Shenzhou 7
Shenzhou 7 | |||||
---|---|---|---|---|---|
Statistik misi | |||||
Nama misi | Shenzhou 7 | ||||
Saiz anak kapal | 3 | ||||
Pelantar pelancar | Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan | ||||
Pelancaran | 25 September 2008 @ 21:10:04.988 CST (13:10:04.988 UTC)[1] | ||||
Pendaratan | 28 September 2008 @ 17:00 CST (09:00 UTC) | ||||
Misi berkaitan | |||||
|
Shenzhou 7 (Cina Ringkas: 神舟七号 ; Cina Tradisional: 神舟七號 ; pinyin: shénzhōu qīhào) ialah penerbangan angkasa lepas manusia ketiga yang dijalankan oleh China. Misi ini menandakan bermulanya fasa kedua Projek 921 program angkasa China.
Sebuah kapal angkasa Shenzhou yang membawa tiga orang ahli krew dilancarkan pada 25 September 2008 pada 21:10 CST (UTC+8) dengan menaiki roket Chang Zheng 2F (CZ-2F) dari Pusat Angkasa Jiuquan.[1] Misi ini dijadualkan untuk tiga hari, selepas itu kapal angkasa berkenaan mendarat dengan selamatnya di Panji Siziwang di wilayah Mongolia Tengah pada 28 September 2008, pukul 17:37 CST.[2] Ketika penerbangan, satu aktiviti luar kenderaan (EVA) dijalankan oleh Zhai Zhigang dan Liu Boming, menjadikan China negara ketiga yang menyiapkan EVA, selepas Rusia dan Amerika Syarikat.
Anak kapal
[sunting | sunting sumber]Anggota-anggota krew Shenzhou 7 yang diumumkan pada 17 September 2008, terdiri daripada angkasawan-angkasawan berikut:[3]
- Zhai Zhigang (翟志刚 ) - Komander
- Liu Boming (刘伯明 ) - Angkasawan modul orbit
- Jing Haipeng (景海鹏 ) - Angkasawan pemerhatian modul pendaratan
Krew bantuan
[sunting | sunting sumber]- Chen Quan (陈全 ), Komander
- Fei Junlong (费俊龙 )
- Nie Haisheng (聂海胜 )
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "China manned mission to follow Olympics". 2006-11-20. Dicapai pada 2007-11-20. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ ""神七""神九"将太空对接 "神七"准备工作顺利". Longhu News Center. 2008-03-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-13. Dicapai pada 1 Mei. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ China names first "spacewalker" astronaut