Rahman ditemui mati dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah, Johor.
- 18 Disember – Lintasan MRT Sungai Buloh-Kajang, sebahagian daripada projek MRT Greater KL dibentangkan. Pembinaan akan bermula pada Julai 2011.
- 20 Disember – 27 orang, kebanyakkannya pelancong Thai terbunuh apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terhempas di Lebuhraya Timur-Barat Kedua berhampiran sempadan Perak-Pahang di Cameron Highlands, Pahang.
- 23 Disember – Kerajaan Negeri Selangor melarang iklan pada pada papan iklan yang mengandungi logo '1Malaysia'.[112]
- 29 Disember – Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki 2010 buat pertama kalinya dalam 14 tahun setelah mengalahkan Indonesia 4-2 dalam perlawanan akhir. Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak mengisytiharkan cuti awam kebangsaan pada 31 Disember.
Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
[sunting | sunting sumber]1Malaysia; Menjana Transformasi
Perarakan Hari Kebangsaan
[sunting | sunting sumber]Sambutan Hari Malaysia
[sunting | sunting sumber]Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah
Sukan
[sunting | sunting sumber]- 1–7 Mac – Le Tour de Langkawi 2010
- 9–16 Mei – Piala Thomas & Uber 2010, Kuala Lumpur
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 26 Januari - Duerra Mitilda - pelakon, penyanyi
- 24 Februari - Ahmad Emir Aqeel Ahmad Azan - pelakon
- 7 Mac - Syed Irfan - pelakon
- 12 Mei - Nik Adam Mika - pelakon
- 20 Mei - Muhammad Haikal Shahputra Irwan - pelakon
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1 Januari - Tan Sri Mohamed Rahmat – bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung UMNO
- 2 Januari - Augustine Paul – Hakim Mahkamah Persekutuan
- 9 Januari - Tun (Dr) Hajah Fatimah Hashim – Menteri wanita pertama dan Menteri Kebajikan
- 22 Januari - Sultan Iskandar Johor dan Yang di-Pertuan Agong kelapan (1984–1989) (lahir 1932)
- 23 Januari - Robert Lam – bekas pemberita
- 24 Januari - Tun Ghazali Shafie – bekas Menteri Dalam Negeri
- 27 Januari - Lyana Sulaiman - pelakon
- 22 Mac - Yanie Mentor – penyanyi, pelakon, bekas peserta rancangan Mentor siaran TV3
- 23 Mac - Tan Sri Dr Sulaiman Daud – bekas Menteri Pertanian
- 25 Mac - Zainal Abidin Ahmad (ahli politik) – ahli parlimen Hulu Selangor (PKR)
- 2 April - Din Beramboi (nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri) – pelakon, pelawak dan DJ Era FM
- 4 April - Tham Yong – Saksi terakhir Pembunuhan Batang Kali
- 9 April - Datuk Robert Lau Hoi Chew – Bekas Menteri Pengangkutan dan ahli parlimen Bandar Sibu (BN)
- 17 April - Achik Spin – penyanyi kumpulan Spin
- 13 Mei - Ashaari Muhammad – Pengasas dan ketua kumpulan Al-Arqam
- 31 Mei - Rahim Jantan – penyanyi
- 1 Julai - Tun Omar Ong Yoke Lin – Pejuang kemerdekaan dan bekas Yang Dipertua Dewan Negara
- 2 Julai - Toh Puan Norashikin Mohd Seth – Janda kepada Tun Dr Ismail Abdul Rahman, bekas Timbalan Perdana Menteri (1970–1973)
- 3 Ogos - Datuk Abdul Aziz Mohd Noh – Bekas ADUN Permatang, Selangor
- 9 Ogos - Mariam Baharum - pelakon
- 28 Ogos - Isa Bakar – pemain bola sepak
- 5 September - Yusof Chong (nama sebenar Yusop Mat Said) – Pelawak veteran
- 12 September - Datuk Sosilawati Lawiya – Jutawan kosmetik
- 17 September - M. Rajoli – Pelakon veteran
