Portal:Hal semasa di Eropah/2011
Penampilan
2011
[sunting sumber]- 18 Disember - FC Barcelona menjuarai Piala Dunia Kelab FIFA 2011 selepas menewaskan Santos FC.
- 13 Disember - Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan lebih seratus lagi cedera dalam serangan bunuh diri di Liège, Belgium.
- 6 Disember - Selepas 541 hari rundingan, kerajaan baharu Belgium mengangkat sumpah, dengan Elio Di Rupo sebagai Perdana Menteri.
- 29 November - United Kingdom mengusir semua diplomat Iran selepas kedutaanya di Teheran diserang.
- 20 November - Mariano Rajoy bakal menjadi Perdana Menteri Sepanyol selepas partinya mendapat majoriti dalam pilihan raya umum.
- 16 November - Selepas perletakan jawatan Silvio Berlusconi, Mario Monti (gambar) dilantik menjadi Perdana Menteri Itali.
- 11 November - Selepas perletakan jawatan George Papandreou, Loukas Papadimos dilantik sebagai Perdana Menteri Greece.
- 8 November - Rusia mula menghantar gas asli ke Eropah Barat melalui Nord Stream, talian paip tenggelam terpanjang di dunia.
- 6 November - Anugerah Muzik Eropah MTV 2011 diadakan di Belfast, Ireland Utara, dengan Lady Gaga sebagai pemenang terbesar.
- 3 November - Sidang kemuncak G-20 keenam bermula di Cannes, Perancis.
- 29 Oktober - Calon Parti Buruh Michael D. Higgins terpilih sebagai Presiden Ireland.
- 28 Oktober - Teater Bolshoi di Moscow (gambar) dibuka semula selepas pengubahsuaian enam tahun berharga 21 bilion rubel (AS$ 680 juta).
- 23 Oktober - Pelumba motosikal Itali Marco Simoncelli meninggal dunia selepas satu kemalangan di Grand Prix motosikal Malaysia.
- 16 Oktober - Sebastian Vettel dan Red Bull Racing mempertahankan kejuaraan pemandu dan pengeluar Formula Satu.
- 11 Oktober - Bekas Perdana Menteri Ukraine Yulia Tymoshenko disabitkan tujuh tahun penjara selepas didapati bersalah menyalahgunakan jawatan pada 2009.
- 21 September - Valentina Matviyenko (gambar) dilantik sebagai Pengerusi Majlis Persekutuan Rusia, jawatan politik tertinggi bagi wanita di Rusia moden sejak Maharani Yekaterina.
- 16 September - Helle Thorning-Schmidt (gambar) bakal menjadi Perdana Menteri Denmark wanita pertama selepas parti campurannya memenangi pilihan raya.
- 8 September - Tanya siasat awam terhadap kematian Baha Mousa mendapati askar British bersalah "berlaku ganas berat dan tidak sepatutnya".
- 7 September - Kemalangan pesawat berhampiran Yaroslavl, Rusia, mengorbankan 43 orang, termasuk sebahagian besar pasukan hoki ais KHL Lokomotiv Yaroslavl.
- 23 Ogos - Dakwaan serangan seksual terhadap bekas ketua Tabung Kewangan Antarabangsa Dominique Strauss-Kahn (gambar) digugurkan.
- 13 Ogos - Empangan Saint Petersburg (gambar), bertujuan melindungi Saint Petersburg daripada bencana banjir, siap di Teluk Finland.
- 9 Ogos - Kekacauan awam di Tottenham, London (gambar kesan) merebak ke sebahagian besar England.
- 22 Julai - Dua serangan di Norway—pengeboman di Oslo dan penembakan di Utøya—menyebabkan lebih 76 orang maut.
- 20 Julai - Goran Hadzic ditahan di Serbia, menjadi orang terakhir yang didakwa oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia ditangkap.
- 14 Julai - Skandal godam telefon News International berterusan dengam bekas editor Rebekah Brooks ditangkap.
- 10 Julai - Kapal persiaran Bulgaria karam di Sungai Volga di Tatarstan, Rusia, menyebabkan 129 orang maut atau hilang.
- 1 Julai - Perkahwinan Albert II, Putera Monaco dan Charlene Wittstock dilangsungkan di Monaco.
- 6 Jun - Perdana Menteri Republik Macedonia Nikola Gruevski terpilih untuk penggal ketiga.
- 29 Mei - Presiden Abkhazia Sergei Bagapsh (gambar) meninggal dunia akibat komplikasi pembedahan di Moscow.
- 29 Mei - Dalam perlumbaan kereta Formula Satu, Sebastian Vettel memenangi Grand Prix Monaco 2011.
- 26 Mei - Bekas komander Tentera Republik Srpska, Ratko Mladić ditahan di Serbia menurut dakwaan jenayah perang 1995.
- 19 Mei - Dominique Strauss-Kahn meletakkan jawatan sebagai ketua Kumpulan Wang Antarabangsa ekoran daripada tuduhan serangan seksual.
- 17 Mei - Ratu Elizabeth II (gambar) mengadakan lawatan rasmi pertama oleh seorang raja British ke Republik Ireland.
- 11 Mei - Satu gempa bumi bermagnitud 5.1 melanda berhampiran Lorca (gambar), yang terdahsyat dalam tempoh 55 tahun di Sepanyol.
- 5 Mei - Claude Choules, pejuang Perang Dunia Pertama yang terakhir, meninggal dunia pada umur 110 tahun.
- 1 Mei - Paus John Paul II dibeatifikasi dalam satu upacara di Kota Vatican.
- 29 April - Perkahwinan Putera William dan Kate Middleton (gambar) dilangsungkan di London.
- 18 April - Parti Campuran Nasional pimpinan Timbalan PM Jyrki Katainen (gambar) mendapat kemajmukan dalam pilihan raya parlimen Finland.
- 3 April - Serpihan besar bangkai Penerbangan 447 Air France, yang hilang di atas Lautan Atlantik pada 2009, ditemui.
- 31 Mac - Mayotte secara rasmi menjadi jabatan ke-101 Perancis, sebagaimana dipersetujui 95% penduduknya dalam pungutan suara 2009.
- 25 Februari - Fine Gael pimpinan Enda Kenny (gambar) mendapat kemajmukan dalam pilihan raya umum Ireland.
- 6 Januari - Kajian Andrew Wakefield yang mengaitkan autisme dengan vaksin MMR diisytiharkan satu penipuan oleh jurnal perubatan British BMJ.
- 1 Januari - Colombia, Jerman, India, Portugal dan Afrika Selatan memulakan penggal dua tahun sebagai ahli sementara Majlis Keselamatan PBB.
- 1 Januari - Estonia mula mengguna pakai euro sebagai mata wangnya, menggantikan kroon (gambar syiling).