Langkawi FM
Bandar | Langkawi |
---|---|
Kawasan penyiaran | Langkawi |
Slogan | Ya! Untukmu |
Frekuensi | 104.8 MHz |
Tarikh siaran pertama | 1 November 1993 |
Bahasa | Melayu dan Inggeris |
Pemilik | |
Saluran kembar | |
Siaran web | rtmklik |
Tapak web | langkawifm |
Langkawi FM ialah sebuah stesen radio tempatan dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia bersiaran dari Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji dari jam 06:00 hingga 00:00. Ia menyiarkan berita tempatan, muzik Malaysia dan rancangan-rancangan dalam Bahasa Inggeris dari jam 13:00 hingga 18:00. Ia boleh didengari melalui 104.8 MHz dari Gunung Raya dan melalui internet dalam laman webnya.
Langkawi FM disambung siar dari Nasional FM
[sunting | sunting sumber]Langkawi FM disambung siar dari Nasional FM bermula jam 7 malam hingga 6 pagi setiap hari.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah Langkawi FM bermula dengan cadangan penubuhan Radio Pelancongan Langkawi oleh Jemaah Menteri pada 25 Ogos 1993.
Siaran pertama dari Radio 3 Langkawi adalah pada 1 November 1993 yang bertapak di Pejabat Penerangan Daerah, dilancarkan oleh wakil Pegawai Daerah Langkawi.
Pada 12 Disember 1994, stesen Radio 3 Langkawi berpindah ke Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji. Radio 3 Langkawi dikenali sebagai Radio Pelancongan Langkawi dalam satu upacara pelancaran muka baru di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri yang diadakan pada 27 Mei 1996.
Radio Pelancongan Langkawi telah menerima pelbagai anugerah dan akhirnya radio ini sekali lagi bertukar nama ke Radio Malaysia Langkawi pada pertengahan tahun 2002 bersama-sama dengan stesen-stesen RTM yang lain.
Radio Malaysia Langkawi sekali satu siaran bertukar nama ke Langkawi FM pada tahun 2008 RTM Radio Malaysia.
Penyampai
[sunting | sunting sumber]Rancangan utama
[sunting | sunting sumber]Setiap Hari (Ahad-Sabtu)
[sunting | sunting sumber]Segmen | Penyampai | Masa Siaran |
---|---|---|
Ceria Pagi | - | 07:00 - 11:00 |
Active8 | - | 11:00 - 13:00 |
Expresi | - | 13:00 - 16:00 |
Relax | - | 16:00 - 19:00 |