- 19 September - Sarina Jaafar – Jutawan kosmetik
- 27 September - Che Hashim Sulaima – ADUN Galas, Kelantan
- 9 Oktober - Datuk Edmund Chong Ket Wah – Ahli parlimen BN Batu Sapi
- 8 November - Daud Ibrahim – Bekas pelumba basikal negara
- 11 November - Mohd Shamrin Abd Samad – penyanyi, vokalis kumpulan Fotograf
- 24 November - Tun Dr Lim Chong Eu – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang kedua (1969–1990)
- 8 Disember - Fan Yew Teng – bekas ahli parlimen DAP, ahli politik, aktivis sosial dan penulis
- 16 Disember - Datuk Sulaiman Taha – ADUN Tenang, Johor
- 23 Disember - Jeneral Tun Ibrahim Dato' Ismail – Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia (1970-1977)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2010/01/02/malacca-ushers-in-2010-with-new-hang-tuah-jaya-municipality/
- ^ "Catholic paper faces new challenge from Malaysian authorities". AFP. 12 August 2008. Dicapai pada 12 August 2008.
- ^ "Catholic Church may sue over ministry 'lie'". Malaysia Today. 11 January 2009. Dicapai pada 11 January 2009.
- ^ "Catholic newsletter warned to stay off politics". TheStar. 13 August 2008. Dicapai pada 13 August 2008.
- ^ Cina ringkas: 中国 "光华电子新闻 | 降半旗示哀 钟灵最痛一天". Kwongwah.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2010. Dicapai pada 18 August 2010.
- ^ "Dad donates RM2,000 to fulfil son's wish". Thestar.com.my. 20 January 2010. Dicapai pada 18 August 2010.
- ^ "Dragon boat tragedy: Tears and more tears from family, teachers and friends". Thestar.com.my. 20 January 2010. Dicapai pada 18 August 2010.
- ^ "MyID - One Number For All Transactions". Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2011. Dicapai pada 28 Disember 2010.
- ^ "Sultan of Johor passes away (Updated)". The Star (Malaysia). 23 Januari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Januari 2010. Dicapai pada 22 Januari 2010.
- ^ "Sultan Iskandar laid to rest (Update)". The Star (Malaysia). 23 Januari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2010. Dicapai pada 23 Januari 2010.
- ^ Tengku Ibrahim Proclaimed As The Sultan Of Johor Bernama
- ^ Prime Minister Office. "GTP". Prime Minister Office of Malaysia. Dicapai pada 14 December 2011.
- ^ Najib Razak, Najib Razak. "1Malaysia Booklet". 1Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Disember 2011. Dicapai pada 1 Disember 2011.
- ^ "Anwar Ibrahim sodomy trial finally begins in Malaysia". BBC. 3 February 2010. Dicapai pada 15 June 2010.
- ^ Gooch, Liz (2 August 2010). "Affair Claim Could Disrupt Sodomy Trial". The New York Times. Dicapai pada 15 September 2010.
- ^ Chelvi, S. Tamarai (22 Nov 2010). "Anwar fails to obtain clinical notes". The Sun. Kuala Lumpur. Dicapai pada 24 March 2011.
- ^ "Anwar's sodomy trial: Karpal's request for clinical reports denied". Malay Mail Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 June 2011. Dicapai pada 24 March 2011.
- ^ Zahiid, Syed Jaymal (13 May 2009). "Zambry resumes duty, but as what?". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-14. Dicapai pada 13 May 2009.
- ^ Sin Chew (22 May 2009). "Zambry rightful menteri besar, rules appeal court". Sin Chew Daily. Sin Chew Daily. Dicapai pada 22 May 2009.
- ^ "DAP: Zahrain behaving like 'little Umno leader'". The Star (Malaysia). Dicapai pada 1 January 2010.
