Surah Al-Ikhlas
Sūrah Al-Ikhlāṣ سورة الإخلاص | ||||
---|---|---|---|---|
Surah 112 dalam al-Quran | ||||
Maklumat surah | ||||
Erti nama surah | Keikhlasan | |||
Nama alternatif (dalam bahasa Arab) | (Sūrah Al-Tawḥīd) سورة التوحيد | |||
Nama lain | Kesatuan, Keesaan Tuhan, Agama Tulus, Perisytiharan Kesempurnaan [Allah] | |||
Juz' | 30 | |||
Pembahagian |
| |||
Susunan dalam mashaf | ||||
Kedudukan | 112 | |||
| ||||
Penurunan surah | ||||
Pengelasan | Makkiyah | |||
Kandungan | ||||
Teks surah | Sura112.pdf | |||
Terjemahan | ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Sūraṯ al-Ikhlāṣ (Arab: سورة الإخلاص ) (Yang Ikhlas), atau Sūraṯ al-Tawḥīd (Arab: سورة التوحيد ) (Monoteisme) adalah surah ke-112 dalam al-Quran. Ia merupakan penyataan ringkas tauhid, keesaan mutlak Allah, yang terdiri daripada 4 ayat. Al-Ikhlas bererti "kesucian" atau "penulenan", yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme dan kemusyrikan. Ini adalah satu-satunya surah dalam al-Quran yang namanya tidak hadir atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri.
Status surah ini diperdebatkan apakah ia sebuah surah Makkiyah atau Madaniyah. Yang pertama tampaknya lebih mungkin, terutama kerana ia seperti menyentuh secara tidak langsung hal Bilal, yang, ketika dia sedang diseksa oleh tuannya yang kejam, berulang kali mengatakan "Ahad, Ahad! "(Tunggal, merujuk kepada Allah). Hal ini dilaporkan dari Ubay ibn Ka'ab yang terungkap setelah kaum musyrikin bertanya "Wahai Muhammad! Beritahu kami garis keturunan Tuhanmu."
Pengenalan dan ringkasan pada Surah Al-Ikhlas
[sunting | sunting sumber]Surah ini meringkaskan dalam empat ayat tentang keilahian dan keesaan Tuhan (Allah).
Surat Ikhlas dikenali sebagai Surah Pelindung.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikatJibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walamyakullahu kufuwanahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran"
Dalam kitab Sa'adatul Darain, Rasulullah SAW bersabda " Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah kefakiran penghuni rumah dan tetangganya" (HR At-Tabrani dan Ibnu Mas'ud).
Imam Hambali rahimahullah berkata, barangsiapa yang melalui kawasan perkuburan dan menghadiahkan 11 kali surah Al-Ikhlas kepada penghuni kubur itu, maka ia akan dapat pahala sebanyak mana mayat yang ditanam disitu.
Tulisan, transliterasi & terjemahan bahasa Arab
[sunting | sunting sumber]Bahasa Arab:
بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ١
اللَّهُ الصَّمَدُ ٢
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ٤
Transliterasi:
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
- Qul huwa Allahu ahad
- Allahus-samad
- Lam yalid walam yulad
- Walam yakun lahu kufuwan ahad
Terjemahan:[1]
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang
- Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
- Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
- Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
- Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
[Nota] Harus diingatkan bahawa al-Qur'an pada asalnya tidak bertulis, dan ayat/surah tidak pernah bernombor. Namun untuk keselesaan para penganut, nombor-nombor ini secara tradisionalnya dicetak. Begitu juga dengan kalimah Bismillah yang ditulis pada awal (hampir) setiap surah. Ia bukanlah sebahagian daripada surah al-Ikhlas, namun dicetak kerana telah diperintahkan dalam al-Quran untuk memulakan membaca / melafazkan al-Quran dengan nama Allah.
Bacaan qiraat
[sunting | sunting sumber]Dalam surah ini, terdapat 6 jenis bacaan. Kalimah yang terlibat ialah كُفُوًا أَحَدٌ.
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) اللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُؤًا أَحَدٌ (٤)
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) اللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُؤَنَ حَدٌ (٤)
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) اللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ (٤)
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) اللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفْؤًا أَحَدٌ (٤)
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) اللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفْؤَنَ حَدٌ (٤)
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) اللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُؤًا ۜ أَحَدٌ (٤)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sura Al-Ikhlass DEED-IIUM.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Khasiat Surah Al-Ikhlas
- Surah Al-Ikhlas // QuranAcademy.org
Surah Sebelumnya: Surah Al-Lahab |
Al Quran (القــرآن الكـــريم) | Surah Berikutnya: Surah Al-Falaq |
Surah 112 |