Pergi ke kandungan

Temenggung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Temenggung atau Temenggong ialah gelaran pembesar dalam kesultanan Melayu yang mempunyai sistem Empat Lipatan. Temenggung pada asalnya merupakan jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan kesultanan Melayu yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan keamanan dalam negeri.

Temenggung mula wujud ketika zaman pemerintahan Parameswara, Raja Melaka pertama. Sebagai pewaris Kesultanan Melaka, ianya diteruskan oleh Kesultanan Johor. Dengan ejaan 'Temenggong', ianya juga digunakan dalam sistem pembesar diraja Brunei, iaitu sebagai seorang wazir.

Penggunaan

[sunting | sunting sumber]

Temenggong merupakan salah seorang wazir, iaitu golongan tertinggi selepas Sultan dalam hierarki pembesar diraja Brunei. Terasul atau gelaran penuh bagi Temenggong di Brunei ialah 'Pengiran Temenggong Sahibul Bahar'.[1] Kedudukan Temenggong masih wujud pada masa ini, namun ianya hanya berperanan dalam adat istiadat diraja Brunei; Temenggong tidak lagi mempunyai peranan seperti dahulukala kerana tanggungjawab tersebut telah diambil alih oleh pasukan keselamatan seperti polis dan tentera, kecuali Temenggong sendiri menjawat jawatan tersebut. Buat masa ini, kedudukan Temenggong adalah kosong.

Negeri Nama gelaran Penyandang
 Brunei Pengiran Temenggong Sahibul Bahar Brunei DKA2,D.K.,DKSSA, SAS,DK1Perak, Superior Class of the Perak Family Order of

Sultan Azlan Shah (DKSA),Most Ancient and Most Noble

Order of the Thistle, Current ribbon de the decoration

Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato' Sri

Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) – Dato' Seri

Commemorative Medal on the Occasion of the Coronation of H.M. King Rama X

Commemorative Medal on the Occasion of the 60th Birthday Anniversary of H.R.H. Prince Maha Vajiralongkorn

Knight Grand Commander of the Order of the Life of the Crown of Kelantan (SJMK) – Dato'

State Council Opening Commemorative Medal 1939 - Pingat Peringatan Pembukaan Dewan Tinggi 1939

Recipient of the Distinguished Conduct Medal (PPT)

Knight Commander of the Order of the Defender of State (DPPN)

Commander of the Order of the Defender of State (DGPN)

Officer of the Order of the Defender of State (DSPN)

Grand Commander of the Premier and Exalted Order of Malacca

Ribbon bars of Perak

Sword of the Founder Sheikh Jassim bin Mohammed bin Thani

Recipient of the Sandhurst Medal

  • His Excellency Sayyid Badr bin Saud bin Harab Al Busaidi
  • Supreme Order of Sri Mahawangsa Darjah Utama Sri Mahawangsa Yang Amat di-Hormati
  • State of Kedah Distinguished Service Star (BCK, 1970)
  • Recipient of the Royal Family Order or Star of Yunus
  • Knight Grand Commander of the Order of the Crown of Perlis or Star of Safi (SPMP) with title Dato' Seri

Meester in de Rechten (Mr.) Zulkhairy bin Zulfakar

Di Kesultanan Johor, terdapat dua jawatan yang menggunakan gelaran Temenggung iaitu Raja Temenggung Muar dan Temenggung Johor. Para Sultan Johor Moden juga berasal daripada keturunan Temenggung bermula dari Temenggung Seri Maharaja Abu Bakar yang mula memakai gelaran Sultan pada tahun 1885. Kesultanan-kesultanan yang pernah menerima pengaruh Melaka juga menggunakan gelaran Temenggung sebagai gelaran pembesar mereka dengan fungsi yang hampir sama seperti Kesultanan Perak, Kesultanan Pahang dan Kesultanan Terengganu.

Gelaran Temenggung di setiap negeri Melayu Malaysia pada masa ini:

Negeri Gelaran Penyandang
 Johor Tunku Temenggong Johor YAM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim
 Kedah Tunku Temenggong Kedah YAM Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
 Kelantan Tengku Temenggong Kelantan YBM Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
 Pahang Tengku Arif Temenggong Pahang YAM Tengku Fahd Mua'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
 Perlis Tengku Sharif Temenggong Perlis YAM Syed Amir Zainal Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
 Selangor Tengku Aris Temenggong Selangor Kini Kosong
 Terengganu Tengku Sri Temenggong Raja Terengganu YAM Tengku Badrul Hisham Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Temenggong ialah gelaran tertinggi bagi ketua masyarakat di bahagian di Sarawak mengikut kaum. Misalnya, terdapat Temenggong bagi masyarakat Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu..[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. m/s. 11. ISBN 9991734228.
  2. ^ Ketua Masyarakat Kuching