- ^ "A new chapter begins". allmalaysia.info. Diarkibkan daripada yang asal pada February 12, 2013. Dicapai pada February 22, 2010.
- ^ "New hill railway coaches ready for the ride". allmalaysia.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2011. Dicapai pada August 20, 2010.
- ^ "All set to soar uphill Handover of refurbished funicular train today". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-17. Dicapai pada March 19, 2011.
- ^ http://pakdin.my/kes-bunuh-syafiah-humaira-sahari/
- ^ "MP Nibong Tebal keluar PKR, jadi bebas". Malaysiakini. 1 March 2010. Dicapai pada 7 April 2017.
- ^ "World No.1 Lee clinches men's title at All England". China Daily. 15 March 2010. Dicapai pada 17 June 2010.
- ^ "Chua's the No.1". New Straits Times/asiaone. 29 March 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 19 June 2010.
- ^ "Dr Chua Soi Lek Pulls Off double Impossible". Bernama. March 28, 2010.
- ^ Shazryn Mohd. Faizal (9 April 2010). "SimplySiti bukti kesungguhan Siti". Utusan Malaysia Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-30. Dicapai pada 2010-10-31.
- ^ Shazryn Mohd. Faizal (31 Mac 2010). "Siti bergelar ahli perniagaan". Utusan Malaysia Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-30. Dicapai pada 2010-10-31.
- ^ Kemalia Othman (29 Disember 2010). "SOROTAN 2010 : Pergi Tinggalkan Nama, Jasa Tidak Dilupa". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 22 Februari 2014.
- ^ "Achik Spin maut kemalangan di Lebuh Raya Lekas". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-31. Dicapai pada 2018-02-24.
- ^ Dr Halili Rahmat Umum Keluar PKR, Sertai Umno[pautan mati kekal] mStar Online
- ^ Kami Sudah Jangka Halili Akan Keluar Parti, Kata PKR Diarkibkan 2010-04-22 di Wayback Machine Berita Harian
- ^ ""Rasmi: BN berjaya rampas kerusi Hulu S'gor", Malaysiakini.com, 25 April 2010". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-25. Dicapai pada 2018-02-24.
- ^ "Pakatan akui sukar pertahan Hulu S'gor", Malaysiakini.com. 27 Mac 2010.
- ^ ""SPR Beri Amaran Hentikan Sebarang Kempen Di Hulu Selangor", MStar Online. 4 April 2010". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-02. Dicapai pada 2021-08-14.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor Diketahui Pukul 11 Malam, Kata SPR", Bernama.com, 21 April 2010.
- ^ Kamal, Shazwan Mustafa (2010-05-05). "With young boy's death, Pakatan seen pushing multiracial platform". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-29. Dicapai pada 2010-05-05. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "Cop's trial in Aminul shooting case on Oct 12". thestar.com.my. The Star Online. 23 June 2010. Dicapai pada 2010-07-14. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "Investigation papers on Amunlrasydi's death submitted to DPP for court action". mysinchew.com. My Sinchew. 12 July 2010. Dicapai pada 2010-07-14. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "Friend recounts eventful night out with Aminulrasyid". thestar.com.my. The Star Online. May 4, 2010. Dicapai pada 2010-07-14. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "DAP wins Sibu parliamentary seat". mysinchew.com. Sin Chew Daily. 17 May 2010. Dicapai pada 13 June 2010.
- ^ "Sarawak CM says BN ready for Sibu by-election". Sin Chew Jit Poh. 10 April 2010. Dicapai pada 18 May 2010.
- ^ Henry, Edward R. (16 April 2010). "Sibu by-election will be on May 16, says EC". The Star (Malaysia). Star Publications. Dicapai pada 17 May 2010.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-26. Dicapai pada 2018-02-26.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-26. Dicapai pada 2018-02-26.
