Kawasan tersuci dalam Islam
Penampilan
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Kawasan tersuci dalam Islam ada tiga iaitu Kaabah dalam Masjid al-Haram di Mekah yang dikira sebagai tempat paling suci, diikuti Masjid Nabawi di Madinah, dan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis. Ketiga-tiga kawasan tersuci ini disebut secara langsung dalam al-Quran.[1][2][3][4][5][6]
Di samping itu, bagi pengikut Syiah, selepas ketiga-tiga kawasan tersebut, terdapat beberapa lagi kawasan yang dianggap suci seperti Masjid Imam Ali di Najaf, Makam Imam Husain di Karbala, Makam Fatimah di Qom.
Terdapat beberapa lagi kawasan suci yang terdapat di Mekah di kawasan Muslim mengerjakan ibadah Haji seperti Bukit Arafah dan Muzdalifah.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Trofimov, Yaroslav (2008), The Siege of Mecca: The 1979 Uprising at Islam's Holiest Shrine (dalam bahasa Inggeris), New York, m/s. 79, ISBN 978-0-307-47290-8
- ^ Quran 9:25–129
- ^ Quran 33:09–73
- ^ Quran 63:1–11
- ^ Michigan Consortium for Medieval and Early Modern Studies (1986). Goss, V. P.; Bornstein, C. V. (penyunting). The Meeting of Two Worlds: Cultural Exchange Between East and West During the Period of the Crusades. 21. Medieval Institute Publications, Western Michigan University. m/s. 208. ISBN 0918720583.
- ^ Quran 48:22–29
- ^ Geomatika Advanced Solutions (6 June 2016). Atlas of MAKKAH, Dr. Osama bin Fadl Al-Bahar: Makkah City. Bukupedia. pp. 104–. GGKEY:YLPLD6B31C2.