Surah Al-Ma'idah
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Surah Al-Maa’idah - (Hidangan) سورة المائدة - mempunyai 120 ayat; termasuk golongan dalam surah Madaniyyah. Sekalipun ada ayatnya yang turun di Mekah, namun ayat ini diturunkan selepas Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah, iaitu pada waktu haji wadaa'. Surah ini dinamakan Al Maa'idah (hidangan) kerana memuatkan kisah pengikut-pengikut setia Nabi Isa a.s. meminta kepada Nabi Isa a.s. agar Allah menurunkan untuk mereka Al Maa'idah (hidangan makanan) dari langit (ayat 112). Dan dinamakan Al Uqud (perjanjian) kerana kata itu terdapat pada ayat pertama surah ini dimana Allah menyuruh agar hamba-hamba-Nya memenuhi janji mereka terhadap Allah dan perjanjian-perjanjian yang mereka buat sesamanya. Dinamakan juga Al Munqidz (yang menyelamatkan), kerana akhir surat ini mengandungi kisah tentang Nabi Isa a.s. penyelamat pengikut-pengikut setianya daripada azab Allah.
Isi Kandungan
1. Keimanan: Bantahan terhadap orang-orang yang mempertuhankan Nabi Isa a.s.
2. Hukum-hukum: Keharusan menunaikan janji; hukum melanggar syiar Allah; makanan yang dihalalkan dan diharamkan; hukum mengahwini ahli kitab; wuduk; tayamum; mandi; hukum membunuh orang; hukum mengacau dan mengganggu keamanan; hukum qisas; hukum melanggar sumpah dan kafaaratnya; hukum memburu binatang pada waktu ihram; hukum persaksian dalam berwasiat.
3. Kisah-kisah: Kisah-kisah Nabi Musa a.s. menyuruh kaumnya memasuki Palestin; kisah Habil dan Qabil, kisah-kisah tentang Nabi Isa a.s.
4. Dan lain-lain: Keharusan bersifat lemah lembut terhadap sesama mukmin bersikap keras terhadap orang-orang kafir; penyempurnaan Agama Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.; keharusan bersikap jujur dan berlaku adil; sikap dalam menghadapi berita-berita bohong; akibat berkawan rapat dengan orang yang bukan muslim; kutukan Allah terhadap orang-orang Yahudi, kewajipan rasul hanya menyampaikan agama; sikap Yahudi dan Nasrani terhadap orang Islam; Kaabah panduan hidup manusia; peringatan Allah supaya meninggalkan amalan Arab jahiliyah; larangan-larangan terhadap pertanyaan-pertanyaan yang mengakibatkan kesempitan dalam agama.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Surah Al-Ma'idah // QuranAcademy.org
Wikisource mempunyai teks ayat suci Al-Quran beserta terjemahan bagi: |
Surah Sebelumnya: Surah An-Nisaa’ |
Al Quran (القــرآن الكـــريم) | Surah Berikutnya: Surah Al-An’aam |
Surah 5 |