Pergi ke kandungan

Sudirman (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sudirman Haji Arshad

DSAP (Pahang); JMN, AMN; AMP (Pahang)
سوديرمن حاج ارشد
Kelahiran
Sudirman bin Arshad

(1954-05-25)25 Mei 1954
Meninggal dunia22 Februari 1992(1992-02-22) (umur 37)
Kuala Lumpur, Malaysia
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh, Pahang
Nama lainSudir
PendidikanIjazah Sarjana Muda Undang-Undang
Pusat pendidikanUniversiti Malaya (UM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, penulis, pengarah, ahli perniagaan
Tahun aktif1976–1992
Kampung asalKampung Chengal, Temerloh, Pahang
PangkatPenghibur Nombor 1 Asia
PasanganKamariah "Kay" Jamaluddin (k. 1981; c. 1984)
Ibu bapa
  • Haji Arshad bin Haji Hassan (bapa)
  • Hajah Romlah binti Haji Dahalan (ibu)
  • Hajah Mariam binti Haji Mohamad (ibu tiri)
Saudara
  • Dr Haji Razman Azrai Datuk Haji Zainudin (Atai, anak saudara)
Keluarga
  • Haji Zhainnuddin Haji Arshad (abang)
  • Datin Hajjah Rodziah Haji Arshad (kakak) - (Datuk Haji Zainudin)
  • Haji Amran Haji Arshad (abang)
  • Haji Basir Haji Arshad (abang)
  • Datuk Dr Haji Roslan Haji Arshad (abang)
  • Hajjah Roaini Haji Arshad (kakak)
  • Haji Baharom Haji Arshad (adik lelaki sebapa)
  • Hajjah Maslina Haji Arshad (adik perempuan sebapa)
ProfesionPeguam
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Warnada Records
EMI Music Malaysia
Pengkarya berkait

Dato' Sudirman Haji Arshad, DSAP, JMN, AMN, AMP (Jawi: سوديرمن حاج ارشد), juga dikenali sebagai Sudirman (25 Mei 1954 – 22 Februari 1992) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia.[1][2][3][4] Beliau telah memulakan kerjayanya dalam bidang muzik apabila dinobatkan sebagai juara Bintang RTM pada Ogos 1976. Selain itu, beliau juga ialah satu-satunya pemegang gelaran "Penghibur Nombor 1 Asia" (pada 19 Mac 1989) dari Pahang sebelum kehadiran Siti Nurhaliza. Di samping itu, terdapat juga gelaran yang lain untuk beliau seperti "Penghibur Milik Masyarakat", "Seniman Rakyat" dan "Elvis Malaysia".

Dilahirkan di Temerloh, Pahang, Sudirman mula menunjukkan minat terhadap bidang muzik pada usia muda. Dari kecil, beliau ialah seorang penghibur semulajadi yang sering menyanyi untuk ahli keluarga dan jiran-jirannya. Selain sebagai penyanyi dan penghibur, beliau juga mempunyai pelbagai kebolehan sebagai seorang penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), kartunis, usahawan dan pelakon.[5][6][7] Sewaktu zaman kegemilangannya, Sudirman dikenali sebagai penghibur yang terkenal di Malaysia dan disanjungi seluruh Asia.[8] Kemasyhurannya mengilhamkan sesetengah pihak menggelarkannya penyanyi yang ligat.[9] Beliau turut berjinak-jinak dalam bidang lakonan dengan melakonkan watak utama sebagai Tookoo dalam filem KAMI (1982), yang merupakan satu-satunya karya lakonannya. Dikenali dengan memiliki tenor yang jelas dengan keluasan liputan yang mengejutkan dan kawalan dinamik terutamanya pada tahap tinggi yang melampau, suara Sudirman serta-merta dapat dikenali setiap kali salah satu lagunya dimainkan di radio atau televisyen tempatan.[10] Beliau juga terkenal sebagai penyanyi yang menerapkan nilai-nilai positif dan semangat patriotik melalui lagu-lagunya.

Sepanjang 16 tahun kerjayanya dalam industri seni suara tanah air, Sudirman telah merakamkan 15 album studio, 52 album kompilasi dan puluhan lagu hitsnya serta memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa. Sudirman meninggal dunia pada 22 Februari 1992 selepas tujuh bulan bertarung dengan penyakit radang paru-paru pada usia 37 tahun.[11] Pada tahun 2009, 17 tahun selepas pemergiannya, beliau telah dikurniakan gelaran Dato' oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan pengiktirafan diwakili oleh kakaknya, Datin Rodziah Haji Arshad.[12][13]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Sudirman dilahirkan pada hari Selasa, 25 Mei 1954 di No. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang.[14] Beliau merupakan anak kepada Hajah Romlah binti Dahalan (26 Jun 1926–29 Mei 1959) dan Haji Arshad bin Haji Hassan (1 November 1915–18 November 1977).[15] Bapanya mendapat ilham untuk menamakan beliau sebagai "Sudirman" dengan mengikut sempena nama seorang pahlawan dari Indonesia, Soedirman kerana mahukan anaknya menjadi seorang pahlawan yang hebat. Beliau juga mesra disapa sebagai "Diman" oleh ahli keluarganya. Ibu bapanya pernah menjual kain ela dan pakaian. Ibunya juga mengambil upah untuk membuat sulaman dan membuka kelas jahitan. Banyak peniaga di sekitar kawasan pekan sering mengambil upah daripada ibunya.

Selain itu, ibunya juga seorang wanita yang aktif dalam arena politik sebagai Ketua Kaum Ibu UMNO (perhubungan Negeri Pahang) dan Wakil Rakyat Pertama (1955) mewakili kawasan Triang (bahagian Temerloh).[15] Romlah sering tiada di rumah kerana aktif berpolitik dan Sudirman amat merindui ibunya.[16] Ibunya telah meninggal dunia pada tahun 1959 pada usia muda iaitu 33 tahun, setelah menghidap penyakit kanser pangkal rahim,[15] empat hari selepas Sudirman meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-5. Bapanya ialah pengurus Syarikat Bas Temerloh dan juga seorang ahli politik UMNO sebagai Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran di Temerloh, Pahang.[15] Selepas kematian isterinya, bapanya berkahwin dengan Hajah Mariam binti Mohamad yang berasal dari Kampung Dala, Lancang. Pasangan ini telah dikurniakan dua orang anak iaitu Baharom dan Maslina.[17] Bapanya, Haji Arshad meninggal dunia pada tahun 1977, pada usia 62 tahun (lahir 1915) diikuti dengan ibu tirinya, Hajah Mariam pada tahun 1999 (lahir 1931) pada usia 68 tahun (tujuh tahun selepas kematian beliau, ketika itu masih hidup semasa pengebumiannya), malah kedua-dua mereka sempat untuk melihat kejayaannya yang kian meningkat, walaupun ibunya meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim pada usia dewasa muda semasa beliau kecil.

Sudirman ialah anak bongsu (tetapi mendapat dua orang adik beradik tiri sebapa yang lain selepas bapanya berkahwin lagi, iaitu Baharom dan Maslina) kerana beliau juga mempunyai adik beradik kandung sebapa seibu yang lain iaitu Datuk Zainudin (meninggal dunia 2015), Datin Rodziah (Rudiah), Amran (meninggal dunia sewaktu kecil), Basir (Morni), Datuk Dr. Roslan dan Roaini. Sejak kecil, Sudirman sering menyanyi di mana sahaja. Di sekolah pula, beliau menyertai pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Beliau minat bersukan, senang berpidato dan setiap waktu di perpustakaan.

Sudirman bersama rakan sekelasnya

Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah Abu Bakar di Mentakab, Pahang (1963–1968), Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia di Temerloh, Pahang (1969–1971) sehingga beliau menamatkan Tingkatan 3 dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar di Kuantan, Pahang (1972–1975) sehingga beliau menamatkan Tingkatan 6.[18] Sebelum memasuki Tingkatan 6, beliau menjalani kursus persediaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM; dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA atau ITM), Petaling Jaya. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi menolak tawaran itu.

Sudirman merupakan pelajar gred A di sekolahnya dan pada tahun 1975, beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.[19][20] Teman wanitanya ketika itu, Kamariah Jamaluddin (Kay) juga mendaftarkan dirinya di UM sebagai pelajar jurusan sosiologi.[19] Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di UM.[21] Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga.[22] Pada tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984.[23][24] Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.[25][26]

1976–1979: Penglibatan awal

[sunting | sunting sumber]
Sudirman semasa membuat persembahan di Bintang RTM 1976

Semasa menuntut di Universiti Malaya (UM), Sudirman dan rakan sekuliahnya, Kamariah Jamaluddin mengetahui tentang pertandingan Bintang RTM yang akan diadakan bagi mencari bakat baharu dalam industri hiburan tanahair.[27]

Pada peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan seperti "seluar pinjam..." apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar yang menggeleber yang dipakainya. Para penonton menyukai caranya yang berterus terang. Beliau mendendangkan lagu "Jali Jali", sebuah lagu klasik dari Indonesia. Para penonoton telah melihat dengan jelas sekali bahawa suaranya memang unik.

Semasa mara ke peringkat akhir, Sudirman menyanyikan dua lagu yang dipilih dengan teliti dan amat berbeza, "Seruling Bambu" nyanyian asal Jeffrydin dan "Cabaret" nyanyian asal Liza Minnelli.[27] Beliau berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Dewan Pay Fong, Melaka pada 11 Ogos 1976.[27] Kejayaan Sudirman di Bintang RTM melonjakkan beliau ke puncak kemasyhuran.[28] Selepas tamat Bintang RTM, Sudirman menerima kontrak rakaman dengan syarikat rakaman, Warnada yang dimiliki dan diuruskan oleh Din Osman, seterusnya merakamkan EP sulungnya, Teriring Doa dengan menampilkan Kamariah sebagai model untuk kulit albumnya. Semasa merakamkan Teriring Doa, beliau bertemu dengan penulis lirik, Habsah Hassan yang menjadi orang penting dalam kehidupan dan kerjayanya.[29]

Dikeluarkan pada Disember 1976, Teriring Doa memuatkan sebanyak 4 lagu. Lagu "Surat Ku Yang Ini" menampilkan dialog Fadzillah Hassan, hasil ciptaan Din Osman, manakala lagu "Seruling Bambu" yang pernah dinyanyikan oleh beliau semasa peringkat akhir Bintang RTM, dirakamkan semula untuk EP ini. Tidak lama selepas ia dikeluarkan, Sudirman mengambil keputusan untuk meninggalkan Warnada kerana berasakan syarikat rakaman itu tidak dapat memenuhi kehendak dan cita-citanya.[30] Beliau kemudian menyertai syarikat rakaman antarabangsa, EMI.[31]

