Sukan Paralimpik Musim Panas 2008
Bandar tuan rumah | Beijing, China |
---|---|
Cogan kata | One World, One Dream (Cina: 同一个世界 同一个梦想 Melayu: Sedunia, Seimpian) |
Penyertaan negara | 146 |
Penyertaan atlet | 3,951 |
Acara | 472 dalam 20 sukan |
Upacara pembukaan | 6 September 2008 |
Upacara penutupan | 17 September 2008 |
Pembukaan dirasmikan oleh | Presiden Hu Jintao |
Obor paralimpik | Hou Bin |
Stadium utama | Stadium Nasional Beijing |
Sukan Paralimpik Musim Panas 2008, iaitu Sukan Paralimpik yang ke-13, diadakan di Beijing, China dari 6 hingga 17 September 2008. Tanah Besar China dijangka menghantar bilangan atlit teramai. Seperti di Sukan Olimpik 2008, sukan ekuestrian diadakan di Hong Kong dan acara melayar pula di Qingdao.
Pada 26 Jun 2005, Jawatankuasa Olimpik Beijing mengumumkan slogan Olimpik dan Paralimpik 2008 berbunyi "Satu Dunia, Satu Impian" (Cina Tradisional: 同一個世界 同一個夢想 , Cina Ringkas: 同一个世界 同一个梦想 ).
Lebih 4,200 orang atlet dari 148 negara menyertai temasya ini[1], menjadikannya bilangan negara paling ramai yang menyertai temasya Paralimpik (lebih 12 negara berbanding Athens), jadi adanya negara yang bertanding buat julung kalinya.[2]
Tempat pertandingan
[sunting | sunting sumber]19 tempat pertandingan, iaitu 17 di Beijing, satu di Hong Kong, dan satu lagi di Qingdao, telah terpilih untuk mengadakan Sukan Paralimpik 2008.[3]
- Stadium Nasional Beijing (Sarang Burung)
- Pusat Akuatik Nasional Beijing (Kiub Air)
- Stadium Tertutup Nasional Beijing (Kipas)
- Padang Gimnasium Main Pedang Olimpik
- Padang Olimpik Memanah
- Padang Hoki Olimpik
- Pusat Padang Olimpik Tenis (Bunga-bunga)
- Gimnasium Universiti Peking
- Gimnasium Universiti Beihang
- Gimnasium Universiti Pertanian China
- Gimnasium Universiti Sains dan Teknologi Beijing
- Gimnasium Institut Teknologi Beijing
- Lapangan Sasar Menembak Tanah Liat Beijing
- Venue Perlumbaan Basikal (BMX) Laoshan
- Arena Tertutup Pekerja
- Taman Mendayung-Berkanu Olimpik Shunyi
- Venue Triathlon Beijing
- Venue Ekuestrian Hong Kong
- Pusat Kapal Layar Antarabangsa Qingdao
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "More than 4,200 Athletes to Compete at Beijing Paralympics", Xinhua, 24 Ogos 2008
- ^ "CPC announces Canadian team for the 2008 Beijing Paralympic Games in China", Canadian Paralympic Committee, 8 Julai 2008
- ^ "Competition Venues - The Official Website of the Beijing 2008 Paralympic Games". The Beijing Organizing Committee for the Games of the XXIX Olympiad. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-26. Dicapai pada 2008-07-26.
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sukan Paralimpik Musim Panas 2008 |
- Laman web rasmi Sukan Paralimpik Beijing 2008 Diarkibkan 2008-08-08 di Wayback Machine
- Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
- Liputan Penstriman Paralimpik di Internet
Didahului oleh Athens |
Sukan Paralimpik Musim Panas Beijing Sukan Paralimpik Musim Panas (2008) |
Diikuti oleh: London |