Portal:Hal semasa di Asia/2008
Penampilan
2008
[sunting sumber]- 26 Nov - Satu siri serangan pengganas di Mumbai, India mengorbankan 173 orang dan mencederakan ratusan yang lain.
- 7 Nov - Kelab Al-Muharraq dari Bahrain memenangi Piala AFC 2008.
- 6 Nov - Raja termuda di dunia ketika ini, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck (gambar) ditabalkan sebagai Raja Naga Bhutan kelima.
- 29 Okt - Satu gempa bumi berukuran 6.4 Mw mengorbankan 215 orang di Balochistan, Pakistan.
- 22 Okt - ISRO berjaya melancarkan Chandrayaan-1, satu misi penjelajahan bulan tanpa manusia.
- 18 Okt - Perhimpunan Agung PBB melantik Turki, Austria, Jepun, Uganda dan Mexico untuk menganggotai Majlis Keselamatan selama dua tahun.
- 27 Sept - Angkasawan China Zhai Zhigang berjaya menjalankan aktiviti luar kenderaan semasa misi Shenzhou 7.
- 24 Sept - Diet Jepun melantik Taro Aso sebagai Perdana Menteri Jepun yang baru.
- 21 Sept - Lebih 12,800 kanak-kanak di China dimasukkan ke hospital akibat kelancungan produk susu China.
- 20 Sept - Sebuah lori meletup di luar sebuah hotel di Islamabad, Pakistan, membunuh sekurang-kurangnya 53 orang dan mencederakan 266 yang lain.
- 17 Sept - Sukan Paralimpik 2008 berakhir. Tuan rumah China mendapat pingat emas terbanyak.
- 6 Septem - Asif Ali Zardari dari Parti Rakyat Pakistan terpilih menjadi Presiden Pakistan untuk mengganti tempat Pervez Musharraf.
- 1 Septem - Perdana Menteri Jepun Yasuo Fukuda meletak jawatan tidak sampai setahun selepas mengambil alih dari Shinzo Abe yang turut meletak jawatan.
- 24 Ogos - Sukan Olimpik Beijing 2008 tamat dengan rasminya selepas berlangsung selama 16 hari. Tuan rumah China mendapat pingat emas terbanyak.
- 23 Ogos - Ribut Nuri melanda China menyebabkan kematian 12 orang.
- 15 Ogos - Pemimpin Maois Prachanda dilantik sebagai Perdana Menteri Nepal.
- 8 Ogos - Sukan Olimpik Beijing 2008 bermula di Republik Rakyat China.
- 4 Ogos - Satu serangan terhadap pos polis berhampiran Kashgar di Xinjiang, China menyebabkan kematian 16 pegawai manakala 16 lagi cedera.
- 4 Julai - Penerbangan rentas selat (gambar) hujung minggu antara Taiwan dan tanah besar China bersambung semula selepas 59 tahun.
- 12 Jun - Republik Rakyat China dan Taiwan mengadakan perundingan rasmi pertama sejak sedekad lalu.
- 8 Jun - Korea Utara memenangi Piala Asia Wanita AFC 2008.
- 6 Jun - Diet Jepun buat pertama kalinya mengakui Orang Ainu sebagai orang asli.
- 28 Mei - Nepal diisytiharkan sebagai republik oleh kerajaan barunya, mengakhiri pemerintahan Raja Gyanendra.
- 18 Mei - China memenangi Piala Thomas & Uber 2008.
- 12 Mei - Gempa bumi (peta lokasi pusat gempa) berukuran 7.9 Mw melanda Sichuan, China dengan lebih 69,000 orang dilaporkan maut.
- 8 Mei - Latihan tentera 5 negara Cobra Gold 2008 bermula di Korat, Thailand.
- 25 Apr - CPN-Maois mendapat mendapat kerusi terbanyak dalam pilihan raya Dewan Persekutuan Rakyat Nepal.
- 8 Apr - Soyuz TMA-12 dilancarkan, membawa Yi So-yeon sebagai orang Korea pertama ke angkasa.
- 24 Mac - Druk Phuensum Tshogpa memenangi pilihan raya pertama Bhutan.
- 22 Mac - Ma Ying-jeou (gambar) dilantik sebagai Presiden Republik China (Taiwan).
- 14 Mac - Bantahan di Tibet terhadap kerajaan China menyebabkan banyak kematian.
- 19 Feb - Parti Rakyat Pakistan memperoleh undi terbanyak dalam pilihan raya umum Pakistan.* Feb - Skandal Foto Edison Chen mengempar industri hiburan Hong Kong.
- 8 Jan - Parti Rakyat Pakistan memperoleh undi terbanyak dalam pilihan raya Pakistan 2008.