- ^ https://www.malaysiakini.com/news/131564
- ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2010/05/26/tanker-and-bulk-carrier-collide-causing-2000tonne-oil-spill-off-singapore/
- ^ https://uk.reuters.com/article/uk-singapore-oilspill/tanker-and-carrier-collide-off-singapore-lanes-unaffected-idUKTRE64O1UJ20100525
- ^ https://www.timesofmalta.com/articles/view/20100526/world/oil-slick-threatens-singapore-coast-after-bulk-carrier-and-tanker.309044
- ^ http://www.thesundaily.my/node/142324
- ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2010/06/06/12-malaysians-on-mavi-marmara-arrive-home/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-26. Dicapai pada 2018-02-26.
- ^ "What We Do". Public Land Transport Commission. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-06. Dicapai pada 25 October 2014.
- ^ Laub, Karin (5 June 2010). "Israel remains defiant, seizes Gaza-bound aid ship". Associated Press. Dicapai pada 5 June 2010.
- ^ "Ship escapes Israeli raid after being delayed in Malta". The Times of Malta. 1 June 2010.
- ^ "Prison break: Pudu's walls come down". The Straits Times. Singapore. 22 June 2010.
- ^ Choi, Clara (21 June 2010). "No heritage site for Pudu Jail, development will commence 21 June 2010". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 August 2014.
- ^ http://www.sandiegouniontribune.com/sdut-15-indonesians-missing-in-malaysia-boat-accident-2010jun22-story.html
- ^ Kapal Selam Kedua Negara Tiba Di Lumut
- ^ https://www.wemotor.com/blog/2010/11/proton-25th-anniversary-edition-saga-persona-and-exora/
- ^ https://www.wemotor.com/blog/2010/07/protons-25th-anniversary-edition-saga-persona-and-exora/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-26. Dicapai pada 2018-02-26.
- ^ "Dua pendaki Everest kini bergelar Datuk". Kosmo!. 11 Julai 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-22. Dicapai pada 21 Disember 2017.
- ^ Lau, Leslie (July 29, 2010). "A full circle for Dr Ling". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 July 2010.
- ^ Chooi, Clara (July 29, 2010). "MCA in shock over Dr Ling's PKFZ charge". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 July 2010.
- ^ Fazy Sahir (July 29, 2010). "PKFZ scandal: Former MCA boss Ling charged". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 July 2010.
- ^ "Malaysia sambut Hari Pahlawan ikut fatwa Sabtu ini, 29-07-2010, The Malaysian Insider". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-14. Dicapai pada 2018-02-26.
- ^ "Lokasi Hari Pahlawan berpindah ke Putrajaya, 2010/03/31, Berita Harian". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-12. Dicapai pada 2018-02-26.
- ^ ""Bekas ADUN dan pembantu peribadi maut dengan kesan tembakan", Utusan Online. 3 Ogos 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-06. Dicapai pada 2018-02-27.
- ^ ""Bekas ADUN S'gor ditembak mati", Malaysiakini.com. 3 Ogos 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-13. Dicapai pada 2018-02-27.
- ^ "Recent scheduling ETS Services". KTM Intercity. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-26. Dicapai pada 18 November 2012.
- ^ "Kelantan makes dinar and dirham legal tender". AsiaOne. 14 August 2010. Dicapai pada 22 April 2011.
- ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2010/08/14/two-bazaar-traders-killed-two-injured-in-freak-storm/
- ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2010/08/23/vandals-splash-paint-on-surau-updated/
- ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2010/08/24/red-paint-on-surau-4-nabbed-appear-to-have-acted-on-impulse-says-cpo-updated/
- ^ https://www.malaysiakini.com/news/140832
- ^ http://www.thesundaily.my/node/139150
- ^ Check-In News, Analysis and Event. "Kuala Lumpur's StB vision". Dicapai pada 31 August 2010.
- ^ "Tan Sri Ismail Omar dilantik KPN baru". Berita Harian. 1 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-06. Dicapai pada 1 March 2012.
