Pergi ke kandungan

Sri Aman FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sri Aman FM (dahulu dikenali sebagai RaSA FM) ialah sebuah stesen radio tempatan yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia yang meliputi Bahagian Sri Aman, Sarikei dan Betong. Memulakan siaran pada 21 Oktober 1982, ia merupakan stesen kelima di Sarawak selepas Limbang, Sibu dan Miri, dan sebelum Bintulu.

  • Radio Malaysia Sri Aman, Sarawak, kini telah ditukarkan dengan sebuah nama stesen Radio Sri Aman dan dikomersialkan lagi nama Radio Sri Aman ni setelah penjenamaan semula sebuah stesen radio Sri Aman iaitu ditukarkan dengan nama RaSAFM.
  • Penjenamaan semula stesen RaSAfm ini telah di rasmikan April 2005. Bangunan RTM Sri Aman RaSAFM terletak di tengah-tengah bandar Sri Aman.
  • Kira-kira 50 kakitangan RTM Sri Aman menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Penerangan secara Live Streaming dari Angkasapuri, Kuala Lumpur pagi ini. Antara inti ucapan Menteri Penerangan ialah mahukan semua warga kementerian memperlengkap diri untuk menjadi blogcaster sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat yang bergerak pantas sekarang. Dengan memahirkan diri sebagai blogcaster mereka tidak akan ketinggalan dalam dunia IT bagi menyalurkan maklumat dengan pantas dan berkesan.

Frekuensi

[sunting | sunting sumber]
Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar
89.5 MHz Sri Aman Bukit Temudok
91.1 MHz Skrang & Engkilili Ulu Skrang-Skrang
99.5 MHz Off Spaoh & Betong Off Spaoh

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]