Di bawah EMI, Sudirman merakamkan album pertamanya, Aku Penghiburmu yang dikeluarkan pada 5 Oktober 1978. Album ini memuatkan sebanyak 12 lagu dan diterbitkan oleh Ahmad Nawab, S. Atan, Martin Periera dan Akbar Nawab. Dalam album ini, beliau memuatkan dua lagu, "Mama" dan "Maya" yang masing-masing ditujukan kepada biduanita negara, Saloma dan gadis sesekolahnya (yang namanya bermula dengan huruf "M"). Lagu "Mama" pernah didendangkan oleh beliau dalam rancangan Dendang Sudirman. Selain itu, beliau pernah mengadakan persembahan bersama Rozita Rohaizad di The Paddock, Hotel Hilton selama seminggu.[32]

Setahun kemudian, Sudirman merakamkan album keduanya bersama EMI, Perasaan. Dikeluarkan pada Julai 1979, album ini turut menyaksikan Sudirman menyumbangkan tenaganya untuk 4 lagu, termasuk lagu "Anak Dunia" yang diterbitkan untuk Tahun Antarangsa Kanak-Kanak Sedunia. Pada September tahun yang sama, Sudirman mengumumkan akan bersara dari kerjayanya sebagai penyanyi kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya baharunya selepas tamat belajar di UM menjelang 1980.[33][34][35]

1980–1984: Puncak populariti

[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1980, Sudirman merakamkan dua album serentak. Dua albumnya ialah Anak Muda (dikeluarkan pada 3 April) dan Lagu Anak Desa (dikeluarkan pada 7 Ogos). Diterbitkan oleh S. Atan, kedua-dua album ini mendapat sambutan yang baik di pasaran sekaligus melayakkan Sudirman menerima dua keping rekod emas. Penjualan untuk Anak Muda telah melebihi 25,000 unit manakala Lagu Anak Desa telah mencapai jualannya sebanyak 32,000 unit.[36]

Pada 15 April 1981, Sudirman melancarkan album kelimanya, Lagu Dari Kota. Bagi mempromosikan album ini, dua lagu telah dikeluarkan sebagai single – "Chow Kit Road! Chow Kit Road!" dan "Ayah & Ibu".[37] Ini kemudian diikuti oleh album bahasa Inggeris sulungnya, Twinkle Twinkle Little Star yang dikeluarkan pada September 1981.[38][39][40]

Pada 6 Februari 1982, Sudirman kemudian melancarkan album patriotik, Abadi yang memuatkan lagu-lagu patriotik seperti "Warisan", "Punch Card", "Kehadiranku", "31 Ogos" dan "Tegakkan Bendera Kita". Bagaimanapun, album itu tidak mendapat sambutan sebagaimana album komersilnya yang lain.[41] Pada Mac tahun yang sama, Sudirman bersama Saloma menerima kontrak menyanyi ikut Orkestra Tentera Darat mengelilingi seluruh Malaysia.

Sudirman turut berkecimpung dalam bidang lakonan, dengan membintangi filem Kami arahan Patrick Yeoh. Ia mengisahkan tentang dua anak yatim, Tookoo dan Din yang meninggalkan kampung halaman mereka untuk ke Kuala Lumpur bagi meneruskan kelangsungan hidup. Lagu tema filem ini, "Pelangi Petang" ciptaan Kassim Masdor dan lirik oleh Sudirman sendiri, menjadi siulan peminat. Filem ini turut dibintangi oleh bekas pelakon kanak-kanak, Zul Zamrin Zamanhuri.[42][43] Skrip filem ini pada asalnya ditulis dalam bahasa Inggeris, namun Sudirman menterjemahkan skrip itu dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu kerana beliau mahukan loghat Pahang dan cadangannya dipersetujui oleh pengarahnya, Yeoh. Sudirman menyifatkan filem ini sebagai karya peribadinya.[43] Ditayangkan pada 17 Mei 1982, Kami merupakan satu kegagalan komersial dan menerima ulasan negatif daripada pengkritik filem yang membandingkannya dengan gaya filem Hindi biasa.[43] Filem ini melayakkan Sudirman menerima pencalonan dalam kategori Bintang Harapan di Festival Filem Malaysia ke-3, tetapi tidak berjaya memenangi pertandingan tersebut.

Sudirman juga merupakan penyanyi Malaysia pertama membuat persembahan di The Paddock di Hilton Kuala Lumpur pada tahun 1983[44] dan pernah menjadi duta nyanyian untuk syarikat seperti Proton, Malaysia Airlines, Honda dan ahli kad perintis yang dihormati dengan Hong Leong Bank. Beliau terkenal dengan kepelbagaiannya dan menyanyikan lagu-lagu Melayu, India, Cina dan Inggeris dengan koreografi yang luar biasa. Malah beliau terkenal dengan melakar potret peminatnya sambil menyanyi.

Pada tahun 1984, Sudirman telah menerima undangan menjayakan Konsert Aidilfitri yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ia turut dijayakan oleh Anita Sarawak dan penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang. Artis lain yang turut terlibat ialah Rahimah Rahim, Elmi Salleh, Ali Ahmed Anuar, Halil Chik dan Broery Marantika.[45]

1985–1992: Kejayaan berterusan dan penghujung kerjaya

[sunting | sunting sumber]
Sudirman semasa menyanyikan lagu Pesta Dunia

Beliau pernah menyertai World ABU Song Contest yang diadakan di Singapura pada tahun 1985. Beliau mewakili Malaysia dan hanya berjaya mendapat tempat ke-5 daripada 14 peserta yang bertanding. Para peserta terdiri daripada 14 buah negara di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Indonesia, Korea, Australia, Sweden, Fiji dan beberapa negara yang lain. Beliau juga diiringi oleh komposer, Manan Ngah. Beliau membawakan lagu ‘‘Pesta Dunia’’, sebuah lagu ciptaan Manan Ngah manakala liriknya pula ditulis oleh Habsah Hassan. Perkara ini juga membawa kepada tercetusnya idea Habsah Hassan untuk menghasilkan lirik lagu ‘‘Salam Terakhir’’ apabila Sudirman meluahkan rasa hatinya dengan menyatakan bahawa dia tidak mungkin hidup lama.[46]

Beliau juga telah terpilih sebagai Penghibur Nasional 1985 oleh Persatuan Penerbit, Artis dan Karyawan Filem Nasional (PAKAR).[47] Kemudian, Sudirman muncul dengan album duet bersama Noorkumalasari bertajuk Wajah.[48][49]

Pada tahun 1986, Pelancongan Malaysia telah melantik beliau sebagai "Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia".[50] Semasa Persidangan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) yang ke-35 di Kuala Lumpur, beliau menyanyikan lagu "Cintai Malaysia, Kenali Malaysia" (To Know Malaysia Is To Love Malaysia) ciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat. Lagu ini juga menjadi lagu tema semasa kempen Tahun Melawat Malaysia.[51][50]

Chow Kit dipenuhi kira-kira 100 ribu orang yang mahu menyaksikan persembahan Sudirman pada tahun 1986

Pada 15 April 1986, Sudirman menempa nama di dalam The Malaysia Book of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya memikat serta memukau hampir 100 ribu warga kota untuk berpusu-pusu membanjiri jalan itu. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah "Chow Kit Road! Chow Kit Road!" dan diakhiri dengan lagu patriotik sambil memakai bendera Malaysia.[52][53][54]

Jalan Chow Kit pada era Sudirman ialah tempat untuk golongan marhaen dan menjadi simbol untuk orang-orang kebanyakan yang juga peminat beliau. Maka, konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel atau dewan untuk suatu konsert. Perkara ini juga telah memberitahu kita bahawa beliau bukan seorang yang materialistik.[52][53] Mohd Zaman Khan, Ketua Polis KL ketika itu, kemudiannya berkata: "Orang ramai sangat banyak sehinggakan kami berdoa di pejabat supaya keadaan terkawal". Beberapa peminat pengsan di tengah-tengah orang ramai, ada yang lemas dan dikejarkan ke hospital. Peminat dilihat bukan sahaja di jalan tetapi di atas bumbung dan pokok. Akhbar tabloid Inggeris The Star, menulis bahawa "Kuala Lumpur terhenti dan ia tiada kaitan dengan kemelesetan, tetapi dengan seorang lelaki, penghibur terkemuka Malaysia, persembahan yang menggembirakan dan malam yang paling diingati".[52]

Sudirman merupakan antara barisan penyanyi-penyanyi terkenal yang membuat persembahan di Konsert Pop, Pesta Hari Kebangsaan, di Kallang dari 7 hingga 10 Ogos 1987. Beliau yang diundang khas oleh Persatuan Rakyat (PA), menyanyikan beberapa lagu pada hari kedua konsert dengan iringan daripada pemuzik dan penyanyi latar daripada kumpulannya sendiri.[55][56]

Sidang media oleh Sudirman

Pada 19 Mac 1989, Sudirman telah dinobatkan sebagai "Penghibur Nombor 1 Asia" di Asian Popular Music Awards. Acara anugerah ini diadakan bersama-sama dengan Anugerah Festival Muzik Saleem yang berlangsung di Royal Albert Hall, London. Beliau merupakan penyanyi yang pertama dari Malaysia yang pernah memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong (Leslie Cheung), Filipina (Kuh Ledesma), Singapura (Anita Sarawak), China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Thailand.[57] Dalam pertandingan tersebut, beliau telah menyanyikan dua buah lagu Inggeris "One Thousand Million Smiles" dan "Send In The Clown" dengan menggayakan aksi lucu ala-ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan serta membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil dari negara lain yang lebih hebat popularitinya.[58][59][60]

Lagu "One Thousand Million Smiles" dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Proses rakaman lagu itu dibuat di Studio Abbey Road, tempat rakaman album bagi penyanyi berpengaruh seperti The Beatles. Lagu ini dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[60][61] Album studio terakhirnya, Asia’s No. 1 Performer dikeluarkan tidak lama kemudian. Diterbitkan bersama oleh M. Nasir, Manan Ngah, Fauzi Marzuki dan Michael Veerapen, album ini mengandungi 10 lagu termasuk sebuah lagu duet bersama Anita Sarawak bertajuk "Bercanda di Pasiran Pantai".[62]

Setahun sebelum pemergian beliau ke Rahmatullah, Sudirman sempat mengadakan konsert sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 9 Mac 1991 di Melaka. Konsert patriotik ini sungguh istimewa di mana selain menyampaikan lagu-lagu patriotik, Sudirman yang berkebolehan menyanyikan pelbagai bahasa mempersembahkan koreografi menarik yang turut dijayakan oleh para peminat pelbagai bangsa ketika menyampaikan lagu Kantonis yang bermaksud "I’m A Singer", dan lagu Tamil bertajuk "Puthiya Vaanam".[41] Pada Julai 1991, Sudirman mengadakan konsert terakhirnya di Butterworth, Pulau Pinang.[63]

Beliau pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penerbit filem. Menjelang penghujung usianya, Sudirman memberitahu bahawa beliau telah menyiapkan skrip filem Primadona dan bercita-cita untuk menjadi penerbit dan pengarahnya. Malangnya, hasratnya itu tidak kesampaian.[64]

Persembahan

[sunting | sunting sumber]

Sudirman merupakan seorang artis yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Beliau lincah dengan persembahan di pentas, sesuatu yang kurang kelihatan pada zamannya, dan memiliki pelbagai koleksi pakaian beraneka fesyen yang digunakan sewaktu persembahan. Sudirman pernah muncul dalam acara penutup Sukan SEA 1989 yang diadakan di Kuala Lumpur dengan penampilannya berbeza, beliau mengenakan baju bendera sambil mengibarkan Jalur Gemilang (ketika itu Bendera Malaysia) yang besar.[65]

Semasa Pertandingan Juara Lagu TV3 1987, Sudirman memenangi Anugerah Persembahan Terbaik kerana persembahannya begitu menyayat hati sewaktu mendendangkan lagu "Merisik Khabar" dengan petikan pemetik api simbolik beliau. Malah beliau merupakan satu-satunya seniman yang boleh menyanyi dengan fasih pelbagai bahasa (bahasa Inggeris, Tamil, Cina dan Hindi) serta mengubah lagu sehingga berjaya mencuri hati setiap golongan masyarakat.

