Miri FM
Penampilan
Bandar | Miri |
---|---|
Kawasan penyiaran | Miri |
Slogan | Mesra Bermaklumat |
Frekuensi | 95.7 FM |
Bahasa | Melayu Iban Kenyah Kayan |
Pemilik | |
Saluran kembar | Perlis FM Kedah FM Langkawi FM Mutiara FM Perak FM Kelantan FM Terengganu FM Pahang FM Selangor FM KL FM Negeri FM Melaka FM Johor FM Sarawak FM Red FM Wai FM Labuan FM Sabah FM Sabah V FM Sandakan FM |
Siaran web | rtmklik |
Tapak web | mirifm |
Miri FM (dulu Radio Malaysia Miri) ialah sebuah stesen radio tempatan yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]- RTM Miri yang dibina dengan harga berjumlah RM 2.8 Juta telah dirasmikan pembukaannya oleh Y.A.B. Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tanggal 2 September 1975.
- Kedudukan RTM Miri yang terletak di atas bukit dan menghala ke Laut Cina Selatan menghasilkan suatu pemandangan yang cukup indah dan mempersonakan. Pemandangan yang cukup indah ini diserikan lagi dengan siapnya Marina Bay kelak yang menjadi lambang Bandaraya Miri, Bandaraya Peranginan.
- RTM Miri mula dibina pada awal tahun 1972 dan telah siap pembinaannya dua tahun kemudian. Kerja-kerja pemasangan alat-alat siaran dan teknikal walaupun rumit, telah dapat dilaksanakan mengikut jadual, berkat pengalaman dan kesungguhan yang dimilikki oleh pegawai-pegawai RTM Sarawak.
- RTM Miri adalah stesen kawasan ketiga selepas Stesen RTM Limbang (1971) dan Stesen RTM Sibu (1974). Stesen ini mempunyai dua bangunan berasingan – Bangunan Penyiaran dan Bangunan Stesen Pemancar. Bangunan Penyiaran menempatkan ruang-ruang pejabat untuk pegawai-pegawai dan kakitangan pentadbiran / akaun, rancangan / pemberita dan kejuruteraan. Ia juga dilengkapi dengan empat buah studio, sebuah Bilik Kawalan Pusat, sebuah Bilik Perpustakaan/Rakamkhanah dan sebuah Auditorium yang boleh memuatkan seratus orang penonton. Juga terdapat sebuah kabin dan menara aerial Alat Pemancar TV dan FM serta kemudahan lain.
- Memandangkan pemancaran siaran melalui Gelombang Sederhana (MW) tidak digunakan lagi maka Bangunan Stesen Pemancar RTM Miri digunakan untuk menempatkan peralatan – peralatan lama.
- RTM Miri mempunyai bilangan kakitangan lebih 70 orang.
- RTM Miri menyiarkan siaran tempatannya 9 jam sehari iaitu dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang dalam empat perkhidmatan bahasa iaitu Bahasa Melayu (9 pagi hingga 12 tengahari setiap hari), Bahasa Mandarin menerusi segmen Tea Break bersama Red FM, Bahasa Iban (12 tengahari - 3 petang hari Khamis, Sabtu dan Ahad), Bahasa Kayan (3 petang hingga 5 petang di Miri sahaja, 12 tengahari hingga 6 petang di WaiFm Bidayuh/Kayan) dan Bahasa Kenyah (3 petang hingga 6 petang menerusi media sosial YouTube dan Facebook, 5 petang hingga 6 petang di Miri sahaja dan menerusi gelombang pendek) menerusi saluran Miri FM.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web rasmi Miri FM Diarkibkan 2010-03-08 di Wayback Machine