Sekolah Tun Fatimah
Sekolah Tun Fatimah | |
---|---|
Lokasi | |
Johor Bahru, Johor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis | Sekolah berasrama penuh, School of Global Excellence (SGE), |
Diasaskan | 1956 |
Gred | Tingkatan 1 - Tingkatan 5 |
Afiliasi | Kementerian Pendidikan Malaysia |
Pengetua | Hajah Radziah binti Mohd Din (2024) |
Singkatan | STF |
Sekolah Tun Fatimah adalah sebuah sekolah menengah di Johor Bahru, Malaysia. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Sultanah Johor pada 25 September 1965. [1] Sekolah ini adalah sekolah menengah puteri berasrama penuh yang kedua di Malaysia.
Lagu sekolah
[sunting | sunting sumber]Lagu sekolahnya diberikan muzik oleh Juliette Lai manakala liriknya oleh Ainon Mohd.
Maju Maju Maju Segera Maju
Berbaris menempuh rintangan
Tun Fatimah maju sama maju
Mencapai cita-cita dan harapan pertiwi
Kamilah penuntut Tun Fatimah
Menuju cita-cita yang suci
Bergerak maju cita dituju
Di bawah semangat dan urat nadi
Serikandi Tun Fatimah
Together we join hands to reach our goals
With spirits and dignity we stand
Tun Fatimah you will be the leader
Our quest in fullfilling the hopes of our nation
We are the generation of tomorrow
To be the guide to show what we can be
Tun Fatimah you have our promise
We'll be the guide, we'll be the light and be your pride
United we stand Tun Fatimah
Misi & Visi
[sunting | sunting sumber]VISI
STF sekolah terbilang melestarikan tradisi kecemerlangan bertaraf dunia.
MISI
STF memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar cemerlang melalui pengurusan sekolah unggul dan perkongsian bestari ke arah melahirkan generasi terbilang.
Lencana
[sunting | sunting sumber]PENJELASAN LAMBANG PERISAI - Melambangkan pendidikan menyeluruh yang diterima di sekolah untuk menangani cabaran hidup.
TIGA PUNCAK PERISAI
PUNCAK 1 - Kecemerlangan Akademik
PUNCAK 2 - Kemampanan Sahsiah
PUNCAK 3 - Kecemerlangan Kokurikulum
OBOR - Sekolah Penyayang
BUNGA RAYA - Progresif, Dinamik, Asertif
CANTUMAN KELOPAK-KELOPAK BUNGA RAYA - Perpaduan
WARNA KUNING - Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
WARNA HIJAU - Penghayatan Agama Islam
WARNA PUTIH - Nilai-Nilai Murni
WARNA BIRU - Patriotisme
WARNA MERAH - Keyakinan Diri, Kental Menghadapi Cabaran
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Berita Harian , 27 September 1965, m.s. 2. sumber: HIDS OnLine.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman Web Rasmi STF
- Laman web rasmi Srikandi Tun Fatimah STFOGA
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "Lagu Sekolah Tun Fatimah", tetapi tiada tag <references group="Lagu Sekolah Tun Fatimah"/>
yang berpadanan disertakan