Melaka Tengah
Daerah Melaka Tengah | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Jawi | ملاك تڠه |
• Cina | 马六甲中央县 |
• Tamil | மத்திய மலாக்கா |
Lokasi Daerah Melaka Tengah di Malaysia | |
Koordinat: 2°16′15″N 102°17′20″E / 2.2709660664459235°N 102.28883867839546°EKoordinat: 2°16′15″N 102°17′20″E / 2.2709660664459235°N 102.28883867839546°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Melaka |
Pusat | Ayer Keroh |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (selatan) Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (utara) |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Shamsul Ambia Abdul Aziz [1] |
Keluasan | |
• Jumlah | 314 km2 (121 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 597,135 |
• Kepadatan | 1,900/km2 (4,900/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak diamalkan) |
Poskod | 75xxx |
Kod panggilan | +6-06 |
Nombor plat kenderaan | M |
Melaka Tengah merupakan sebuah daerah dalam negeri Melaka, Malaysia. Daerah ini berkeluasan 314 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 597,135 orang menjadikannya sebagai daerah paling ramai penduduk di Melaka dan daerah kesembilan paling ramai penduduk di Malaysia.
Di daerah ini terletaknya ibu negeri Melaka iaitu Bandaraya Melaka. Bandar-bandar lain termasuklah Bukit Baru, Ayer Keroh, Ayer Molek, Batu Berendam, dan Bandar Hilir.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Melaka Tengah ditadbir oleh dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di selatan dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya di utara. Daerah ini berpusat di Ayer Keroh dan dibahagikan kepada 29 buah mukim, dua bandar dan sembilan pekan:-
- Mukim Alai
- Mukim Ayer Molek
- Mukim Bachang
- Mukim Balai Panjang
- Mukim Batu Berendam
- Mukim Bertam
- Mukim Bukit Baru
- Mukim Bukit Katil
- Mukim Bukit Lintang
- Mukim Bukit Piatu
- Mukim Bukit Rambai
- Mukim Cheng
- Mukim Duyong
- Mukim Ujong Pasir
- Mukim Kandang
- Mukim Klebang Besar
- Mukim Klebang Kechil
- Mukim Krubong
- Mukim Padang Semabok
- Mukim Padang Temu
- Mukim Paya Rumput
- Mukim Pringgit
- Mukim Pernu
- Mukim Semabok
- Mukim Sungei Udang
- Mukim Tangga Batu
- Mukim Tanjong Kling
- Mukim Tanjong Minyak
- Mukim Telok Mas
Bandar dan Pekan
Geografi
[sunting | sunting sumber]Daerah Melaka Tengah terletak di tengah negeri Melaka bersempadan dengan daerah Alor Gajah di utara, Jasin di timur dan Selat Melaka di selatan.
Iklim
[sunting | sunting sumber]Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[3] Purata suhu ialah 27.44 °C (81.4 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 28.1 °C (82.6 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 26.6 °C (79.9 °F).[3] Purata kerpasan di Melaka Tengah adalah 1973.6 milimeter pertahun. Bulan November merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 226.3 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 80.1 milimeter.[3]
Data iklim untuk Melaka Tengah (1990-2019) | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata suhu harian, °C (°F) | 26.8 (80.2) |
27.5 (81.5) |
27.8 (82.0) |
28 (82) |
28.1 (82.6) |
27.9 (82.2) |
27.5 (81.5) |
27.4 (81.3) |
27.4 (81.3) |
27.4 (81.3) |
26.9 (80.4) |
26.6 (79.9) |
27.4 (81.3) |
Purata kerpasan, mm (inci) | 99.9 (3.93) |
80.1 (3.15) |
130.3 (5.13) |
167.8 (6.61) |
169.3 (6.67) |
160.8 (6.33) |
195.4 (7.69) |
220.3 (8.67) |
143.9 (5.67) |
193.7 (7.63) |
226.3 (8.91) |
185.8 (7.31) |
1,973.6 (77.7) |
Sumber: ClimateCharts[3] |
Demografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1970 | 203,695 | — |
1980 | 246,163 | +20.8% |
1991 | 296,897 | +20.6% |
2000 | 371,263 | +25.0% |
2010 | 484,885 | +30.6% |
2020 | 597,135 | +23.1% |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Melaka Tengah ialah seramai 597,135 orang dengan kepadatan penduduk 1,663 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 65 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih enam peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[4]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 111:100. Terdapat 196,668 tempat kediaman dengan sebanyak 160,155 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 405 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 155 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 35 ribu orang merupakan warga tua.
Kewarganegaraan | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Bumiputera | 366,952 |
Cina | 164,433 | |
India | 22,104 | |
Lain-lain | 3,940 | |
Bukan warganegara | N/A | 39,706 |
Agama
[sunting | sunting sumber]Majoriti penduduk di daerah Melaka Tengah beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Kristian diikuti agama Hindu. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut beberapa agama lain serta tidak beragama.[4]
Agama | Jumlah |
---|---|
Islam | 378,361 |
Buddha | 150,336 |
Kristian | 21,928 |
Hindu | 21,419 |
Lain-lain | 3,116 |
Tidak beragama | 1,307 |
Tidak diketahui | 20,668 |
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Daerah Melaka Tengah boleh dihubungkan melalui beberapa laluan persekutuan seperti Laluan Persekutuan 5 dari arah Masjid Tanah (utara) dan Jasin (selatan), Laluan Persekutuan 19 dari arah Alor Gajah (utara) dan Jasin (selatan).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ (email@dotdot.my), Dot Dot Holdings Sdn Bhd. "Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah : Direktori Pegawai". Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah : Direktori Pegawai.
- ^ (email@dotdot.my), Dot Dot Holdings Sdn Bhd. "Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah : Profil Daerah". Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah : Profil Daerah.
- ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Bemban". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
- ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/