- ^ Lourdes, Charles (1 September 2010). "Tan Sri Ismail Omar named IGP from Sept 13". The Star. Dicapai pada 1 March 2012.
- ^ http://www.sinarharian.com.my/semasa/kronologi-pembunuhan-sosilawati-1.163275
- ^ "Tuanku Muhammad Faris Petra is new Sultan of Kelantan". Sin Chew Daily. 13 September 2010. Dicapai pada 22 September 2010.
- ^ "Sultan Muhammad V Official Name of New Kelantan Sultan". Bernama. 22 September 2010. Dicapai pada 23 September 2010.
- ^ A. Letchumanan (21 September 2010). "Kelantan's Tuanku Ismail wants court to declare him rightful Sultan". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2010. Dicapai pada 22 September 2010.
- ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2010/02/28/penang-bridge-turns-25-this-year/
- ^ http://www.thesundaily.my/node/138252
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-27. Dicapai pada 2018-02-27.
- ^ https://www.theguardian.com/world/2010/oct/07/malaysia-animals
- ^ https://www.malaysiakini.com/news/144622
- ^ http://www.bbc.com/news/world-asia-pacific-11490575
- ^ Vanar, Muguntan (9 Oktober 2010). "Batu Sapi MP Edmund Chong dies in road accident". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2010. Dicapai pada 9 October 2010.
- ^ "Batu Sapi MP dies in road accident". The Malaysian Insider. 9 Oktober 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2010. Dicapai pada 9 October 2010.
- ^ http://www.budiey.com/gambar-nikah-kahwin-datuk-dr-sheikh-muszaphar-shukor-dr-halina/
- ^ PM: 118-storey Warisan Merdeka to generate economic opportunities for all. TheStar.com.my
- ^ Proud Day For Malacca, The Star, 21 October 2010.
- ^ "Floods disrupt rail services in Thailand and Malaysia". Today Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2010. Dicapai pada 11 November 2010.
- ^ Marco T' Hoen. "Floods in Asia Claim at Least 117 Lives". The Epoch Times. Dicapai pada 12 November 2010.
- ^ "Kedah and Perlis scramble to send aid to 19,000 hit by floodwaters". The Star. Star Publications. 3 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2010. Dicapai pada 5 November 2010.
- ^ http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/7/nation/7178009&sec=nation Nomination day set for Oct 26
- ^ http://www.mmail.com.my/content/51443-galas-folks-vote-nov-4 Diarkibkan 2011-06-22 di Wayback Machine Galas folks to vote on Nov 4
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-02. Dicapai pada 2010-10-19.CS1 maint: archived copy as title (link) Batu Sapi by-election same day as Galas'
- ^ "Proton Inspira launched - full details and photos". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2010-11-10. Dicapai pada 2017-11-19.
- ^ "Proton Inspira R3 - new hi-res image and more details". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2011-11-02. Dicapai pada 2017-11-19.
- ^ " Malaysian police fires tear gas and water cannons at protesters" Diarkibkan 2010-12-08 di Wayback Machine, AsiaOne, 6 December 2010.
- ^ "Tear gas, water cannons fired on water protesters" Diarkibkan 2010-12-08 di Wayback Machine, Malaysiakini.com, 5 December 2010.
- ^ "Tear gas, water cannons fired at Pakatan crowd protesting SYABAS bailout", M'sian Chronicle, 5 December 2010.
- ^ TV Alhijrah mulakan siaran awal pagi mulai 1 Januari[pautan mati kekal]. Utusan Malaysia. 30 Disember 2011. Dicapai 27 Januari 2012.
- ^ TV AlHijrah tambah siaran[pautan mati kekal]. Utusan Malaysia. 4 Januari 2012. Dicapai 27 Januari 2012.
- ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2010/12/23/selangor-bans-1msia-logo-on-billboard-ads/
Didahului oleh 2009 di Malaysia |
Tahun di Malaysia 2010 |
Diikuti oleh: 2011 di Malaysia |