Ajai
Rencana ini kebanyakannya atau keseluruhannya bergantung kepada satu sumber. (April 2022) |
Ajai | |
---|---|
Kelahiran | Mohamad Faizal bin Maas 15 Mac 1975 |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Ajai Exists |
Pekerjaan | Komposer, penyanyi, pemuzik, pelakon |
Tahun aktif | 1991–kini |
Pasangan |
|
Anak-anak |
|
Kerjaya muzik | |
Instrumen | Vokal, keyboard, bass, gitar, drum |
Syarikat rakaman | Wake The Baby Sdn. Bhd. |
Pengkarya berkait | Exists, Ajai & Nurul |
Laman web rasmi | http://instagram.com/byajai |
Mohamad Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penggubah lagu dan penerbit album yang cukup popular di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 15 Mac 1975 di Masai, Johor Bahru, Johor ini mula membabitkan diri dalam bidang muzik sejak tahun 1991 lagi sebagai pemain keyboard kumpulan Exists untuk empat album pertama mereka.[1] Selepas keluar daripada Exists pada tahun 1998, Ajai kemudianya membina kerjaya sebagai penyanyi duet terkenal bersama isterinya pada ketika itu dengan gelaran Ajai & Nurul.
Sepanjang kariernya sebagai penyanyi dan komposer, beliau pernah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular pada tahun 2002 biarpun hanya tampil dengan satu single solo berjudul Bisikan Asmara pada tahun tersebut. Selain itu, beliau juga pernah memenangi anugerah Lagu Terbaik sebanyak tiga kali di Anugerah Industri Muzik.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Ajai pernah berkahwin dengan penyanyi Noorulhuda Abdul Wahab atau Nurul yang berasal dari Pulau Pinang pada tahun 1996 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah (lahir 1998). Mereka kemudiannya menjadi pasangan duet terkenal menerusi empat buah album iaitu Sehati Sejiwa (2001), Ajai & Nurul (2002), Seiring Sejalan (2004) dan Serasi Bersama (2006). Namun begitu, perkahwinan ini berakhir dengan perceraian pada tahun 2006 akibat masalah rumahtangga.
Setelah 3 tahun menduda, Ajai kemudiannya berkahwin dengan pengurus artis bernama Norliza Ilias atau Liza yang juga anak jati Pulau Pinang pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Danisha (lahir 2010). Perkahwinan kedua Ajai bersama Liza kekal bertahan sehingga kini.
Populariti Duo Ajai & Nurul
[sunting | sunting sumber]Selepas kejayaan lagu Aku Cinta, Aku Rindu yang diterbitkan pada tahun 1998 untuk album solo isterinya ketika itu, Ajai bereksperimentasi dengan lagu duet kedua berjudul Satukan Kita Berdua dan ternyata sambutan positif terhadap gandingan mereka menyuntik idea untuk bergabung dalam sebuah album studio. Maka pada tahun 2000 lahirlah album sulung pasangan ini berjudul Sehati Sejiwa. Album ini mendapat sambutan hebat dengan 3 buah single menguasai carta muzik iaitu lagu Sehati Sejiwa, Maafkanku & Bila Kau Tiada. Album ini mendapat sentuhan komposer seperti Anang dan Aidit Alfian. Disamping itu Ajai turut menyelitkan single solo sebagai penyeri karier nyanyiannya iaitu menerusi lagu Bisikan Asmara (2001) dan saduran lagu Dewa 19 yang berjudul Aku Milikmu (2002). Populariti Ajai sebagai penyanyi solo terbukti apabila meraih trofi Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 menewaskan Anuar Zain dan Jamal Abdillah.
Menyusul kejayaan album duo pertama mereka meluncurkan album kedua pada tahun 2002 berjudul Ajai & Nurul yang lebih moderate dengan single seperti Keliru ciptaan Aidit Alfian dan Lagu Rindu mendominasi carta muzik. Lagu Keliru mencuri tumpuan umum sehingga meraih anugerah juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu ke-17. Populariti mereka semakin meningkat sehingga mereka digandingkan dalam filem (direct to video) yang berjudul Cinta KLCC pada tahun 2003. Itu merupakan satu-satunya cubaan Ajai sebagai pelakon.
Pada tahun 2004 pasangan ini menerbitkan sebuah album tribut khas kepada pasangan-pasangan duet terdahulu seperti Hail Amir & Uji Rashid, Royston Sta Maria & Francesca Peter dan beberapa lagi. Album berjudul Seiring Sejalan berjaya meraih jualan memberangsangkan sekaligus mengukuhkan lagi nama pasangan ini. Bagaimanapun selepas menerbitkan album kompilasi Serasi Bersama pada tahun 2006, pasangan ini membubarkan kumpulan dan seterusnya bercerai akibat masalah rumahtangga. Duo Ajai & Nurul meninggalkan legasi yang tersendiri kepada penyanyi duet di Malaysia, termasuk pesaing seperti Achik & Nana yang tidak kurang popularnya pada ketika itu.
