September 2008
Penampilan
September 2008 ialah bulan kesembilan untuk tahun lompat. Ia bermula pada hari Isnin dan berakhir selepas 30 hari pada hari Selasa.
Portal:Hal semasa
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 30 September - Anak kapal Melati 2 dan 5 yang ditawan lanun dibebaskan.
- 28 September - Falcon 1 SpaceX menjadi kenderaan pelancar berasaskan bahan api cecair swasta pertama berjaya mencapai orbit.
- 28 September - Haile Gebrselassie dari Habsyah memecahkan rekod dunia maraton dengan 2 jam, 3 minit, 59 saat.
- 27 September - Angkasawan China Zhai Zhigang berjaya menjalankan aktiviti luar kenderaan semasa misi Shenzhou 7.
- 25 September - Kgalema Motlanthe mengangkat sumpah sebagai Presiden Afrika Selatan, menggantikan Thabo Mbeki.
- 25 September - Lehman Brothers dan Washington Mutual diisytiharkan bankrap akibat Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008.
- 24 September - Diet Jepun melantik Taro Aso sebagai Perdana Menteri Jepun yang baru.
- 21 September - Lebih 12,800 kanak-kanak di China dimasukkan ke hospital akibat kelancungan produk susu China.
- 21 September - Presiden Afrika Selatan Thabo Mbeki (gambar) meletak jawatan seperti yang diminta oleh parti pemerintah Kongres Kebangsaan Afrika.
- 20 September - Sebuah lori meletup di luar sebuah hotel di Islamabad, Pakistan, membunuh sekurang-kurangnya 53 orang dan mencederakan 266 yang lain.
- 17 September - Sukan Paralimpik 2008 berakhir. Tuan rumah China mendapat pingat emas terbanyak.
- 17 September - Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan keluar dari Barisan Nasional.
- 14 September - Sebastian Vettel memenangi Grand Prix Itali 2008, menjadikannya pemandu termuda dalam sejarah Formula Satu yang memenangi perlumbaan Grand Prix.
- 12 September - Polis Malaysia menahan tiga orang awam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
- 11 September - Presiden Zimbabwe Robert Mugabe dan ketua pembangkang Morgan Tsvangirai mencapai satu persetujuan perkongsian kuasa.
- 6 September - Kejohanan Sukan Paralimpik 2008 bermula dengan rasminya di Beijing, China.
- 6 September - Asif Ali Zardari dari Parti Rakyat Pakistan terpilih menjadi Presiden Pakistan menggantikan Pervez Musharraf.
- 3 September - Taufan Gustav (gambar) mula reda selepas menyebabkan sekurang-kurangnya 112 kematian di Caribbean dan Amerika Syarikat.
- 1 September - Perdana Menteri Jepun Yasuo Fukuda meletak jawatan tidak sampai setahun selepas mengambil alih dari Shinzo Abe yang juga meletak jawatan.