Pergi ke kandungan

Surah Al-A’laa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Surah Al-A'laa (Arab: سورة الأعلى) ialah surat ke-87 dalam al-Quran. Surat ini tergolong surat Makiyyah yang terdiri atas 19 ayat. Dinamakan Al A’laa yang bererti "yang paling tinggi" diambil dari perkataan Al A’laa yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Muslim meriwayatkan dalam kitab Al Jumu'ah, dan diriwayatkan pula oleh Ashhaabus Sunan, dari Nu'man ibnu Basyir bahawa Rasulullah s.a.w. pada solat dua hari Raya (Fitri dan Adha) dan solat Jumaat membaca surah Al-A´laa pada rakaat pertama, dan Surah Al-Ghaasyiah pada rakaat kedua.

Isi kandungan

[sunting | sunting sumber]
  • Perintah Allah untuk bertasbih dengan menyebut namaNya.
  • Nabi Muhammad s.a.w. sekali-kali tidak lupa pada ayat-ayat yang dibacakan kepadanya.
  • Jalan-jalan yang menjadikan orang berjaya hidup dunia dan akhirat.
  • Allah menciptakan, menyempurnakan ciptaanNya, menentukan kadar-kadar, memberi petunjuk dan melengkapi keperluan-keperluannya sehingga tercapai tujuannya.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah At-Taariq
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Ghaasyiah
Surah 87