Komposer Terkemuka
[sunting | sunting sumber]Ajai mula mencipta nama sebagai komposer apabila karya ciptaannya dinyanyikan oleh penyanyi Rem dalam album Semua Orang Tahu (1997). Sejak itu beliau mula mencipta lagu untuk artis-artis bernama besar seperti Saleem, Sheila Majid, Kris Dayanti dan Siti Nurhaliza. Bersama Siti, Ajai terlibat menerusi 3 buah album iaitu Pancawarna (1999), Safa (2001) dan E.M.A.S (2003) di mana gandingan ini berjaya menghasilkan hits unggul seperti Kau Kekasihku dan Percayalah. Ajai bagaimanapun diingati kerana terlibat dalam usaha menjenamakan semula dua penyanyi berbakat iaitu Dayang Nurfaizah dan Ning Baizura. Bersama Dayang, Ajai menerbitkan album dan lagu berjudul Seandainya Masih Ada Cinta yang menjadi fenomena pada tahun 2001 sekaligus melonjakkan nama Ajai ke peringkat yang lebih tinggi. Ajai juga menghasilkan dua buah hits utama untuk album "comeback" Ning yang berjudul Selagi Ada pada tahun 2003. Kerjasama bersama dua penyanyi ini membuahkan hasil apabila Ajai menerima anugerah Lagu Terbaik AIM buat kali kedua dan ketiga pada tahun 2002 dan 2004. Ajai bertanggungjawab mempopularkan dua penyanyi soul iaitu Deja Moss dan Sarah Raisuddin. Album debut Sarah yang diterbitkan beliau pada tahun 2002 telah memenangi tiga anugerah utama di AIM.
Pada tahun 2004 Ajai terlibat dalam pembikinan lagu runut bunyi untuk filem Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) di mana menyaksikan beliau bekerjasama dengan penyanyi pop terkenal Misha Omar. Kesemua lagu ciptaan Ajai untuk Misha menjadi hits kerana digunakan sebagai lagu asal filem. Lagu Pulangkan dan Ku Seru menghiasi kronologi filem seram PHSM serta lagu Riwayat Cinta untuk filem Gerak Khas 3. Ajai seterusnya menghasilkan runut bunyi untuk filem-filem seperti Kayangan, Waris Jari Hantu dan 1957 : Hati Malaya , kesemuanya diterbitkan pada 2007. Lagu-lagu seperti Kayangan, Kasih Tercipta, Perlu Kamu dan Menanti Pasti menghiasi filem-filem ini. Pada tahun 2008 hingga 2009 Ajai menyertai barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia musim keenam dan ketujuh sebagai Penasihat Muzik dan Vokal di bawah pengawasan pengetua Tiara Jacquelina dan Amy Search. Menerusi AF7, Ajai menemui bakat baru bernama Hafiz Suip yang mana beliau berjaya dengan kerjasama lagu-lagu popular seperti Noktah Cinta dan Ku Akui pada tahun 2010.
Ajai mempunyai syarikat rakaman bernama Wake The Baby yang dibuka pada tahun 2002.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Single lagu Solo
[sunting | sunting sumber]- Bisikan Asmara (2001)
- Rindu Di Aidilfitri (2002)
- Sentuhan Listrikmu (2004)
- Syair Buat Najiha (2006)
- Redupan Kayangan (2007)
- Maafkanlah Cinta (2009)
- Aduh (2014)
- Gara Diriku (2014)
- Salam Sesuci (2014)
- Aku Mahu (2017)
- Eksperimen Cinta (2017)
Lain-Lain Lagu Duet
[sunting | sunting sumber]- Hati Ini Telah Dilukai (1999) bersama Kris Dayanti
- Keliru (2002) bersama Nourul Depp
- Perlu Kamu (2007) bersama Kris Dayanti
- Kayangan (2007) bersama Tunku Mimi
- Sayang (2009) bersama Marsha Londoh
- Permaisuri (2012) bersama Ella
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | Tokan | Tuan Gan | Filem pertama, penampilan khas |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003 | Cinta KLCC | Ajai | VCD | Telefilem pertama |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Mentor Legend | Mentor | TV3 | Kumpulan A |
2015 | Ye Ke? | Bintang Tamu | Episode 13 | |
2016-2017 | 3 Juara | |||
2016 | Ye Ke? | Episode 19 | ||
2019 | I Can See Your Voice Malaysia | Bintang Tamu | Minggu 11 | |
Big Stage | Juri Jemputan | Astro Ria | Minggu 3 | |
