Tuanku Aishah Rohani
Tuanku Aishah Rohani توانكو عايشه روحاني | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan | |||||||||
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan | |||||||||
Pemerintahan | 29 Disember 2008 - kini | ||||||||
Pertabalan | 14 April 2009 | ||||||||
Didahului oleh | Tuanku Najihah | ||||||||
Canselor ke-2 Universiti Sains Islam Malaysia | |||||||||
Tempoh | 3 Disember 2011 - kini | ||||||||
Didahului oleh | Tuanku Najihah | ||||||||
Keputeraan | Batu Gajah, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 19 Jun 1952 (umur 72 tahun, 4 bulan dan 23 hari)||||||||
Pasangan | Tuanku Muhriz (k. 1974) | ||||||||
Anakanda |
| ||||||||
| |||||||||
Wangsa | Wangsa Bendahara (lahir) Pagar Ruyung (perkahwinan) | ||||||||
Ayahanda | Tengku Besar Mahmud ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III | ||||||||
Bonda | To’ Puan Hajah Zainun Meriam binti Haji Su Mahmud | ||||||||
Agama | Sunni Islam |
Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang. |
Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud (Jawi: توانكو عايشه روحاني بنت المرحوم تڠكو بسر مهمود ; diputerakan pada 19 Jun 1952) merupakan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dan permaisuri kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Biografi بيوڬرافي
[sunting | sunting sumber]Tuanku Aishah Rohani diputerakan di Batu Gajah, Perak pada 19 Jun 1952. Baginda merupakan kerabat diraja Terengganu. Ayahandanya ialah Yang Amat Mulia Tengku Seri Utama Raja, Tengku Besar Mahmud ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III manakala bondanya ialah Yang Berbahagia To' Puan Zainun Meriam binti Haji Su Mahmud.
Baginda pernah bersekolah di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Kemudian, baginda melanjutkan pengajian di Sekolah Convent Taiping di Perak serta Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas di Kuala Lumpur.
Kerjaya كرجاي
[sunting | sunting sumber]Tengku Aishah pernah berkhidmat di sebuah bank di Kuala Lumpur dan di situlah Tengku Aishah Rohani diperkenalkan dengan Tunku Muhriz dalam satu majlis keramaian.
Pertemuan manis itu dilanjutkan dengan ikatan pertunangan.
Istiadat pertunangan diraja ايستيعادة ڤرتونڠن دراج
[sunting | sunting sumber]Pada 16 Februari 1973, istiadat pertunangan diraja di antara Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz yang berusia 25 tahun dengan Tengku Aishah Rohani yang berusia 21 tahun telah berlangsung pada jam 4:30 petang di Istana Terengganu, Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur.
Ketika ditemui, Tengku Aishah memberitahu bahawa Tunku Muhriz yang bakal jadi suaminya itu adalah pilihan hatinya berdasarkan suka sama suka.
Istiadat perkahwinan diraja ايستيعادة ڤركهوينن دراج
[sunting | sunting sumber]Pada 25 April 1974 bersamaan 2 Rabiul Akhir 1394 Hijrah, Tengku Aishah Rohani melangsungkan perkahwinan dengan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz. Istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu disaksikan oleh bonda Tunku Muhriz, Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Durah serta kerabat diraja Negeri Sembilan dan Terengganu.
Pada 4 Mei 1974, Tunku Ampuan Durah mengadakan Istiadat Menyambut Keberangkatan Balik Pengantin Diraja yang diadakan di Istana Lama Seri Menanti. Baginda berdua bersanding di atas singgahsana lama Istana Lama Seri Menanti.
Kerabat diraja كرابت دراج
[sunting | sunting sumber]Hasil perkahwinan dengan Tunku Muhriz, baginda berdua memperoleh tiga orang putera iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al-'Abidin dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.
- Putera sulung, Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin diputerakan pada 26 April 1977 di Hospital Universiti, Kuala Lumpur.
- Putera kedua, Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-'Abidin diputerakan pada 6 Julai 1982 di Hospital Universiti, Kuala Lumpur.
- Putera bongsu, Yang Amat Mulia Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin diputerakan pada 3 September 1984 di Hospital Besar Kuala Lumpur dengan kekurangan vitamin K di dalam otak. Almarhum Tunku Alif mangkat pada 15 Januari 2016 ketika beliau berusia 32 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur berikutan kegeringannya. Almarhum dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah dan disemadikan bersebelahan dengan makam nendanya, Almarhumah Tunku Ampuan Durah.
Istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar
[sunting | sunting sumber]Pada 14 April 2009, Tengku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah dilantik dan ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan pada satu istiadat diraja Negeri Sembilan yang diadakan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti.
Selepas istiadat itu, Tengku Aishah Rohani memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.
Kali terakhir istiadat ini diadakan pada 19 Julai 1967 apabila Tunku Ampuan Najihah dilantik sebagai Tunku Ampuan Negeri Sembilan. Sebelum itu, bonda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Ampuan Durah ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Negeri Sembilan pada 14 April 1961.
