Pergi ke kandungan

Randang daun kayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Randang daun kayu.

Randang daun kayu atau rendang daun kayu ialah masakan tradisional yang berasal daripada Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia. Randang daun kayu berbeza dengan rendang pada umumnya yang berbahan dasar daging dan mempunyai tekstur yang sedap dan kering.[1]

Dedaun yang digunakan ialah daun surian, jirak, mari-mari, rambai, senduduk dan juga daun arbai. Dedaun itu dimasak dengan santan serta menghasilkan rasa yang manis. Ikan yang digunakan untuk memasak masakan ini adalah haruan atau keli. Ketika daging haruan sudah larut dalam santan pekat, dedaun dimasukkan dan dikacau sehingga berwarna merah keperangan.[2]

  1. ^ "Inilah Aneka Rendang 'Vegetarian', dari Daun Kayu sampai Ketan Hitam". Jateng Tribunnews (dalam bahasa Indonesia). 26 Julai 2016. Dicapai pada 1 Disember 2020.
  2. ^ Okezone (2012-11-03). "Kriuk Berderuk Mengunyah Rendang Daun Kayu : Okezone Lifestyle". lifestyle.okezone.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-10-30.