Sudirman & The Girls

Sepanjang persembahannya, Sudirman diiringi band pengiringnya (The Glue), kumpulan penari (The Girls) dan penyanyi latar (The Giggles). Biarpun sibuk dan sudah dikenali, beliau masih meluangkan masa untuk belajar vokal dari penyanyi klasik terkenal bernama Florence Fong.

Sudirman juga seorang yang bijak bekerja. Beliau bekerjasama dengan penerbit, suka berkongsi idea dengan penerbit untuk menghasilkan yang terbaik. Beliau memiliki kreativiti yang amat besar. Dengar saja penghayatan lagu yang dinyanyikannya. Beliau juga amat unik dengan penjiwaan di atas pentas. Bukan saja kerana nyanyian beliau, tapi tingkah lakunya yang sungguh terbuka, bekerja keras, menghormati seni dan rakan-rakannya dikagumi menjadikannya seorang insan istimewa.

Kejayaan Sudirman sebagai penghibur itu juga tidak dapat lari dengan lagu-lagu popular gubahan komposer terkenal seperti Datuk Ahmad Nawab, Ooi Eow Jin, S. Atan, Manan Ngah, Osman Ghani, Kassim Masdor dan M. Nasir, selain lirik puitis oleh Habsah Hassan menerusi luahan rasa sebenar penyanyinya. Habsah turut menulis skrip untuk Sudirman semasa membuat persembahan rancangan RTM dan majlis makan malam.

Beliau juga aktif di dalam Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) dan dilantik menjadi Timbalan Presiden PAPITA untuk satu penggal. Semasa hayatnya, Sudirman sangat mengutamakan pemilikan hak cipta. Beliau mempertahankan nama dan haknya bagi memastikan tidak ada pihak ketiga mengambil kesempatan.[66]

Beliau mempunyai ramai kenalan rapat, diantaranya dari kalangan wartawan (Bahyah Mahmood, Intan Zabidin, Saodah Ismail, Ku Seman Ku Hussain, Fauziah Samad, Adam Salleh, Tajaiyah Ihsan, Fatimah Hassan, Mokhtar Alias, Mama Juwie, Huzz, Muzlina, Zubairi Zabidin) dan kalangan artis (Noor Kumalasari, Sharifah Aini, Anita Sarawak, Yusni Jaafar, Sarimah, Zaiton Sameon, Ramli M.S.).

Tema lagu

[sunting | sunting sumber]

Nama Sudirman sebagai penghibur rakyat yang berwawasan terus subur di hati para peminat. Lagu-lagu dendangannya berjaya menggambarkan kehidupan seharian rakyat serta memahami budaya dan cara hidup orang Malaysia.

Lagu-lagunya ada untuk pelajar sekolah, pekerja kilang, jururawat dan gadis desa seperti lagu "Pesan Abang", "Jamilah (Untuk Jururawat)", "Sepetang di Pinggir Bukit", "Orang Kampung" dan banyak lagi. Ada lagu sentimental berkisar kepada alam percintaan hingga kepada lagu-lagu berunsur nasihat, patriotik, keamanan sejagat dan mencintai Tuhan.

Anak Muda dan Anak Desa

[sunting | sunting sumber]

Sudirman memberikan nilai baru kepada kampung halaman apabila menyanyikan lagu "Hidup Sederhana (Basikal Tua)" dan "Anak Gembala" dengan tempo yang rancak dan girang.

Lagu seperti "Apa Khabar Orang Kampung" mengajak peminatnya supaya jangan lupa pada asal usul kita. Lagu "Balik Kampung" merupakan suatu kemestian bagi para perantau yang berpusu-pusu pulang ke kampung pada setiap menjelangnya hari raya, namun ia bukanlah pencetus keceriaan tetapi lebih kepada sentuhan rohani.

Ketika bermula era "siswazah menganggur", beliau terlebih dulu menyingkapkan dalam lagu "Aku Penganggur". Sekalipun lagu ini berentak rancak tetapi isu yang dilontarkan tentang stigma penganggur sampai kepada sasaran.

Lagu "Aku dan Duniaku" menceritakan Sudirman dengan dunia pilihannya, manakala lagu seperti "Baru Dapat Kerja", "Orang Muda" dan "Pulang Dari Kilang" adalah paparan mengenai jiwa dan perasaan orang muda, terutama yang baru bekerja.

Berunsur nasihat

[sunting | sunting sumber]

Lagunya mengajak masyarakat menghargai alam sekitar, menyedari kepentingan pendidikan, menghormati dan yakin pada diri sendiri, disiplin dan jangan mudah lupa asal usul atau jati diri.

Sudirman mengabadikan puisi nukilan Allahyarham J. M. Aziz iaitu "Penyu Menangis" yang sebenarnya mengenai rayuan seekor penyu agar manusia menghentikan pencemaran alam sekitar.[67]

Lagu "Pesta Dunia" mencela manusia-manusia di negara kaya yang membazirkan makanan dan memperpanjangkan kebuluran di negara-negara miskin. Pada tahun itu, lagu ini telah memenangi kategori lagu terbaik dan penyanyi terbaik di South East Asia Song Festival.

Manakala lagu-lagu seperti "8 Ke 4 ¼ (Punch Card)" dan "Chow Kit Road! Chow Kit Road!" bukan saja menghiburkan dan sedap didengar tetapi juga mempunyai mesej.

Semangat patriotik

[sunting | sunting sumber]
Sudirman dikenali sebagai seorang yang berjiwa patriotik

Sudirman pernah mencoretkan catatan pada kulit album dalam bentuk piring hitam yang bertajuk Abadi bahawa EMI dan penerbitnya ketika itu, S. Atan tidak yakin untuk menerbitkan album patriotik kerana bimbang masyarakat tidak dapat menerimanya. Tetapi demi kecintaannya kepada Malaysia, beliau berkata sekurang-kurangnya biarlah ada satu album patriotik untuk seumur hidupnya. Dalam album Abadi, terkandung lagu "Warisan", "8 Ke 4 ¼ (Punch Card)", "Kehadiranku", "31 Ogos" dan "Tegakkan Bendera Kita". Album itu tidak mendapat sambutan yang baik di pasaran sebagaimana album komersialnya yang lain. Namun, tidak siapa menyangka, album patriotik Sudirman itu mendapat perhatian sampai kini. Lagunya sering berkumandang setiap tahun ketika negara menyambut hari kemerdekaan.

Suara bangga dan kagum pada negara, agama dan bangsa serta tokoh pemimpin diluahkan oleh Sudirman menerusi lagu "Radio Malaysia", "Bapak" (ditujukan kepada Bapa Kemerdekaan, Y. T. M. Tunku Abdul Rahman), "Kul It!" (mengenai perpaduan kaum) serta "One Thousand Million Smiles".

Beliau turut menyanyikan lagu yang ditujukan khusus kepada Allahyarhamah Puan Sri Saloma berjudul "Mama".[68] "Mama (panggilannya kepada Saloma) tidak percaya bila saya membuka mulut meminta kebenaran untuk saya cipta lagu untuknya. Kata Mama, P. Ramlee enggan cipta lagu untuknya kerana Saloma ialah miliknya, dan tidak perlu cipta lagu lagi," kata Sudirman pada April 1983. Beliau meninggalkan lagu "Salam Terakhir" dan "Dari Jauh Ku Pohon Maaf" yang memberi makna besar kepada peminatnya.

Cabang lain

[sunting | sunting sumber]

Bidang penulisan dan kartunis

[sunting | sunting sumber]

Selain sebagai penyanyi, Sudirman turut berkecimpung dalam bidang penulisan dan berjinak-jinak sebagai kartunis.[69][70][71] Sewaktu hayatnya, selama 10 tahun, Sudirman menjadi kolumnis ruangan ‘Teringat-ingat’ dalam majalah hiburan URTV, terbitan Utusan Melayu. Beliau juga menjadi penulis tetap di Kumpulan Karangkraf. Tugasnya setiap hari ialah menulis dan melukis untuk majalah-majalah terbitan Karangkraf waktu itu seperti Bacaria, Nona, Media Hiburan, Mingguan Kanak-kanak dan Remaja. Idea itu ialah ideanya sendiri, lukisannya sendiri. Malah beliau turut menulis di Mingguan Malaysia dan menjadi kolumnis di beberapa buah akhbar mingguan tempatan, antaranya dia pernah menemuramah dan menulis riwayat hidup pahit getir perjuangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba di dalam sebuah akhbar tabloid.

Sejarah Awal Sudirman

[sunting | sunting sumber]
Sejarah Awal Sudirman

Sudirman telah menceritakan kisah-kisah awal hidupnya melalui buku kartun Sejarah Awal Sudirman yang diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf pada tahun 1991. "Berbagai-bagai keterangan mengenai saya telah disiarkan di lipatan majalah dan muka akhbar. Ada yang benar, dan ada yang tidak. Adatlah, apabila orang kedua bercerita, kadang-kadang ada yang terkurang dan ada juga yang terlebih kata. Tetapi buku ini cerita saya dan dari mata pena saya sendiri. Ceritanya tentu akan merantaikan diri saya. Tetapi tidak apa, kerana cerita ini cerita benar tentang diri saya. Buku ini merangkumi hidup saya dari saat kelahiran saya hingga Mei 1972..." Lat, pelukis kartun tanahair yang ulung, merupakan sumber inspirasi beliau.

Dari Dalam... Sudirman

[sunting | sunting sumber]
Dari Dalam... Sudirman

Cerita-cerita ini pertama kali disiarkan melalui ruangan Cetusan Rasa kelolaan Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang terbit seminggu sekali melalui akhbar BACARIA terbitan Karangkraf dari 5 Mei 1983 hingga 7 Ogos 1984. Edisi khas ini dibuat pada bulan Disember 1986 kerana Allahyarham ingin berkongsi luahan dan cerita untuk renungan bersama peminat yang menyayangi beliau.

