Nikola Gruevski
Penampilan
Nikola Gruevski Никола Груевски | |
---|---|
Perdana Menteri Macedonia | |
Menyandang jawatan 27 Ogos 2006 | |
Presiden | Branko Crvenkovski Gjorge Ivanov |
Didahului oleh | Vlado Bučkovski |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Skopje, Yugoslavia (kini Macedonia) | 31 Ogos 1970
Parti politik | VMRO-DPMNE |
Pasangan | Borkica Gruevska |
Nikola Gruevski (Macedonia: Никола Груевски [ˈnikɔla ˈɡruɛfski] ( listen); lahir 31 Ogos 1970 di Skopje) adalah Perdana Menteri Macedonia sejak 27 Ogos 2006. Belau telah memimpin parti (Demokratik Kristian) VMRO-DPMNE sejak Mei 2003. Sebelum itu beliau merupakan Menteri Kewangan dalam kerajaan VMRO-DPMNE pimpinan Ljubčo Georgievski sehingga September 2002.
Pada 5 Jun 2011, parti campuran pimpinan partinya VMRO-DPMNE memenangi pilihan raya parlimen Macedonia 2011, kemenangan ketiga berturut-turut mereka, dengan VMRO-DPMNE sendiri memenangi 56 daripada 123 kerusi dalam parlimen. Gruevski dijangka akan membentuk kerajaan campuran baharu dalam masa 35 hari, sekali lagi dengan kerjasama parti DUI.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Nikola Gruevski |