Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah
Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) | |
---|---|
Alamat | |
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lama | Sekolah Menengah Sains Pahang |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh (SBP) |
Moto | Hidup Berjasa |
Ditubuhkan | Januari 1973 |
Nombor sekolah | 09-538 1223 |
Kod sekolah | CEE4070 |
Pengerusi PIBG | Tuan Haji Azman bin Taher |
Pengetua | Tuan Haji Mahadzir bin Haji Hanapiah |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Syarifah Hasnizal binti Sayed Kamar |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Rokiah binti Mahbob |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Hashim bin Ismail |
Laman sesawang | http://v3.semsas.edu.my/ |
Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di Kuantan, Pahang.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) terletak di Km 12 Jalan Gambang, Kuantan, Pahang merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Sains Pahang.
Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini menumpang sementara di bangunan Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh. Kumpulan pertama ialah 11 orang guru 3 orang kakitangan dan pelajar tingkatan satu seramai 219 orang (terdiri dari pelajar aliran Melayu dan aliran Inggeris). Pengetua pertamanya ialah Encik Abdul Rahim bin Abdul Hamid. Beliau merupakan pengetua paling lama bertugas di sekolah ini iaitu dari 16 Disember 1972 hingga 31 Disember 1982. Sekolah ini telah berpindah ke bangunan kekalnya di Kuantan pada 8 Januari 1974. Pada tahun berkenaan pengambilan pelajar tingkatan empat dimulakan. Pembukaan sekolah ini telah dilakukan oleh KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah, Sultan Pahang pada 22 Julai 1976. Sempena perasmiannya, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
Matlamat utama penubuhan sekolah ini ialah untuk menempatkan para pelajar lulusan peringkat sekolah rendah dari luar bandar mempelajari mata pelajaran sains dengan kemudahan yang serba lengkap. Dengan kawasan seluas 18 ekar serta pelbagai kemudahan fizikal, disamping pembangunan dan pengubahsuaian yang dilakukan dari semasa ke semasa, sekolah ini telah dapat meningkatkan mutu pencapaian seluruh pelajarnya dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
SEMSAS ssentiasa peka dan prihatin terhadap sebarang usaha untuk menjadikannya pusat pendidikan yang unggul bukan sahaja di pantai timur malah di peringkat kebangsaan. Bagi memastikan cita-cita dan matlamat untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan terlaksana, SEMSAS dengan kerjasama semua pihak sentiasa menganalisis dan mengkaji program-program yang direncana supaya dapat menjana hasil optimum.
Sejajar dengan perkembangan semasa, Semsas telah menjadi sebuah SEKOLAH BESTARI mulai 1 Januari 1999 dan SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN pada tahun 2012.
Falsafah
[sunting | sunting sumber]Pendidikan di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama bangsa dan negara.
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]Inilah sekolah kami
Yang kami sanjungi
Budi dan ajaran guru
Mendidik dan membantu
Belajarlah tugas kita
Supaya berjaya
Taat pada ibu bapa
Itu kewajipan kita
Sukan dan permainan
Kita sama jayakan
Rukun negara kita
Pastilah diamalkan
Baktimu dalam ingatan Hingga akhir masa
Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah
Lambangnya hidup berjasa
(Lagu ciptaan : Encik Murad Hamid, Guru Muzik Semsas 1975)
EXSAS
[sunting | sunting sumber]BEKAS PELAJAR SEMSAS / EX-STUDENTS SEMSAS ASSOCIATION (EXSAS) telah didaftar pada 27 Februari 1998 dengan salah satu tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan baik antara ahli terdiri daripada semua bekas pelajar SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (SEMSAS) selain daripada membantu SEMSAS.
Penubuhan Persatuan Bekas Pelajar Semsas atau EXSAS telah bermula sejak tahun 1997, dimana mesyuarat penubuhan pertama telah diadakan pada 27hb. September 1997 di Hotel MS Garden, Kuantan. Antara perkara yang dibincangkan ialah cadangan senarai penuh ahli jawatankuasa penaja dan cadangan undang-undang tubuh persatuan.
Akhirnya pada 3 April 1998, mesyuarat pertama ahli jawatankuasa penaja telah diadakan dan senarai penuh jawatankuasa penaja telah dapat dibentuk.
Dato' Mustafa Mohd Khalid merupakan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Penaja dan sekaligus telah dilantik sebagai Presiden pada AGM pertama pada tahun 1998. Beliau telah berkhidmat dari tahun 1998 sehingga 2003.
2023 merupakan tahun yang bersejarah buat SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) dan juga Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS (EXSAS) dimana SEMSAS akan menyambut ulang tahun yang ke 50 (Jubli Emas) manakala EXSAS akan turut menyambut ulang tahun penubuhan yang ke 25 (Jubli Perak).
Antara EXSAS:
•Azlan Sani Zawawi - Aktivis keselamatan jalan raya
•Fahmi Reza - Aktivis Seni
• Aminuddin Yahaya - Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web SEMSAS
- Laman web SEMSAS v2
- Laman web SEMSAS v3
- Instagram Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
- Facebook Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
- Facebook Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
- Laman sesawang bekas pelajar SEMSAS (dikenali sebagai Exsas)