Taming Si Budak Pintar

[sunting | sunting sumber]

Sudirman memenangi Hadiah Pertama dalam Mobil-Malaysian Association of Book Publishers Awards, anugerah bagi novel sastera kanak-kanaknya iaitu Taming Si Budak Pintar pada tahun 1995, yang memuatkan pelbagai cerita kanak-kanak bagi melahirkan kanak-kanak pintar. Anak saudaranya, Johana Era Zainuddin menerima anugerah tersebut bagi pihak beliau dari Datuk Peter Tinggom.[72][73]

Kerja amal

[sunting | sunting sumber]

Sudirman juga terkenal dengan kerja amalnya yang mana beliau membantu menjemput artis veteran dalam slot persembahan nyanyiannya selain memberikan sumbangan yang besar kepada mereka. Sedekah wang untuk masjid dan orang yang memerlukan seperti Yayasan Ozanam ialah sesuatu yang dilakukannya dengan rela hati. Semasa hayatnya, Sudirman juga aktif mencari kerja amal melalui Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA).

Keusahawanan

[sunting | sunting sumber]
Sudirman bersama minuman tin SUDI
Tiga perisa minuman tin SUDI iaitu Kola, Oren & Lemonade

Sudirman pernah menubuhkan Sudirman Usaha Dagang Industri (SUDI) Sdn Bhd dengan modal kira-kira RM3 juta, yang mengeluarkan minuman tin berkarbonat jenama SUDI. Kejayaannya dalam memasarkan SUDI telah mengangkat Sudirman sebagai pemenang Anugerah Pengusaha Muda. Minuman SUDI yang terkenal telah mengambil 5 peratus pasaran minuman karbonat dalam masa 6 bulan beroperasi (dengan bantuan majalah bisnes dan program TV dari Australia ke Hong Kong mengiklankan minuman SUDI).[74][41]

Pada 9 Mac 1991, Sudirman telah mengadakan konsert di tapak Expo Air Keroh, Melaka. Konsert percuma anjuran SUDI Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Melaka itu, bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai atas sambutan mereka terhadap minuman jenama SUDI.[75][76]

Atas inisiatifnya juga, beliau telah membuka Sudir Shoppe di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur dengan menjual beraneka barangan yang berkaitan dengan penampilan bintang popular dan cenderamata keluaran dirinya, termasuk cermin mata hitam yang fleksibel. Beliau juga merancang membuka 60 cawangan Sudir Shoppe di serata Malaysia menjelang akhir 1990.[77][78]

Syarikatnya merancang untuk mengeluarkan SUDI Rasa - iaitu makanan dalam tin seperti sardin, santan kelapa, buah-buahan, koktel dan mi segera. Ia dlaporkan ada juga rancangan untuk minyak masak, sos tomato dan sos cili istimewa. Beliau dikatakan memiliki restoran yang dinamakan Restoran Selera Sudi terletak berhampiran pejabat urusannya, Sudirman Productions di Taman Sri Hartamas.[79][80]

Pada tahun 1983, Sudirman menubuhkan syarikatnya Sudirman Productions dengan hanya seorang pekerja.[81] Empat tahun kemudian, Sudirman menghasilkan sebuah album berjudul Sahabat untuk anak saudara kesayangannya, Razman Azrai Zainudin (Atai) di bawah syarikatnya.[82] Beliau bersama pengurusnya, Mike Bernie Chin bercita-cita menerbitkan video yang merakam aksinya ketika konsert. Walau bagaimanapun pada Mac 1987, Mike Bernie mengundurkan diri daripada menjadi pengurus Sudirman setelah ia merasa Sudirman tidak dapat 'diurus' lagi. Kemudian Sudirman melantik Dharanee Dharan Kannan sebagai pengurusnya sehingga Jun 1991 apabila Dharanee meletakkan jawatan. Sejak itu Sudirman mahu mengurus sendiri semua kegiatan hiburannya.[83][84][85]

Sekitar Mei sehingga Jun pada tahun yang sama juga, Sudirman telah berusaha keras mencari rakan seperjuangannya, penyanyi bersuara manja dan unik, Uji Rashid untuk menerbitkan album baru buat Uji di bawah label Sudir Records. Beliau berpendapat suara Uji akan tiada duanya dan sukar ditiru oleh mana-mana penyanyi pun. Apakan daya, Uji sebenarnya berada di luar Kuala Lumpur untuk jangkamasa yang agak lama pada waktu itu atas komitmen sebuah drama swasta yang dijayakan beliau.[86][87]

Malangnya setelah Sudirman jatuh sakit tidak lama kemudian, perniagaannya - Sudirman Productions dan SUDI Sdn. Bhd. telah ditutup pada September 1991.[88][89]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]
Gambar perkahwinan

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya, pada 14 Februari 1981, Sudirman menamatkan zaman bujangnya apabila berkahwin bersama kekasih pilihan hati yang telah dikenali sejak kecil, Kamariah "Kay" Jamaluddin,[37][90][91] seorang gadis yang bekerja di Petronas yang juga teman sekampusnya di UM. Para peminat menyambut berita itu dengan gembira. Bagaimanapun, perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 26 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman di antara mereka. Pasangan ini juga tidak mempunyai cahaya mata.[92][93][94][95]

Selepas bercerai dengan Kay, Sudirman mengambil Suraj Kumar sebagai anak angkat bagi mengisi kekosongan jiwanya. Beliau berkata: "Saya tidak akan berkahwin untuk kali kedua. Jadi, anak angkatlah yang bakal mengisi kekosongan hati ini".[96]

Sahabat baik Sudirman, Noorkumalasari pernah berkata bahawa suasana malam di rumah Sudirman sangat sayu menjelang perpisahan antara mereka. "Apabila cerai dilafazkan mereka bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung," kata Noor yang menyaksikan sendiri perceraian Sudirman dan Kay.

Dalam majalah Utusan Filem dan Fesyen (UFF) melalui kolum "Masih Kuingat Lagi", beliau menulis dua perkara yang sangat memilukan hatinya. Pertama, kehilangan ibu pada usia yang sangat muda. Keduanya, perkahwinannya yang gagal.[97]

Sudirman merakamkan kedukaannya melalui pahit getir penceraian menerusi lagunya "Terasing" dan "Merisik Khabar", malah beliau turut mencipta lagu "Setiamu Tiada Lagi" dendangan Ibnor Riza. Setelah bercerai, Sudirman menumpukan seluruh tenaga kepada kerjayanya termasuk menulis, melukis, dan menubuhkan syarikatnya sendiri.[98]

Cicit Sudirman, Mikhail Raiyan Razman Adam, juga bergiat aktif dalam bidang muzik dan telah melancarkan single solo pertamanya, "Gerak Lu" pada 2019.[99]

Sakit dan kematian

[sunting | sunting sumber]
Pusara Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad di Tanah Perkuburan Islam Chengal, Temerloh, Pahang.

Pada 17 Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal, Kuala Lumpur selama 4 hari.[100][101][102] Beliau kemudian dipindahkan ke wad biasa hospital sama pada 20 Julai setelah keadaannya dilaporkan stabil.[103][104] Sudirman telah dilaporkan pengsan setelah terjatuh semasa membuat persembahan di Butterworth, Pulau Pinang.[105] Bagaimanapun, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi beliau dirawat.[106][107][108] Sudirman dinyatakan berkata: "Tolong beritahu mereka (peminat dan rakan media), kalau sayangkan saya, jangan datang tengok saya".[109]

Semasa beliau dirawat, pelbagai khabar angin mengenai masalah kesihatannya mula timbul. Terdapat dakwaan mengatakan bahawa Sudirman mungkin dijangkiti AIDS, namun keluarganya menafikan kesahihan berita itu.[110][111] Ada juga yang mengatakan bahawa penyanyi itu mungkin menjadi mangsa ilmu sihir.[112]

Pada 19 September 1991, Persatuan Penyanyi dan Penulis Lagu Tanahair (PAPITA), mengadakan majlis doa selamat untuk Sudirman pada malam Jumaat, bertempat di Surau Kompleks Finas, Hulu Klang, selepas solat Maghrib.[113] Harian Metro melaporkan pada 10 Oktober 1991 bahawa seorang pengedar ubat kapsul dari Taiwan telah menawarkan khidmatnya mengubati penyakit Sudirman.[114]

Sudirman terlantar di hospital selama 6 bulan. Doktor dapat mengenalpasti penyakitnya, namun ia tidak boleh dirawat. Sudirman kemudian dibawa pulang ke rumah kakaknya, Rodziah di Bangsar, Kuala Lumpur di mana beliau menghabiskan hari-hari terakhir hidupnya.[115][116] Hanya peminat dan rakan terdekatnya sahaja dibenarkan meluangkan masa selama beberapa jam terakhir bersama Sudirman.[117] Dalam tempoh itu, beliau tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya selama seminggu. "Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," menurut kakak Sudirman, Rodziah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya. Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Radzi Sheikh Ahmad (yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sudirman) berkata sebelah badan Sudirman lumpuh pada September 1991 dan keadaannya menjadi tenat beberapa minggu sebelum kematiannya sehingga tidak boleh makan, bercakap dan bergerak.[118]

Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412 Hijrah), hari Sabtu jam 4:00 pagi, sebelum subuh, ketika berusia 37 tahun,[119][120][121] Sudirman telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya, Datin Rodziah Haji Arshad yang beralamat di No. 16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia).[122][123][121][124] Kematian beliau sekaligus telah mengakhiri spekulasi dan khabar angin pelbagai pihak selama ini mengenai keadaannya selepas diserang penyakit ganjil,[125] diikuti dengan satu laporan akhbar Sarawak kononnya Sudirman meninggal dunia di London, England.[126]

Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang berdekatan dengan pusara ibu bapanya (selang beberapa baris).[127][121] Ia merupakan permintaan terakhirnya.[121] Ribuan peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai suatu kehilangan yang besar bagi dunia hiburan tanah air.[128] Timbalan Perdana Menteri, Abdul Ghafar Baba turut melahirkan rasa terima kasih Kerajaan atas sumbangan Sudirman kepada negara. "Semua orang mengenali sumbangan Sudirman dalam industri hiburan,".[128] Kira-kira 2,000 orang daripada pelbagai kaum yang mengetahui berita kematian Sudirman diberi kesempatan menatapi wajah jenazahnya buat kali terakhir di rumah ibu tirinya di Kampung Tok Embun, Mentakab.[129][130]

Sehari selepas kematiannya, pada 23 Februari 1992, Berita Minggu melaporkan bahawa banglo dua tingkat di Jalan Taban 1, Bangsar, Kuala Lumpur telah dihebahkan sebagai tempat "persembunyian" Sudirman sepanjang tujuh bulan beliau terlantar sakit.[108]

Pada Mei 1992 (3 bulan selepas kematiannya), bersempena ulang tahun kelahiran Sudirman ke-38, syarikat rakaman Rediffusion Records (REDIREC) telah melancarkan sebuah lagu khas bertajuk "Dir". Lagu ini menyingkap sumbangan dan jasa bakti Allahyarham Sudirman dalam industri seni. Ia dicipta oleh Azmi Hashim dengan liriknya ditulis oleh Habsah Hassan dan dipersembahkan oleh Rahim Maarof. Lirik lagu ini berkisarkan tentang kehidupan Sudirman yang secara lahir penuh kegemilangan, namun tiada sesiapapun tahu mengenai penderitaan yang dialaminya. Ia dimuatkan dalam album Din Dan Koleksi yang dikeluarkan pada Jun 1992.[131]

