Pergi ke kandungan

Pengeboman Hotel Marriott di Islamabad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengeboman Hotel Marriott di Islamabad
Pemandangan hotel selepas serangan
Map
LokasiIslamabad, Pakistan
Koordinat33°43′58″N 73°05′14″E / 33.7328°N 73.0871°E / 33.7328; 73.0871Koordinat: 33°43′58″N 73°05′14″E / 33.7328°N 73.0871°E / 33.7328; 73.0871
Tarikh20 September 2008
19:56[1] (UTC+6)
SasaranMarriott International Sunting ini di Wikidata
Jenis serangan
Pengeboman berani mati
Kematian54[2]
Tercedera266[3]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pengeboman Hotel Marriott di Islamabad terjadi pada hari Sabtu, 20 September 2008 di bandar Islamabad, tepi sempadan Pakistan - Afghanistan. 54 orang maut manakala 266 lagi cedera dan lubang selebar 20 meter dan dalam 6 meter terbentuk di hadapan hotel.[4]

Hotel Marriott merupakan hotel paling berprestij di Islamabad, dan terleteak berhampiran bangunan kerajaan dan perwakilan diplomatik. Hotel itu terdiri dari lima tingkat termasuk restoran di ruang legar utama di tingkat bawah. 2/3 bangunan itu teruk terbakar.

Hotel yang diserang
Peta lokasi, hotel berwarna biru

Seramai 53 orang awam terbunuh termasuk 5 warga asing. 266 orang cedera . Turut terbunuh ialah Duta Republik Czech ke Pakistan. Letupan berlaku di tingkat bawah ketika orang ramai sedang berbuka puasa di bulan Ramadan.

Antara mangsanya ialah 6 warga Jerman, 4 British dan Filipina. 2 pegawai tentera Amerika turut terbunuh. Perisik Belanda dan perisik Amerika Syarikat turut hilang, tidak dapat dikesan dan dipercayai mati terbunuh. Dr. Ivo Žďárek iaitu duta Republik Czech mati terperangkap ketika cuba menyelamatkan mangsa yang cedera tetapi sempat menelefon ke negaranya.

Pegawai tentera Amerika {tanpa nama} menyatakan 30 tentera marin Amerika Syarikat dijadualkan menginap di hotel itu sebelum ditugaskan di Afghanistan. Mereka dipercayai menjadi sasaran terbaik puak Taliban. Laksamana Mike Mullen dijangka bertemu dengan Perdana Menteri Pakistan, Yousaf Raza Gillani dan lain-lain pegawai Pakistan. Beberapa pegawai CIA turut dilaporkan berada di Islamabad.

Punca berlaku kerana hotel itu menjadi tumpuan warga asing tetapi dikawal rapi. Hotel itu sering menjadi sasaran pengganas seperti di Indonesia dan Turki. Hotel itu pernah dibom pada 2007.

Pemimpin tertinggi Pakistan sepatutnya mengadakan perjumpaan di hotel itu tetapi menukar pelan ke kediaman Perdana Menteri Pakistan, tidak jauh dari situ.

Jenis serangan

[sunting | sunting sumber]

Dipercayai sebuah trak berisi bahan letupan, meletup di pintu masuk Hotel Marriott, 1 km dari kawasan yang menempatkan pejabat kedutaan asing. Trak itu gagal masuk kerana ada palang di pintu gerbang.

Rehman Malik percaya pengganas menggunakan 600 kg RDX dicampur dengan TNT (Torpex atau H6) untuk meningkatkan kekuatan letupan.

Rehman Malik selaku Menteri Dalam Negeri Pakistan menyatakan belum ada tangkapam dibuat. Tetapi perisik Pakistan mencurigai militan Taliban yang bernaung di bawah al-Qaeda di Afghanistan. Perdana Menteri Pakistan Yousuf Raza Gilani semuruh rakyat bertenang demi demokrasi dan ekonomi Pakistan.

Pemilik hotel

[sunting | sunting sumber]

Pemilik hotel itu ialah Hashoo Group milik Sadruddin Hashwani dari firkah Syiah Ismailiah. Semua pengawal keselamatan terbunuh semasa cuba menembak pemandu trak berani mati itu.

Hotel lima bintang itu berdekatan dengan pejabat Suruhanjaya Malaysia ke Pakistan. Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, Roseli Abdul mendengar letupan itu dari pejabatnya ketika sedang menikmati juadah berbuka puasa. Kedutaan Malaysia di Islamabad kira-kira 1 km dari Hotel Marriott.

Reaksi antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Semua negara Islam termasuk Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengutuk serangan pengganas yang membawa kehilangan nyawa dan harta benda. Rakyat Pakistan mestilah berdiri teguh di belakang kerajaan Pakistan yang dipimpin oleh Presiden Pakistan yang baru, Asif Zardari.[5]

  1. ^ 60 killed in Islamabad suicide attack. The Bihar Times. Dicapai pada 2008-09-21
  2. ^ "Suicide attacks kill 1,188 in Pakistan since '07" (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. 29 September 2008. Dicapai pada 2008-09-29.
  3. ^ "Bomb rocks Islamabad hotel, at least 60 dead" (dalam bahasa Inggeris). Times of India. 20 September 2008. Dicapai pada 2008-09-21.
  4. ^ "More Bodies Pulled From Hotel Rubble in Pakistan" (dalam bahasa Inggeris). New York Times. 21 September 2008. Dicapai pada 2008-09-21.
  5. ^ UAE Kutuk Serangan Pengganas Di Hotel Marriot