Skandal Foto Edison Chen
Skandal foto Edison Chen ialah skandal media pada awal tahun 2008 yang membabitkan pelakon lelaki Hong Kong dan pelbagai pelakon wanita termasuklah Gillian Chung Yan-tung, Bobo Chan Man-woon, dan Cecilia Cheung Pak-zhi.[1]
Pada penghujung bulan Januari 2008, "gambar-gambar yang agak lucah" yang memaparkan Chen dan aktres-aktres tersebut beredar di internet. Skandal itu mula menghiasi muka hadapan akhbar-akhbar tempatan selama beberapa minggu,[2] dan telah menjadi berita antarabangsa.
Di sebalik penerimaan bantuan daripada Interpol, polis Hong Kong tidak mampu membendung penyebaran gambar-gambar itu.[3] Pada 12 Februari 2008, 10 orang telah ditahan akibat terlibat dalam penyebaran gambar-gambar itu.[4] Tindakan keras polis itu sebaliknya meningkatkan persoalan terhadap pelanggaran hak-hak privasi dan kebebasan bersuara para pengguna internet.[5] Cara para pelakon yang terlibat, pihak pengurusan mereka dan polis mengendalikan situasi itu hanya menyebabkan mereka yang ditahan bertukar kepada hero dan syahid bagi sesetengah warga internet (netizen).[6]
Chen mengakui bahawa gambar-gambar itu ditangkapnya dan dimilikinya, dan menyatakan bahawa gambar-gambar peribadi itu telah dicuri dan disiarkan secara haram tanpa keizinannya. Dia memohon maaf secara terbuka terutamanya pada wanita-wanita yang terbabit, dan juga mengumumkan bahawa dia akan "berundur secara mutlak" daripada industri hiburan Hong Kong.[7]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Post Chronicle (2008-02-04). "Cecilia Cheung Nude, Gillian Chung Fellatio Photo In Edison Chen Scandal". Dicapai pada 2008-02-04.
- ^ Patrick Frater (4 February 2008). ""HK police arrest 7 more in celebrity porn scandal"". Variety (Asia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-04. Dicapai pada 2008-02-04.
- ^ "網頁極速蔓延 淫照難盡剷" (dalam bahasa Cina Traditional). Wen Wei Po. 2008-02-01. Dicapai pada 2008-02-04.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Eight now held in Internet sex probe". The Standard. 2008-02-04. Dicapai pada 2008-02-04.
- ^ "一哥:藏裸照供發布可拉人" (dalam bahasa Traditional Chinese). sina.com.hk. 2008-02-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-04. Dicapai pada 2008-02-08.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "網民支持發照者 批警方偏袒 學者:網絡暴力作祟" (dalam bahasa Traditional Chinese). Phoenix TV. 2008-02-01. Dicapai pada 2008-02-04.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Nickkita Lau (22 February 2008). "Edison bows out on sorry not". The Standard. Dicapai pada 22 February 2008.