Pergi ke kandungan

Tunku Naquiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tunku Naquiah
تونكو ناقوايه
Yang Amat Mulia Tunku Dara
Keputeraan (1944-12-26) 26 Disember 1944 (umur 79)
Seri Menanti, Negeri Sembilan
PasanganTunku Mudzaffar bin Tunku Mustapha (k. 1969)
Anakanda
  • Tunku Nadzimuddin
  • Tunku Myra Madihah
  • Tunku Nasaifuddin
  • Tunku Nasruan Adil
Nama penuh
Tunku Naquiah binti Tunku Ja'afar
Nama diraja
Tunku Tan Sri Naquiah binti Almarhum Tuanku Ja'afar
WangsaPagar Ruyung
AyahandaTuanku Ja'afar
BondaTunku Ampuan Najihah
AgamaSunni Islam

Yang Amat Mulia Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah binti Almarhum Tuanku Ja'afar merupakan puteri sulung dan anakanda pertama kepada pasangan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tuanku Ja'afar dan Tunku Ampuan Najihah.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Tunku Naquiah diputerakan pada 26 Disember 1944 di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Adindanya yang lain ialah :

  • YAM Tunku Laxamana, Tunku Naquiyuddin (diputerakan pada 8 Mac 1947)
  • YAM Tunku Muda Serting, Tunku Imran (diputerakan pada 21 Mac 1948)
  • YAM Tunku Puteri, Tunku Jawahir (diputerakan pada 27 Januari 1952)
  • YAM Tengku Puan Panglima Raja Selangor, Tunku Irinah (diputerakan pada 23 November 1957)
  • YAM Tunku Panglima Besar, Tunku Nadzaruddin (diputerakan pada 26 Oktober 1959)

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Tunku Naquiah mendapat pendidikan awal di Kolej Perempuan Melayu, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pelajarannya di New York dan London. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Sains Politik di Universiti Amerika di Cairo.[1]

Setelah kembali ke Malaysia, beliau memulakan kerjaya Perhubungan Awam (PR) yang berjaya yang mana beliau menerima penghormatan untuk Diploma Perhubungan Awam dari Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPR) pada tahun 1971.

Perkahwinan dan anakanda

[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Julai 1969, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Yang Mulia Tunku Kecil Besar Tunku Mudzaffar bin Tunku Mustapha. Hasil perkahwinan beliau dengan Tunku Mudzaffar, mereka dikurniakan 3 orang putera dan seorang puteri.

  • Tunku Nadzimuddin
  • Tunku Myra Madihah
  • Tunku Nasaifuddin
  • Tunku Nasruan Adil

Terasul dan gelaran

[sunting | sunting sumber]
Gelaran hormat bagi
Tunku Naquiah
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Tunku
Gaya pilihan Tunku Dara
  • 26 Disember 1944 - 14 April 1967 : Yang Mulia Tunku Naquiah binti Tunku Ja'afar
  • 14 April 1967 - 1991 : Yang Amat Mulia Tunku Dara Tunku Naquiah binti Tuanku Ja'afar
  • 1991 - 1998 : Yang Amat Mulia Tunku Dara Tunku Dato' Seri Naquiah binti Tuanku Ja'afar
  • 1998 - 25 April 1999 : Yang Amat Mulia Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah binti Tuanku Ja'afar
  • 25 April 1999 - 27 Disember 2008 : Yang Amat Mulia Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah binti Tuanku Ja'afar
  • 28 Disember 2008 - kini : Yang Amat Mulia Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah binti Almarhum Tuanku Ja'afar


Gelaran penuh beliau ialah :

Yang Amat Mulia Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah binti Almarhum Tuanku Ja'afar, D.K.Y.R, P.S.M., S.P.T.J., J.P., A.M.N., P.J.K.

Darjah kebesaran

[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dianugerahkan [2]:

Negeri Sembilan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Board of Directors". Syarikat Pesaka Antah. 23 April 2024. Dicapai pada 23 April 2024.
  2. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".