Nama Sudirman Haji Arshad terus bersemadi di hati peminatnya. Beliau masih bergelar "Penghibur Nombor 1 Asia" yang sukar dicari ganti.[132][133][134]

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, rakyat Malaysia turut sama menyanyi apabila mendengar lagu nyanyian Sudirman, "Balik Kampung", "Selamat Hari Raya" dan "Dari Jauh Ku Pohon Maaf" berkumandang di radio dan TV. Tatkala sambutan Hari Kemerdekaan, lagu patriotik seperti "31 Ogos" dan "Warisan" masih dimainkan.[135]

Seperti ibunya, Sudirman diabadikan di Muzium Tokoh Pahang, di Kuantan sebagai mengenang jasanya dalam bidang seni kepada bangsa dan negara. Tempat ini mempamerkan barang-barang berharga seperti trofi Anugerah Penghibur Terbaik Asia milik Sudirman.[136]

Pada tahun 1992, sebuah buku biografi yang bertajuk Detik Terakhir Sudirman telah ditulis oleh Ghafar Nin dan Amira Muhamad. Buku ini juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri daripada Sudirman untuk dijadikan kenangan khusus buat peminatnya.[137]

Pada Hari Raya Aidilfitri 1993, RTM menyiarkan rancangan khas Legenda Sensasi Sudirman menerusi TV1 bagi memperingati setahun pemergian Sudirman.[138]

Pada tahun 1995, tiga tahun selepas kematiannya, syarikat rakaman EMI menerbitkan sebuah album khas bertajuk Setelah Kau Tiada sempena memperingati sumbangan Sudirman dalam dunia seni. Album ini memuatkan lagu-lagu hitsnya termasuk dua lagunya yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini.[139]

Pada 23 Mei 2002, EMI Music Malaysia, Arkib Negara Malaysia dan Istana Budaya telah bekerjasama dalam menjayakan Majlis Pengkisahan dan Pameran Sudirman di Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman selama sebulan sempena 10 tahun pemergian Sudirman. Objektif pameran dan pengkisahan buat julung kalinya itu juga adalah untuk mengumpul dan mendokumentasikan maklumat berkaitan Allahyarham Sudirman melalui penceritaan dari keluarga, sahabat serta koleksi barangan peribadi beliau.[140][141][142][143]

Jasa Sudirman turut dikenang menerusi majlis Anugerah Kecapi 2006 anjuran Papita yang menganugerahkannya secara rasmi dengan gelaran Penghibur Nasional.[144]

Pada tahun 2012, filem muzikal pertama Malaysia, Hoore! Hoore! diterbitkan bagi memberi penghargaan kepada sumbangan Sudirman kepada industri seni. Dikeluarkan pada 24 Mei 2012, filem ini diarahkan oleh Saw Teong Hin dan dibintangi oleh Akim Ahmad, Kilafairy dan Adibah Noor.[145]

Dari 10 hingga 26 Mei 2013, Istana Budaya telah mengadakan persembahan muzikal tribute kepada Sudirman bertajuk Chow Kit Road! Chow Kit Road! Ia berdasarkan cerita My Fair Lady dan dibintangi oleh Anding Indrawani Zaini, Nadia Aqilah, Tony Eusoff, Adibah Noor, Shantini Venugopal dan Junji Delfino.[146][147]

Pada tahun 2013, sebuah pementasan teater muzikal bertajuk sudirMANIA telah diadakan yang memberi penghargaan kepada lagu-lagu Sudirman. Teater ini dipentaskan pada 26 sehingga 30 Jun 2013 di Morne Art Gallery, Menara MARA, Kuala Lumpur.[148] Teater ini kemudian dipentaskan sekali lagi pada 28 Mei sehingga 1 Jun 2014 di Lambang Sari, Istana Budaya,[149][150][151] dan pada 16 sehingga 19 Disember 2021 di Auditorium Jalan Tuanku Abdul Rahman, MATIC.[152]

Dari Mac sehingga Mei 2018, Universiti Malaya (UM) telah mengadakan pameran One Thousand Million Smiles" yang diadakan di Perpustakaan UM bagi menghargai sumbangan beliau kepada negara. Ia termasuk pameran menarik seperti tesis beliau untuk ijazah undang-undangnya di universiti pada tahun 1980, album pertamanya serta rencana yang diterbitkan mengenainya.[153][154][155][156][157]

Dari 11 Ogos sehingga 30 September 2022, Arkib Negara Malaysia menganjurkan Pameran Warisan Sudir: Tribute Kepada Penghibur Nombor 1 Asia yang berlangsung di Galeri Sudirman di aras dua pusat beli-belah Fahrenheit 88, Kuala Lumpur. Ia dirasmikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.[158][159]

Pada 31 Ogos 2022, Xanadu.asia melancarkan Metaverse pertama Sudirman.[160][161]

Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2002, Siti Nurhaliza yang juga anak jati Kuala Lipis, Pahang telah mengadakan konsert ‘‘Untukmu Sudir’’ sebagai mengenang jasa buat Sudirman sebagai ‘‘Seniman Rakyat’’. Konsert ini juga bertempat di Istana Budaya dan dihoskan oleh Jaafar Onn, Habsah Hassan dan Yusni Jaafar. Beliau telah menyanyikan lagu-lagu Sudirman yang cukup sinonim apabila didengari seperti “Dir”, “Chow Kit Road! Chow Kit Road!”, “Big Spender In The Cabaret”, “Balik Kampung” dan “Salam Terakhir”.[162]

Selain itu, pihak produksi juga ada menyiarkan beberapa klip video mengenai Sudirman, antaranya adalah temuramah daripada orang yang terdekat, kaum keluarga, penggubah lagu, komposer dan rakan-rakan. Antara yang hadir untuk menyaksikan konsert ini ialah kaum keluarga Allahyarham Sudirman sendiri. Menariknya, anak saudara Sudirman iaitu Atai telah memberikan kerjasama untuk menjayakan konsert ini dengan mendendangkan beberapa rangkap lagu oleh Sudirman.[163][164]

Pada suatu ketika, Siti muncul di pentas dengan rangkaian baju yang sinonim dengan Sudirman, iaitu baju yang bercorakkan Jalur Gemilang. Baju ini dibuat semula dan direka oleh pereka fesyen kegemaran Sudirman iaitu Din Wahab. Siti juga turut menjemput para penonton untuk bersama dengan beliau di atas pentas bagi lagu yang bertajuk “Hujan”. Prop di atas pentas juga telah dibuat dengan begitu lancar dan tersusun. Pada akhir konsert, penonton telah menyaksikan tayangan klip video oleh Sudirman yang akhirnya menyebabkan Siti dan penonton yang lain terharu serta menitiskan air mata. Konsert yang berjalan selama dua hari ini telah mendapat kritikan balas yang positif serta berjaya mendapat anugerah “Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu” melalui lagu “Merisik Khabar”.[165][166]

Trek Selebriti: Sudirman Dalam Memori

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006, Astro Ria menerusi ‘‘Trek Selebriti’’ telah menyiarkan satu episod khas bagi memperingati sejarah hidup dan pembabitan Sudirman dalam bidang seni serta turut menampilkan secara eksklusif persembahan terakhir beliau yang belum pernah disiarkan di mana-mana stesen televisyen.

Sepanjang Jalan Kenangan... Penghibur Legenda

[sunting | sunting sumber]

Sepanjang Mac 2007, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menyiarkan semula program-program nyanyian yang pernah dihoskan oleh Allahyarham Sudirman bagi mengimbau kembali perjuangan seni beliau. Ia bertujuan sebagai pembuka tirai kepada Konsert Suara Hati Sudirman yang telah diadakan pada 1 April 2007.[167][168]

  • Puspawarna 1984 (4 Mac 2007) - konsep "Sudirman dari sebuah bilik"
  • Mekar Sejambak Sudirman dan Atai 1985 (11 Mac 2007) - konsep muzikal mengenai sebuah kelab malam amatur yang diuruskan oleh Sudirman.
  • Istimewa Bersama Sudirman 1987 (18 Mac 2007) - Sudirman turut mendendangkan rangkaian lagu-lagu yang berbahasa Cina, Tamil, juga menyanyi sambil melukis bendera Malaysia.
  • Istimewa Bersama Sudirman 1988 (25 Mac 2007) - konsert bulanan secara langsung yang dikendalikan oleh penyanyi popular dan berbakat sahaja.

Konsert Suara Hati Sudirman

[sunting | sunting sumber]

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengadakan Konsert Suara Hati Sudirman sebagai penghargaan kepada Sudirman. Konsert ini diadakan bersempena dengan ulang tahun RTM yang ke-61 serta sambutan kemerdekaan yang ke-50. Konsert ini juga diterbitkan oleh Ain Sabrina serta membariskan pelbagai artis 18 artis popular tempatan. Pihak pengajur telah memilih Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor sebagai lokasi untuk mengadakan konsert tersebut pada 1 April 2007, jam 8.30 malam. Selain itu, pentas untuk persembahan juga turut dihiasi dengan mood pencahayaan ketika ‘era Sudirman’. Selain itu, konsert ini juga tidak menggunakan hos tetapi dengan suara latar yang berpandukan skrip yang ringkas dan padat hasil tulisan Habsah Hassan.[169]

Lagu pembukaan bagi konsert ini ialah "Dir", nyanyian oleh Mawi dengan iringan Orkestra RTM. Antara artis lain yang turut menjayakan konsert ini ialah Ramli Sarip, Siti Nurhaliza, Misha Omar, Ning Baizura, Jaclyn Victor, Farawahida, Liza Hanim, Izwan Pilus, Nita Hamzah, Dayang Nurfaizah, Faizal Ramly dan Bob.[170]

Antara lagu popular yang turut dinyanyikan ialah "Salam Terakhir" dan "Tanggal 31", nyanyian Siti Nurhaliza. Di samping itu, Ramli Sarip telah menyanyikan lagu "Milik Siapakah Gadis Ini". Seterusnya, Misha Omar telah mendendangkan lagu "Terasing" dan Liza Hanim dengan lagu yang bertajuk "Hujan". Lagu "Apa Khabar Orang Kampung", "Hidup Sederhana (Basikal Tua)", "Aku Penghiburmu", "Joget Kenangan Manis", "Chow Kit Road! Chow Kit Road!", "Kul It!", "Jauh Di Sudut Hati", "One Thousand Million Smiles", "Merisik Khabar" dan "Di Dalam Sepi Itu" turut dinyanyikan oleh artis yang hadir.[171]

