Pergi ke kandungan

Godok batinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Godok batinta adalah makanan khas dari Sumatera Barat dan bahan utamanya adalah pisang dan tepung beras. Selain itu, bahan utama lainnya adalah gula merah. Mempunyai tekstur yang lembut didalam dan manis juga rangup dibahagian luarnya.[1][2] Disebut godok batinta kerana makanan ini dilumuri dengan gula merah juga berwarna perang kehitaman. Untuk membuat godok batinta, bahan yang diperlukan ialah pisang, tepung beras, kelapa yang diparut dan juga garam. Kemudian bahan itu dimasukkan didalam bekas dan dikacau rata dan dibentuk kecil-kecil.[2] Untuk membuat sirapnya hanya diperlukan gula merah dan daun pandan dan dicairkan sampai cair dan pekat.[2][3]

  1. ^ "Godok Batinta, Sajian Iftar Khas Minang yang Disiram Gula Merah Cair". travel.tribunnews.com (dalam bahasa Indonesia). 14 Mei 2019. Dicapai pada 12 Januari 2019.
  2. ^ a b c "POP SUGAR: Godok Batinta, Lumuran Gula Merah Khas Padang yang Mengundang Selera". lifestyle.okezone.com (dalam bahasa Indonesia). 23 Jun 2017. Dicapai pada 12 Disember 2020.
  3. ^ "Godok Batinta, Camilan Minangkabau Tak Lekang Oleh Waktu". Godok Batinta, Camilan Minangkabau Tak Lekang Oleh Waktu. VIVA. 1 Jun 2018. Dicapai pada 21 Oktober 2018.