Pergi ke kandungan

Tunku Jawahir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tunku Jawahir
تونکو جاواهير
Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Besar
Yang Amat Mulia Tunku Puteri
KeputeraanTunku Jawahir binti Tunku Ja'afar
(1952-01-27) 27 Januari 1952 (umur 72)
Nottingham, England
PasanganTengku Tan Sri Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (k. 1974)
Anakanda
Tengku Asra Jehan Juzailah
Tengku Aslahuddin Ja'afar
Tengku A'zran Abdul Jawaad
Nama penuh
Tunku Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja'afar
Nama diraja
Tengku Puan Panglima Besar Tunku Puteri Puan Sri Dato’ Seri Tunku Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja'afar
AyahandaTuanku Ja'afar
BondaTunku Ampuan Najihah
AgamaSunni Islam

Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Besar Tunku Puteri Puan Sri Dato’ Seri Tunku Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja'afar (diputerakan pada 27 Januari 1952) merupakan puteri kedua dan anakanda keempat kepada pasangan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Almarhum Tuanku Ja’afar dan Almarhumah Tunku Ampuan Najihah.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Tunku Jawahir diputerakan pada 27 Januari 1952 di Nottingham, England.

Kekanda dan adindanya yang lain ialah:

  • YAM Tunku Dara, Tunku Naquiah (diputerakan pada 26 Disember 1944)
  • YAM Tunku Laxamana, Tunku Naquiyuddin (diputerakan pada 8 Mac 1947)
  • YAM Tunku Muda Serting, Tunku Imran (diputerakan pada 21 Mac 1949)
  • YAM Tengku Puan Panglima Raja Selangor, Tunku Irinah (diputerakan pada 27 Januari 1957)
  • YAM Tunku Panglima Besar, Tunku Nadzaruddin (diputerakan pada 26 Oktober 1959)

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Tunku Puteri mendapat pendidikan awal di Convent of Our Lady of Sion, London, United Kingdom kemudian di Port Said School di Cairo, Egypt dan meneruskan pembelajarannya di Battle Abbey School, Sussex, England.

Selepas menamatkan pengajiannya dalam O-Level di UK, beliau pulang ke Malaysia untuk meneruskan pengajiannya di Kolej Tunku Kurshiah. Kemudian, beliau menamatkan pengajiannya dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.[1]

Tunku Puteri memulakan kerjayanya dengan menyertai Sistem Malaysia Airlines (MAS) sebagai pelatih pengurusan di Ketua Pejabat MAS sehingga 1976. Selepas tamat tempoh jawatannya di MAS, beliau menceburi bidang perdagangan dan mewujudkan perniagaannya sendiri.

Perkahwinan dan anakanda

[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Ogos 1974, Tunku Puteri melangsungkan perkahwinan dengan YAM Tengku Panglima Besar Tengku Tan Sri Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar iaitu kerabat diraja Negeri Pahang dan juga ahli politik serta ahli parlimen. Hasil perkahwinan dengan Tengku Azlan, pasangan ini dikurniakan seorang puteri, 2 orang putera, seorang puteri dan seorang puteri angkat.

  • Tengku Asra Jehan
  • Tengku Aslahuddin Ja'afar
  • Tengku A'zran Abdul Jawaad
  • Marina Azlan (puteri angkat)

Terasul dan gelaran

[sunting | sunting sumber]
Gelaran hormat bagi
Tunku Jawahir
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Tunku Puteri
Gaya pilihan Tengku Puan Panglima Besar

Gelaran penuh beliau ialah :

Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Besar Tunku Puteri Puan Sri Dato' Seri Tunku Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja'afar , D.K.Y.R, S.P.T.J.

Darjah kebesaran

[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dikurniakan [2]:

Negeri Sembilan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Board of Directors". Syarikat Pesaka Antah. 23 April 2024. Dicapai pada 23 April 2024.
  2. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".