Pergi ke kandungan

Tengku Baharuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Amat Mulia
Brigedier Jeneral Dato’ Seri
Tengku Baharuddin Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
DK II, SSMT (Terengganu)
Yang Amat Mulia Tengku Sri Temenggung Raja
KeputeraanTengku Badrul Hisham @ Baharuddin bin Tengku Mahmud
(1976-12-20) 20 Disember 1976 (umur 47)
Terengganu, Malaysia
PasanganNoor Intan Zurina binti Noor Mohamed (k. ; c. )
YBhg. To' Puan Seri Nabilah Khan binti Mahmud Khan (k. 2016)
AnakandaTengku Muhammad Ashman
Tengku Muhammad Ariesh
Tengku Muhammad Ozaer
Tengku Muhammad Adreez
Tengku Muhammad Mahmud Akbar Nasreddine Haqqani
Nama diraja
Tengku Baharuddin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
AyahandaSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
BondaCik Khadijah
AgamaSunni Islam

Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (diputerakan 20 Disember 1976) ialah Tengku Sri Temenggung Raja. Beliau merupakan adinda kepada KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Tengku Baharuddin diputerakan pada 20 Disember 1976 di Terengganu. Beliau adalah anakanda kepada Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu bersama Cik Khadijah.

Tengku Baharuddin memiliki sijil dalam Pengurusan Hotel dari Singapore Hotel and Tourism Education Centre (SHATEC) pada tahun 1994 sebelum melanjutkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan dan Perniagaan Pelancongan (Pemasaran) di University of De Montfort, United Kingdom pada tahun 1996.[1]

Tengku Baharuddin adalah Pengarah beberapa Anak Syarikat Kumpulan dan juga menganggotai Lembaga Pengarah Syarikat Swasta. Beliau adalah bekas pengarah Haison Resource Bhd dari 2008 hingga 2016.[2]

Darjah kebesaran

[sunting | sunting sumber]

Tengku Baharuddin telah dikurniakan:

  1. ^ Terengganu Silica
  2. ^ Straits Inter Logistics
  3. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".