Pergi ke kandungan

Sandwic

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Roti lapis)
Club Sandwich
Roti Perancis dengan kentang goreng
Kaedah pembuatan sandwic
Submarine sandwich

Sandwic atau roti lapis ialah makanan berupa dua potong roti yang menyepit daging, sayuran, keju atau perasa makanan atau sos sehingga rasanya menjadi lebih enak. Pelbagai jenis roti boleh digunakan untuk membuat sandwic dan bergantung pada isinya. Permukaan roti biasanya disapu sedikit mayonis, mentega, marjerin atau minyak zaitun yang berfungsi sebagai pelekat dan penambah bau.

Di negara bukan makanan asasinya nasi, sandwic biasanya dibawa ke sekolah atau ke pejabat di dalam kotak yang disebut lunchbox atau di dalam beg kertas berwarna coklat yang disebut brown bag (sandwich bag) untuk dinikmati sebagai makan tengah hari.

Sandwic juga dibawa sebagai makanan sewaktu berkhemah, mendaki gunung atau sekadar berjalan-jalan. Di rumah, sandwic dinikmati sebagai pelengkap makanan utama. Jika dimakan di rumah sebagai makanan utama, sandwic biasanya ditemani oleh makanan pendamping seperti sup (soup-and-sandwich), daun salad (salad-and-sandwich), kerepek kentang, kentang goreng, timun).

Sandwic diambil sempena nama John Montagu, Earl Sandwich IV, seorang bangsawan Inggeris bergelaran earl abad ke-18.[1][2] John Montagu mendapat ilham daripada jamuan meze atau muqabillat di rantau-rantau Timur Tengah dan Balkan di mana dia memakan roti-roti ini agar memudahkan ketika sibuk bekerja dalam kerja pejabatnya.[3][4] Menurut catatan Oxford English Dictionary, perkataan sandwich pertama kali muncul dalam persuratan Inggeris daripada catatan Edward Gibbon bertarikh 1762.

Nama Sandwich itu sendirinya merujuk kepada suatu bandar dalam kaunti Kent di England; sand bermaksud pasir manakala -wich dari bahasa Inggeris kuno -wīc bererti kubu adanya kawasan berdagang ( dwelling or fortified place where trade takes place), maka tempat ini boleh ditafsirkan sebagai "bandar pasar di tanah berpasir" (market town on sandy soil).[5]

Variasi sandwic

[sunting | sunting sumber]

Nama sandwic bergantung pada isi yang dikepit oleh potongan roti, sehingga ada egg sandwich (sandwich isi telur), peanut butter and jelly sandwich (sandwic isi mentega kacang dan agar-agar). Sandwich biasanya merupakan makanan dingin walaupun ada juga sandwic yang dinikmati hangat-hangat seperti grilled cheese (roti bakar isi keju).

Sandwic umumnya menggunakan potongan roti, tetapi sandwic di Amerika Syarikat banyak menggunakan pelbagai jenis roti seperti bread roll dan focaccia. Sub atau submarine sandwich seperti dijual di restoran layan diri Subway dan hamburger juga disebut "sandwich" walaupun tidak menggunakan potongan roti.

Di Scandinavia, ada makanan yang disebut "open sandwich" yang hanya menggunakan sepotong roti. Daging, ikan, atau keju diletakkan begitu saja di atas sepotong roti. Model sandwic dengan sepotong roti juga dikenal di Rusia sebagai buterbrod(бутерброд).

Di England, butty dan sarny adalah sebutan untuk sandwic dalam bahasa slanga. Sandwich dengan isi bacon dan mentega (butter) disebut butty walaupun ada butty yang menggunakan mayonis dan bukan mentega. Sandwic berisi kentang goreng disebut chip butty. Di Scotland, sandwic disebut pieces.

  • Club sandwich
  • Grilled cheese sandwich
  • Tuna melt
  • Peanut butter and jelly sandwich
  • Submarine sandwich
  1. ^ What's Cooking America, Sandwiches, History of Sandwiches. 2 February 2007.
  2. ^ "Sandwich celebrates 250th anniversary of the sandwich". BBC News Online. 12 May 2012. Dicapai pada 18 May 2012.
  3. ^ "The History of the Sandwich: Simple, but Complicated". 700 South Deli and Cafe. 8 April 2015. Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  4. ^ Rodger, N. A. M. (1993). The insatiable earl: a life of John Montagu, Fourth Earl of Sandwich, 1718-1792 (dalam bahasa Inggeris). Harper Collins. ISBN 978-0002157841.
  5. ^ Ekwall, Eilert. The Concise Oxford Dictionary of English Place-names. m/s. 404.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]