Jit Murad
Jit Murad | |
---|---|
Kelahiran | Aziz Mirzan bin Murad 17 Januari 1960 |
Meninggal dunia | 12 Februari 2022 Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 62)
Sebab kematian | Serangan jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
Pendidikan | Sosiologi (Pengajian Bandar) dan Ijazah Sarjana dalam Seni Sejarah |
Pekerjaan | Pelakon, penulis, pengarang lakon, aktivis teater |
Tahun aktif | 1987–2022 |
Ibu bapa | Murad Mohamed Noor (bapa) Azizah Aiyub Ghazali (ibu) |
Saudara |
|
Aziz Mirzan "Jit" Murad (17 Januari 1960 – 12 Februari 2022) ialah seorang pelakon, penulis, pengarang lakon dan aktivis teater Malaysia yang kebanyakannya bergiat aktif dalam filem, televisyen dan teater.[1][2] Beliau ialah anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Murad Mohamed Noor.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Jit kembali ke Malaysia dan pada Disember 1989, beliau mengasaskan Instant Cafe Theatre Company yang mendapat pengikut kerana sindiran sosial dan politiknya yang menggigit. Drama pertamanya, Gold Rain and Hailstones (1992) dipentaskan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura.
Pada tahun 1993, Jit membantu memulakan Dramalab, cabang ICT yang khusus didedikasikan untuk menggalakkan penulisan baharu. Karya terkenal beliau termasuk Storyteller (1996), berdasarkan tradisi sastera lisan serantau Asia Tenggara, Visits (2002), versi komedi 1990-an yang diolah semula, dan Spilt Gravy On Rice (2002), yang memenangi empat anugerah di Anugerah Seni BOH Cameronian yang julung kali diadakan pada 2003.
Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[3]
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau ditemui meninggal dunia di kediamannya ketika berusia 62 tahun akibat serangan jantung.[4][5][6] Jenazahnya selamat dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, Damansara, Kuala Lumpur.[7]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1990 | Mat Gelap | Eddie Assahuludin | Filem pertama |
1992 | Selubung | Halim | |
1995 | Beyond Rangoon | Sein Htoo | Filem Amerika Syarikat |
1999 | Perempuan Melayu Terakhir | ||
2000 | Mimpi Moon | Penyanyi | |
2007 | Waris Jari Hantu | ||
1957: Hati Malaya | Mohamed Khir Johari | ||
2009 | Talentime | Ismail | |
2022 | Spilt Gravy on Rice | Kapten "Malaikat" | Filem terakhir |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1995 | Dunia Rees dan Ina | TV3 | Telefilem pertama | |
2003 | Neon | Pengguna Tandas Awam II | VCD | Telefilem terakhir, penampilan khas |
Teater
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk |
---|---|
1987 | Caught in The Middle |
1993 | Gold Rain & Hailstones[8][9] |
1996 | The Storyteller |
2003 | Jit Hits The Fan |
2007 | Full of Jit[10] |
2009 | One Load of Bull Jit[11] |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1998 | Mastura | ntv7 | Drama pertama | |
2004 | Ah-ha | Watak berulang | TV3 | |
2006–2007 | Gol & Gincu The Series | Marwan | 8TV | Drama terakhir |
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Jit Murad. Two Things. Rhino Press (1997). ISBN 9839476033
- Jit Murad. Jit Murad Plays. Matahari Books (2017). ISBN 9789672128182
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1990 | Anugerah Seri Angkasa 1989/1990 | Pelakon Harapan (Televisyen) | Dirinya sendiri | Tercalon |
1992 | Festival Filem Malaysia ke-10 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Wahti Mahidin (2 April 2006). "(Jit Murad, - actor, playwright,...)". Sunday Mail. Dicapai pada 6 April 2020.
- ^ Tan Hee Hui (22 November 2005). "Laugh with Jit Murad". The Malay Mail. Dicapai pada 6 April 2020.
- ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
- ^ Zaid Mohamad (14 Februari 2022). "Arwah Jit meninggal dunia akibat serangan jantung". Berita Harian. Dicapai pada 14 Februari 2022.
- ^ Daryl Goh (12 Februari 2022). "Jit Murad, celebrated Malaysian theatre stalwart, dies age 62". The Star Online. Dicapai pada 12 Februari 2022.
- ^ MAGANATHAN, DINESH KUMAR. "Theatre mainstay Jit Murad died of cardiac arrest, says family statement". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 February 2022.
- ^ "Jenazah Jit Murad selamat disemadikan". BERNAMA. 14 Februari 2022. Dicapai pada 15 Februari 2022.
- ^ Mae Chan (7 Mac 2019). Jit Murad’s lauded play ‘Gold Rain & Hailstones’ makes a comeback to the local stage Options The Edge. Retrieved 27 November 2019.
- ^ Melanie Chalil (21 Februari 2019). Jit Murad on writing ‘Gold Rain and Hailstones’, as critically-acclaimed play returns with new cast The Malay Mail. Retrieved 27 November 2019.
- ^ The story of Jit as he tells it The Star (Malaysia) (11 April 2007). Retrieved 27 November 2012.
- ^ Dennis Chua (21 November 2009). "Jit Murad gets nostalgic". New Straits Times. Dicapai pada 6 April 2020.