Tunku Naquiyuddin
Tunku Naquiyuddin تونکو ناقوايوددين | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tunku Laxamana | |||||
Tunku Laxamana | |||||
Tempoh | 1976 - kini | ||||
Didahului oleh | Tunku Nasir | ||||
Keputeraan | Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tanah Melayu | 8 Mac 1947||||
Pasangan | Tunku Nurul Hayati binti Tunku Bahador | ||||
Anakanda |
| ||||
| |||||
Wangsa | Pagaruyung | ||||
Ayahanda | Tuanku Ja’afar | ||||
Bonda | Tunku Ampuan Najihah |
Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang. |
Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar ialah putera sulung kepada Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan juga mantan Yang di-Pertuan Agong ke-10. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dari tahun 1994 hingga 1999 apabila ayahandanya dipilih sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.[1]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Tunku Naquiyuddin ialah seorang bekas diplomat dan ahli perniagaan yang aktif dengan minat yang merangkumi spektrum yang luas. Baginda diputerakan pada 8 Mac 1947, di bandar diraja Seri Menanti.
Tunku Naquiyuddin belajar di Sekolah Anderson, Ipoh; Sekolah Tuanku Besar, Tampin; Junio King's School, Sturry, Kent; King's School, Canterbury; dan belajar politik antarabangsa di Kolej Universiti Wales di Aberystwyth dan lulus dengan ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam Ekonomi dari kolej yang sama.
Beliau berkhidmat di Kementerian Luar dan telah dilantik sebagai Setiausaha Kedua di Kedutaan Malaysia di Paris. Tunku Naquiyuddin kemudiannya mengetuai Antah Holdings Berhad sebagai Pengerusinya, jawatan yang disandang sehingga 2007, yang telah dikosongkan selama tempoh 5 tahun sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pemangku Raja Negeri Sembilan dari 1994 hingga 1999.
Beliau merupakan Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).[2]
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Tunku Naquiyuddin berkahwin dengan Tunku Puan Muda Tunku Nurul Hayati binti Tunku Bahador. Mereka mempunyai dua anak lelaki dan dua anak perempuan:
- Tunku Mohamed Alauddin (lahir 9 Februari 1978).
- Tunku Alia Nadira (lahir pada 1980).
- Tunku Nadia Sahiya (lahir pada 1982).
- Tunku Khairul Zaim (lahir pada 1985).
Darjah Kebesaran
[sunting | sunting sumber]Negeri Sembilan
[sunting | sunting sumber]- Negeri Sembilan
- Darjah Kerabat Negeri Sembilan (D.K.N.S.)
- Darjah Kerabat Yam Tuan Raden (D.K.Y.R.) (1979)
- Darjah Setia Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati (S.U.N.S.) (1991)
Terasul dan gelaran
[sunting | sunting sumber]Gelaran hormat bagi Tunku Naquiyuddin | |
Gaya panggilan | Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Tunku |
Gaya pilihan | Tunku Laxamana |
Gelaran penuh beliau ialah :
Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, D.K.N.S., D.K.Y.R., S.U.N.S.
Kepujian
[sunting | sunting sumber]Beliau telah dianugerahkan: [3] [4]
Darjah kebesaran Malaysia
[sunting | sunting sumber]- Negeri Sembilan
- Penerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan (D.K.N.S.)
- Penerima Darjah Kerabat Yam Tuan Raden (D.K.Y.R.) (1979)
- Penerima Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S.) (1991)
- Penerima Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar (S.P.T.J.)
- Penerima Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.)
- Penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
- Penerima Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (D.S.T.M) (2020) - Dato'
- Perlis:
- Penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) (2001) [5]
Penghormatan asing
[sunting | sunting sumber]- Chile
- Knight Grand Cross of the Order of Bernardo O'Higgins (2004)
- Perancis: [6] [7]
- Ordre national du Mérite (Officier) (1998)
- Ordre National de la Légion D'honneur (2005)
- Ordre des Palmes académiques
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Laman Web "Syarikat Pesaka Antah Sdn Bhd", pembentangan Lembaga Pengarah dengan gambar Tunku Naquiyuddin
- ^ Ahcg Diarkibkan 2012-11-25 di Wayback Machine
- ^ Abd. Halim Hadi (Ogos 21, 2020). "UKM lancar syiling sempena Jubli Emas". Malakat Tribune News. Dicapai pada 18 Disember 2021.
- ^ Malay Blog "theadmirehunkz"
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".
- ^ Perlis awarded decorations Diarkibkan 2013-09-25 di Wayback Machine
- ^ Tunku Naquiyuddin, Executive Chairman of the Board of Directors of Antah HealthCare Group Diarkibkan 2012-11-25 di Wayback Machine
- ^ Aberystwyth University, Profile of Naquiyuddin Diarkibkan 2013-12-15 di Wayback Machine
- Laman menggunakan Templat:Script dengan input tidak dikenali
- Kelahiran 1947
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Inggeris
- Orang Malaysia berketurunan Ireland
- Orang Malaysia berketurunan India
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang Malaysia berketurunan Minangkabau
- Muslim Malaysia
- Tunku Laxamana Negeri Sembilan
- Penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis
- Penerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan
- Penerima Darjah Kerabat Yam Tuan Raden
- Kerabat Tuanku Ja'afar