Turut hadir pada istiadat hari ini ialah Putera Yang Empat dan Anak Raja Bergelar serta Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah binti Tengku Nujumudin.
Istiadat di Balairong Seri itu dimulakan pada jam 11.30 pagi dengan pelantikan Tengku Aishah Rohani sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan oleh Tuanku Muhriz sebelum baginda berangkat meninggalkan Balairong Seri bagi membolehkan istiadat pertabalan berlangsung. Pengurniaan gelaran itu dilakukan dengan Tuanku Muhriz memakaikan tiara pada Tengku Aishah Rohani dengan disusuli tembakan meriam lapan das.
Kemudian istiadat pertabalan pula bermula dengan upacara menghadap dan menjunjung duli oleh Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung yang terdiri daripada Luak Ulu Muar, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir, Luak Gemencheh dan Luak Air Kuning serta Tiang Balai masing-masing.
Luak Tanah Mengandung adalah di bawah naungan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dilakukan oleh Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung. Selepas istiadat itu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan berkenan berangkat meraikan bersama tetamu jemputan di majlis santapan tengah hari di Dewan Banquet Istana Besar Seri Menanti.
Penamaan Tengku Aishah Rohani sebagai calon Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dibuat oleh Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung yang terdiri daripada Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Inas, Luak Terachi dan Luak Jempol yang sudah bermesyuarat dengan Orang Empat Istana pada 21 Januari lalu.
Selepas mendapat kebulatan dan permuafakatan, mereka menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan memohon perkenan baginda supaya permaisuri baginda yang dipilih itu dilantik dan ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.
Selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, tarikh hari ini dipilih sebagai hari istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.
Istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan ini diadakan lebih awal daripada istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bagi membolehkan Tengku Aishah Rohani bersemayam bersama Tuanku Muhriz sewaktu pertabalan baginda secara rasmi yang dijangka Oktober 2009.[1]
Penglibatan
[sunting | sunting sumber]Di samping mengurus keluarga, Tuanku Aishah Rohani turut meluangkan masa mengikuti program amal yang dianggotai baginda seperti Inner Wheel of Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur Speakers Club.
Canselor USIM
[sunting | sunting sumber]Pada 3 Disember 2011, Naib Canselor USIM, Profesor Dato' Dr. Muhamad Muda mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled Nodin mengumumkan lantikan[2] Tuanku Aishah Rohani menjadi Canselor kedua Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terasul dan gelaran تراسول دان ڬلرن
[sunting | sunting sumber]Gelaran hormat bagi Tuanku Aishah Rohani | |
Gaya panggilan | Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Tuanku |
Gaya pilihan | Tunku Ampuan Besar |
- 19 Jun 1952 - 24 April 1974 : Yang Mulia Tengku Aishah Rohani binti Tengku Besar Mahmud
- 25 April 1974 - 4 Disember 1989 : Yang Mulia Tengku Aishah Rohani binti Tengku Besar Mahmud, Isteri Tunku Besar Seri Menanti
- 4 Disember 1989 - 1996 : Yang Mulia Tengku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Isteri Tunku Besar Seri Menanti
- 1996 - 28 Disember 2008: Yang Mulia Tengku Dato’ Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Isteri Tunku Besar Seri Menanti
- 29 Disember 2008 - 14 April 2009: Duli Yang Maha Mulia Tengku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud
- 14 April 2009 - kini : Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud
Gelaran penuh baginda ialah:
Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, D.K.N.S., D.P.T.J., D.P.T.
Penghargaan ڤعهرڠان
[sunting | sunting sumber]Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Negeri Sembilan
- Darjah Kerabat Negeri Sembilan (D.K.N.S.) - 21 April 2009[3]
- Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (D.P.T.J.) - Dato' (1996)
- Darjah Pekerti Terpilih (D.P.T.)[4]
Eponim
[sunting | sunting sumber]- Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Cheras, Kuala Lumpur[5]
- Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani, Seremban, Negeri Sembilan
Rujukan رجوكن
[sunting | sunting sumber]- ^ "Tengku Aishah Rohani ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan". Teromba Rawa. 14 April 2009. Dicapai pada 14 April 2009.
- ^ Tuanku Aishah Rohani diisytihar Canselor kedua USIM
- ^ Tuanku Aishah Rohani Dianugerahi Darjah Kerabat Negeri Sembilan
- ^ List of Malaysian consorts of rulers with mentions of orders received
- ^ BERNAMA (1 March 2022). "HPKK UKM dimasyhur Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani". SelangorKini. Dicapai pada 1 March 2022.
- Laman menggunakan Templat:Script dengan input tidak dikenali
- Orang hidup
- Kelahiran 1952
- Orang dari Terengganu
- Kerabat diraja Terengganu
- Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan
- Penerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan
- Penerima Darjah Seri Paduka Tuanku Jaafar
- Kerabat Tuanku Muhriz
- Canselor Universiti Sains Islam Malaysia