Biografi Sudirman Arshad di Saluran History

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bersama AETN All Asia Networks telah menerbitkan dokumentari di saluran History yang bertajuk Sudirman Arshad. Dokumentari yang berbentuk biografi ini telah disiarkan pada 20 Februari 2011 (Ahad), jam 10.00 malam. Selain itu, dokumentari ini juga menyiarkan beberapa klip gambar serta video yang menceritakan pengalaman pahit dan getir sepanjang perjalanan beliau di dalam bidang seni. Di samping itu, penonton akan menyaksikan sesi temuramah bersama beberapa teman rapat beliau serta memahami dengan lebih mendalam mengenai kisah beliau.[172][173] Dokumentari Sudirman juga diulang siar di RTM pada 22 Februari 2015.[174][175][176]

Konsert Sudirman... Abadi Di Hati

[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Februari 2012, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekali lagi mengadakan konsert bagi memperingati beliau dengan iringan 40 pemuzik daripada Orkestra RTM. Konsert ini juga mengetengahkan lagu-lagu Sudirman yang jarang didengar oleh umum iaitu "Hilang Berganti", "Hujan", "Kehadiranku" dan "Jali Jali". Konsert ini juga menyenaraikan penyanyi seperti Adibah Noor, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Alyah, Bob Yusof, Shila Amzah, Tomok, Black, Aril Pilus dan Rey (Bintang RTM).[177][178][179]

Google Doodle

[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Mei 2019, bersempena ulang tahun kelahiran Sudirman ke-65, Google memberi penghormatan kepada beliau dengan melakarkan karya seni alternatif, doodle, di laman carian mereka. Karya doodle itu memaparkan lukisan kartun Sudirman mengadakan persembahan dengan berlatar belakang lampu neon pelbagai warna yang membentuk tulisan Google.[180][181][182][183][184][185]

Lukisan mural Sudirman

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2022, bersempena dengan ulang tahun ke-30 kematian Sudirman, wajah beliau telah diabadikan dalam bentuk lukisan mural di dinding bangunan berhampiran di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, yang dinamakan Legend of Sudirman. Disiapkan antara Januari dan Februari 2022, lukisan mural itu dihasilkan oleh Syamsul Haffiz Addenno, pelajar jurusan Seni Halus dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ia merupakan antara projek di bawah tajaan pemulihan Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (CENDANA), My Creative Venture dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).[186][187][188][189]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Lukisan mural Sudirman

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1982 Kami Tookoo Filem pertama dan terakhir

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1987 Keluarga Bahagia Singer Dirinya sendiri - bersama Atai (Hos) TV1
1987–1988 Istimewa Bersama Sudirman Dirinya sendiri
1988 Mekar Sejambak Dirinya sendiri - bersama Atai

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]

Sepanjang hayatnya dan selepas pemergiannya, beliau telah menerima beberapa anugerah dalam bidang seni serta pingat kebesaran.

Tahun Anugerah Kategori Catatan Keputusan
1976 Juara Bintang RTM 1976 Solo Menang
1977 Penghibur Terbaik RTM 1977 Tiada Beliau memenangi kategori ini menerusi rancangan Lukisan Irama iaitu terbitan oleh Doreen Chia Menang
1978 Anugerah Seri Angkasa 1978 Penghibur TV Terbaik Menang
1982 Festival Filem Malaysia ke-3 Bintang Harapan Tercalon
1985 Anugerah Seri Angkasa 1985 Penghibur TV Terbaik Menang
Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia 1985 Tiada Menang
1987 Anugerah Juara Lagu 1987 Persembahan Terbaik Beliau memenangi kategori ini melalui lagu Merisik Khabar Menang
Anugerah Bintang Cemerlang 1987 Penyanyi Lelaki Cemerlang Terbaik Menang
1989 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1989 Penyanyi Lelaki Popular Menang
Asia's Number One Performer 1989 Tiada Menang
The Guinness Stout Effort Award Menang
1993 Penghibur No. 1 Malaysia Anugerah ini diberikan oleh akhbar New Straits Times Menang
Anugerah Industri Muzik Pertama Anugerah Khas Menang

dan mendapat gelaran "Dato"

Darjah kebesaran

[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Jun 2009, beliau dikurniakan gelaran Dato' secara anumerta setelah pemergiannya selama 17 tahun. Kakaknya, Datin Rodziah Arshad menerima pengiktirafan itu sebagai mewakili beliau daripada Sultan Pahang (Sultan Ahmad Shah) di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.[190][191][192]

