Pergi ke kandungan

Roti john

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Roti john
Tempat asalSingapura[1][2], Malaysia
Kawasan/rantauSemenanjung Tanah Melayu[3]
Suhu penghidanganSuhu bilik
Bahan utamaDaging ayam yang dicincang, bawang, telur, sos tomato-cili dan roti baguette.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Roti john (Jawi: روتي جون) ialah sejenis roti lapis bersalut telur dadar yang djual sebagai snek jalanan popular bermula di Singapura menyebar ke Malaysia, Indonesia dan Brunei.[2][4][5][6]

Nama John barangkali datang dari kelaziman penutur bahasa Inggeris British menggunakan nama tersebut sebagai peletak kenal sesiapa sahaja setaraf fulan atau polan yang digunakan para pegawai dan askar Tanah Melayu British memanggil sesiapa sahaja.[2][4] Sebuah wawancara lisan menyatakan ia datang dari jualan seorang penjaja makanan Mamak bernama Abdul di Jalan Koek serenjang Jalan Orchard yang menjadi tumpuan pegawai-pegawai tersebut mendapatkan makanan selepas berjoli di kelab malam Union Jack setiap hari Khamis mendapat gaji upah mereka; di sana Abdul sering mempelawa "roti, John?".[7][8]

Perkembangan resipi

[sunting | sunting sumber]

Roti jualan Abdul di Jalan Koek sekadar sepotong roti Perancis disumbat telur dadar kosong di dalamnya tanpa diberi sebarang nama khas apapun.[8] Catatan paling awal kewujudan sajian bernama "Roti John" datang beberapa lama kemudian dari sebuah laporan dalam akhbar Berita Harian mengenai seorang penjaja di Medan Selera Geylang Serai bernama Zawiyah binti Anuar yang membancuh adunan roti ini berintikan daging kambing, kacang pis, bawang dan tomato.[9]

Suatu laporan di The Straits Times tahun 1986 pula memberitahu bahawa kedai Shukor Makanan Istimewa milik Khadijah binti Mohamed Saleh dan arwah suaminya Shukor di Taman Serasi menghadap Kebun Bunga Singapura lebih awal menawarkan makanan ini 10 tahun lepas pada 1976; resipi roti john ditawarkan pasangan ini menggunakan sambal sebagai bumbu tambahan.[10] Kedai Shukor Makanan Istimewa dipindahkan ke Pasar Taman Serangoon pada tahun 2001.[11]

Pembuatan

[sunting | sunting sumber]

Sebatang roti Perancis dilekapkan atas suatu lapisan telur dipukul dengan daging masak dan bawang atas dapur panggang sehingga masak. Roti tersebut diterbalikkan agar dipanggang belah atasnya sebelum diangkat dan dibubuh seberapa jenis sos seperti sos cili.

Ada juga resipi yang melibatkan daging masak ditabur berasingan atas lapisan telur dadar yang masih cukup cair dapat dilekapkan roti.

  1. ^ Naleeza Ebrahim; Yaw Yan Yee (2006). Singapore. Marshall Cavendish. m/s. 232. ISBN 978-981-232-922-6.
  2. ^ a b c Bonny Tan. "Roti John". National Library Board, Singapore. Dicapai pada 22 October 2018.
  3. ^ Roti John-Singapore Infopedia
  4. ^ a b Jaime Koh; Stephanie Ho (22 June 2009). Culture and Customs of Singapore and Malaysia. ABC-CLIO. m/s. 98–. ISBN 978-0-313-35116-7.
  5. ^ Wendy Hutton (15 November 2013). The Little Malaysian Cookbook. Marshall Cavendish International Asia Pte Ltd. m/s. 45–. ISBN 978-981-4516-92-1.
  6. ^ Jean Duruz; Gaik Cheng Khoo (18 December 2014). Eating Together: Food, Space, and Identity in Malaysia and Singapore. Rowman & Littlefield Publishers. m/s. 93–. ISBN 978-1-4422-2741-5.
  7. ^ Tan, Fiona (Okt–Dis 2014). "Over Orchard". BiblioAsia. Jil. 10 no. 3. National Library Board. m/s. 30–9.CS1 maint: date format (link)
  8. ^ a b Rajagopal, Pakirisamy. "Oral History Interview On The Origins Of 'Roti John', Recorded in 2002". Archivist Pick of the Week. National Archives of Singapore. Dicapai pada 21 August 2019. Transkrip tepat dari m/s. 30-3.
  9. ^ A. Ghani, Rokambol (8 Mac 1978). "Roti John ciptaan Zawiah Anuar digemari orang2 segala kaum". Berita Harian. m/s. 17 – melalui NewspaperSG.
  10. ^ "A sandwich once made for 'John'". The Straits Times. 2 November 1986. m/s. 4 – melalui NewspaperSG.
  11. ^ Khairul Bahriah Mahfud (2 Disember 2007). "Asal usul 'roti john' diabadikan dalam buku". Berita Minggu. m/s. 1 – melalui NewspaperSG.