Rampasan kapal MT Bunga Melati V 2008
Kapal MT Bunga Melati Lima milik syarikat perkapalan dari Malaysia, MISC telah dirampas oleh lanun di Teluk Aden antara Somalia dan Yaman jam 9.50 malam pada 29 Ogos 2008, 10 hari selepas kejadian pertama 19 Ogos 2008. Kapal itu dikendalikan oleh 41 anak kapal termasuk 36 warga Malaysia dan krew penyelenggaraan sementara warga Filipina . Kapal itu membawa 30,000 MT bahan petrokimia dari Yanbu, Arab Saudi ke pelabuhan Singapura.
Datuk Shamsul Azhar Abbas selaku CEO dan pengerusi MISC menjelaskan bahawa komunikasi dengan kapal MT Bunga Melati 5 belum dilakukan lagi. MISC merupakan anak syarikat Petronas yang mempunyai lebih 100 kapal , belayar ke seluruh dunia. [1]
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Kapal tangki berisi petrokimia ini dirampas oleh lanun dan anak kapalnya telah diculik untuk dijadikan tebusan. Lokasinya di perairan pantai Somalia. Akhir-akhir ini Teluk Aden dipenuhi lanun.
Punca
[sunting | sunting sumber]Teluk Aden merupakan tanduk benua Afrika. Lebih 20,000 kapal melaluinya setiap tahun menuju ke Terusan Suez.
Kebanyakan kapal kargo, kapal tangki dan kapal pesiaran yang melalui laluan 200 km dari pantai Somalia tidak diiringi oleh kapal pengiring dari tentera marin yang lengkap.
Lanun-lanun ini mendapat inspirasi dari kegiatan lanun di Selat Melaka dan lain-lain untuk mendapatkan wang tebusan. Tentera marin Amerika Syarikat telah bekerjasama dengan Singapura, Indonesia , Malaysia dan Thailand secara rasmi dan tidak rasmi untuk memantau keselamatan Selat Melaka. Oleh yang demikian mereka beralih lokasi ke perairan Somalia. Masih tidak dapat dipastikan apakah lanun ini dari kumpulan yang sama atau tunas baru. Namun nama kumpulan lanun ini tidak dapat dipastikan berbanding dengan di Selat Melaka.
Lanun menggunakan bot yang canggih dan bersenjata prelancar roket , pelancar granade, GPS, berpengetahuan dalam peta laluan kapal antarabangsa. Mereka pantas bergerak pada waktu malam , mengejar kapal-kapal tangki dengan bot laju dan bot nelayan dan menggunakan galah aluminium untuk naik ke atas kapal. Anehnya gerombolan lanun ini mempunyai hirarki menyamai tentera marin dan kelihatan terlatih. Lanun Somalia memilih kapal tangki Malaysia kerana mempunyai bekalan makanan halal yang banyak.[2]
Sedangkan nakhoda kapal dan kelasi enggan menggunakan kekerasan kerana tidak mahu sesiapa cedera. Jika mereka melawan, kapal mungkin akan dibakar dan kerugian lebih besar , tumpahan minyak mentah bertahun-tahun dan nama baik syarikat akan terjejas. Kapal yang ditenggelam sukar untuk ditimbulkan semula dan membahayakan laluan kapal antarabangsa. Biasanya syarikat insuran antarabangsa enggan menerima risiko tinggi.
Lanun-lanun ini mahu memberi malu kepada kerajaan Somalia yang lemah dan mengamalkan pemerintahan tidak demokratik, sebaliknya pemerintahan diktator. Tentera marin Somalia, Kenya dan Yemen tidak berupaya mengawal pintu laut Laut Merah yang lebar dan panjang itu. Kebanyakan negara di persisir Laut Merah ini kaya-raya seperti Arab Saudi, Iran , Israel dan lain-l,ain. Tetapi nelayan di Somalia dan Yemen kekal hidup daif dan melarat.
Langkah penyelesaian
[sunting | sunting sumber]Sebuah unit khas ditubuhkan oleh Wisma Putra di Kuala Lumpur bagi memantau kapal tangki MISC yang dirampas di Teluk Aden. [3]
Pasukan komando Tentera Laut Malaysia bersama dua buah kapal perang belayar segera ke pantai Somalia bagi mengiringi 4 lagi kapal MISC . .[4] Panglima ATM Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal memutuskan cara diplomasi lebih diutamakan .[5]. Tindakan ketenteraan mendedahkan kepada risiko kematian dan kemusnahan lebih besar kerana lanun-lanun ini lebih rela mati. Dua buah kapal perang telah dihantar ke sana untuk tujuan pemantauan keadaan, bukan untuk menyergap lanun-lanun tersebut.