Penghargaan Malaysia
  1. ^ Norida Abu Bakar. "Media Collection: Sudirman". UM Library Guides. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-18. Dicapai pada 2021-02-18.
  2. ^ Amri Hassan (22 Februari 2022). "Namanya Ilham Pahlawan Indonesia, Semak 10 Fakta Tentang Sudirman Arshad, The Singing Lawyer! #8 Tu Mesti Ramai Tak Tahu". Astro Gempak. Dicapai pada 23 Oktober 2022.
  3. ^ Israr Khalid (22 Februari 2022). "#PeristiwaHariIni: Penghibur legenda Sudirman Haji Arshad meninggal dunia (1992)". Astro Awani. Dicapai pada 1 November 2022.
  4. ^ Khaleeda Rashikin (30 April 2018). "Fakta Menarik Mengenai Datuk Sudirman Hj Arshad, Mungkin Korang Tak Pernah Tahu". Media Hiburan. Dicapai pada 1 November 2018.
  5. ^ Muzaffar Mustapa (22 Februari 2015). "Kenangan yang ditinggalkan Sudirman segar selama-lamanya". Astro Awani. Dicapai pada 22 Februari 2015.
  6. ^ Abd. Aziz Itar (29 Februari 2008). "Sudirman atasi kekurangan diri dengan ilmu". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2018. Dicapai pada 22 Februari 2015.
  7. ^ Niezam Abdullah (22 Februari 2012). "20 Tahun 'Pergi', Sudirman Masih Tiada Pengganti". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2018. Dicapai pada 21 Februari 2015.
  8. ^ History Asia 2011, 2:11—2:17.
  9. ^ History Asia 2011, 2:19—2:24.
  10. ^ Ghafar & Amira 1992, m/s. 87.
  11. ^ History Asia 2011, 2:30—2:38.
  12. ^ "It is now Datuk Sudirman Arshad". The Star Online. 18 Jun 2009. Dicapai pada 28 September 2015.
  13. ^ Nadia Azam (14 April 2016). "'Dia satu-satunya Sudirman kita'". Malaysiakini. Dicapai pada 16 April 2016.
  14. ^ History Asia 2011, 2:48—3:00.
  15. ^ a b c d History Asia 2011, 3:14—3:45.
  16. ^ Saodah Ismail; Hamid Karim (24 Februari 1992). "Menagih kasih sepanjang hayat". Harian Metro. Dicapai pada 29 September 2022.
  17. ^ History Asia 2011, 4:10—4:20.
  18. ^ Abdul Jalil Salleh (1 Mac 1992). "Diman Anak Yatim Yang Berjaya". Pancaindera. Mingguan Malaysia. m/s. 4–5.
  19. ^ a b History Asia 2011, 4:55—5:10.
  20. ^ Umi Fatehah (23 Februari 2023). "Mengingati pemergian Sudirman, penghibur". Relevan. Dicapai pada 23 Mei 2023.
  21. ^ Khairani Ahmad (2 September 1979). "Sudirman akan tumpu penuh masa untuk ijazah". Berita Harian Singapura. m/s. 7. Dicapai pada 26 September 2018.
  22. ^ "Sudir tinggalkan kerjaya guaman utk terus menyanyi". Berita Harian Singapura. 12 Mei 1981. m/s. 2. Dicapai pada 26 September 2018.
  23. ^ "Latihan amali guaman utk Sudir". Berita Harian Singapura. 12 September 1982. m/s. 2. Dicapai pada 26 September 2018.
  24. ^ "Sudirman hendak kurang menyanyi". Berita Harian Singapura. 31 Oktober 1982. m/s. 7. Dicapai pada 26 September 2018.
  25. ^ Budiman A.R. (23 Mei 1984). "Sudirman sukar tentukan peguam dengan penyanyi". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 26 September 2018.
  26. ^ Budiman A.R. (31 Oktober 1984). "'Show biz' tumpuan Sudirman..." Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 26 September 2018.
  27. ^ a b c History Asia 2011, 5:20—6:50.
  28. ^ Zawiyah Salleh (5 Disember 1976). "SUDIRMAN MAHU JADI PEGUAM BUKAN PENYANYI PROFESIONAL". Berita Harian Singapura. m/s. 7. Dicapai pada 25 September 2018.
  29. ^ History Asia 2011, 6:54—7:54.
  30. ^ History Asia 2011, 7:54—8:04.
  31. ^ "Sudirman, Black Dog Bone jadi artis2 EMI". Berita Harian Singapura. 26 Mac 1978. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  32. ^ "Sudirman abadi dua buah lagu bagi dua wanita yang memberi makna kepadanya". Berita Harian Singapura. 15 Oktober 1978. m/s. 7. Dicapai pada 25 September 2018.
  33. ^ "Sudirman akan sara utk buru citanya". Berita Harian Singapura. 1 September 1979. m/s. 1. Dicapai pada 26 September 2018.
  34. ^ "SUDIR MAHU BERUNDUR". Berita Harian Singapura. 18 Jun 1978. m/s. 9. Dicapai pada 26 September 2018.
  35. ^ A. Kadir Pandi (17 September 1980). "Sudir tidak sesiakan bakat yang ada". Berita Harian. m/s. 5. Dicapai pada 26 September 2018.
  36. ^ "Dua rekod emas utk Sudir". Berita Minggu. 12 April 1981. m/s. 7. Dicapai pada 30 September 2018.
  37. ^ a b "Sudir bikin gamat dgn sidang akhbar 'gila2'". Berita Minggu. 26 April 1981. m/s. 7. Dicapai pada 30 September 2018.
  38. ^ "Lagu Melayu dlm LP Inggeris Sudir". Berita Harian Singapura. 6 September 1981. m/s. 7. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  39. ^ "Sudirman siapkan LP Inggeris yg ke-2 9 bulan kerana sibuk". Berita Minggu. 23 Oktober 1983. m/s. 7. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  40. ^ Michael Chiang (2 November 1981). "Sudirman's magic is being just an ordinary person". New Nation. m/s. 22. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  41. ^ a b c Au Yeong How (26 Ogos 2009). "TV3 sajikan konsert Sudirman sempena kemerdekaan negara". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2012. Dicapai pada 1 Oktober 2015.
  42. ^ A. Kadir Pandi (16 September 1981). "Sudirman berlakon dlm filem 'Kami'". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  43. ^ a b c History Asia 2011, 19:40—22:59.
  44. ^ Ghafar & Amira 1992, m/s. 23.
  45. ^ Mohd Kamsah Sirat (6 Jun 1984). "Kesempurnaan ditujui dlm apa saja yang dilakukan". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 26 September 2018.
  46. ^ "Terkenang Cerita Di Sebalik Lagu 'Salam Terakhir'". Ramlan84. 23 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Julai 2012. Dicapai pada 29 September 2014.
  47. ^ "Anugerah memang layak utk Sudir". Berita Minggu. 29 September 1985. m/s. 8. Dicapai pada 30 September 2018.
  48. ^ "Noor, Sudir duet dlm satu album". Berita Minggu. 7 Julai 1985. m/s. 8. Dicapai pada 30 September 2018.
  49. ^ "Telatah Sudirman dan Noor yg gila2..." Berita Minggu. 10 November 1985. m/s. 8. Dicapai pada 30 September 2018.
  50. ^ a b History Asia 2011, 24:04—24:26.
  51. ^ Mohd Kamsah Sirat (18 Mei 1989). "Sudirman terus cari kepuasan penonton". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 26 September 2018.
  52. ^ a b c Ghafar & Amira 1992, m/s. 28.
  53. ^ a b History Asia 2011, 24:26—29:14.
  54. ^ Nicholas Chung (31 Ogos 2021). "Malam Sudirman menempa sejarah di Jalan Chow Kit". Free Malaysia Today. Dicapai pada 3 Oktober 2021.
  55. ^ "Sudirman, Rahim Hamid akan muncul". Berita Harian Singapura. 16 Julai 1987. m/s. 1. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  56. ^ Dewani Abbas (8 Ogos 1987). "'Hadiah' Sudir untuk Singapura". Berita Harian Singapura. m/s. 1. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  57. ^ Ghafar & Amira 1992, m/s. 39.
  58. ^ "Sudirman dipilih sebagai penyanyi terbaik Asia". Berita Harian Singapura. 21 Mac 1989. m/s. 1. Dicapai pada 26 September 2018.
  59. ^ Mohd Kamsah Sirat; Mohd Messuan Taib (18 Mei 1989). "Sudirman terus cari kepuasan penonton". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  60. ^ a b History Asia 2011, 30:54—41:21.
  61. ^ "Lagu kemenangan Sudirman akan dirakam". Berita Minggu. 2 April 1989. m/s. 9. Dicapai pada 26 September 2018.
  62. ^ "Sudir lamar Anita tapi..." Berita Minggu. 16 July 1989. m/s. 8. Dicapai pada 3 Oktober 2018.
  63. ^ History Asia 2011, 44:31—44:45.
  64. ^ Seri Intan Othman (12 Julai 1992). "Habsah terbit filem idea Sudirman". Berita Minggu. Dicapai pada 23 Oktober 2021.
  65. ^ History Asia 2011, 41:22—42:43.
  66. ^ "Apa kata rakan artis". Berita Minggu. 23 Februari 1992. Dicapai pada 29 September 2019.
  67. ^ "Rahsia hidup Sudirman dalam lirik 'Penyu Menangis'". Berita Minggu. 23 Februari 1992. m/s. 2. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  68. ^ "Jiwa Sudirman berkabung kerana ditinggal Mama..." Berita Minggu. 1 Mei 1983. m/s. 7. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  69. ^ Dewani Abbas (16 Ogos 1987). "Sudirman punya bakat menulis". Berita Harian Singapura. m/s. 8. Dicapai pada 26 September 2018.
  70. ^ "Sudirman juga kartunis berbakat". Berita Minggu. 1 Mac 1992. m/s. 8. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  71. ^ History Asia 2011, 29:39–30:38.
  72. ^ "Anugerah untuk Sudirman kerana buku kanak-kanak". Berita Harian Singapura. 16 Mac 1996. m/s. 10.
  73. ^ Norenshah Sahari (6 Mac 1995). "Sudirman's legacy to kids". The New Paper. m/s. 19. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  74. ^ "Sudirman terus maju dalam urus niaga". Berita Minggu. 30 Jun 1991. m/s. 8. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  75. ^ "Sudirman to hold free concert for fans". New Straits Times. 2 Mac 1991. Dicapai pada 2 Oktober 2019.
  76. ^ Haris Hussain (6 Mac 1991). "Sudirman to give free concert". The Malay Mail. Dicapai pada 3 Oktober 2019.
  77. ^ "Sudirman rancang buka 60 lagi butik". Berita Harian Singapura. 17 Mei 1990. m/s. 2.
  78. ^ Vivien Chiong (7 Ogos 1990). "Music Man, Business Man". The New Paper. m/s. 14. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  79. ^ "Sudirman akan hasilkan pula makanan jenama 'Sudi Rasa'". Berita Harian Singapura. 22 November 1990. m/s. 5. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  80. ^ Rosidi Daud (4 Februari 1991). "Sudir's canned cuisine". The Malay Mail. Dicapai pada 3 Oktober 2019.
  81. ^ Haliza Ahmad (26 Jun 1991). "The Sudir 'can' connection". The Malay Mail. Dicapai pada 3 Oktober 2019.
  82. ^ "Sudirman ingin Atai ikut jejaknya". Berita Harian Singapura. 14 Januari 1988. m/s. 5. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  83. ^ "Sudirman sedih Dharanee berundur". Harian Metro. 12 Jun 1991. Dicapai pada 3 Oktober 2019.
  84. ^ Rosidi Daud (10 Jun 1991). "Dharanee and Sudir split". The Malay Mail. Dicapai pada 3 Oktober 2019.
  85. ^ Rosidi Daud (12 Jun 1991). "Sudir's on his own". The Malay Mail. Dicapai pada 3 Oktober 2019.
  86. ^ "Pertemuan Uji Rashid dengan Kakak Sudirman". URTV. 1 Mac 1993. Dicapai pada 1 Oktober 2015.
  87. ^ "Uji Rashid: Sudirman Yang Ku Kenali". Facebook Uji Rashid. 22 Februari 2012. Dicapai pada 1 Oktober 2015.
  88. ^ "Sudirman Productions ditutup". Berita Harian Singapura. 26 September 1991. m/s. 5. Dicapai pada 3 Oktober 2018.
  89. ^ Adam Salleh (27 September 1991). "Pejabat Sudir ditutup?". Harian Metro. Dicapai pada 3 Oktober 2019.
  90. ^ Md Kamsah Sirat (13 Mei 1981). "Kenangan manis Sudir-Kamariah". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 3 Oktober 2018.
  91. ^ "Akad-nikah Sudir-Kamariah menggemparkan peminat". Berita Harian Singapura. 22 Februari 1981. m/s. 7. Dicapai pada 3 Oktober 2018.
  92. ^ "Sudirman bercerai". Berita Harian Singapura. 28 Mei 1984. m/s. 10. Dicapai pada 3 Oktober 2018.
  93. ^ "Perceraian Sudirman-Kay mengejutkan artis2". Berita Minggu. 3 Jun 1984. m/s. 6. Dicapai pada 3 Oktober 2018.
  94. ^ "Luahan hati Sudirman". Berita Harian. 19 September 1984. m/s. 5. Dicapai pada 30 September 2018.
  95. ^ "Sudir kini cengkung". Berita Minggu. 14 April 1985. m/s. 8. Dicapai pada 3 Oktober 2018.
  96. ^ Md Kamsah Sirat (4 Oktober 1990). "Sudir ambil anak angkat isi kekosongan jiwa". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 3 Oktober 2018.
  97. ^ "Sudirman sepi setelah kehilangan dua wanita". Berita Harian. 16 Julai 1986. m/s. 5. Dicapai pada 3 Oktober 2018.
  98. ^ "Luahan Rasa Sudir Dalam 'Setiamu Tiada Lagi'". Tribute to Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2012. Dicapai pada 2 Oktober 2015.
  99. ^ Dennis Chua (15 November 2019). "#Showbiz: Inspiration from Sudirman". New Straits Times. Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  100. ^ "Sudir perlu mandi bunga". Harian Metro. 17 Julai 1991. Dicapai pada 28 September 2019.
  101. ^ Freddie Ng (20 Julai 1991). "Sudirman still under intensive care". The Malay Mail. Dicapai pada 28 September 2019.
  102. ^ "Sudir admitted to hospital". New Straits Times. 20 Julai 1991. Dicapai pada 28 September 2019.
  103. ^ "Keadaan Sudirman kini stabil". Berita Minggu. 21 Julai 1991. Dicapai pada 28 September 2019.
  104. ^ Jahabar Sadiq; Nafizah Nadzim (21 Julai 1991). "Sudirman out of ICU but condition still a mystery". New Sunday Times. Dicapai pada 28 September 2019.