2020–2023 | Juri Tetap | |||
2020 | MeleTOP | Bintang Tamu | Astro Ria | |
2020-2021 | Lagu Cinta Kita | Juri Tetap | TV3 | |
2022 | Sepahtu Reunion Live | Cameo | Astro Warna | Episod: "Amanah Dikhianati" |
MeleTOP | Bintang Tamu | Astro Ria | ||
All Together Now Malaysia (musim 2) | Juri Tetap | |||
2022-2023 | The Masked Singer Malaysia (musim 3) | Peserta | Astro Warna | Sebagai Mr. Parrot |
2024 | The Hardest Singing Show | Juri Jemputan | Astro Ria | Minggu 8 (Suku Akhir) |
TikTok Live Astro Gimme The Mic Malaysia | Juri |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Anugerah Industri Muzik
[sunting | sunting sumber]Menang
- Lagu Terbaik AIM6/1999 - Aku Cinta Aku Rindu - Ajai & Nurul, lirik oleh Nurul Wahab
- Lagu Terbaik AIM9/2002 - Seandainya Masih Ada Cinta - Dayang Nurfaizah, lirik oleh Syed ENV
- Album Terbaik AIM10/2003 - Sarah - Sarah Raisuddin, sebagai penerbit
- Album Pop Terbaik AIM10/2003 - Sarah - Sarah Raisuddin, sebagai penerbit
- Lagu Terbaik AIM 11/2004 - Selagi Ada Cinta - Ning Baizura, lirik oleh Nurul Wahab
- Album Terbaik AIM11/2004 - E.M.A.S - Siti Nurhaliza, sebagai penerbit
- Album Pop Terbaik AIM11/2004 - E.M.A.S - Siti Nurhaliza, sebagai penerbit
Anugerah Juara Lagu
[sunting | sunting sumber]Penyertaan sebagai Komposer
Tahun | Kategori | Judul Lagu | Keputusan | Lirik | Penyanyi |
---|---|---|---|---|---|
1998 | Balada | "Juwita" | Tercalon | A. Zaman | Saleem |
2000 | Balada | "Kau Kekasihku" | Menang | Alam Maya | Siti Nurhaliza |
2001 | Balada | "Percayalah" | Tercalon | Siti Nurhaliza | Siti Nurhaliza |
"Seandainya Masih Ada Cinta" | Menang | Syed ENV | Dayang Nurfaizah | ||
Pop Rock | "Maafkanku" | Tercalon | Dicipta bersama Aidit Alfian | Ajai & Nurul | |
"Bahagia" | Tercalon | Syed ENV | Dayang Nurfaizah | ||
2003 | Balada | "Selagi Ada Cinta" | Tercalon | Nurul Wahab | Ning Baizura |
2004 | Balada | "Pulangkan" | Menang | Habsah Hassan & Shuhaimi Baba | Misha Omar |
Pop Rock | "Simbiosis (Cinta Padamu)" | Tercalon | Ad Samad | Ella | |
2006 | Balada | "Ku Seru" | Tercalon | Habsah Hassan & Shuhaimi Baba | Misha Omar |
2007 | Balada | "Kasih Tercipta" | Tercalon | Shuhaimi Baba | Faizal Tahir diganti oleh Bob Yusrizam |
2008 | Etnik Kreatif | "Doa Dalam Lagu" | Tercalon | Rosli Khamis | Mawi & Heliza Helmi Mawi diganti oleh Zahid Baharuddin |
2009 | Terbuka | "Tak Mungkin Kerana Sayang" | Tercalon | Habsah Hassan | Alyah |
2010 | Terbuka | "Noktah Cinta" | Menang | Sheikh Qalam | Hafiz Suip |
2012 | Terbuka | "Ku Akui" | Menang | Ajai | Hafiz Suip |
2014 | Terbuka | "Matahari" | Tercalon | Ajai | Hafiz Suip |
2015 | Terbuka | "Mana Mungkin" | Tercalon | Ajai | Black Hanifah |
2016 | Terbuka | "Terimaku Seadanya" | Menang | Ajai | Hafiz Suip & Misha Omar |
"Di Amaran Mama" | Tercalon | Ad Samad | Hazama Azmi |
Penyertaan sebagai Artis
Lagu yang ditebalkan adalah juara keseluruhan
Tahun | Kategori | Judul Lagu | Keputusan | Lagu & Lirik | Penyertai sebagai |
---|---|---|---|---|---|
1992 | Pop Rock | "Untukmu Ibu" | Tercalon | Rahim Othman / Megat Ismail | kumpulan Exists |
1994 | Pop Rock | "Anugerah" | Tercalon | G. Nola / Baiduri | kumpulan Exists |
2001 | Pop Rock | "Maafkanku" | Tercalon | Aidit Alfian / Ajai | Ajai & Nurul |
2002 | Pop Rock | "Keliru" | Menang | Aidit Alfian | Ajai & Nurul |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Pengalaman matangkan Exists.
".....membabitkan bekas ahli kumpulan Exists yang lain seperti Ajai dan Shah Slam termasuk Ezad dan Mamat..." Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-29. Dicapai pada 2018-05-12.