Tuntutan RM10 juta diminta oleh lanun kepada pihak MISC dan kerajaan Malaysia tidak dapat berbuat apa-apa kerana lanun enggan berunding dengan kerajaan Malaysia. Biasanya tindakan menurut norma antarabangsa akan dibuat. Nyawa krew kapal lebih penting kerana tidak ada galang ganti. Tetapi tindakan membayar tebusan hanya akan menggalakkan lebih banyak aktiviti pelanunan.
Kapal dari timur yang hendak ke Laut Mediterranean terpaksa juga melalui Teluk Aden yang penuh dengan lanun itu., Pilihan lain, terpaksa menongkah Tanjung Harapan di Afrika Selatan sebagaimana Vasco da Gama pada abad ke-15.
Pemantauan satelit dan meminta bantuan kuasa besar Amerika Syarikat terpaksa dilakukan oleh negara -negara Islam di pesisir Teluk Aden dan Laut Merah ini. Hegemoni Amerika akan berkembang ke Afrika Utara dan Semenanjung Arab.
SMS pada 24 Ogos dihantar ketika kapal tangki MT Bunga Melati 5 berlabuh di Arab Saudi. Norazrina Mat Salleh (30) menyatakan adiknya, Muhd Nazri Mat Salleh (22)) memberitahu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa dia dan rakan-rakannya tidak tahu-menahu tentang rampasan pertama itu. Muhd Nazri berasal dari Kampung Kerasak, Limbat , Kota Bharu, Kelantan. Beliau mula bekerja secara kontrak dengan MISC sejak Disember 2007.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Muhamad Hatta Abdul Aziz menyatakan bahawa rundingan dengan lanun-lanun yang menawan dua kapal MISC diadakan oleh pihak MISC pada setiap hari. Rundngan dalam bahasa Inggeris . Lanun enggan mengggunakan bahasa Arab. Rundingan tidak melibatkan kerajaan Malaysia. Lanun membenarkan anak kapal yang kesemuanya Islam untuk menunaikan ibadat puasa sepanjang ditahan.Pengurus Besar Jabatan Perhubungan Korporat MISC, P. Fiona menjelaskan bekalan makanan cukup banyak. MISC menetapkan 30 hari untuk menyelesaikan kes itu.
Malaysia telah menghantar dua buah kapal perang, KD Lekiu dan KD Inderapura, dan sebuah kapal peronda pesisir pantai, KD Pahang untuk melindungi kapal-kapal MISC yang melalui perairan itu . Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, ATM hanya akan bertindak sekiranya diberi arahan atau atas permintaan MISC. Pasukan Khas Laut (Paskal) turut dihantar sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. Panglima Armada Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin mengetuai operasi menyelamat. Kapal-kapal itu singgah di Kepulauan Maldives.
Tebusan dibebaskan
[sunting | sunting sumber]Pada 27 September 2008,TLDM telah membayar wang tebusan RM6.8 juta (USD$2 juta) dan semua tebusan telah dibebaskan serta merta. Lanun mengugut kapten akan ditembak jika MISC gagal membayar penuh wang tebusan dengan cepat. Pengarah Program Bantuan Pelaut Afrika Timur (EASAP), Andrew Mwangura menyatakan mereka ditahan selama dua minggu .
Kapal Melati 5 akan belayar ke Pelabuhan Djibouti atau Pelabuhan Aden kerana kehabisan minyak dan bekalan makanan. Sebenarnya bekalan makanan cukup, cuma taktik yang digunakan oleh lanun untuk menjejaskan rundingan. Kemungkinan semua anak kapal akan pulang ke Malaysia untuk menyambut hari raya aidil fitri pada 1 Oktober 2008 nanti.
Sehingga kini kapal Melati II belum dibebaskan.[6]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ MISC Hentikan Semua Kapal Dari Memasuki Teluk Aden
- ^ Talks begin over hostages
- ^ Wisma Putra Mohon Bantuan, Kerjasama Yaman Dan Somalia Pantau Kapal
- ^ http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=356740
- ^ ATM Belum Terima Permohonan Bantuan Untuk Selamatkan Dua Kapal MISC
- ^ Tebusan Melati 5 bebas