  105. ^ History Asia 2011, 44:46—44:59.
  106. ^ Adam Salleh; A. Hanim Malek (20 Julai 1991). "Penyakit Sudir jadi tanda tanya". Harian Metro. Dicapai pada 28 September 2019.
  107. ^ Yaacob A Rahim; Saodah Ismail; Khalid Yasin (22 Julai 1991). "Keluarga sembunyi Sudir". Harian Metro. Dicapai pada 28 September 2019.
  108. ^ a b "Banglo rahsia di Bangsar". Berita Minggu. 23 Februari 1992. Dicapai pada 29 September 2019.
  109. ^ Saodah Haji Ismail (27 Julai 1991). "Usah temui saya". Harian Metro. Dicapai pada 28 September 2019.
  110. ^ "Rayu dihenti kaitan Sudirman dengan Aids". Berita Harian Singapura. 27 Februari 1992. m/s. 5. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  111. ^ Norenshah Sahari (24 Februari 1992). "'Sudirman did not die of Aids'". The New Paper. m/s. 2. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  112. ^ History Asia 2011, 45:48—45:58.
  113. ^ "Doa selamat untuk Sudirman". Harian Metro. 18 September 1991. Dicapai pada 28 September 2019.
  114. ^ "Pulihkan sudir". Harian Metro. 10 Oktober 1991. Dicapai pada 28 September 2019.
  115. ^ History Asia 2011, 46:31—46:45.
  116. ^ Saodah Haji Ismail (7 Januari 1992). "Sudir sakit apa?". Harian Metro. Dicapai pada 28 September 2019.
  117. ^ History Asia 2011, 46:46—46:52.
  118. ^ "Tinggalkan nama harum dalam pelbagai bidang". Berita Harian Singapura. 24 Februari 1992. m/s. 3. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  119. ^ "...dan sinarannya menerangi suasana". Harian Metro. 24 Februari 1992. Dicapai pada 29 September 2019.
  120. ^ "Sudirman meninggal dunia". Berita Minggu. 23 Februari 1992. m/s. 1. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  121. ^ a b c d History Asia 2011, 47:43—48:32.
  122. ^ "Sudirman sudah mati". Harian Metro. 22 Februari 1992. Dicapai pada 29 September 2019.
  123. ^ "Sudir is dead". The Malay Mail Team. The Malay Mail. 22 Februari 1992. Dicapai pada 29 September 2019.
  124. ^ "Sudirman pergi buat selama-lamanya". Mingguan Malaysia. 23 Februari 1992. m/s. 1, 4–6.
  125. ^ "Spekulasi berakhir..." Harian Metro. 22 Februari 1992. Dicapai pada 29 September 2019.
  126. ^ "Kakak nafi Sudirman meninggal dunia". Berita Minggu. 27 Oktober 1991. m/s. 7. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  127. ^ Zubairi Zabidin; Seri Intan Othman; Wan Hamidi Hamid; Wan Sabariah Shikh Ali; Wan Jailani Razak; Zainuri Misfar; Jenny Juanis; Jayahasra (23 Februari 1992). "Sudirman dikebumi sebelah kubur ibu". Berita Minggu. Dicapai pada 29 September 2019.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  128. ^ a b "PM pays tribute to late star Sudirman". New Straits Times. 24 Februari 1992. Dicapai pada 29 September 2019.
  129. ^ "2,000 beri tatapan akhir". Berita Minggu. 23 Februari 1992. Dicapai pada 29 September 2019.
  130. ^ "Fans and peers mourn the death of Sudirman". New Straits Times. 23 Februari 1992. Dicapai pada 29 September 2019.
  131. ^ "Lagu khas buat Sudirman". Berita Minggu. 3 Mei 1992. m/s. 8. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  132. ^ Riadz Radzi (11 September 2021). "'Tidak akan ada pengganti Sudirman'". Harian Metro. Dicapai pada 21 Mei 2022.
  133. ^ "Sudirman terus dikenang". Berita Harian. 22 Ogos 2022. Dicapai pada 23 Mei 2023.
  134. ^ Salehudin Mat Rasad (23 Februari 2022). "Sudirman tetap subur di hati". Kosmo!. Dicapai pada 23 Mei 2022.
  135. ^ Meor Yusof Aziddin (31 Ogos 2021). "ULASAN: Mengenang Sudirman pada hari merdeka". Malaysiakini. Dicapai pada 21 Mei 2022.
  136. ^ "Sudirman Haji Arshad". Pahang-delights.com. 24 Oktober 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Disember 2006. Dicapai pada 23 September 2012.
  137. ^ "Sudir, seniman agung kedua?". Harian Metro. 9 Julai 1992. Dicapai pada 27 September 2019.
  138. ^ Azman Samsudin (23 Februari 1993). "Legenda Sensasi Sudirman di TV1". Berita Harian. Dicapai pada 23 Oktober 2021.
  139. ^ "Hak lagu Sudir jadi rebutan". Berita Minggu. 26 Februari 1995. m/s. 17. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  140. ^ "Pameran dan pengkisahan Sudirman". Harian Metro. 15 Mei 2002. Dicapai pada 27 September 2019.
  141. ^ "Hasrat Sudir tak kesampaian". Harian Metro. 24 Mei 2002. Dicapai pada 27 September 2019.
  142. ^ Abie Abdullah (24 Mei 2002). "Sudir dikenang". Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2019.
  143. ^ Ooi Kok Chuen (5 Jun 2002). "Remembering Sudirman". New Straits Times. Dicapai pada 27 September 2019.
  144. ^ Akmal Abdullah (22 Februari 2007). "Jasa Sudirman semakin dilupai?". Berita Harian. Dicapai pada 27 September 2019.
  145. ^ Haryati Karim (26 April 2012). "Muzikal Hoore! Hoore! untuk Sudirman". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2012. Dicapai pada 1 Januari 2013.
  146. ^ Mohd Al Qayum Azizi. "Teater Muzikal 'Chow Kit Road' Angkat Karya Sudirman". mStar Online. Dicapai pada 3 Oktober 2015.
  147. ^ Angelin Yeoh (17 Mei 2013). "Chow Kit on song!". The Star Online. Dicapai pada 3 Oktober 2015.
  148. ^ "Sinopsis Teater Sudir Mania, 26-30 Jun 2013". Buzzera. 30 Jun 2013. Dicapai pada 29 Oktober 2018.
  149. ^ Budiey (12 Mei 2014). "Teater Muzikal SudirMANIA di Istana Budaya". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 29 Oktober 2018.
  150. ^ "Pementasan Teater Sudirmania – Pentas Kecil Jiwa Besar. Syabas!". Oh Bulan!. 3 Jun 2014. Dicapai pada 29 Oktober 2018.
  151. ^ Faisal Asyraf (28 Mei 2014). "Sudirmania at Istana Budaya". New Straits Times. Dicapai pada 29 Oktober 2019.
  152. ^ Iqbal Hidayat Hamizul (20 Disember 2021). "Teater Muzikal Sudirmania Meraikan Nama dan Tragedi Seniman Agung". Dewan Budaya. Jendela DBP. Dicapai pada 29 Oktober 2022.
  153. ^ Huma Makesvari (2 Mac 2018). "Memperingati Sudirman Melalui Pameran 'One Thousand Million Smiles'". Bernama Lifestyle & Youth. BERNAMA. Dicapai pada 4 November 2018.
  154. ^ "Pameran Legenda Sudirman Di Perpustakaan UM". My News Hub. 3 Mac 2018. Dicapai pada 4 November 2018.
  155. ^ "Exhibition in memory of Sudirman". Daily Express. 2 Mac 2018. Dicapai pada 1 November 2018.
  156. ^ "Universiti Malaya library digs archives and presents a mini Sudirman exhibition". The Star Online. 8 Mac 2018. Dicapai pada 4 November 2018.
  157. ^ "UM exhibits its Sudirman archives". The Star Online. 7 Mac 2018. Dicapai pada 4 November 2018.
  158. ^ "Replica of longest Jalur Gemilang costume worn by Sudirman on display". Sinar Daily. 18 Ogos 2022. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
  159. ^ Fatin Farhana Ariffin (18 Ogos 2022). "Pemangku Raja Pahang mencemar duli rasmi Pameran Warisan Sudirman". Berita Harian. Dicapai pada 7 Oktober 2022.
  160. ^ Cynthia Ignatius (26 Ogos 2022). "Merdeka in the Metaverse". Business Today. Dicapai pada 2 Oktober 2022.
  161. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (31 Ogos 2022). "Teknologi metaverse hangatkan bulan kemerdekaan". Berita Harian. Dicapai pada 21 Mei 2023.
  162. ^ "Siti Nurhaliza -- Konsert kenang Sudirman". Utusan Malaysia. 21 Februari 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-21. Dicapai pada 2016-07-07.
  163. ^ "Salam Terakhir Siti kepada Sudirman". Berita Harian. 22 Februari 2002. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  164. ^ "Siti Nurhaliza's tribute". The Malay Mail. 22 Februari 2002. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  165. ^ Hardi Effendi Yaacob (17 Mei 2002). "Konsert kenang Sudir berkualiti". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  166. ^ Abie Abdullah (8 Mac 2002). "Sudirman terus dikenang". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  167. ^ Ramlah Zainal (8 Mac 2007). "RTM tak lupa jasa Sudirman". Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2019.
  168. ^ Ramlah Zainal (20 Mac 2007). "Sudir tak kejar glamor". Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2019.
  169. ^ Zainuri Misfar (3 April 2007). "Konsert suara hati selami jiwa suka, duka Sudirman". Berita Harian. Dicapai pada 27 September 2019.
  170. ^ Rozdan Mazalan (31 Mac 2007). "Konsert Suara Hati Sudirman malam esok". Berita Harian. Dicapai pada 27 September 2019.
  171. ^ "Konsert Suara Hati Sudirman". Utusan Malaysia. 1 April 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2017. Dicapai pada 27 September 2015.
  172. ^ "Perjalanan Hidup Sudirman Didokumentarikan". Gua.com.my. 13 Februari 2011. Dicapai pada 27 September 2018.
  173. ^ "Dokumentari Sudirman di History". Kosmo!. 17 Februari 2011. Dicapai pada 27 September 2018.
  174. ^ "RTM Ulang Siar Dokumentari 'Sudirman Arshad'". mSTAR Online. 20 Februari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2017. Dicapai pada 27 September 2015.
  175. ^ "RTM siar kembali biografi Sudirman". Sinar Harian. 17 Februari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2017. Dicapai pada 27 September 2015.
  176. ^ "RTM Siar Biografi 'Sudirman Arshad' Pada 23 Feb". Bernama. 17 Februari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2017. Dicapai pada 27 September 2015.
  177. ^ Muhamad Fairoz Azizan (17 Februari 2012). "Konsert memperingati Sudirman 24 Februari". Berita Harian. Dicapai pada 26 September 2019.
  178. ^ Esme Johari Wahab (18 Februari 2012). "Himpunan karya seni Sudirman". Harian Metro. Dicapai pada 26 September 2019.
  179. ^ "Tribute to Sudirman". New Straits Times. 18 Mei 2012. Dicapai pada 27 September 2019.
  180. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (25 Mei 2019). "Google beri penghormatan pada Sudirman". Berita Harian. Dicapai pada 26 September 2019.
  181. ^ "Google doodle khas untuk Sudirman". Sinar Harian. 25 Mei 2019. Dicapai pada 27 September 2019.
  182. ^ Nailah Huda (25 Mei 2019). "Google mengenang hari kelahiran Sudirman dengan 'Doodle'". Astro Awani. Dicapai pada 27 September 2019.
  183. ^ "Sempena mengenang hari kelahiran Allahyarham Datuk Sudirman Arshad hari ini, Google meraikan dengan Doodle istimewa". Berita RTM. 25 Mei 2019. Dicapai pada 23 Oktober 2019.
  184. ^ Zurairi AR (25 Mei 2019). "Google honours music legend Sudirman's birthday with neon 'Doodle'". The Malay Mail. Dicapai pada 26 September 2019.
  185. ^ "Google Doodle celebrates Malaysian legend Sudirman". The Sun, Malaysia. 25 Mei 2019. Dicapai pada 27 September 2019.
  186. ^ Zaidi Mohamad (18 Februari 2022). "Lukisan wajah Sudirman di Jalan Chow Kit". Berita Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2022.
  187. ^ Rynnaas Azlan (21 Februari 2022). "Artist spends over 200 hours on mural to pay tribute to Sudirman". Sinar Daily. Dicapai pada 3 Oktober 2022.
  188. ^ Affan Fauzi (22 Februari 2022). "Mural Legend of Sudirman Hiasi Jalan Chow Kit". Malaysia Gazette. Dicapai pada 21 Mei 2022.
  189. ^ "Lukisan wajah Sudirman di Chow Kit". MyKMU. 18 Februari 2022. Dicapai pada 21 Mei 2022.
  190. ^ "Sudirman terima gelaran 'Datuk'". mStar Online. 18 Jun 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2010. Dicapai pada 26 September 2018.
  191. ^ "Sudirman kini bergelar Datuk". Berita Minggu. 21 Jun 2009. Dicapai pada 27 September 2019.
  192. ^ "Sudirman kini bergelar Datuk". Berita Harian Singapura. 20 Jun 2009. m/s. 22.
  193. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1992" (PDF). www.istiadat.gov.my. Dicapai pada 3 Oktober 2021.
  194. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1990" (PDF). www.istiadat.gov.my. Dicapai pada 3 Oktober 2021.
  195. ^ "Sudir dianugerah pingat AMN sempena hari keputeraan Agong". Berita Harian Singapura. 28 Oktober 1990. m/s. 2.
  196. ^ Wartawan mStar (18 Jun 2009). "Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah mengurniakan Dariah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato' kepada Sudirman Arshad yang diwakili kakaknya Datin Rodziah Arshad". mStar. Dicapai pada 26 Ogos 2023.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
Tidak diketahui
(1975)
Juara Bintang RTM
1976
Diikuti oleh:
Rosemaria
(1977)